Thursday, July 29, 2010

Sabar, ok?



Dengar nie, kella. Sabar ok?

Dengar tak nie? Sabar, k?

Sikit lagi insyaAllah.

Dengar nie baik-baik.

Ingat, sebab ape buat semua nie? Sebab Allah nak bagi pahala sabar kan?

Jadi, dengar nie.. Sabar, k?

Allah sayang orang-orang yang sabar..

Jadi, dengar nie. Sabar, k.

Jangan dengar yang lain. Dengar yang nie. Sabar, k?

Yakin padaNya, insyaAllah apepun yang bakal berlaku, sabar dan tabah menghadapinya.

Jadi, dengar nie.. Sabar k?

Sabar dan kuatkan kesabaranmu! ^^

~ya Allah~ kuatkan daku...

Monday, July 19, 2010

Subhanallah...







Ketika sedang membelek2 emel..satu emel ukhti ini menarik perhatianku.. kata-kata yang ada dibawahnya membuatkan aku tersentak,terkedu, dan entah apa lagi perasaan yang datang.. MasyaAllah.. kerdilnya diri..


Seorang lelaki meminta Ahmad bin Hanbal rahimahullah agar menasihatinya,
beliaupun berkata:


“Sekiranya Allah telah menjamin rezeki untukmu, maka untuk apa kamu begitu
mengambil berat tentangnya?
Sekiranya kamu tahu bahawa rezeki setiap orang telah
dibahagikan dengan kadar tertentu, maka kenapa masih tamak?
Sekiranya harta yang
dibelanjakan di jalan Allah, dijamin akan diganti maka kenapa bakhil?
Sekiranya syurga
itu benar, maka kenapa berehat daripada mengejarnya?
Sekiranya dunia ini akan binasa,
maka kenapa tenang bersenang lenang dengannya?
Sekiranya hisab (perhitungan amal pada hari qiamat) itu benar, maka mengapa
masih leka mengumpul harta?
Sekiranya segala sesuatu itu berlaku mengikut qadha’ dan qadar, maka mengapa
sedih dan dukacita?”



Dan setiap persoalan itu terus bermain difikiran~

Ya Allah, ampunilah dosaku..

Saturday, July 17, 2010

Hilang peka...



Kita, kalau hilang peka
Semua benda pandang sebelah mata
Perasaan orang lain langsung tak terasa
Rasa dunia milik 'saya'
Bagi susu balas cuka.

Kita, kalau hilang peka
Keadaan sahabat tak ambil peduli
Tegur sikit terasa hati
Kalau dulu nasihat diminta
Kini jauh sekali nak tegur sapa.

Kita, kalau hilang peka
Bacaan Al-Quran tak menenangkan jiwa
Dengar ceramah gelisah tak semena
Mutabaah amal dah tak dapat nak kira
Rasa jauh tapi selesa
Dengan nikmat syaitan butakan mata.

Kita, kalau hilang peka
Iman sakit tak terasa
Nafsu menggemuk penuhi jiwa
Rasa haus dengan dunia
Langsung lesap ilmu didada
Seronok dengan keseronokan sementara.

sedangkan....

Daie itu jiwanya sensitif
Pantang berubah lekas dirawat
Pada dunia langsung tak terikat
Ilmu yang dikejar ilmu akhirat
Hidup diisi dengan berkat
Agar hidup dalam rahmat
Janji Tuhan pasti selamat.

Hilang peka
kita jangan pernah hilang peka. Hilang peka itu membuka jalan kepada syaitan untuk menggoda. Hilang peka itu membuatkan leka,lalai, dan tak bersungguh-sungguh. Kita akan mengabaikan orang sekeliling kita yang sayangkan kita, kita akan kehilangan sahabat yang bersusah payah untuk kita, kita akan mensia-siakan hubungan kita dengan manusia dan sebagainya.. Hilang peka itu membuatkan hubungan hambar dan tak bermakna. Alangkah ruginya bila kita tak menghargai sesuatu @ seseorang yang hadir dalam hidup kita yang memberi makna kepada kita. Kita akan bertambah rugi bila kita kehilangan mereka tanpa sempat mengatakan betapa bermaknanya kehadirannya dalam hidup kita. Lumrahnya, manusia hanya akan menghargai sesuatu apabila kehilangan. Dan saat itu, tiada apa yang dapat jadi sebagai ganti.

