Wednesday, June 30, 2010

Segenggam garam= sebesar danau



A: Relaks la kella.
Baru ujian sikit takkan da mundur?
Baru je diuji dengan masa lapang.
Takkan da lupa janji dulu?


me myself: Tak, xpernah lupa..
Dah janji kan, mana leh lupe.
Nie sebab gaya nak memberontak je nie.
Astagfirullah..


A: Nak berontak for what?
and to whom?
fikirlah, kau memberontak ke taknak terima ke
benda nie akan berlaku juga,
takdir Allah tetap terjadi.
and by the end you got nothing.
nothing..
yillek..


me myself: I knoe that.
I'm really realized it.
sebab tu aku takmau memberontak da.
I wanna accept all these.
for my own good.

A: true.
still remember kisah seorang datuk dengan segenggam garam?
you r the one that got the story.
and then share it. supposed u understand it better.
takkan da lupe kot?

me myself: yes, i'm still remember it.
and I know how to deal with my feeling.
thanx, for everything.

A: no problemo~
ingat! no 'what if', no 'kebetulan'. everything is fated.

me myself: righto. help me, guide me through all this?

A: always~

me myself: ^^



dibawah ini cerita yang I got exactly the same as cerita 'datuk and segenggan garam' tu
but nie version guru dengan murid.

moga dapat manfaat~



segenggam garam=sebesar danau= bergenggam2 tabah! but it's worth!

Allah tak lihat natijahnya, tapi Allah lihat usaha..

Anas berkata Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya suatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum, diujinya mereka dan sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci dengan ujian itu maka dia akan mendapat kemurkaan Allah".(At-Tirmidzi dan ibnu Majah)

Sunday, June 27, 2010

Tabahkan daku...


Tabahkan daku, ya Allah
Bila akanku habiskan cutiku disini.

Tabahkan daku, ya Allah
Bila majlis-majlisMu terlepas diikuti.

Tabahkan daku, ya Allah
Bila akanku berjuang untuk physiology.

Kutahu ya Allah,
Kau Maha Mengetahui.
Dan kuyakin pada Mu ya Tuhan
Kan kuteguh berdiri.

Apapun yang bakal terlepas dariku, ya Allah
Jangan biarkan aku kesali
Apapun yang lenyap dariku ya Rabbi,
Jangan biar tangisku menemani.

Tarbiyahku bukan disana
Tetapi disini
Tarbiyah bukan untuk sesiapa
Tetapi untuk diri sendiri
Akan kucari gali
Rahsia hikmah yang tersembunyi
Mengapa semua ini terjadi
Dan sangkaanku pasti
Tarbiyah Allah tarbiyah abadi.

Ya Allah,
ajarkan aku erti redho....

Sunday, June 20, 2010

Untuk dia yang kurindu...



Seumur hidupku,
Dia yang kukenal
Tak banyak kata
Tak banyak sandiwara
Dan tak banyak gurau senda...

Tapi darinya,
Kubelajar erti memerhati
Kubelajar erti menguasai diri
Kubelajar erti berdikari..

Dia tak pernah membuka cerita kisahnya
Tak ingin memberitahu kisah perit hidupnya
Membesarkan kami sekeluarga
Namun dari ibu sejarah hidupnya terbongkar
Dari kertas2 yang ditinggalkan dibilik utama
Kertas-kertas itu seolah berbicara
Mencatat segala peristiwa
Yang pernah menemani tidur malamnya..

Terlalu banyak kenangan dengannya
Kerana diamnya abah akulah yang berbicara
Kerana sunyinya abah akulah cuba ceria
Kerana susahnya abah aku belajar berusaha
Kerana tabahnya abah aku tak pernah putus asa
Tempiasnya bermain dilubuk jiwa
Wahai abah, terlalu banyak yang ingin aku teroka


Namun,dia pergi tiada pengganti
Perginya jauh tak dapat ditemui
Kalau dahulu kelibatnya sering disisi
Tapi kini dunia sepi tanpanya menemani
Dia mengajar aku berdikari
Supaya perginya dia, aku boleh berdiri sendiri..
Wahai abah, cinta ini tak pernah basi


Ya Ilahi,
Tempatkan dia disisiMu
Kasihanilah dia sepertimana dia kasihaniku sejak kecil..

Sekalung doa dan rindu buat ayahanda Mohamad Nor Bin Mat Yunus..
Dia abahku..






Thursday, June 17, 2010

.Ya Rab..



Katakanlah (Muhammad), "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah, "Allah,"...
34:24



Ya Allah, usaha aku yang tak seberapa ini Kau balas dengan kebesaran nikmatMu. Di saat aku tidak teguh pendirian, Kau kuatkan aku. Nikmat apa lagi ya Allah yang aku nak dustakan? Maka jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur...


Biochem berlalu dengan kisahnya yang tersendiri. Yang tak pernah terfikir dan yang tak pernah dirancang. Dan, Allah lah sebaik-baik perancang.

