Wednesday, April 27, 2011

Selamat datang exam!

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui




Exam sudah bermula~
teruskan perjuangan!!!

Moga Allah permudahkan,
Moga Allah berkati masa,
Moga Allah jadi peneman setia..

chaiyokk!!!!

InsyaAllah~ Pathophysiology-Psychology-Pathoanatomy~

Rabbana yusahil..

Thursday, April 21, 2011

Penasaran..



Salam alaik~(peace be upon u)

Hari ni rasa terganggu sangat-sangat pemikiranku. Aish.. tengok, nak describe apa yang mengganggu pun payah.

Hari ni terasa sangat-sangat dengan Dr. M (huhu, nama dirahsiakan) yang ajar group aku praktikal internal medicine. Terasa sangat-sangat lah. Even dah tulis kegeraman dalam diary pun still rasa tak cukup. Tu yang sambung tulis dalam nie..hurm, semua perasaan bercampur gaul menjadi satu.

Geram.

Ok, aku tak boleh marah, aku tahu tu. Tapi aku tak leh nak simpan lagi. Dia boleh cakap apa-apa pasal diri aku atau kami yang ada dalam group tu.(ada 5 orang dan semua gurls)
Dia dibenarkan komen tuk tudung kami yang serabut bila nak pakai stetoskop yang kena lalu bawah tudung before masuk telinga, lambat dan leceh. okey, itu kami gelak je kalau dia buat muka tiap2 kali kena pakai stetoskop tu. dah lali, biar la dia.

Dia dibenarkan tuk komen atau marah(of course) bila kami ni asyik tak dapat jawab soalan dia sebab terlupa atau tak ingat atau tak baca. itu memang salah kami, so, accepted.

Dia dibenarkan komen kami nie lambat jalan, tak fast macam dia jalan, jalan cam terhegeh2 etc. tu memang sifat semulajadi kami suka jalan sambil sembang, so memang akan jadi lambat la. dan kaki kami pun pendek tak macam kaki dia. so accepted.

Dia dibenarkan komen kami pekak bila tak dapat differentiate heart sounds, murmur,gallops, crackles, dll bunyi yang ade dalam heart atau lung patients. tu memang process pembelajaran dan kami memang kalau tak dengar heart sound tu terus je cakap tak dengar. Takde dalih, so, accepted. kena marah pun marahla asal nanti dapat jadi doktor yang baik.

Tapi........


Dia TAK dibenarkan untuk mempersendakan agama yang aku anuti.

Dia TAK dibenarkan mempersendakan amalan-amalan kita contoh seperti solat, puasa, dan lain2.

dan,
Dia TAK dibenarkan untuk mengatakan saudara2ku yang kat Palestine tu terrorist!

That's all.

Okey, fine, dia memang tak tahu atau misunderstood about apa yang berlaku. Fine, dia ada pandangan dia tentang itu dan ini. Fine. Tapi sometimes, dia kena ada limit. Dan dia perlu sedar tu.

Tapi nak cakapnya nie lah. aku terasa hati. *hurt*. Sakit. Tak perlu nak cerita kot apa yang dia cakap sebab cam benda tu memalukan. Rasanya dia tak patut cakap camtu pun.
Rasa memang nak balas atau nak jawab je kat dia. Tapi cam masa belum sampai lagi kot. Tunggulah, kot kalau meletup nanti tengoklah.

He should learn the history.

That's all. Lepas geram dah berakhir. Moga pintu hidayah Allah masih terbuka luas utk orang-orang macam dia. Walaupun dia ada negative perception pasal Islam, atau pasal agama, sebab orang2 sini kebanyakannya atheis, moga2 negative perception tu lah yang akan membuka matanya. Bagaimana? Wallahua'lam...

Maafkanlah, dan doakan bagi mereka..( cane la nak terapkan peribadi Rasulullah nie..~ tiba-tiba rindu kat Rasulullah...)

Sunday, April 17, 2011

SiTU, sINi

Salam alaik,


Pernah dengar Islamophobia?

Baru-baru nie amat dahsyat sekali melihat apa yang berlaku di sekitar eropah. Di London dan UK telah wujudnya 'anti-hijab campaign' manakala di France pula mengenakan denda 150 euro bagi perempuan Muslimah yang memakai burqa atau niqab. Belgium dan Netherland (Holland) pun dah start mengenakan denda kepada muslimah2 yang memakai tudung dan niqab.

Ya Allah..

niqab banned in France

Ya Allah..



Teringat 1 hadis Rasulullah:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”...(ada sambungannya tp just nak ambil part nie~)

Ya, kita sedang dikerumuni.. Mereka mengerumuni kita seperti orang yang mengerumuni talam..

Allahu Akhbar!!

Melihat ukhti2 kita dipukul, diseret begitu sekali dalam gambar, cukup buat hati sedih dan geram. Perasaan marah membuak-buak. Kenapa buat camtu sekali kat kami? kami just pakai tudung je, tak buat ape-ape pun.

Why?Kiu? Proč?

Sedih..


But then, tak tahu kenapa rasa marah tu lenyap. Rasa geram itu hilang. Hati memujuk,

...sebab diaorang adalah kaum yang tak mengetahui...


Dan jika ada seseorang dari kalangan musyrik itu (datang) meminta perlindungan kepada kamu, lindungilah dia sehingga dia mendengar firman Allah. Kemudian hantarkannya ke tempat yang aman baginya. Demikian itu adalah kerana mereka itu satu kaum yang tidak mengetahui.

People hates what they don't know..

They don't know Islam, or become misunderstood about it..
They don't know halal and haram, our freedom and dignity..
They don't understand because they just rely on what they see things..

