Tuesday, December 10, 2013

Sabar

Salam Alaik,

Kisah Musa Dan Khidir

Satu yang Allah nak beritahu.
Ilmu Allah adalah ilmu yang sama sekali tak sama dengan ilmu manusia.
Ilmu Allah yang diilhamkan kepada Khidir. Dan Khidir telah diprogramkan untuk menciptakan kisah ini.

Allah buat sesuatu. Boleh jadi buruk pada pandangan manusia.
Seperti membuat lubang merosakkan perahu buruk,atau membunuh anak yang disayangi oleh ibubapanya.
Boleh jadi juga sesuatu yang tidak buruk - hanya membetulkan dinding yang hampir roboh.

Tapi kesemuanya ada sebabnya. Ada asbabnya. Ada kebaikannya.
Langsung tiada kesalahan atas segala perbuatan Khidir.
Kerana ketinggian ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya saat itu.

Kerana perahu buruk itu akhirnya terlepas dari rampasan sang raja yang zalim.
Membuatkan kecacatan itu kadangkala membawa kebaikan, dan juga mengatakan bahawa kesempurnaan itu terkadang mengundang bahaya.

Dan si anak kecil akhirnya tidak merosakkan iman kedua orang tuanya.
Memberi makna bahawa 'membunuh' bibit kerosakan ketika ia baru bercambah adalah satu pilihan yang baik. Antara salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hambanya.

Namun wataknya Musa- hanya manusia biasa.
Langsung tak tega melihat kerosakan didepan mata.
Kesabarannya terhakis lantas terlupa janji.
Keterbatasan ilmunya membuatkan dia tidak tega.
Dan jadilah ia seorang yang rugi.

Hikmah agung yang Allah mahu ajar kita.
SABAR.

Bersabarlah dengan keputusan-keputusan Allah.
Musibah-musibah yang melanda kita hakikatnya ia baik untuk kita
Jangan gopoh bertanya.
Jangan gelojoh menanti jawapannya.

Segala keputusan Allah itu dibuat berdasarkan neracaNya yang Maha Tinggi.
Dan manusia yang tidak sabar itu adalah manusia yang rugi.
Seperti ruginya Musa tatkala dia terpaksa meninggalkan Khidir.
Dan berkatalah Rasulullah, "Jika Musa mampu bersabar, banyak lagi yang kita pelajari.."

Sabar,
dan kuatkan kesabaranmu!


Friday, December 6, 2013

Bahasa cinta


Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa manusia yang disertakan rasa
Dari langit cinta itu diterima
Dan ditebarkan keseluruh penduduk dunia

Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa yang bawa sejuta rasa
Yang diajar oleh Tuhan alam semesta
Untuk menarik manusia kearahNya

Bahasa kita bahasa cinta
Cinta kepada makhluk ciptaanNya
Tidak sanggup meninggalkan mereka
Tidak mahu mereka terus terleka

Bahasa kita bahasa cinta
Kerana cinta itu kita korban segala
Boleh jadi manusia tidak menerima
Namun cukup untuk gapai redha

Bahasa kita bahasa cinta
Bukan kerana kita mulia
Bukan kerana kita tiada dosa
Cukup kita sedar tugas yang sedia ada

Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa cinta yang mahukan syurga
Matlamat akhir kehidupan manusia
Penamat agung segala rasa.


Tuesday, December 3, 2013

Akhwat


"Akhwat tu siapa?" tanya Ustaz Muhaimin kepada pelajar lelaki.

Mata Laili beralih dari buku ditangannya ke susuk tubuh Ustaz yang sedang bertanya di hadapan kelas. Ternanti-nanti dia akan jawapan yang ustaz bakal keluarkan.

"Akhwat tu adalah yang dahulunya jahat..." semua pelajar perempuan dah terlopong mendengarnya. Riuh sebentar suasana kelas tu. Hingar bingar.

".. tapi kemudian dibasuh, dibasuh dan dibasuh dengan mak-mak naqibah. Ditarbiyyah sampai jadi baik. Barulah jadi akhwat. "

Laili tersengih sendiri. Sampai hati cakap kami dulu jahat. Tapi memang 'hantu' jugaklah dulu. Hihi. Hatinya ketawa sendiri.


************

Akhawat
Bukanlah bermaksud Aku-Kuat
Tapi akhawat adalah gelaran
Kepada saudari-saudari seagama
Yang berada bersama-sama
Dalam perlayaran bahtera

Bersama-sama dalam misi
Mengejar redha Ilahi
Berjalan atas jalan para Nabi
Menyeru manusia mentaati
Sang Pencipta diri

Akhawat bukan puteri
Bukan mencari publisiti
Tapi akhwat hanya manusia
Yang mahu terus berbakti
Berkorban jiwa dan harta
Demi kelangsungan agama
Dan demi DnT yang dicintai

********

Akhwat..
Besar maksudnya.
Besar tanggungjawab dan peranannya.

Besar.
Cukup besar.


********

"Berapa ribu habis untuk membina seorang akhwat.. Tup, tup bila kahwin semua, hilang... Hilang akhwat-akhwat kita.. "

Suara ustaz Muhaimin terngiang-ngiang di telinga Laili petang itu. Muhasabah.


Jangan hilang. Jangan menghilang.
Biar apapun yang berlaku.

Jangan.






Wednesday, November 27, 2013

Keselesaan


"Kita ni selesa sangat eh dengan dunia ni, sampai bila Allah sebut syurga, tak rasa apa-apapun?

Selesa sangat kot ye, sampai bila Allah nak ganjarkan syurga, tak rasa menggetarkan hati pun..?"


Menusuk. Tepat kena hati sendiri. Terhiris-hiris mendengar kalimah yang keluar dari mulut sendiri. Ini namanya superpowerful tarbiyyah.

Terngiang-ngiang ayat yang keluar dari ucapan sendiri tu tatkala diri terpilih untuk menjadi muwajjih jemputan dalam satu program.

Vahhh.. sampai sekarang aku terasa getaran kalimah yang keluar dari mulutku ini. Begitu dekat dengan hati sampai ia kembali kepada pemilik suara.

Hati terhiris. Sedih sendiri. Begitu selesa kehidupan yang dirasakan sekarang berbanding dulu. Dulu hidupku biasa-biasa saja. Tak lah susah sangat, tapi hidup orang kampung.. biasa2 saja sampailah aku masuk sekolah berasrama penuh dan kemudian menjejakkan kaki di bumi eropah ni. dulu jimaattt sangat! sekarang ade la jimat skit2..huhu -.-'

Nikmat dan keselesaan.. Selalu melalaikan manusia. Tapi aku bersyukur sangat Allah berikan aku kefahaman dalam agamaNya seiring dengan nikmat yang Dia limpahkan. Jadi aku masih boleh menerima nikmat ini dengan cara yang sepatutnya (harapnyalah)..

Bila faham ni, rasanya lain. Bila tahu kat tempat lain saudara seagama tak tidur, tengah berperang, terasa diri yang nak baring atas katil yang empuk tu pun rasa bersalah. Rasa nak tidur bawah je. Nak tarik selimut pun siap minta ampun pada Allah sebab rasa bersalaaahh sangat dapat tidur dengan lena dan sedap padahal saudara sendiri dilain2 tempat merana tak cukup makan apa semua. (tapi kalau ngantuk sangat memang lelap jugaklah.. -.-')

Takut.. gerun. Takut semua nikmat ni Allah tanya apa aku buat dengan semua ni untuk bantu orang lain?

Fuhh.. lap peluh*


ya Allah, moga bilamana aku korbankan keselesaanku untuk mengajak orang lain kepadaMu aku berharap Kau terima sebagai satu cara kubersyukur dengan nikmatMu.

Sebagai satu cara aku membalas nikmat yang telah Kau berikan kepadaku.
dan sebagai satu tanda aku membantu manusia lain dengan nikmatMu.

Maka ya Allah, kuatkan langkahku.
Tsabatkanlah hatiku pada jalanMu..


"Apa? Syurga? ada apa lah dengan syurga? Kat dunia ni lagi best! "

Moga aku tak merasakan, atau menuturkan ayat diatas.

Sunday, November 24, 2013

Robot ke?

Salam alaik,

Hai, hai. (Macam ade orang je yg bace blog ni.. hee)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Masih lagi bernafas di bumi Allah menjalankan tugas2 yang tergalas. Banyak belajar menjadi lebih bertanggungjawab, lebih fokus, lebih menjaga masa dan banyaaakk lagi.

MasyaAllah, Allah tu hebat kan? Dia bagi praktikal untuk semua teori yang kita belajar. Nak belajar apa? Apa yang lack? Cash! Allah bagi on the spot practice yang boleh kita buat.

Sabar, ikhlas, tadhiyyah, kuat semangat, ihsan.. and the list goes on. Semuanya perlukan mujahadah. Sebab semuanya berpusat pada titik lemah diri.

Bukan senang la kan.. Tapi Allah lah yang kuatkan hati. Kita ni takkan pernah habis la melawan perasaan sendiri. Melawan kehendak hati. Melawan kesenangan diri. Melawan nafsu sendiri. Sampai kadang-kadang rasa blunted. Tak de rasa dah sebab dah terlalu banyak menumpulkan perasaan. Huhu.. sounds menakutkan jugaklah, tapi memang berlaku.

Kalau tu berlaku, berhati-hati kerana mungkin saja kita dah jadi robot. Robot dakwah.

Minggu lepas, saja nak berjalan-jalan. Nak mentadabbur manusia kononnya. Asyik terperuk antara rumah dan fakulti saja. Cuba cari life skit, kella. Tapi sebenarnya nak cari santanlah jugak . Pergi la ke Futurum, salah satu pusat membeli belah yang besar la di HK ni. Sebelum sampai ke tesco dalam Futurum tu, jalan -jalan la tengok baju, seluar, etc.

Dan nak cakapnya memang tak ada yang aku beli sepanjang jalan-jalan tu. (Sebelum masuk tesco la nak beli santan). Sebab memang kalau namanya saakella ni, kalau ade sale atau kalau dia jalan-jalan saja2 pun memang akan ade je tangkapan dy. At least satu la.

Tapi ni seriously, none! Impress dengan diri sendiri. Tak tahu juga atas dasar apa. Mungkin kerana duit dalam dompet ade 200kc je(tapi ade card ;)), atau mungkin sebab dah final year? So nafsu nak membeli belah tu dah kurang sebab nak balik..? atau mungkin takde sale kot.. :P

Mungkin mood takde jugak kot ye? Tak tahulah.. tapi aku memang time duduk menunggu bus untuk pulang tu memang terfikir term ni. Robot. Robot dakwah.

Buat, bekerja, bina orang, ulang-alik usrah, travel atas dasar daurah, mabit, program semua. Berjam-jam depan lappy sama ada siapkan planning atau reply email. Tapi umpama robot. Ruhnya tiada..

Naudzubillah. Naudzubillah min zalik!