Czech oral yang first trial failed. Membuatkan aku terus study biochem sebab dah masuk June. Seminggu study Biochem, aku berhenti sehari untuk buat Czech second trial keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah luluskan aku untuk membuatkan aku harus melangkah menyambut biochem. Tapi antara masa-masa itu aku berdepan dengan konflik jiwa sama ada nak buat awal atau akhir. Ditambah pulak dengan peristiwa salah kertas soalan (-.-') yang baru sedar 4hari sebelum itu... ya Allah.. Tapi bila fikirkan pathway aku berbeza dengan kawan-kawan yang lain yang ambil Physio dulu, nampaknya nak atau tidak, by hook or by crook, aku kena mencuba. Tak cuba tak tahu kan?

Subhanallah, semangat itu daripada Allah. Daya usaha itu daripada Allah. Nak atau tidak je. Tak tahulah kenapa, aku selalu terbayangkan exam histology aku tahun lepas. Banyak yang boleh aku kaitkan dengan keadaan aku menghadapi biochem.. Dan bagaimana aku menghadapi anatomy jugak memberi gambaran positif yang mengatakan "insyaAllah, aku boleh!". Dan orang kata bila kita bayangkan benda-benda yang positif, ia akan memberi semangat kan? Alhamdulillah, semangat itulah yang membawa aku ke final biochem arini 17 June 2010.


Katakanlah, "Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya(bg siapa yang Dia kehendaki), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
34:36

Subhanallah! Allahuakhbar! Alhamdulillah! usaha aku yang secoet itu Allah kurniakan kejayaan. Aku bersyukur sangat-sangat. Tapi pada masa yang sama, aku terharu campur sedih. Kerana dengan akalku yang tak sehebat mana ini, aku berfikir bahawa Allah tahu dan hendak memberitahu bahawa aku mampu. Allah kurniakan aku kejayaan untuk aku teruskan perjuangan physio pulak dalam masa terdekat ini!. subhanallah.. ya Allah, Kau tahu aku mampu, tapi aku bimbang diri aku ini yang tak mahu..


Jangan pernah putus asa singgah dalam hati.....


Ya Allah, kau telah kotakan apa yang telah kau janjikan kepada hambaMu. Tinggal aku untuk mengotakan apa yang aku janjikan pula...


Katakanlah, "Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya." Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.
34:39


Allah pemberi rezeki terbaik untuk manusia..

Jangan pernah takut kepada manusia tapi takutlah kepada Allah, Tuhan segala manusia...



Hanya kepadaMu aku bertawakal..

Thursday, June 10, 2010

Rajin bukan kerana...

Ya Allah, keyla nak jadi doktor tak nie?
Jadi kenapa membuang masa?

Keyla, nak jadi doktor tak nie?
Habis kenapa tak bersungguh-sungguh?

Keyla nak jadi doktor tak nie?
Jadi kenapa tak boleh lawan nafsu sendiri?

Keylaa, NAK JADI DOKTOR TAK NIE?!

Monday, June 7, 2010

lagu nie sedap!!





nak share nie je~ ^^
semangat, datanglah!!
rabu nie cz, second trial..
insyaAllah, doakan daku!

Tuesday, June 1, 2010

Tersentuh..


Jarang sekali nak tersentuh dengan penulisan Hilal Asyraf.. Bukan kerana penulisannya tak menepati citarasa, bahkan selalu terasa. Tapi kali nie setiap bait kata yang diluahkan memang sarat dengan perasaan. orang kata kalau kita menulis dengan penuh perasaan, orang yang membaca pun akan terkesan.. dan sungguh, aku terkesan..


Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.

Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya buta. Maka saya rela maafkan ketidak pekaan mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya kudung. Maka saya rela maafkan ketiadaan tindakan daripada mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya bisu. Maka saya rela maafkan kebisuan mereka.

Tetapi saya sangat maklum bahawa dunia ini mempunyai mata, tangan dan suara.



Ini adalah post terbarunya mengenai konvoi ke Gaza. .. Israel kejam, tak berperikemanusiaan, tak faham bahasa, tak tahu nak eja 'humanitarian' camne, menipu, tipu sana- tipu sini, mencari masalah and then do don't-know, pencuri, perompak, penyamun,,n beribu-ribu lagi yang mereka buat. (sori atas emosi yang tak terkawal ini)

dan memang takkan dapat dikawal,
kalau benda ini berlaku depan mata
kalau itu yang dah dikatakan' sudah terang lagi bersuluh'
dah terang-terangan dikatakan bawak bantuan makanan, simen, atd
kalau ini pun diserang sampai berbunuhan
apa cerita?

salah siapa?
salah orang yang bagi bantuan tu?
sejak bila orang bagi pertolongan dikatakan terrorist?
dunia da terbalik?
ya Allah...


Dah terang lagi bersuluh.. dah nampak terang-terangan kejahatan mereka.. ayuh, kita bangun dan bertindak!

kepada mereka yang sudah memboikot, teruskan memboikot!
kepada mereka yang baru nak boikot, syabas!
kepada mereka yang masih nak sokong produk mereka, silakan tapi jangan tanya kenapa bila diakhirat nanti dapat share sama dengan mereka!

kenapa nak boikot? adakah masih mahu bertanya lagi.. bukti depan mata.. dah terang lagi bersuluh!

kita bukan siapa-siapa, tapi kita jangan jadi mangsa.
kita bukan siapa-siapa tapi kita ada tanggungjawab yang sama.

lahaula wala quwwata illa billah~ tiada pertolongan atau kekuatan melainkan Allah~

buka mata luas-luas..

keyla