Monday, March 12, 2012

Abah..


Allah tunjuk jawapan..


It's not about overdose,
It's not about gastric cause..


It's about..
When edema present,
It's a sign of end stage of kidney failure..



Astaghfirullahal azim~ mengalir jugak air mata dalam kelas elective tadi.. Usah ditanya apa perasaan bila terima jawapan nie. Sedih tak terkata.

It's not the doctor's fault actually. Really, it's not.

Mungkin sebelum nie, kami sekeluarga menerima berita tentang kematian tu disebabkan GIT bleeding. Dari kesan overdose (yang doktor salah beri, etc,etc~ ).~

Memang benar anticoagulant diberikan untuk kes bila ada thromboembolic dalam nephrotic syndrome. Cuma it's depends on the doctor nak beri ke taknak, selalunya tak perlu pun, cuma dalam kes yang severe je.

Dan tak sure jugak, adakah severity ketika itu yang membuatkan doktor bagi jugak pada arwah abah~


Sungguhlah~ tak patut untuk salahkan sesiapa. Dah Allah sayang kan.. Apa-apa reason pun, semua tu hanya penyebab je..

Cuma, bila tahu tentang nie, rasa sedih sangat2 sebab tak pernah nak ambil tahu tentang sakit abah dulu.. Rasa sedih bila tak dapat nak buat apa2..


Mungkin ia hanya bermula dengan batu karang, tapi sebab ada sakit jantung juga, tak mustahil arwah abah dah develop nephrotic syndrome. Protenuria, step by step jadi edema..

Edema tu yang menyebabkan arwah ke hospital akhirnya..

Mana tahu itu penghujung hayatnya..


Subhanallah.. ya Allah, sedihnya..
Moga aku masih dapat membalas jasanya disini..


Ampunilah dosaku ya Allah.. andai aku pernah melukakan hatinya~
Rindunya pada arwah abah~




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Kenapa kila amek kelas nephrology?'

Aku senyum tawar~

'sebab ia ada significant..(in my life)'





Sunday, March 11, 2012

Dia pura-pura kuat


Dia pura-pura kuat,
Padahal hatinya sangat rapuh.
Boleh dipatahkan bila-bila,
Boleh terhiris dengan kata-kata.

Dia pura-pura kuat,
Padahal jiwanya tidak
Dia masih perlu bimbingan
Masih perlukan sokongan.

Jiwanya belum betul-betul kuat
Hatinya masih ragu-ragu
Akalnya bercelaru
Adakah yang mahu membantu?


Dia benar-benar belum kuat.




Sunday, March 4, 2012

Pilihan

Salam alaik,

Sepinya blogku ini.. ok, tak boleh beri alasan busy, sebab of course akan kalah juga dengan kebusyan orang lain. dengan tertolaknya alasan pertama, daku tiada alasan lagi untuk membela diri. cowyyy semua~(cakap macam ada je pembaca setia blog nie~ haish :P)


Banyak idea. sangat banyak! tapi yang tertulis, semuanya pada helaian kertas.(saya dah pandai meluahkan rasa atas kertas tau).. so, dah jarang nak meluahkan dalam blog, dalam twitter ke and even dalam fb. (betul ker?) betullah jugak..hurm.

Kelemahan diri dalam management of time. Memang fail-lah selalu. (-.-')


pilihan~


Hari ini nak cakap pasal pilihan. tajuk nie dipilih ketika berjalan kaki balik dari fakulti. ehe. ni cara memanfaatkan masa. cuma kalau ade samsung SG ke, iphone ke, (ipad besar sangat), cam boleh je taip dan post terus..cuma daku tiada teknologi canggih sebegitu..yang ada hanyalah hp flip flop jenama sony yang banyak berjasa padaku untuk ku tulis nota2 penting. boleh la kan jugak memanfaatkan apa yang ada..;)


ok, berbalik pada tajuk~ Pilihan.


Pilihan. Hidup itu satu pilihan. Setuju? Dari sekecil-kecil benda seperti nak makan apa hari ini, hingga sebesar-besarnya seperti nak bina rumahtangga, hidup tak lepas dengan pilihan.


Setiap hari kita buat pilihan. Setiap hari juga kita asyik bertanya diri sendiri nak yang mana satu. Nak buat yang mana?
Nak pilih yang mana?
Nak warna apa?
Nak belajar kat mana?
Nak pergi mana?

dan baaanyak lagi persoalan kehidupan yang kita kena decide dan tentukan.


yang mana satu??