Sebab tu dakwah itu diiringi dengan tarbiyyah. Tarbiyyah yang umpama minyak, bekal perjalanan yang panjang. Kalau buat dakwah, tapi tak menjadi tarbiyyah untuk orangnya, maka hilanglah ruhnya. Hilang melayang.

Geleng kepala. Janganlah daku jadi begitu. Tak mahu. Minta jauh.

Biar penat yang dirasa membuahkan kemanisan iman.
Biar mujahadah yang dilakukan melahirkan keikhlasan.
Iman dan ikhlas yang mengalir di nadi lalu menghidupkan..

Menghidupkan jiwa. Menjadi lebih baik dari sebelumnya..

kurela begitu..


Friday, November 8, 2013

Majnun




Bismillahirrahmannirrahiimm~

Nunn.. Walqalami wama yasturuunn..
Maa anta binikmati Rabbika bimajnuunn...


Kata-kata terhenti disitu. 

Kamu, tak gila lagi, Kella.


Bagai nak gila menghabiskan exam setiap awal bulan.
Bagai nak gila memikirkan susunan usrah adik, mutarabbi..
Bagai nak gila susun daurah setiap hujung minggu..

Kamu, tak gila lagi..

Bagai nak gila mencari masa nak bawak usrah
Bagai nak gila memikirkan masalah-masalah..
Bagai nak gila...
Penat gila..

Tapi kamu, tak gila lagi..


Kamu, tak gila lagi..
Jadi jangan jadi gila.


Rasulullah yang buat kerja gila-gila tu pun belum lagi gila..
Inikan kamu yang ntah mana kerja yang dibuatnya.. 
Ntah tang mana yang penatnya..


Kamu, tak gila lagi..
Jadi jangan jadi gila..


~pheuw~
Ya Allah, kuatkanlah langkahan.. Tak tahu apa yang menanti dihadapan, tapi harapnya masih mampu bertahan..





Friday, November 1, 2013

Kita kuat bila..



Iman senyum simpul. Comel je mesej usrah-matenya malam tu.

Iman, teruskan usaha untuk exam nanti!! Bertabah!!
Aseef, banyak pula benda awak nak kena fikir time2 nak exam ni..

Tangannya laju menaip ayat sebelum menekan butang 'send'.

Hehe.. ok je buat masa ni..jazakillah khoir atas ingatannyaaaa!!
Doakaannn.. >.<


Tab itu di-off sebelum penutupnya dikatup.

Hurm, yang mana satu nak buat ni? Hati berkira.


**************

'Syurga yang dijanjikan
bukanlah suatu khayalan
tentang nikmat berpanjangan Ilahi...'

Lagu In-Team tu bermain ditelinganya kini. Telinganya menangkap butir-butir kata yang keluar.

Syurga.. Rasa lenguh-lenguh badan hilang sedikit dengar perkataan ni.. Memang ubat yang mujarablah dengar lagu-lagu tentang syurga time-time letih camni. Bibirnya menarik senyum.

Tangan membetulkan urat-urat leher yang terasa sengal. Lama sangat menghadap laptop ni. Aiseh. Nak buat camnelah, banyak sangat email yang menuntut perhatian.

Matanya menacap satu persatu email yang keluar. Termasuk email tarikh exam yang akan tiba seminggu sahaja lagi.

Seminggu lagi.

Allah, camne nak buat ni?


******************

Iman masih tak berganjak ke meja study-nya. Matanya masih leka membalas WhatsApp yang ada 2-3 conversation tu. Cepat berbincang guna technology yang sedia ada ni. Lagi pantas dari menggunakan email.

Tapi sebab technology tu juga dia asyik menghadap 24 jam. Dia sedar dia perlu limitkan masanya dengan techno seperti itu tapi masing-masing menuntut perhatiannya.

Tapi, yang pasti itu bukan beban.

Tapi passion. Ya, her enthusiasm.

Dia just tak boleh hidup tanpa Dakwah dan tarbiyah ni.


********************


"Kita bukan kerja sorang-sorang. Kita kerja amal jamaie. Beban yang besar terasa ringan bila buat bersama."

Hani tersenyum memandang Iman.

Iman tersengih.

'And I feel stronger because of all of you.' Mata Iman memandang semua teman-teman seperjuangannya.

Thank You, Allah.
 And even stronger with You by my side.

~

Notification: Watak Iman adalah rekaan semata-mata tanpa ada kaitan dengan yang hidup dan yang mati~ sekian.. :))

#myvision #mymission #mynovel


Friday, October 18, 2013

Tak Layak 2


"Kan aku da cakap aku tak layak.. tengok, apa jadi sekarang? Semua masalah muncul.." Iman mengetap bibirnya. Ditahan-tahan nafas yang keluar dari hidungnya. Ditepuknya katil dengan tapak tangan, melepaskan kegeraman. Seketika bilik itu sunyi. Kawan-kawan serumahnya tidak ada hari tu. Tinggal dirinya bersendirian.

Iman seperti mahu menangis. Dia berbaring memandang siling bilik itu. Masalah muncul satu-persatu diruang matanya.

"Astaghfirullahal ad'zim..." kalimah itu tiba-tiba dilafazkan. Iman mengusap mukanya. Seperti tersedar dengan kata-katanya sebelum ini. Jangan mengeluh, Iman! Semua ini kan takdir.. Kenapa salahkan takdir? Fikirannya yang waras berkata-kata.

Iman memejamkan mata. Aku tak kuat ya Allah.. Lalu setitis air jernih mengalir dari kelopak matanya. Hati dan mindanya berceramuk. Aku sungguh tak kuat ya Allah.. Rintihan hatinya hanya dapat diterjemahkan dengan air mata yang kini mengalir deras.

****


"Hidup ni, kita tak buat benda yang kita suka saja.." Mukadimah usrah dari Sang Murabbi itu terkena tepat pada jantungnya.

"Kadang - kadang kita akan buat benda yang kita tak pernah terfikir untuk buat selama ini. Something extraordinary. Dan kita akan buat benda tu selalunya for the sake of somebody we love so much.." Yana menyambung ayatnya lagi.

"Kita boleh je hidup seperti orang lain. Makan, minum, travel sana-sini, hujung minggu berehat kat rumah dengan family, kerja cari duit macam biasa. Tak payah pening-pening fikir pasal orang lain, pasal umat, tak payah sibuk pergi program sana-sini, pergi usrah, pergi daurah. Pening-pening fikir pasal mutarabbi etc. Hidup bahagia je. " Yana mengambil nafas.

"Tapi tulah.. Nilai hidup yang biasa-biasa tu, yang hanya untuk keperluan diri-sendiri tu, nilainya kecil saje la.." Berhati-hati Yana menuturkan ayat itu. Bukan mahu melecehkan kehidupan orang yang seperti itu, tapi mahu membezakan nilai kehidupan yang sebenar yang kita cari di dunia ini.

Yana memandang satu persatu wajah anak usrahnya yang tekun mendengar.

"Kita hidup for the sake of akhirah. Kita bermatlamatkan hari akhirat yang kat situ dikumpulkan segala ganjaran atas apa yang kita lakukan didunia. Dunia ni adalah ladang amal utk ganjaran pahala yang banyak disana. Kita mahukan hidup kita besar nilainya. Bukan hidup yang simple2 - makan minum nikah mati.."

Yana menarik nafas lagi. Matanya memandang Iman yang dari tadi merenung lantai.

"Dan semua ini menuntut pengorbanan yang bukan calang-calang. Tapi yakinlah, ada ganjaran hebat yang Allah sediakan untuk mereka2 ni.. Yakinlah, Allah takkan sia-siakan amal mereka ini. Yang penting niat for the sake of Allah.. "

Iman mengangkat wajahnya. Matanya bertemu dengan mata sang murabbi tercinta. Yana mengukirkan senyuman manis buat mutarabbi yang dikasihinya.


****


Dakwah itu adalah cinta..
Cinta hamba kepada Penciptanya..

Matanya menatap kata-kata yang terukir pada satu gambar berlatarbelakangkan bunga mawar. Indah. Iman menarik senyum.

Cinta. Allah.

 "Kadang - kadang kita akan buat benda yang kita tak pernah terfikir untuk buat selama ini. Something extraordinary. Dan kita akan buat benda tu selalunya for the sake of somebody we love so much.."

Kata-kata naqibahnya kembali kedengaran. Buat kerana cinta.

Cinta..
Tapi, persoalannya, setinggi mana cintaku pada Allah? Hati Iman berdialog.



Thursday, October 17, 2013

Tak Layak


"Bagaimana.. kalau saya tak layak?" kata-kata muncul satu-persatu dari mulut Iman. Tangannya menguis-nguis karpet yang didudukinya. Wajahnya menunduk. Menyembunyikan sendu yang terukir.

Yana mengeluh kecil. Susah juga nak yakinkan adik seorang ini. Matanya menatap Iman yang masih lagi merenung karpet warna biru pelangi itu.

"Macamana awak tahu awak tak layak?"ujar Yana lembut. Dia saja kemukakan ayat untuk memprovoke anak binaannya itu. Kadang-kadang tak semua persoalan ada jawapannya.

Iman memandang Yana dengan riak muka tidak puas hati.

"Saya tahu diri saya. Saya tahu saya ni macamana. Saya tahu saya banyak kurangnya. Ada lagi raaamaai yang lebih layak dari saya. Saya.. saya tak layak." nada suara Iman terdengar tegas. Bersemangat menyatakan pendiriannya. Teguh.

Hai, budak seorang ni. Yana tergeleng kepalanya mendengar kata-kata Iman. Ya Allah, bagaimana aku boleh yakinkan dia?

"Awak layak, just awak yang menafikannya.." Yana menepuk bahu Iman sambil tersenyum manis sebelum bangun untuk ke dapur. Sekali-sekala terdengar ketawa suara Hana dan Nani yang bertingkah didapur. Sekarang tengah break untuk solat Maghrib.

Mata Iman sekadar melihat naqibahnya berlalu ke dapur. Hatinya sakit. Dia benar-benar tidak suka akan ayat yang diucapkan sebentar tadi. Tapi dia hanya dia membisu. Arghh, mereka semua tak faham! Aku tak layaklah! Aku tak layak! Hatinya memberontak lagi.

****

'Ya Allah, aku tak ada apa-apa.. Apalah yang mereka lihat padaku yang sampai mereka semua mahu aku buat sesuatu yang aku tak layak untuk memegangnya? Aku ni tak layak.. Kau lebih tahu aku bagaimana, ya Allah. Kau lebih tahu. Jadi kenapa Kau berikannya kepadaku?' hatinya merintih buat kesekian kalinya malam itu.

'Ya Allah jangan kau berikan sesuatu yang aku tak mampu untuk lakukannya.. Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Berilah pada mereka yang lebih layak. Jangan kerana aku, semua benda akan kucar-kacir nanti. Jangan, ya Allah.' Air mata jatuh lagi.