Jadi, jangan hilang peka!
Kerana daie itu jiwanya sensitif. Kerana Iman itu panas. Dan kerana takwa itu berhati-hati!

jadi, jangan hilang peka!
Sebab nikmat Allah itu sementara. Kerana syurga itu manis. Dan kerana ukhuwwah itu perangsang jiwa!

Jangan kerana exam kita hilang peka.
Jangan kerana habis exam kita hilang peka.
Hilang peka itu merosakkan jiwa! melalaikan hati! dan memadamkan kepentingan2 Islam dalam fikiran kita!

JADI JANGAN HILANG PEKA!!




Tuesday, July 6, 2010

Dimana kau letak Islam...



Saat kau berdiri,
Kakimu teguh diatas bumi,
Pandanganmu terdongak memandang ke langit,
Dimana Islam kau letakkan?
Dikakimu atau dikepalamu?

Saat kau berlari,
Kencang setangkas harimau bintang,
Menggerunkan musuh yang memandang,
Dimana Islam kau letakkan?
Di hadapanmu atau dibelakangmu?

Saat kau terjatuh,
Sakit merantai tak siapa yang tahu,
Terkujur lemah melawan arus,
Dimana Islam kau letakkan?
Di atasmu atau dibawahmu?

Saat kau berada di puncak,
Mulia dipandang disirami pujian,
Gagah melangkah tanpa gundah,
Dimana Islam kau letakkan?
Dihatimu atau ditanganmu?

Islam, dimana kau letakkan?

Agama kita, dimana kita letakkan?
Saat kita berhibur,
Saat kita bergembira,
Saat kita gelak ketawa,
Saat kita bersuka-ria,
Dimana Islam kita letakkan?
Di lidah atau hanya di fikiran?
Atau langsung dilupakan?

Adakah Islam hanya hadir di ceramah agama?
Atau hanya di masjid-masjid?
Dimanakah ia selain itu?
Dimana?

Bukankah Islam itu AD-DEEN?
AD-DEEN cara hidup manusia,
Makan, pakai, tidur, jaga kita,
Cara jalan, senyum, bergaul kita,
Cara hidup kita,
Bukankah Islam itu dihadirkan bersama?
Bukankah?

Sahabat, berjalanlah dengan Islam,
Melangkahlah dengan Islam,
Berlarilah dengan Islam,
Semaikan dirimu dengan keIslaman,
Jangan pernah tinggal Islam jauh kebelakang,

Jangan pernah kau fikirkan dengan Islam, kau rendah
Jangan pernah kau fikirkan dengan Islam, kau lemah
Jangan pernah kau fikirkan dengan Islam, kau ketinggalan
Bahkan merasa banggalah kau dilahirkan Islam
Kerana agama ini agama Allah
Tuhan yang satu..

Disaat orang lain masih mencari makna kehidupan sebenar
Islam terhidang di depanmu
ambillah peluang ini untuk memahami Islam yang sebenar
Islam yang bukan kata nama khas
tapi islam yang merupakan kata nama kerja

Islam itu pekerjaan kita..
Islam itu tugas kita..
Islam itu tanggungjawab kita..
Tugas kita yang hidup dimuka bumi ini..
Tujuan kita disini..


"Aku tak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku."
Surah Az-zariyat: 56


Letakkan Islam dihatimu
Biar kau jadi perindu..
Tempatkan dunia di tanganmu
Agar kotorannya hanya disitu..