Friday, December 6, 2013

Bahasa cinta


Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa manusia yang disertakan rasa
Dari langit cinta itu diterima
Dan ditebarkan keseluruh penduduk dunia

Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa yang bawa sejuta rasa
Yang diajar oleh Tuhan alam semesta
Untuk menarik manusia kearahNya

Bahasa kita bahasa cinta
Cinta kepada makhluk ciptaanNya
Tidak sanggup meninggalkan mereka
Tidak mahu mereka terus terleka

Bahasa kita bahasa cinta
Kerana cinta itu kita korban segala
Boleh jadi manusia tidak menerima
Namun cukup untuk gapai redha

Bahasa kita bahasa cinta
Bukan kerana kita mulia
Bukan kerana kita tiada dosa
Cukup kita sedar tugas yang sedia ada

Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa cinta yang mahukan syurga
Matlamat akhir kehidupan manusia
Penamat agung segala rasa.


No comments:

Photobucket