Iman, kau buat apa ni? Kau berlakon hebat sangatkah yang sampai mereka menaruh kepercayaan yang begitu tinggi pada kau? Kau berlakon ke selama ni? Jiwanya berkata-kata. Dipejamkan matanya kejap.

Iman mendongakkan wajah. Disapu mukanya dengan tangan, mengelap air mata yang tersisa. 'Ya Allah, aku berlakonkah ya Allah? Kenapa Kau hanya nampakkan yang baik-baik saja pada mereka? Aku ni banyak dosanya.. Banyak maksiatnya..' Kepalanya digeleng-gelengkan.

'Ya Allah..'

****

"Bagaimana kalau kita rasa kita tak layak? Kitakan lebih tahu tentang diri kita daripada orang lain. Orang lain just nampak luarannya saja." laju kata-kata itu keluar dari mulut comel itu. Soalan yang dari dulu dia mencari jawapannya.

Akh Latif tersenyum. Mungkin dah sering sangat berdepan dengan soalan-soalan begini.

"Awak nampak tak belakang tengkuk awak? Ni, belakang tengkuk ni," kata Akh Latif sambil menghalakan tangan ke belakang tengkuknya.

Iman terpana. Ambik kau, Iman!

"Samalah jugak dengan kita. Tak semua anggota badan kita kita dapat tengok. Ada bahagian yang kita tak nampak, tapi orang lain nampak."

Iman menelan air liurnya. Tertunduk dengan jawapan yang baru sebentar tadi dia dengar. Jawapan yang direct masuk kehatinya. Tapi...Hatinya masih tak puas hati.

"Memanglah kita lebih tahu tentang diri kita. Tapi ada benda lain yang mungkin kita sendiri terlepas pandang, orang lain yang nampak. Tapi still, penilaian seorang manusia itu terbatas. Hanya Allah yang terbaik nilaianNya." Akh Latif menyambung ayatnya.

Iman mengeluh kecil. Dalam ketidakpuasan hatinya,kepala diangguk-anggukkan tanda membenarkan kata-kata akh itu. Dalam rela terpaksa, hatinya menerima jawapan yang penuh hikmah itu. Tiada alasan untuk menolak. Namun sedikit sebanyak jawapan itu mengubat hatinya yang sebelum ni penuh dengan persoalan dan pemberontakan.

****

"It's now not to questioning 'why' but 'How'.." Iman memandang mukanya di cermin.

Sudah-sudahlah tu tanya kenapa, kenapa. Sekarang kena fikir macamana nak buat segala benda ni. Tahu?
Suka ke tak ke, buat je. Allah takkan bebani seseorang dengan sesuatu yang tak mampu dia lakukan.

Iman bermonolog dalaman. Di atur langkahnya ke katil lalu merebahkan diri. Mengeluh lagi untuk kesekian kalinya. Seketika dia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Mengosongkan kotak fikiran untuk sebentar.

'Kuat, Iman kuat!'hatinya berdetak.

Serentak badannya bangun dari pembaringan.

"Ya Allah, mudahkanlah!"


****

- bersambung~




Sunday, October 6, 2013

Demi Cinta Suci






Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Monday, September 23, 2013

Jangan mengaku cinta...



Jangan mengaku cinta..
Jika tidak taat.


Moga Allah berikan kita cinta
untuk mencintaiNya..


;)

Wednesday, September 18, 2013

Ujian itu memang pahit..



Benda yg pahit ni, kita perlu berkali2 telan air liur. Berkali-kali kena minum air masak untuk hilangkan rasa.

Itu pun mungkin hanya boleh hilangkan rasa di lidah, bukan di ingatan. Sekali-kali tidak. Memori yang tersimpan kekal jadi ingatan sepanjang hayat.

Bila ditimpa sesuatu musibah, kita akan terus mencari tempat bergantung. Tempat untuk mengadu rasa. Tempat untuk menumpang simpati. Untung menjadi orang Islam kerana tempat pergantungannya ialah Allah, Tuhan sekalian alam. Yang memiliki alam ini. Segala yang berlaku dibawah pengetahuan dan ilmu-Nya. Bayangkan mereka yang tidak mengenal Tuhan, pasti yang dicarinya tidak dapat memberi apa-apa.

Lain pula bagi Allah swt. Dia akan mengajar kita menerima takdirNya. Akan disuluhnya cahaya dalam gelap hitam malam. Akan diberikan kekuatan untuk menghadapi segala yang berlaku didepan. Dia, akan pimpin tangan kita melalui hari-hari mendatang. Hanya sabar dan redha yang perlu disematkan dalam jiwa.

Aku pernah merasa pahitnya ujian. Bukan sekali, bukan juga dua kali. Bahkan berkali-kali. Melalui hari-hari penuh ujian itu sememangnya air mata menjadi teman setia. Sungguh merasakan hidup tak bermakna. Pahit. Tak sanggup menelannya. Jika diulang lagi, aku sekali-kali tak mahu. Tak sanggup. Tak mampu.

Ayat-ayat penuh kasih dari Tuhan Yang Maha Pengasih sahajalah yang merawat luka dijiwa. Luka yang sebenarnya kita yang cipta. Luka kerana terlalu mencintai dunia. Lalu bila Allah tarik dari kita, kita goyah. Sakit. Jatuh terduduk. Mengharapkan Allah pulangkan kembali dunia itu. Mengharapkan Allah tahu sakitnya luka ditinggalkan dunia. Kita merayu-rayu untuk Allah pulangkan ia..

Tapi Allah hanya mahukan kebaikan untuk kita. Dia ambil benda yang kita sayang, kerana benda itu bukan untuk kita. Dia tarik dunia dari kita kerana dunia sememangnya hanya permainan. Dia tak mahu kita terleka dengannya.Dia mahu berikan sesuatu yang lain, yang lebih baik untuk kita. Dia Maha Tahu segalanya tentang makhluk ciptaannya. Dia Tahu, kalau diberi yang ini, takkan memberi kebaikan kepada kita. Dia Maha Tahu segala sesuatu.. Maha Tahu

Kita menangis-nangis bila kita tak dapat apa yang kita mahu. Yang kita minta. Ya, payah sekali untuk memujuk hati. Lagi payah untuk mencari jawapan kepada persoalan 'kenapa aku?'. Payah.

Tapi, nak tahu sesuatu? Tarbiyah yang datang dari Allah ni sajalah yang dapat diterima manusia, berbanding dari tarbiyyah manusia sesama manusia. Ni super power tarbiyyah. Yang kita tak boleh nak kata apa-apa dah. Tak boleh nak bantah apa-apa dah. Dah boleh nak buat apa-apa dah.

Full-stop. Dan saat itu, jiwa kita merendah padaNya. Kita dah tak peduli apa kata orang tapi kita hanya akan sentiasa mahu puaskan Allah, merendahkan diri menghadapNya. Mengharapkan kalau-kalau masih ada peluang untuk kita bertaubat atas dosa-dosa kita. Atau yang paling tidak, kita bersujud dalam mengaku keesaan Allah sepenuh jiwa. Kita mengaku kekuasaanNya, yang boleh menghidup dan mematikan manusia. Yang boleh menarik nikmatNya bila-bila masa. Kita dengan rela hati mengaku akan hakikat itu.

Dan jiwa kita merendah padaNya. Sesuai dengan title kita sebagai hamba. Allah, Dia tarik sesuatu dari kita bukanlah apa-apa. Dia hanya mahu mendengar rintihan kita yang mungkin dah lama jarang kita bisikkan dengan sepenuh jiwa. Dah lama kita tak ucapkan. Dia hanya mahu kita kembali kepadaNya, yang mana padaNya ada syurga, sebagai balasan orang yang bertaqwa.

Dia mahu kita meraih syurgaNya. Dengan sabar dan redha yang kita berikan. Dan sabar itu bukanlah dengan kata-kata, tapi dengan hati. Yang mana Dia menilainya. Dia tarik dari kita dunia yang sifatnya sementara untuk hadiahkan kita syurga yang kekal selama-lamanya.

Ya, bukan mudah untuk melalui musibah. Tak semudah berkata-kata. Namun, percayalah, Allah sekali-kali tidak menzalimi hambaNya. Kitalah yang menzalimi diri kita, dan Allah hanya mahu kita berhenti dari terus menzalimi diri.

InsyaAllah, banyak hikmah yang menanti dihadapan nanti. Terus-terang kukatakan, ujian2 yang menimpaku lah yang membawa aku sampai ke tahap ini. Aku takkan jadi seperti sekarang tanpa ujian2 yang mengajar aku tentang erti hidup yang sebenar. Yang menguatkan hayunan langkah kaki bila jalan semakin menyukarkan.

Alhamdulillah a'la kulli haal.. kepada Allah jualah aku kembalikan segala kesyukuran. Sebab keranaNya, aku hidup dan aku mati..

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

Al-Hadid:22-23

Kepada yang diluar sana, yang ditimpa musibah, yakinlah, Allah sayangkan kamu.

~moga Allah terus bimbing kita melalui hari-hari ujian ini..

Monday, September 16, 2013

Great Power


Salam alaik,


Kadang-kadang kita clueless dalam mencari erti hidup. Kita tak tahu kenapa kita diposisikan dalam sesuatu tugas atau tanggungjawab.

Kita rasa diri tak cukup sempurna, tak cukup layak untuk menggalasnya. Takkan mampu untuk mencorakkan atau mencurahkan tenaga.

Lalu kita akan bertanya kepada orang disekeliling kita. Naqibah kita, ustaz atau ustazah, Ibu bapa kita, teman-teman rapat yang mengenali diri kita. 'Kenapa dan kenapa?' Masing-masing akan memberi hujah mereka. Mengatakan kita layak, hanya kita menafikannya. Mengatakan bahawa Allah lebih tahu hakikatnya, etc, etc.

Dan kemudian kita bertanya kepada Sang Pencipta diri, 'Kenapa ya Allah?' Kenapa aku ditempatkan pada tmpat yang bukan aku layak mendudukinya? Adakah ini istidraj? Nikmat apakah yang Kau cuba berikan padaku? Mampukah aku melalui ujian ini? Mampukah jiwaku bertahan dengan ujian sebegini? Mampukah?

Dan Allah menjawab
' Laayukallifullahu nafsan illa wus' aha. Laha ma katsabat wa a'laiha maktatsabat..' Al-Baqarah:286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.

Setiap orang akan dihidangkan dengan ujian yang berlainan. Ada yang diuji dengan harta, ada pula dengan masa, keluarga, pangkat, perasaan dan bermacam jenis lagi ujian yang ada.
Dan kerana ujian yang berlainan itu, setiap antara kita dihisab berasingan. Kerana ujian yang berlainan itu, kita tak digalakkan untuk membanding2kan antara satu sama lain.

