Tuesday, December 10, 2013

Sabar

Salam Alaik,

Kisah Musa Dan Khidir

Satu yang Allah nak beritahu.
Ilmu Allah adalah ilmu yang sama sekali tak sama dengan ilmu manusia.
Ilmu Allah yang diilhamkan kepada Khidir. Dan Khidir telah diprogramkan untuk menciptakan kisah ini.

Allah buat sesuatu. Boleh jadi buruk pada pandangan manusia.
Seperti membuat lubang merosakkan perahu buruk,atau membunuh anak yang disayangi oleh ibubapanya.
Boleh jadi juga sesuatu yang tidak buruk - hanya membetulkan dinding yang hampir roboh.

Tapi kesemuanya ada sebabnya. Ada asbabnya. Ada kebaikannya.
Langsung tiada kesalahan atas segala perbuatan Khidir.
Kerana ketinggian ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya saat itu.

Kerana perahu buruk itu akhirnya terlepas dari rampasan sang raja yang zalim.
Membuatkan kecacatan itu kadangkala membawa kebaikan, dan juga mengatakan bahawa kesempurnaan itu terkadang mengundang bahaya.

Dan si anak kecil akhirnya tidak merosakkan iman kedua orang tuanya.
Memberi makna bahawa 'membunuh' bibit kerosakan ketika ia baru bercambah adalah satu pilihan yang baik. Antara salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hambanya.

Namun wataknya Musa- hanya manusia biasa.
Langsung tak tega melihat kerosakan didepan mata.
Kesabarannya terhakis lantas terlupa janji.
Keterbatasan ilmunya membuatkan dia tidak tega.
Dan jadilah ia seorang yang rugi.

Hikmah agung yang Allah mahu ajar kita.
SABAR.

Bersabarlah dengan keputusan-keputusan Allah.
Musibah-musibah yang melanda kita hakikatnya ia baik untuk kita
Jangan gopoh bertanya.
Jangan gelojoh menanti jawapannya.

Segala keputusan Allah itu dibuat berdasarkan neracaNya yang Maha Tinggi.
Dan manusia yang tidak sabar itu adalah manusia yang rugi.
Seperti ruginya Musa tatkala dia terpaksa meninggalkan Khidir.
Dan berkatalah Rasulullah, "Jika Musa mampu bersabar, banyak lagi yang kita pelajari.."

Sabar,
dan kuatkan kesabaranmu!


Friday, December 6, 2013

Bahasa cinta


Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa manusia yang disertakan rasa
Dari langit cinta itu diterima
Dan ditebarkan keseluruh penduduk dunia

Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa yang bawa sejuta rasa
Yang diajar oleh Tuhan alam semesta
Untuk menarik manusia kearahNya

Bahasa kita bahasa cinta
Cinta kepada makhluk ciptaanNya
Tidak sanggup meninggalkan mereka
Tidak mahu mereka terus terleka

Bahasa kita bahasa cinta
Kerana cinta itu kita korban segala
Boleh jadi manusia tidak menerima
Namun cukup untuk gapai redha

Bahasa kita bahasa cinta
Bukan kerana kita mulia
Bukan kerana kita tiada dosa
Cukup kita sedar tugas yang sedia ada

Bahasa kita bahasa cinta
Bahasa cinta yang mahukan syurga
Matlamat akhir kehidupan manusia
Penamat agung segala rasa.


Tuesday, December 3, 2013

Akhwat


"Akhwat tu siapa?" tanya Ustaz Muhaimin kepada pelajar lelaki.

Mata Laili beralih dari buku ditangannya ke susuk tubuh Ustaz yang sedang bertanya di hadapan kelas. Ternanti-nanti dia akan jawapan yang ustaz bakal keluarkan.

"Akhwat tu adalah yang dahulunya jahat..." semua pelajar perempuan dah terlopong mendengarnya. Riuh sebentar suasana kelas tu. Hingar bingar.

".. tapi kemudian dibasuh, dibasuh dan dibasuh dengan mak-mak naqibah. Ditarbiyyah sampai jadi baik. Barulah jadi akhwat. "

Laili tersengih sendiri. Sampai hati cakap kami dulu jahat. Tapi memang 'hantu' jugaklah dulu. Hihi. Hatinya ketawa sendiri.


************

Akhawat
Bukanlah bermaksud Aku-Kuat
Tapi akhawat adalah gelaran
Kepada saudari-saudari seagama
Yang berada bersama-sama
Dalam perlayaran bahtera

Bersama-sama dalam misi
Mengejar redha Ilahi
Berjalan atas jalan para Nabi
Menyeru manusia mentaati
Sang Pencipta diri

Akhawat bukan puteri
Bukan mencari publisiti
Tapi akhwat hanya manusia
Yang mahu terus berbakti
Berkorban jiwa dan harta
Demi kelangsungan agama
Dan demi DnT yang dicintai

********

Akhwat..
Besar maksudnya.
Besar tanggungjawab dan peranannya.

Besar.
Cukup besar.


********

"Berapa ribu habis untuk membina seorang akhwat.. Tup, tup bila kahwin semua, hilang... Hilang akhwat-akhwat kita.. "

Suara ustaz Muhaimin terngiang-ngiang di telinga Laili petang itu. Muhasabah.


Jangan hilang. Jangan menghilang.
Biar apapun yang berlaku.

Jangan.






Photobucket