Kita semua dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Cuma beza kita adalah pada pilihan kita. Pemilihan kita terhadap pilihan yang ada membuatkan kita jadi individu yang berbeza dengan individu yang lain.

mat; aku suka bebeno makan manggis. lazat berkrim!
yop; aku tak sukalah. berlengeh! lagi suka makan epal hijau. masam2 manis.


siah; aku tengok si senah tu asyik biru je kaler baju dengan tudung dia. Tak ade kaler lain ker?
bedah; dah dia suka biru, samalah macam ko..asyik dengan merah je aku tengok.
Siah ; eh, engko pun sama.


Simple bukan? Pemilihan itu membezakan kita. Dan pilihan itu juga ada baik dan ada buruknya.


yop; tu apekeheynya tangan waana ungu tu?
mat ; ntoh le. semalam main rembat 1 bakul manggis.. nie le jadinye.. habis ungu tangan mengupas..


Siah ; aku taubat ah. takmau pakai merah dah!
Bedah ; awatnyer?
Siah ; semalam lembu nak kejo aku! nasible elok tertambat.. hish, seriau aku!



Samalah kita, Allah beri kita pilihan, dengan bersamanya tanggungjawab. Kalau pilih yang ni, jadi apa. Kalau pilih yang nie pulak jadi apa. Dan kita nak atau tidak, kita kena terima akibat daripada pilihan kita.

Kadang-kadang kita buat pilihan yang baik, tapi kadang-kadang ada juga kita tersalah pilih.

Dan dalam kehidupan itu, kesilapan dalam pilihan pasti selalu terjadi. Selalu sajalah kita akan menghadapi saat-saat kecewa, rasa marah dengan diri sendiri, rasa tak puas hati dan lain-lain. Kita rasa tertekan, tapi hakikatnya, Allah sebenarnya nak tarbiyah kita. Nak betulkan kita. Nak uji kita. Nak rasakan bahawa setiap langkah kita ini, Allah selalu ada.

Dari kesilapan, kita belajar. Kita belajar untuk menghadapi situasi yang sama in the future. Pengalaman adalah guru yang paling baik bagi diri kita. Pasti semua orang tak mahu ulang masuk lubang yang sama 2-3 kali kan? So, hakikatnya, Allah tengah mengajar kita tentang erti hidup daripada pengalaman lalu.


Kadang-kadang Allah nak uji lagi kita. Kita tersepit. Dalam kehendak diri sendiri dan kehendak Allah. Kita selalu puaskan hati kita, penuhi hak-hak kita, tapi kita abaikan hak-hak Allah. Kita lupa bahawa pilihan-pilihan yang ada didepan kita nie, kelak akan dipertanggungjawabkan.


Sometimes, terlalu mudah untuk kita kata yes, pada perkara-perkara yang tak menambahkan iman (e.g menonton movies yang tak berfaedah, bergossip, bersembang kosong) tapi terlalu susah untuk berkata yes pada perkara yang membawa kita kepada Allah (bangun malam, puasa sunat, solat, membaca Al-Quran, dll)


Pilihan, Allah beri- kita pilih. Nampak simple, tapi kelak Allah akan tanya. Mungkin dari sekecil-kecil perkara contoh 'kenapa buang sampah merata-rata?', hingga mungkin kepada 'kenapa tak tolong orang Syria?'. Allahu'alam. Tapi yang pasti Allah akan tanya. (takutnya rasa..)

kita takkan lari dari membuat pilihan~so, choose well~


Kita hanya berhenti membuat pilihan bilamana malaikat Izrail menjemput kita. Kita pasti akan mati. Cuma adakah pilihan kita akan membawa kita ke syurgaNya atau sebaliknya. Kita boleh seronok pilih apa-apa didunia ini. Tapi kita kena ingat dunia ini sementara dan kita akan meninggalkannya.

Dan kita juga ada pilihan. Pilih sama ada nak meninggalkan dunia dengan puas kerana telah melakukan sehabis baik perintah Allah atau pergi meninggalkan dunia dengan rasa kesal sekesal-kesalnya atas perbuatan lalu kita yang belum sempat mintak ampun. Naudzubillah.


Pilih. Choose.
Wallahualam~


may Allah bless~



Photobucket