'Allah treats us differently so do not compare yourself with others'.
Kadang-kadang kita rasa Allah lebih tahu diri kita, lebih tahu kita ni banyak keburukannya daripada pengetahuan orang lain. Banyak aibnya, banyak maksiatnya. Hanya kerana Allah tutup daripada penglihatan manusia saja yang menyebabkan manusia hanya nampak baik-baik saja.

Tapi Allah masih tempatkan kita pada posisi yang kita rasa terlalu mulia untuk mengambilnya. Terlalu tinggi martabatnya dan kedudukannya. Terlalu suci untuk dinodakan dengan dosa dan aib kita. Allah dengan kudrat dan iradatNya, masih memilih kita untuk menggalasnya.

Great power comes with great responsibility.
Kerana semua yang dihidangkan dihadapan kita adalah ujian. Hanya cara pandang kita sahaja yang perlu diubah.
Tiada yang mulia melainkan Allah yang mengangkatnya jadi mulia, jadi kemuliaan bukan pada pangkat atau amal. Ia anugerah Allah yang bersamanya ada ujian.

Menjadi muslim, daie, sebenarnya bukanlah pilihan yang memuliakan manusia (walaupun of course, jadi muslim tu dah memang mulia) tetapi ia lebih kepada tanggungjawab dan apa yang kita lakukan dengan darjat tersebut.

Mulia saja tak ada guna kerana dunia ni hanyalah permainan dan sementara. Boleh jadi kita didunia mulia, tetapi diakhirat sana mungkin kita tergolong dengan mereka yang hina dina. Naudzubillahimin zalik! Jadi benarlah, tugas yang besar datang bersamanya tanggungjawab yang berat. Hanya kita yang mencorakkan arahnya ke mana..


“ Know that the world is God’s gift, and that He needs nothing in return, and that your worship and gratitude are part of His gift to you. And if you realize how much He gives, and how little you deserve or do, you will never stop praising Him. He is the infinitely lovable, the overlooker of faults; the Gifter of all beauty, so we are surrounded by a banquet!”
--Shaykh Abdal Hakim Murad

Tuesday, September 10, 2013

Anthem


Syahadah.
Saksi.
Anthem.
Mujahadah.
Faith.
Fitrah.

Ah, terlalu banyak. Terlalu banyak 'intipati'nya. You describe it. Feel it. They are well-blend and mixed jadi sebuah cerita tentang kehidupan yang aku sendiri merasainya.

Aku, mungkin bukan seteruk Si Dashing Dania yang pernah hidup dengan segala macam jenis budaya luar sana yang orang kita panggil westernized tu. Punk, Gothic, dan entahapaapa lagi yang segeng dengannya tu, segala puji bagi Allah lah aku tak terjebak. Namun untuk katakan diri dah cukup lengkap baik tu taklah. Pakai je tudung, solat je lima waktu, Al-Quran masih dalam list everyday atau at least every 3rd-4th day. But having mixed with other that-is-so-called Jahiliyyah tu, yup I did it.

Minah Hindustan yang satu ketika dulu pernah ulang tayang cerita Mann berpuluh  kali sampai boleh hafallah Amir Khan dan Manisha Koirala tu nak cakap apa. Lagu dan tarian pulak, jangan cakaplah. Tell me, mana satu nak dinyanyi? I can give you full lyric! Seriously.

Yang akan duk melangut tanpa gerak depan TV bila start je cerita dari negara yang berbahasa Urdu tu walau cerita yang ditayang dah berkali-kali tengok.

Yang boleh hafal lagu dalam filem tu dengan sekali tengok?

Yang kalau 'humming' lagu pun lagu rentak gaya tu jugak?

Yang tak boleh nak bersemangat nak study once tak dengar satu lagu feveret tu. (opss, ni rahsia peribadi nih)

Everybody has a past.
Everybody lives a present.
Everybody deserves a future.

Seriously dulu tak rasa benda tu salah. Tak rasa benda tu Jahiliyyah. Sebab semua orang tengok? Sebab TV3 yang tayang cerita hindustan tu every Saturday?

"Wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is right even if you are the only one doing it."

True. Benda ni boleh kukatakan dah jadi darah daging aku, my supplement, my hiburan hujung minggu, my penyedap telinga.

But really, wrong is wrong even if everyone is doing it.

Dan nak meninggalkan benda yang dah jadi darah daging ni, dah jadi isi dengan kuku ni bukan senang. Mujahadahnya bukan sehari dua.

"The chains of habit are too light to be felt until they are too heavy to be broken."

Gelaklah bila aku kata susah nak tinggalkan lagu2 dan cerita2 hindi ni. It's similar like those with Korea's, English's, drama's etc, etc.. Even ade aku dengar yang jenis kemaruk cerita Indonesia dan lagu2 depa.

Not all of them are Jahiliyyah. But once you are too relying with them that makes you forgeting Allah, and seems like they are not to increase your iman, they are Jahiliyyah. Tengok hindustan menambahkan iman? meh, beri daku tajuk cerita tu.

Jahiliyyah is everything that is not Islamic. Jahiliyyah adalah apa-apa yang bukan Islam.

Dan yang paling-paling utama adalah, jahiliyyah dengan Islam takkan mungkin bersatu. Takkan mungkin satu arah. Once you go to Jahiliyyah, you are getting far from Islam. And vice versa. Jahiliyyah dan Islam berada pada arah yang bertentangan.

Syahadatul Haq. Penyaksian atas kebenaran. Benda ini yang aku dapat yang buatkan aku kenal balik Islam tu. Kenal balik aku yang sebenarnya. Hamba dan Khalifah. Nikmat yang sampai sekarang aku syukuri. Jujur.
Kesedaran yang tak semua orang dapat. Tak semua orang appreciate.

It's not easy. It's aint easy. Ia perlukan mujahadah yang berterusan. Berapa kali aku try buang semua lagu hindi dari lappy. Dua tiga tahun pun masih ade satu dua. Redownload. (Tapi alhamdulillah sekarang da takde) Takde kat lappy bukak kat youtube. It's never be easy. Just like Dash, Trisy, Addin dan segala watak yang pernah Hlovate tulis dan karangkan. Yang menelan segala kepahitan hanya untuk meninggalkan dunia masa lampau yang hitam pekat.

Mujahadah, berusaha. Sebab Allah lihat usaha, bukan natijah.

Alhamdulillah, Allah sajalah yang buatkan aku terlepas dari rantai-rantai yang membelenggu aku satu ketika dulu. Kalau ikutkan diri sendiri, huh.. takdenye la hai..

There's always  first step in everything. Try. Change. One thing at one time. 

I told you it never been easy. Ia tak mudah seperti kunyah chewing gum. But once I repeat. Allah lihat usaha, bukan natijah. Sejauh mana kita nak dekat kepadaNya, that matters.

I don't say today I'm good enough. Still banyak lagi nak kena baiki, brush up lagi. Menjadi practical Muslim di negara yang bukan beragama (but kat malaysia pun kan) ia sangatlah memerlukan mujahadah yang hebat. Orang lihat dari semua sudut. Kat Malaysia pun tak semua orang boleh terima kita berubah camni. But Allah will help, so don't worry.

Teringat time balik summer dua tahun lepas, kakak aku usha pelik aku.

"Aik, ko tak tengok hindustan ke? on TV now."
"Bukan waktu-waktu ni ko ade kat depan TV ke? Sabtu kan?"

Dan aku hanya menunjukkan sengihan yang tak berapa nak penuh tu pada mereka.. Bukan sekali dua.

But by time, dyorang boleh terima perubahan diri ni. And you know what, sangat touching taw bila Haikal dalam cerita Anthem ni jugak kembali kepada fitrah selepas melihat perubahan Dash. Rasa macam nak menangis part ni. Itulah perasaannya bila kita lihat orang lain pun dapat kefahaman yang kita dulu pernah dapat. Uninterpreted.

Doaku, agar keluargaku pun diberi peluang untuk merasai keindahan kembali kepada fitrah tu. Moga Allah pilih kami untuk memahami agamaNya dan tsabatkan hati kami di jalanNya...

InsyaAllah..Allah's will.

Monday, September 2, 2013

Kesetiaan 2

Assalamualaikum warahmatullah,


Daku disogok dengan beberapa peristiwa kecurangan sang suami terhadap si isteri. Kisah beberapa orang yang aku sangat dekat dan kukenali. Poligami, cerai. Kisah-kisah ini hampir mencemari pemikiranku. Hampir membuatkan aku takut untuk bercinta, gerun untuk berumahtangga.. Tiada percaya pada insan bergelar lelaki.

Pernah suatu hari berbual dengan seorang teman tatkala terlihat seorang lelaki tua yang sedang menyorong kerusi roda, dimana sang isteri yang tua bongkok ditempatkan. Sang isteri hampir tak nampak mukanya kerana terlalu bongkok badannya. Bahkan sang suami juga tidaklah begitu kuat untuk menolak kerusi roda tersebut namun terpancar kasih sayangnya buat sang isteri. Pemandangan ini sebenarnya tak asing bila berada di negara bekas jajahan komunis ni. Anda akan ketemunya dimana-mana. Mereka yang sudah tua masih berjalan bersama, berpegangan tangan. Romantis.

Owh, apa yang kami bualkan? Temanku berkata, "Dyorang ni sangat mengkagumkan. Sangat setia, walaupun sebenarnya tak ada yang 'mengikat' mereka, kan?" Daku menganggukkan kepala mengia.
"Padahal kita cerai-berai, berantakan rumahtangga..sedangkan jalan kita lagi benar, perkahwinan kita lagi diterima Allah.." 
"Sepatutnya negara Islam perlu ada contoh macam ni kan? Setia, saling menjaga..bla..bla.."

Yup, time tu hati terfikir. Dyorang ni ade banyak watak Islam. Hanya bukan pelakunya Islam. Kalau jadi Islam ni, konfirm lulus serba-serbi ni. Malu sendiri bila lihat akhlak mereka lagi mulia berbanding kita.

Berbalik kepada soal setia tadi, ye, dyorang pun lulus jugak. Walaupun tiada yang mengikat dyorang sebenarnya, tapi depa sangatlah setia. MasyaAllah.. Kagum2..

Kalau diikutkan setia tu bukanlah dengan tidak menduakan, seperti dalam kisah di Kesetiaan 1 yang lepas. Tapi bila kita menempatkan hakikat setia itu dari pandangan iman dan taqwa, ia hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ah, begitu sulit untuk menginterpretasikan maksud sebenar setia. meh daku copy-paste balik apa dy dalam post lepas.

Setia yang benar menurut penilaian iman dan takwa ialah menjadikan syri’at ALLAH dan keredaan-NYA sebagai sebab unggul atas kemungkinan segala-galanya.

Haa, macam mana tu? Hurm, daku pun tak tahu. Tapi kesimpulannya ialah kita setia bila hanya ia mengundang redha Allah. Kita setia bila hanya itu saja jalan menuju taqwa.