And what we show about Islam is not what it supposed to be.

Islam is a way of life, but not so many people do realize about it (me as well, but Alhamdulillah, I realize and start it over again..AND it's never be too late..)

Islam is about peace and love. Kita hanya balas atau lawan balik bila agama difitnah, dan bila kita diserang atau terancam.

Ayat [2:190] menegaskan bahwa :----- Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu,tetapi janganlah melampaui batas. sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Tapi sayangnya mereka tak tahu..
Mereka tidak tahu yang Islam itu indah sebenarnya.
Mereka memang tak tahu..


Dan salah satu sebabnya, adalah KITA..

Sebab kita tak bagi tahu.
Dan sebab kita tak tunjukkan Islam yang sebenarnya..#

Sedih.

Tapi, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya kan?

Penyelesaiannya, let's start it over again! ^^

Rasanya masih tak terlewat untuk kita memberitahu kepada mereka.
masih belum terlambat untuk mengubah pandangan mereka
dan masih belum terlewat untuk sampaikan Islam itu kepada mereka..

InsyaAllah, moga usaha kita ini Allah balas dengan memberi kita kekuatan untuk terus tsabat di jalan ini..Ameen.


--iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii--
but:~ dari satu sudut...


~ it's not the time for the non-hijabist says: "Luckily, I'm not the hijabist". But they should say and asked themselves; If I'm a muslimah, why don't I feel the same(pain and worry) as my other sisters in Islam do?~


Tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.

it's between lebih ramai yang tinggalkan hijab or lebih ramai yang menyahut dan terpanggil untuk pakai tudung atau hijab.

Kenapa lebih ramai yang pakai hijab? Sebab sometimes, orang lebih trigger nak buat sumthing yang di'tentang' or provoke.. so, it should be more muslimah tend to nak pakai tudung lah kan..( I supposed, maybe, InsyaAllah~)

Tapi yang pasti, kesedaran kita melihat sesuatu yang terjadi itulah yang kita akan guna untuk memperbaiki diri kita dan juga orang lain..

wallahua'lam..
Anjakan paradigma~ post-TPMG

Wednesday, April 13, 2011

Nothing, but.... Palestine

Salam alaik~


I have nothing to say.. But I've been touched by these videos.. subhanallah! May Allah reward them jannah, Insya Allah..





and this one..





May Allah bless us..

and not to forget, may Allah bless Palestinians..

Sunday, April 3, 2011

ATB Allah


"Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Luhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.( Kami jelaskan yang demikian itu ) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."al-Hadid: 22-23


Aku tersenyum melihat perancangan Allah. KasihMu sungguh hebat.

Ayat-ayat diatas umpama antibiotic yang Allah inject dalam hatiku sebelum aku bergerak membuka Facebook, melihat status2 kakak dan abang untuk hari ini.


(2 April 2009) :: Tuhan sampaikan salam rinduku pada abah dalam naskah lembaran yassinMu
-kak aya-

Ermmm....tgh wat keje ni,meleleh ayor mata....-abg uteh-

Ya Allah....

hebatnya kasih sayangMu.. Antibiotik yang baru sebentar tadi dapat terasa meresap ke seluruh anggota.

Sungguh, Dia Maha Mengetahui..

..supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu,..


Direct tepat batang hidung. Terngiang-ngiang tatkala mata menatap satu persatu komen di bawahnya.


Ya Allah...

Antibiotik yang Allah berikan ini penuh dengan kasih sayangNya.

Antibiotik yang tepat pada masanya. Tanpa sedar, tazkirah yang aku berikan hari ini untuk teman-teman sebenarnya Allah rancangkan untuk diriku.

Dan sangat-sangatlah terasa bila perkataan yang datang dari mulut sendiri tak dipraktiskan.

Tersangat-sangatlah malu bila kita mengatakan apa yang kita tak perbuat.


"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
~ as-saff:3
Tersenyum.

Tazkirah tentang akidah kepada qada' dan qadar sebentar tadi terus bermain dalam fikiran.. Allah tells you something, kella~


2 April.
Memori tersingkap lagi tanpa perlu payah memutarnya.
Subhanallah, tahu saja Allah akan hati hambaNya.
Tahu saja masa terbaik untuk mentarbiyah hambaNya.
Tahu saja kelemahan hambaNya.


2 April.
Dan aku di'busy'kan dengan DnT.
Dan ini bukan kali pertama.

Allah tetapkan aku untuk berada dikalangan orang ramai,
Supaya aku tak ada masa untuk melayani diri sendiri.

Subhanallah, He knows everything about me.
He understands me very, very well.
Sampai rasa nak nangis sebab kasih sayang yang tak bertepi ini.

Rasa disayangi sangat-sangat.

Jadi rasa tak berbaloi kalau tak balas dengan apa-apa.

La tahzan, umpama itu yang Allah katakan.
Beri peluang, umpama itu yang Allah suruh.

Kemaafan, dan memaafkan.
Maafkan diri sendiri.

(Ya, aku tengah belajar untuk memaafkan diri.
Memaafkan kesalahan yang aku sendiri tak pasti.
Kesalahan atau dugaan yang menghantui fikiran,
mengganggu emosi, dan menggugat keimanan diri)

Tapi aku mulai sedar dan redha, semua persoalan2 itu tak patut wujudpun.
Kerana semuanya terjawab dengan akidah terhadap qada' dan qadar Allah.
Keimanan yang membuatkan penyerahan baik dan buruk kepada Allah semata.

Secara total.
Tanpa ada persoalan.

wallahua'lam.
kekuatan itu dari Nya.
He is all-knowing.