Memang sakitlah bila orang khianati, curangi kita. Tambah2 lagi orang yang dah berpuluh tahun kita hidup dengannya. Tapi kalau kita yakin akan qada'-qadar Allah, dan bukan sebab sang suami je yang menggatal, mudah-mudahan Allah kurniakan kita payung emas di syurga nanti atas kesabaran kita.

Setia is subjective. It's only you that can describe it. So describe it in the way Allah sees it.

Moga kita setia pada yang satu, iaitu pada Allah semata.


p/s: nak suami yang setia! :P





Kesetiaan 1


Assalamualaikum wbt,

KISAH SETIA
“Ukhti tahu makna setia?” Saya bertanya. Alang-alang dia menyebut tentang setia, mungkin berbicara tentangnya dapat membuka mata dan jiwa.

Dia memandang tepat ke anak mata saya sejurus soalan itu ditanya. Seakan sedikit terkejut dengan soalan yang tiba-tiba.
“Bagi saya, setia ialah tidak menduakan. Kasih dan sayang hanya pada yang satu, tidak terbahagi ke sana dan sini.” Tulus jawapan yang dilontarkannya pada pendengaran saya.

”Kalau kakak katakan itu bukan maksud yang tepat untuk setia, bagaimana? “ Sekali lagi saya mengasak dengan soalan yang tidak diduganya. Kali ini dia diam, tidak terus memberikan pandangan.
“Kakak katakan, maksud yang ukhti nyatakan tadi hanyalah setia dari sudut emosi dan perasaan semata, kerana ia satu keinginan normal yang diimpikan ramai pencinta tapi ia bukan maksud sebenar setia dalam ertikata iman dan takwa.” Saya cuba menjelaskan seringkas mungkin.

Mendengar itu, matanya dikecilkan, dahinya dikerutkan.
“Saya tak faham kak….” Tepat tekaan saya. Dia mahukan penjelasan lanjut tentang setia!

“Cuba ukhti dengarkan dulu kisah menarik ini…” Saya menyambut kata-katanya dan mula bercerita.

WANITA TABAH
Sungguhpun jiwanya pedih saat mengetahui perkahwinan kedua suami, namun dia menerima dengan pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa.

Sedangkan…..

Setiap saat guruh di langit berdentum hebat, tika bumi hampir bah ditimpa hujan lebat, dia memandang ke langit yang tinggi, menadah tangan ke hadrat ILAHI agar suami yang jauh dari mata kerana bekerja di perantauan selamat dan terpelihara dari sebarang bencana.

Bila ditanya mengapa dia pasrah menerima semua itu, dengan tenang dia menutur bicara :

“Kerana bernikah lagi secara sah menurut hukum agama, bukanlah satu perkara aib.”

Orang yang mendengar agak kehairanan lalu dia diasak lagi dengan persoalan yang menyentuh riak rasanya sebagai seorang wanita. Sekali lagi, dia menjawab dengan jiwa kental seorang muslimah mukminah solehah :

“Selama ini saya tidak lelah berdoa kepada ALLAH, memohon supaya suami dipelihara oleh-NYA…lantas, bila mengetahui suami berkahwin lagi, membuatkan saya berfikir, jangan-jangan…..dengan suami bernikah kedua kali ini, adalah cara ALLAH mengabulkan doa saya, menjaga suami dari melakukan maksiat, atau supaya suami saya ada yang merawat nun jauh di perantauan sana…”

SubhanALLAH!

ITULAH SETIA
Saya menjeling sekilas ke wajahnya. Kolam air matanya kembali bergenang usai mendengar kisah seorang isteri yang tabah, cekal dan berjiwa besar itu tadi. Kisah yang selalu saya ulangi setiap kali berbicara tentang poligami. Ia satu sisi indah kehidupan penuh misteri ini yang hanya mampu difahami, dicerna dan diterima oleh jiwa yang benar-benar menyerahkan baik buruk perjalanan hidupnya kepada kebijaksanaan ALLAH SWT dan aturan takdir-NYA. Individu sebegini mengerti bahawa usahanya tertakluk kepada qada’ dan qadar ILAHI jua, tidak terkeluar walau seinci pun dari qudrat, iradat dan ilmu-NYA yang tidak terbatas.

Saya menepuk lembut belakang tubuhnya. Dia menundukkan kepala. Manik-manik jernih mula jatuh, melebar dan membentuk ruang tersendiri di lantai tangga tempat kami berbicara. Tangisannya sedikit pecah dengan sendunya yang menusuk hati wanita saya.

Mata saya turut basah…

“Ukhti, wanita di dalam kisah kakak tadi menunjukkan contoh setia yang luarbiasa. Dia tidak menyalahkan sesiapa pun di atas semua yang terjadi. Sebaliknya dia menggunakan mata fikir dan mata hatinya sehingga diperlihatkan ‘hikmah’ mengapa berlakunya perkahwinan suami yang dikasihi. “ Saya menjelaskan.

“Tapi kak, di mana nilai setia yang kakak katakana itu? Saya masih kabur….” Perlahan dia mengangkat kepala dan bertanya. Situasi itu amat menggembirakan saya.

“Dik, setia sebenar bukanlah tidak menduakan. Jika sekadar itu maksud setia, bagaimana pula perkahwinan Rasulullah SAW dengan beberapa sahabiah terkemuka selepas kewafatan Khadijah. Adakah baginda tidak setia?

Setia yang benar menurut penilaian iman dan takwa ialah menjadikan syri’at ALLAH dan keredaan-NYA sebagai sebab unggul atas kemungkinan segala-galanya. Hati isteri mana yang tidak terluka dengan apa yang berlaku, tetapi dia melihat sisi lebih positif iaitu melihat perkahwinan suaminya sebagai cara ALLAH memakbulkan doa-doanya agar memelihara keselamatan agama dan iman suami. “











Wednesday, August 28, 2013

Travelog Jordan 1

Salam alaik,

Tadaa... ni la yang sebenarnya aku nak kongsi disini.. lama dah tersimpan memori di Jordan, hampir hilang dari ingatan ni disebabkan space dalam kepala kena kosongkan untuk exams.. Hee..

Tapi orang kata kalau memori tu ia akan tetap jadi memori la unless kau dapat retrograde amnesia yang hilang semua past history dalam hidup.. Haa, tu kalau nak derive balik tu susah nak jumpe..

Hurm, baiklah.  Alhamdulillah, Allah berikan daku kesempatan untuk berjaulah ke bumi anbiya' Jordan walaupun dalam kesesakan waktu yang membuatkan dada tercungap-cungap menghabiskan larian batton exams yang tak mau putus2 tu.. Tapi benarlah, waktu tu ade je, cuma kitalah kena guna wisely dan berani ambil risiko. Daku suka risiko2 ni tapi lepas tu kena tanggung sendiri la apa-apapun akibatnya.. :P

Keputusan yang diambil awal March tu dimulakan dengan sembang-sembang rindu dengan kawan daku kat Jordan tu.. Ainul, dia post satu gambar jualan buku 'kot Putih' karya student medik kat sana. Aku bab-bab novel ni memang rajin terlebih skit, padahal buku medik bersusun kat rak tu bukaknye tidak.. ehe.

Ingat nak beli buku. Sekali terbeli tiket ke Jordan. eh? Akhirnya rancangan yang pada awalnya hanya bualan kosong menjadi realiti bila aku dimudahkan oleh Allah, lepas exam internal buat kali kedua pada penghujung bulan April.. Kali kedua tau. >.< Tekad aku untuk keluar sebentar dari kesesakan lalulintas di Czech ni ha.. Penat tau study.. Dan penat juga untuk benda lain. Nak larikan diri sebenarnya.. hehe :P nakal saakella ni.

Seorang. Yup, seorang diri berjaulah. Tak tau jugak boleh ke dipanggil jaulah camni. Tak cukup syarat. Huhu. Tapi tu la nak katanya aku ni memang tekad sedikit orangnya. (eh, ke degil?) Mana ada degil.. Ni orang kata kalau buat keputusan tu, dia tak ubah-ubah dah. Ha.. camtula..

Dengan menempah pesawat dari Turkish Airline, daku bertolak dari Prague tepat pukul 7.15petang 13 Jun 2013 menuju ke Istanbul. Dua hari sebelum bertolak termimpi-mimpi tertinggal pesawat. Risau gakla sebab dah sorang-sorang. Kalau terlepas sapa nak pergi hantar pulak kan.. Tapi Alhamdulillah, semua dipermudahkan Allah.

Tiba di Jordan pada pukul 5.15 pagi keesokan harinya. Lama beratur nak siapkan visa semua tak sedar yang kawanku dah lama menunggu di luar. Nampak saja kelibat Ainul, aku dah nak menjerit. Nampak Maisarah pula rasa macam tak percaya. waaaah, terharunye tengok dyorang ni!! Sanggup ambil aku di airport (tapi yelakan, dah aku paksa depa amek sebab sorang2.. ) walau pagi lagi kat sini.  Dah lama kot tak jumpe dyorang ni! Sejak habis SPM aritu rasanya.. masyaAllah, dah 7 tahun weh, tak jumpe depan2..

Dah nak grads dah depa berdua ni.. Kami sambung sembang dalam kereta pula. Depa sewa kereta ke airport tapi ade driver la.. Ape ntah dyorang panggil kereta sewa ni, aku lupa da. Farsis? Alamak, lupa. Takpelah. Tapi kira camtu la.. Kat sini sama ada naik teksi, kereta sewa atau cam van kecil/ bas kecil. Kira mudahla pengangkutan kat sini, and dyorang kata cam bolehla bayarannya pun. Tapi dulu katanya lagi murah, sekarang dah naik. Biasalah, minyak petrol naik..

Ainul dan Maisarah duduk di Irbid. So, dari Airport Amman ke Irbid adalah makan dalam satu jam lebih. Aku sampai tertidur sebab letih sangat ber'qiamullail' di airport. Mahunya tidak, dah sorang-sorang, mana berani nak tidur. Huhu..

Kami rehat sebentar di rumah sebelum ke gerai makan untuk breakfast. Dapat la rasa falafel(kacang hijau yang dikepal2 bulat), humus(kacang kuda hancur bersama olive),roti arab dicicah dengan daging masak black pepper dan teh mint yang pekat piaw..Baek punya.

Kat Irbid ni ramai je Igop yang lain. So, teringin je la jumpe Aisyah, Ilmi semua. Alhamdulillah, dapat jumpe dyorang sepanjang berada disana.

Petang tu plannya ke Jerash, satu bandar peninggalan Rome yang luas dan dipenuhi dengan batu-batu seni bina zaman tu. Panas mentari tengahari tu seakan membakar wajah tapi melihat seni bina tamadun tu sedikit sebanyak memberi kepuasan dalam diri. Daku ni orangnya suka lihat alam dan museum, jadi bila ade dua gabungan ni di Jerash, memang layan habislah..

pintu masuk Jerash..(dari dalam)

dalam tu ade padang besar tempat perhimpunan.. mungkin lumba kuda?

dyorang banyak sngat binaan coloseum ni..

Pintu masuk Jerash (dari luar)

pemandangan kat dalam..



Alhamdulillah, puas bergambar.. Katanya zaman Umaiyah, Jerash dikuasai oleh tentera Islam.. dan zaman Turki uthmaniyyah pula dibina masjid kat sini.. Luaaass sangat kawasan ni. Penat berjalan! Teringat Ainul kata padaku " Ko nak tangkap gambar ni tak?..Ni? ...Ni? ...Meh aku tangkap gambar ko.."

Kesian dia melayan aku.. Aku memang tak bergambar sangat. Suka lagi tangkap gambar. Tapi sebab dia nak jugak, aku pun tak kisah saja. Tapi bila diingat kembali, ada untungnya tau gambar kita kat tempat tu. Baru feel.. :)

Malam tu ade satu talk dari seorang syeikh ni di Syuwayleh (antara Amman dan Irbid). Daku tanpa memikirkan kepenatan diri, nak jugak join sekali. Pergi bersama aisyah. Padahal sepanjang talk tu aku tak faham pun (haha). Ate, kalau bahasa english aku boleh la faham.. Ni, arab! Tapi bolehlah tangkap sikit2 menggunakan basic bahasa arab yang aku belajar Form 3 dulu..Nak tanya kawan sebelah macam dyorang pun try nak catch up apa yang syeikh tu cakap. Macam mengganggu pulak. Tapi takpelah, daku nak merasa berada di dalam majlis ilmu di bumi Jordan ni je. Tambah-tambah lagi senang nak jumpe tok syeikh2 kat sini. Bestlah dyorang ni! beruntung!

Tak sangkalah pulak kan Allah beri peluang jumpe syeikh ni. Syeikh Hamam, penulis buku Qawaid Dakwah. Ni pun dah merupakan satu nikmat. Hati berbunga di bumi Jordan untuk hari ni. ya Allah, ni baru hari pertama, apa lagi agaknya kejutan untuk hari-hari esoknya?


bersambung...





Lembutnya Akhawatku



Lembutnya akhawatku.




Lembutnya akhwatku,
Kerana kelembutannya aku terpaku
Terasa kasar segala perbuatanku
Melihat mereka aku jadi malu.

Lembutnya akhwatku
Cantik budi bahasa, baik tingkahlaku
Sejuk mata melihat senyum selalu
Jika didunia merekalah ratu.

Lembutnya akhawatku,
Kerana mereka dihiasi malu
Walau sifatnya wanita memang begitu
Namun ada bezanya pada akhawatku.

Lembutnya akhawatku,
Tidak lepas mata bertamu
Melihat mereka hati tak jemu-jemu
Khudwah hasanah yang patut ditiru.

Lembutnya akhawatku,
Namun disebaliknya ada kekuatan padu
Yang bisa mengubah dunia ke alaf yang baru
Selangkah kaki dihayun seluruh alam bersatu.

Lembutnya akhawatku,
Pada mereka ada sesuatu
Bukan pada lunaknya suara merdu
Tetapi pada prinsip dan ketegasan yang jitu.

Lembutnya akhawatku,
Kerana kelembutan mereka, aku terpaku
Mengharap diri jadi selembut itu
Tapi aku tahu, tarbiyyah akan mengajarkanku..



p/s: da hampir setahun dalam simpanan.. baru tahu tak pernah publishkan kat mana2..
moga bermanfaat.

:)

Sunday, August 25, 2013

Post-Surgery

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah a'la kulli haalin
wa astaghfirullah min kulli zanbin.

Ya Allah, semua ni atas kehendakMu, maka segala kesyukuranku hanya untukMu.

Macam biasa, daku heartless walaupun  dah habis alhamdulillah semua exam untuk tahun kelima ni. Anesthesized. Dah lama sangat menghadap buku agaknya (ok, mungkin tak begitu lama berbanding orang lain) tapi cukup membuatkan jiwa dan minda ni beku. Perasaan seronok habis exam pun macam ada tak ada je. Rasa macam tak percaya. Rasa macam, - ok, dah habis.. next year pulak. >.<

Robot sungguh kan? Ish3. Sedih dengan keadaan diri.

So, untuk menormalkan balik aku kena fikirkan benda luar alam sikit. Kena keluar dari kebiasaan hidup student medik ni. Banyak benda rancang, tapi badan gedik ni nak rehat manjang. Ngada.

Bagi aku dalam banyak2 subjek 5th year ni yang aku kecut perut sekali (sampai sekarang rasa lagi) ialah surgery. Sebab dia ade 3 phases kena lalui in one day. Da la oral pun cukup mengecutkan perut ni ditambah lagi dengan 2 phases lagi iaitu MCQ dan physical examination.

Okey, MCQ tu orang lain cakap petik jari je. But untuk di Czech ni, this is rare. MCQ ni xde dalam exam2 sebelum ni jadi boleh la dikatakan dalam 3-4 tahun tak menjawab MCQ. Semuanya oral semata. Jadi boleh agak kot gaya nak pilih jawapan A,B,C tu cne, dengan skill2 lain yang telah pupus dek masa.

Huhu.. kecut jantung, liver semua tau!

Dah la kalau tak lepas satu level tu tak boleh proceed dengan next level.

1) MCQ
2) Physical examinations
3) Oral

So, even tak lepas MCQ je pun, tak dapek la dikau nak proceed ke next phase. And that's meaning you lost your 1st chance already. And another 2 chances left. Mau tak sakit jantung dengar?

Dan MCQ nya pun gaya nak buat orang kena heart-attack je. Jawab online, dan lepas dah agak2 habis jawab soalan, klik,klik, n yeah.... your result will appear in seconds!

Mau dapat ventricle arrythmia dengan result on spot gaya camtu? Tu belum kira tangan berpeluh nak tekan enter semua tu. Huhu.. dyorang ni pun... kalau nak cepat pun jangan la buat gaya ni.. ni nak buat orang dapat resuscitation je ni. -.-'

Kalau jantung tu boleh keluar dari sangkar rusuk ni, dah lama dia loncat sebab sempit sangat rongganya. Sesak!

Hanya kuasa Allah semata yang memungkinkan aku untuk lepas exam surgery yang penuh dengan cabaran ni. Tak pernah, seriously tak pernah kecut jantung camni. Tapi xde la teman nunjuk, teman kat luar nampak cool je lah. Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu @.@

Subhanallah. walhamdulillah. Allahu Akhbar.

Ni sapa nak jadi Doktor sangat ni?  (huwaa, mana taw susah camni!)

Takpe, eloklah practice jantung tu.. Nanti kan rawat patient pun da terbiasa la dengan emergency2 cases cmni. ye tak? :P

(yelah tu..)

Be greatful kella. Betapa ramai nak berada di tempat ni. Being a Doctor. To save and help other people. Aritu terkesan dengan seorang budak Syria - dia kata kalau diberi peluang dia nak jadi Doktor. Untuk selamatkan ummah. Selamatkan mereka yang tengah berperang da berjihad ni.

MasyaAllah..

and you?

complaining, complaining,complaining..

nangesh.


" Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan RahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh."

An-Naml:19


Sunday, August 11, 2013

Raya dah?!


Eh, eh, raya dah  lah!

Assalamualaikum warah matullahi wbt~

Dengan izin Allah, sudah berakhir sebulan Ramadhan pada tanggal 7 Ogos 2013 yang lalu. Sekarang kalau diikut kalendar hijrah da 4 Syawal 1434H.

Alhamdulillah a'la kulli hal.. berpuasa di perantauan ni mencipta seribu satu kenangan yang bermakna dalam hidup. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk sempurnakan puasa disini walau cabaran dan dugaannya memang hebat! 18-19jam berpuasa..

Tapi sampai sekarang masih lagi teringat2 hari-hari Ramadhan yang telah berlalu tu. Besttt sangat2! mungkin sebab ade kawan2 sekali so tu yang tak terasa sangat kerinduan kat keluarga di kampung.. huhu

Dann, hari raya disini pun meriah!

soo, lagiii laaa tak terkenang kampung halaman.. makanan memang semua ada! lodeh, lotong (bukan sama je ke?), ketupat, sambal kacang, kuih raya..(lemang je yang tak jumpa..) then nak tau, aku ade buat kuih rayaaa.. ^_^

tadaa...
kuih makmur perantau~
opss, jangan lihat pada kebesarannya..kui3

Raya pertama kami ber'open house' di rumah Kak Lah n Ijoy, ade soto, rendang ayam (nyum2) ade laksa, ade bihun.. waaa, macam2 sampai tak larat perut nak menghadap semuanya! dahsyat2..

Malamnya di rumah kak ijti.. Parents kak ijti datang, so ade buat masak2 skit.. Laksa johor dengan lodeh.. sedaapp!! terasa masakan mak kata sorang kawanku.. 

pastu raya kedua di Kedutaan Malaysia di Prague.. Nasik ayam, roti canai, dan bermacam2 lagi lah..soto pun ade jugak.. 

Dahsyat2 makan dua ari tu.. 

Pastu nak tahu raya ketiga buat ape? owhh, raya ketiga aku dah menghadap buku. =P insaf la kot.. lagi 12 hari lagi nak exam surgery.. ade hati nak beraya sakan.. :(

cuma memang tak dapat nak elak, hari ni, raya keempat ada Mbak tuti nak buatkan bakso.. Mbak dari indonesia, datang sini bekerja.. memang rezekila dapat bakso kat bumi eropah ni..

Alhamdulillah.. sebenarnya skit lagi nak gi ke makan bakso ni.. so sementara menunggu waktunya kita hapdatekan dulu blog ni.. 

Tapi sebenarnya niat di hati nak hapdatekan tentang Ramadhan disini.. Tapi cam xboleh je.. exam skit lagi! kena tahan dulu..

k lah, sebenarnya nak buat post ringkas je tapi terpanjang pulak.. huhu..

k, so nak buat salam perantau la kat sini.. 

Saya, Keyla Alexa, yang belajar medicine di Republik Czech dengan ini nak mengucapkan kepada semua kenalan, sanak saudara, jiran tetangga yang mengenali diri ni, - Selamat Hari Raya Maaf Zahir dn Batin! minta maaf salah silap, terkasar bahasa, terdirect kata (err, yg ni memang ya), terguris hati mana2.. moga ruh Ramadhan masih kekal dalam diri kita semua..

Taqabbalallahu minna waminkum! =)

raya pertama pulang dari rumah kak lah.~

p/s: best raya diperantauan.. best jugak berpuasa di perantauan! >.<

Sunday, July 21, 2013

Cintaa~


Aku jatuh cinta lagi

Kali ni bukan cinta manusiawi

Tapi cinta agung yang aku mahu miliki.



aku mula cintakan jalan ini

aku mula jatuh hati

pada prinsip dan susunan yang rapi



bilamana hati disapa kasih sayang Ilahi

aku malu dengan kekurangan diri

namun terharu dengan sapaan Dia yang Maha Tinggi

disebalik lemahnya diri Dia mahu aku terus berdiri

Dia mahu pimpin tanganku meskipun sudah jatuh berkali-kali

meskipun Dia lebih mengetahui hati

meskipun aku sering lupa diri



aku jatuh cinta berkali-kali



namun berbeza kini,

saatku terbangun,

hati tak tersakiti bahkan terisi

jiwa tak menangis sepi malah merintih rindu pada Ilahi



aku cinta akan jalan ini

aku jatuh cinta berkali-kali



dan aku harap rasa cinta ini

subur mewangi

hingga pengakhirannya nanti

ke syurga firdausi

syurga tertinggi




aku jatuh cinta berkali-kali

cuma kutakuti cintaku masih tak suci

ada onar yang meliputi

ada kabut yang menutupi




aku takut cinta ini tidak terwarisi

aku risau cinta ini hilang dimamah hari

lalu aku berdoa pada Dia, Yang Maha Mengetahui


'Andai benar jalanku ini, andai benar rasa hati ini, Kau akan teguhkan aku walau apapun yang bakal terjadi..'

wa asaluka hubbaka
wa hubba mayyuhibbuk

wa hubba kulla a'malin allazi yuballighuni hubbak..

ya Muqallibal qulub, tsabbit qulubana a'la deenik!


~29 Sya'ban 1343H

Friday, July 19, 2013

Ikhlas

Ikhlas buah dari keimanan..

Sebab itu surah 'qul Huwallahu Ahad' tu dinamakan Al-Ikhlas walaupun temanya adalah tema tauhid. Sebab apa?

sebab Ikhlas itu terbina selepas mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya..

ikhlas beragama kerana Allah. Ikhlas dalam menyembah-Nya.

Ikhlas..

Apa tandanya ikhlas? Sebab kita takkan tahu keikhlasan seseorang, hanya Allah saja yang tahu. Tapi ada caranya untuk mengenali orang yang ikhlas ni..

Ada caranya juga untuk mengetahui kita sendiri ikhlas ke tidak.

Jadi apa caranya?

 ya, bila dia buat sesuatu, pujian tidak menyebabkan dia riak, dan bila dikeji pula tidak membuatnya patah semangat.

Bukan ditunggunya pujian, tak dicemuhnya kritikan. 

pujian tak membesarkannya, kejian tak melemahkannya.

kerana satu. 

Dia buatnya lillahi ta'ala.

Lillah!

itu dia ikhlas!

Thursday, July 11, 2013

Cukup bagiku..


قد كفاني علم ربي


قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku

مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي
Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي
Doa serta permohonanku

شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku

ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai pemberi pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku

وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan

وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku






Monday, July 8, 2013

1 Ramadhan


Ikhlaskan daku ya Allah..
untuk menerima 'ganjaran'-Mu ini.

Ikhlaskan daku ya Allah..
menerima 'hadiah' dari-Mu ini.

dan moga aku terus ikhlas ya Allah..
memegang 'risalah'-Mu ini.

Jika ini jalanNya, aku tahu Kau akan permudahkannya untukku..
Dan aku hanya mahu..
Bersama-Mu.

Ya Muqallibal Qulub, tsabbit Qulubana A'la deenik..

Saturday, June 29, 2013

Pre-Ramadhan

Salam alaik,

Alhamdulillah a'la kulli haalin,
wa astaghfirullah min kulli zanbin..

baaaanyaaakkk sangat nak cerita!
tapi insyaAllah terpaksa tahan dulu nak menulis.
I have something more urgent to do. iaituu....

Study!

=) gonna have exam on 3rd July = INFECTIOUS!

Moga Allah mudahkan~

Apa2 pun, kita layan dulu lagu baru Maher zain.
Terima kasih MZ, i'm craving for new nasyeed songs.. alhamdulillah~


Friday, June 7, 2013

Mekah Al-Mukarramah

Salam alaik,



Sudah hampir seminggu mama, kak anis, dan abang anjang menjadi tetamu Allah.

MasyaAllah, nikmatnya menjadi tetamu rumah Allah ni..
Bukan kerana keindahannya yang memang sedia indah..
Tapi kerana ia tempat ibadah, Rumah Allah..

"You can choose to go any part of the world. But as for Medinah and Mecca, its different, they choose you".

MasyaAllah!

Ya Allah, pilihlah daku untuk menjadi tetamuMu..
Aku mahu kesana..


sangat-sangat.
>.<

Wednesday, June 5, 2013

Makhluk Marikh

Salam alaik,


=)
hurm, hurm..  sebenarnya memang dah lama nak tulis tentang ni.. cuma tak ade masa dan kalau nak tulis ni kena ade kajian. Tak boleh semborono.. nanti makhluk marikh marah.
Apa?
Siapa makhluk marikh?

Ohho.. perkenalkan...

Hehe. Kami makhluk Venus.. =P

Okey, ehem, ehem.. InsyaAllah, sebagai manusia, kita pasti tak terlepas berhadapan, berinteraksi, bergaul hatta lalu seberang jalan dengan makhluk2 lain di muka bumi Allah ni. Samalah dengan makhluk2 lain tak lepas berhadapan dengan kita.

dan daku dilahirkan sebagai makhluk Venus yang insyaAllah terkenal dengan sifat lemah lembut dan penyayangnya.. (??.. bolehlaa..)  Alhamdulillah. =)

Ya, dilahirkan dalam keluarga yang besar, ade arwah abah, 6 orang abang dan seorang adik lelaki cukup dah syarat pernah berinteraksi dengan insan bernama lelaki ni. Tak cukup lagi? ade 5 orang abang ipar taw. Haa, kira ramai dah yang aku boleh kata rapatla.. Kira bersembang pernah la berbanding dengan lelaki2 diluar sana yang aku agak strict sikit.

Makhluk Marikh aka lelaki ni memang terkenal dengan kegagahannya, kuat, lebih rasional, tak terdrag dengan emosi, pandai menyelesaikan masalah, komited etc..etc.. Namun mereka juga ada kelemahan yang tersendiri. for example keras kepala, ego tinggi, ganas dan kasar sometimes, kalau marah tu menakutkan etc..etc..

Mereka kuat kerana mereka perlu melindungi. (Siapa? of course laa kami. :P)
Mereka perlu rasional kerana pasangan mereka selalu terikut emosi. (err.. kami la tu)
Mereka ni diciptakan utk melengkapi kami, dan kami melengkapi mereka. >.<

Fuh, nampak sweet je.. Tapi kadang-kadang hakikatnya... tak seindah impian. Agaknya berapa ramai makhluk Marikh ni yang sebenarnya faham dia makhluk Marikh? 

Kalau kat Malaysia tu, cukuplah.. nampak keterancaman hidup kami makhluk Venus.

Yang sepatutnya jadi pelindung, tapi kini jadi pemusnah hidup.
Yang sepatutnya jadi ketua keluarga tapi kini senang lenang tengok isteri bekerja.

(eh, tapi apa kaitan dengan artikel ni?) :P

Kadang-kadang tak berapa nak faham jugak dyorang ni. 
Kadang-kadang lemas juga dengan dyorang ni.
Kadang-kadang clueless jugak dengan depa ni.

Kami ni memang kadang-kadang perlukan penjelasan, maka tolonglah jelaskan.
Kami ni memang sometimes clueless, maka tolonglah beri guidelines ke, penunjuk arah ke
(Ohho, sangatlah emosi makhluk Venus ni~)

Ya, makhluk Venus memang mudah emosi.. huhu

Hurm, mungkin Allah nak ajar ni.. ajar berlapang dada skit dengan orang lain. kan dyorang tu mahkluk marikh. berbeza dengan makhluk Venus, ye tak?

alahai, makhluk marikh.. yang hensem bergaya lagi kacak budiman..
moga Allah berikan kita kesefahaman dalam menjalankan tugas dimuka bumi ni..

yang benar
~makhluk Venus

Monday, May 27, 2013


Sudahlah..
Cukuplah senyum pura-pura kau tu.
Jangan teruskan lagi.

Sudahlah..
Cukuplah sikap pura-pura acuh tak acuh tu.
Jangan terlalu egois.

Cukuplah..
Sudah-sudahlah dengan kedegilanmu.

Jangan keras sangat lah kella.
Jangan berlagak kuat kalau lemah.
Jangan berlagak.

cukuplah kepura-puraan itu.



Sunday, May 19, 2013

Afwan..

Assalamualaikum wbt,


Aku, memang takkan boleh puaskan hati semua orang. Bahkan hatiku pun jarang terpuaskan. Aku belajar dari kesilapan demi kesilapan, kesalahan demi kesalahan dan hanya mampu memejamkan mata saat ada yang mula memerli setiap langkah yang kelihatan sumbang.

Aku, manusia biasa yang melakukan kesalahan, biar kecil mahupun yang besar. Kerana itu aku belajar dari kesilapan hanya untuk mengejar sebuah kesempurnaan namun tak semuanya dapat digapai dengan mudah. Kerana Allah mahu mengajarkan aku erti perubahan yang hanya keranaNya. Tanpa memerhatikan apa pandangan manusia..

Aku pejamkan mata saat langkah yang dihayun mula terasa berat, bahkan bisa terpijak duri-duri yang berselerakan disepanjang jalan. Saat kaki mula mengalirkan darah, kesakitan sudah sampai ketulang, padahal jalan masih belum tiba ke destinasi, saat itu mataku terus terpejam, meredhai duri-duri itu terus menyucuk hujung kaki. Mengharapkan kekuatan datang dari Ilahi. Demi menamatkan perjalanan yang panjang..

Aku, tak tahu berapa lama aku bisa berjalan. Namunku tahu aku tak boleh berhenti. Aku tak bisa berhenti. Kerana aku tak mahu terputus dari jalan yang mulia ini, namun kepenatan dan kesakitan sering menghambatku malah syaithan berperanan dalam menggodaku. Aku lelah dalam mencari makna yang tersembunyi. Kalau Allah mahukan kebaikan pada hambaNya, Allah berikan kefahaman dalam beragama.. Nikmat kefahaman ni kusyukuri sepenuh hati, namun jalannya tak mudah, bahkan tanggungjawabnya besar.

Amalnya membutuhkan keikhlasan, jihadnya memerlukan pengorbanan, jiwa mahupun harta. Aku kagumi mereka yang berada dijalan ini. Lantas jiwa bertanya, mampukah aku? Sampai bila aku mampu bertahan? Aku menggelengkan kepala. Sungguh jalan ini membutuhkan hati yang suci dan ikhlas.

Ikhlas dalam beramal. Buah daripada kefahaman. Lalu membawa kepada jihad (bersungguh2) dan berkorban. Kemudiannya taat, tsabat dan tajarrud.. dan dipenghujungnya ialah tsiqah.

lalu penghujung akhirnya.... syurga.

Jauh lagi.. perjalananku.

Serius

Salam alaik,

Ok, sekarang dah kena mula serius.

Untuk semua benda.

Dah lama membiarkan diri dibelenggu dengan masalah diri yang tak sudah. Kini aku dah tiada alasan untuk membenarkan lagi benda ni menghantui aku.

Aku sudah maafkan. Semua. Dan tiba masa untuk aku pula dimaafkan.
Aku, sudah terlalu lama begini. Sekarang biar aku lupakan segalanya dan mulakan langkah baru.

Ya, jiwa mesti mau kuat. Positif!
Hidup ni bukan untuk disia-siakan dgn perkara remeh cmtu.

I must push myself harder.
Even harder.

Ya Allah,
Guide me, All the way to Your Jannah.

Tuesday, May 7, 2013

Kecewa

Salam alaik,

Ehem..ehem.. post ni sebenarnya lebih kepada luahan hati, jadi daku tak syorkan bace.. (huhu, tapi nak tulis kat sini jugaakkk)

ok, agak childish disitu.

Baik, teruskanlah membaca.

Manusia takkan terlepas kan daripada merasa kecewa bila sesuatu yang diharapkan, diinginkan tup-tup pergi atau terlepas dari genggaman.. kan?

Samalah seperti apa yang dirasakan sekarang. Kecewa itu fitrah la kan.. Bila kehilangan sesuatu, bila tak dapat sesuatu.. Kita akan kecewa.

Yang bezanya, cara kita menerima kekecewaan tu. Alhamdulillah, dalam Islam, Allah ajar cara mengatasi kekecewaan.

"..boleh jadi,kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu.. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu..

Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." Al-Baqarah:216


T.T

Allah kata lagi,

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah..

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.. (Al-Hadid: 22-23)


Allah is The Best healer..
Kerana membaca ayat-ayatNya pun hati dah cukup terubat.


Kerana kita tahu, seorang Mukmin tu, unik. Bila diberi nikmat, dia bersyukur, dan bila ditimpa bencana dia bersabar~

Dalam kekecewaan yang melanda ni, selalu kena revise balik pengertian hidup. Hidup ni tak lebih hanya tempat menanam. Membanting tulang. Tempat bersusah payah. Tempat ujian selalu terjumpa ditepi jalan. Tempat mengutip pahala.

Dan kerana hakikat hidup di bumi itu adalah begitu, maka wajarlah kita diuji. Wajarlah kita berusaha sehabis baik. Wajarlah kita bersusah payah mengutip pahala. Wajarlah mengenepikan perasaan yang tak sepatutnya. Wajarlah.. wajarlah....dan wajarlaaahh~


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman:13)

Kerana hakikat kita layak diuji, maka dengan itu haruslah setiap ujian itu kita hadapi dengan semangat. Dengan sabar dan tabah. Dengan yakin dan taat. kerana tiadalah ujian itu melainkan hanyalah untuk menguatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allahu Rabbi. Ye kan?


Allah, Allah.. Tak tahu sampai bila dapat bertahan untuk menempuh ujian dan rintangan ni. Tak tahu sampai mana akan mampu untuk terus berada di jalan yang mulia ni. Tak tahu sampai bila akan mampu kata dunia ni hanya persinggahan saja. Tak tahu. Tapi kutahu Allah sahajalah yang akan kuatkan diri. Allah sahajalah yang akan bimbing langkahan kaki.

Allah sajalah yang akan terus bersama sampai kehujung nanti. Allah saja.

Kerana apa-apapun, hanya Allah saja pengakhirannya..

Kecewa manapun, hanya Allah saja yang akan mengubatinya..
Kecewa tahap apa-pun, hanya Allah saja yang mengubahnya..

Jadi apa-apapun, kembalilah padaNya.
Dia pengubat jiwa yang lara..

Innallaha maa'na..
sesungguhnya Allah bersama2 kita.

selalu.







Thursday, April 4, 2013

Allahummaghfirli..

Bismillah,
Salam alaik,

Cuba hayati video ni sebentar..



Ada yang diluar sana,
Tak mengerti makna dosa.

Ada yang diluar sana,
Jadi mangsa syaitan durjana
Tanpa rela.

Ada, masih ada.
Setiap hari mereka mencari
Erti hidup yang sebenar
Namun yang mereka temui
Hanya dusta.

Mereka, mahukan hidayah itu
Mereka, dahagakan cahaya itu

Maka, siapa yang bertanggungjawab atas diri mereka?

KITA. T.T


"Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, dan begitu pula dalam (al-quran) ini, agar Rasul menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah.

Dialah pelindungmu,Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.."
22:78

Allahummaghfirli...

Wednesday, March 27, 2013

The Dunya

Salam alaik,


Busynyer saakella!! MasyaAllah, laa haula wala quwwata illa billah..

Nak menangis sibuk gaya ni. Ya Allah, dunia ni memang penat kan? Bila nak rehat ni.. Akh Iman Syafiq dah rehat dah.. tapi dia dah buat sehabis baek.. aku?


Astaghfirullah3..

Dunia.. indah sangat~

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

Tapi ia ada akhirnya..

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

Kita ni hanyalah seorang musafir..
yang akan pulang ke destinasi yang sebenar..

This life is just a journey
And it's taking me back to You

Dan kerana nak 'pulang' tu, kena usaha sehabis baik..
Sebab nak pulang ke tempat yang terindah..

syurga~

Ya Allah, aku dengan segala kehinaan yang ada padaku,
Aku memohon syurgaMu..






This life is just a journey 
And it's taking me back to You


Mudahkanlah segala urusankku ya Allah~
dan berkatilah..

Thursday, February 28, 2013

V Nemocnici 3


Salam alaik,

Forensic.

Alhamdulillah wa syukrulillah, sudah masuk dua minggu pemulaan musim baru. Summer semester yang masih sejuk2 dan turun salji sekali sekala~ (waaa, tahun ni xmain salji punn....) sedih, tapi tak mengapalah.. dunia ini tak perlu disibukkan dengan aktiviti2 sebegitu.. eh, yeke? =) - ayat penyedap hati je tu.

Winter semester berlalu dengan ceritanya. Kini summer semester datang dengan tanggungjawab dan bebanan yang lebih berganda. Menambah lagi bebanan yang belum sempat habis dipikul lagi. Nangis.

Ya Allah, mudahkanlah~ T.T

Owh, sebenarnya nak cerita. Pengalaman ber'forensic' selama 3 hari yang lepas. Alhamdulillah, first practical rotation semester ni ialah Forensic Medicine yang mana bagiku ada suka dan dukanya. Banyak yang aku belajar dari sudut pandang tersurat dan tersirat. Dari segi lahiriyah, dan juga rohaniyyah~ owh, sangatlah ruhi belajar forensic ni. MasyaAllah.

Sungguhlah, kematian itu adalah pengajaran yang paling baik buat orang-orang bertaqwa.

Memang sangat ngerilah jika kematian itu berpunca yang selain daripada 'natural causes' - kematian secara semulajadi disebabkan faktor2 tertentu - yang mana terdiri daripada 'homicidal' (bunuh), suicidal (bunuh diri), dan trauma. Tak sanggup mata melihat mayat2 yang disiat, ditikam, ada juga dihempuk dengan objek keras, yang dah mereput, yang dah jadi mumia, dan lain-lain. Allahu Allah..

Merasakan ketidakadilan dan kekejaman berlaku dimuka bumi ni. Tu belum lagi kalau-kalau dapat gambar dari Syria ke, Palestine ke, dah konfim2 boleh pengsan tengok. T.T Waa, kenapa dunia ni penuh dengan kengerian yang berganda?

Jawapan yang muncul dibenak, ialah selagi Islam tak tertegak, dunia ini tidak akan merasai nikmat keadilan, nikmat kesamarataan, nikmat berkasih sayang, nikmat halawatul iman.. dan bermacam-macam lagi nikmat- nikmat yang lain. Allahu Allah.. Banyak lagi kerja perlu dibuat..

Bila ada gambar bunuh diri, hati kata : Kenapa nak bunuh diri, kan Allah kata, " Dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu ," (An-Nisa: 29)

Bila ada gambar kes pembunuhan : ayat ni berlegar dalam kepala : "Dan barangsiapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya."

Dan juga hadis yang famous ni : "Tidak halal ditumpahkan darah seorang musliam yang bersaksi tiada ilah yang patut disembah kecuali Allah dan aku adalah utusannya, melainkan kerana satu dari tiga sebab berikut, pelaku zina yang telah berkeluarga, jiwa dengan jiwa(qisas) dan orang yang meninggalkan agama serta jemaahnya (murtad)" Muttafaqun Alaih.

Kot-kot kalau depa yang tak Islam ni tahu pasal benda cmni, agaknya dyorang pi buat tak?

Kita pun ngeri dengar ayat2 Allah ni. Tapi sebab apa berlaku juga kat dunia ni? sebab Islam tak sampai lagi kat semua orang..

Tak semua orang dapat rasa lagi kemanisan Islam dan iman tu.. Sebab tu kezaliman dan penindasan banya berlaku pada dunia hari ini..

Allahu Allah.

Kematian.. Kita, tak tahu cara apa kematian kita. Kita, tak tahu, adakah kita bakal dapat husnul khatimah (pengkhataman yang baik) atau su'ul khotimah (pengkhataman yang buruk)- naudzubillah.

Kalau mati dengan cara yang dahsyat tapi husnul khotimah, alhamdulillah lah daripada meninggal dalam keadaan baik tapi su'ul khotimah.. Kita, semua mahukan pengkhataman yang baik. Kita semua mahu berehat sepuas-puasnya di syurga. Dunia ni hanya persinggahan, yang kita tak boleh nak 'rehat' sangatlah kan sebenarnya.. selagi tak sampai ke pengakhiran yang abadi tu..

huhu.. Allahu Allah..


Sungguh, forensic ni mengajar aku baaaaannnnyaaaakk sangat pengajaran tentang kehidupan..
Hidup, bukan hanya sekadar makan minum belajar tidur.

Kamu, bawa makna yang lebih dari itu.

Alhamdulillah ya Allah..


Monday, February 18, 2013

Riak


Bismillah,


Dalam kata yang terucap,
Dalam nada yang kedengaran mantap,
Ya Allah, aku takut aku ada riak.
T.T

Dalam langkah yang menjejak,
Dalam amal yang terselak,
Ya Allah, aku takut aku ada riak.
T.T

Bila pangkat ditambah pangkat,
Bila amanah digalas bertambah berat,
Ya Allah, aku takut aku ada riak.
T.T

Bila dipuji hati berdetak
Bila dikeji hati memberontak,
Ya Allah, aku benar-benar takut aku ada riak.
T.T

Ya Allah, aku takut aku ada riak,
Aku takut amal habis berselerak,
Aku risau jiwa hilang jejak,

Ya Allah, ku pohon, lindungi aku dari riak!


nangis laju2..