Sunday, November 25, 2012

Topik femes diusia ini...err (-.-')

Bismillah~

(err, saja post puisi ni.. sedap!)

Pernah tengok cerita KCB? Cerita yang membawa mesej bahawa jodoh itu walaubagaimanapun, walau banyak halangannya, banyak ranjaunya akan sampai kepada orang yang sepatutnya juga.

Berlapang dadalah. Terimalah. Seadanya. Jodoh akan hadir bila tiba masanya. Akan. Pasti.


Soal jodoh ni sering menyerabutkan kepala. Pada akhirnya, last-last tak mengubah apa-apa.

Ia sudah tertulis. Titik. Buatlah gaya kuak renang ke, tertunggang terbalik ke, apa ke, last-last ia akan berakhir dengan apa yang telah tertulis.


 Di Luh Mahfuz.

Kenapa Allah tak bagitahu? Yelah, kan senang kalau Allah bagitahu siap-siap sapa pasangan kita. Jadinya tak payah susah-susah cari, tak perlu buat keputusan apa-apa, tak payah bercinta dengan orang yang salah, etc,etc..

Tapi hakikatnya, ia termasuk antara perkara yang Allah rahsiakan. Rezeki, jodoh, umur dan ajal telah siap-siap ditulis tetapi dirahsiakan. Kenapa?

Hurm, pernah tengok movie? Apa perasaan bila sebenarnya kita dah tahu dah ending dia camna. Kita dah ready dah apa yang akan berlaku kat hujung. Mestilah movie tu jadi tak best bagi kita, kan? Buatlah horror camne pun, epik gaya apa pun, plot tinggi mana pun, tapi sebab kita dah tahu hujung cerita nanti gaya ni, so end-up movie tu tak bererti pun pada kita. Kita akan rasa bosan, boring. Sebab dah tahu hujung pangkal cerita. Last-last yang ujian tak nampak cam ujian. Hidup dan mati dah tahu, jadi boleh buat preparation apa semua.

Jadi tak tercapailah apa yang Allah berfirman dalam ayat ni:

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya."
-Al-Mulk: 2

Jadi manusia itu akan terus terleka. Tiada booster nak beramal dengan kebaikan kalau dia tahu 80 tahun lagi dia akan meninggalkan bumi. Takde inisiatif nak belajar atau berusaha kalau dia tahu apa-apapun nanti 20 tahun akan datang dia akan jadi milionaire. Atau bila dia dah tahu jodoh dia yang ni, dia nak jugak main kayu tiga. atau lain-lain halnya.

Perkara-perkara yang Allah rahsiakan ni juga sebenarnya nak bina erti 'Tawakkal tu a'lallah'. Rasa kebergantungan kepada Allah. Rasa kehambaan kepada Allah. Rasa ketaksempurnaan kita sebagai hamba, sebagai manusia. Allah sebenarnya nak lihat usaha. Allah tak tengok sangat result kita. Kalau tidak mesti Allah marah Nabi bila hanya sedikit saja yang beriman lepas 13 tahun berdakwah di Makkah al-Mukarramah. Mesti Allah hukum Nabi Musa bila tak berjaya mengIslamkan firaun. Mesti Allah azab semua hamba-Nya bila tak berjaya buat ustaziyatul- alam, menegakkan kalimahNya dimuka bumi.

Tapi tidak, kan? Sebab Allah Maha Adil. Dan segala keadilan-Nya itu tertakluk dalam pengetahuanNya yang Maha Bijaksana. Walaupun kita rasa kita dah usaha dah, tapi tak dapat juga. Mungkin ada something special yang kita tak tahu apa, yang menunggu dihujung sana atas reward segala susah payah kita. Mungkin saja.

Dan ini pula membuka hati kita untuk menerapkan nilai 'Husnuzhon' dengan Allah. Bersangka baik. Allah berfirman dalam Hadith riwayat Abu Hurairah r.a " Aku adalah berdasarkan sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu..." (dan seterusnya. Hadis ni panjang sedikit. Just nak crop part ni je. :))

Jadi apa yang kita sangkakan kepada Allah, itulah yang akan kita dapat. So, sangkalah yang baik-baik saja ye. Supaya hasilnya baik-baik juga.. Ye tak? Hilangkanlah kegundahan yang melanda hati sebab itu akan jadi kunci hasutan syaithanirrajim. Naudzubillah wa astahfirullah.


Kunci kebahagiaan itu ada pada Dia. Jadi untuk bahagia, maka mendekatlah padaNya. Bukannya pada manusia.

Wallahualam,~



p/s: err, topik ni dah seringkali muncul menghiasi blog aku nampaknya. Adakah pemikiranku telah terdoktrin dengan perkara ni? owh, tidaakk!

ni adalah hasil cetusan idea setelah mendapat berita bahawa anak buah cam ade ura-ura nak bernikah. oh, my!

Terkeluar terus kata-kata: Ini bukan pengaruh rakan sebaya, ini pengaruh anak sedara! Uish. =P


Saturday, November 17, 2012

Pejamkan matamu, lalu kerjakan.

Bismillah,
"Jika ini perintah Ilahi, Dia takkan pernah menyia-nyiakan iman dan amal kami."
 Lalu mereka bertindak.

Mereka padukan tekad untuk taat dengan rasa hati yang kadang masih berat.
Mereka satukan keberanian melangkah dengan gelora jiwa yang bertanya-tanya.

Perpaduan itu membuat mereka memejamkan mata. Ya, memejamkan mata.

Begitulah para peyakin sejati. Bagi mereka hikmah hakiki tak selalu muncul di awal pagi.
Mereka harus bersikap di tengah keterhijaban akan masa depan.
Cahaya itu belum datang, atau justeru terlalu menyilaukan.
Tapi mereka harus mengerjakan perintahNya.

Seperti Nuh harus membuat kapal,
seperti Ibrahim harus menyembelih Ismail,
seperti Musa harus menghadapi Fir'aun dengan lisan gagap dan dosa pembunuh,
seperti Muhammad dan para sahabat harus menghayunkan pedang-pedang mereka kepada kerabat yang terikat darah namun terpisah oleh aqidah.

Lagi-lagi mereka memejamkan mata.

Jika ada perintahNya yang berat bagi kita, mari pejamkan mata untuk menyempurnakan keterhijaban kita.
Lalu kerjakan.

Mengerja sambil memejam mata adalah tanda bahawa kita menyerah pasrah pada TanganNya yang telah menulis takdir kita.

Tangan yang menulis musibah dan kesulitan sebagai sisipan bagi nikmat dan kemudahan.

Tangan yang mencipta kita, dan padaNya jua kita akan pulang..


 -Dalam Dakapan Ukhwah.

*currently fall in love with Salim A. Fillah.~

Friday, November 16, 2012

Pandang Depan Kalau bawa kereta

Bismillah,


“Kamu tahu kenapa cermin depan kereta itu besar berbanding cermin sisi kereta yang kamu gunakan untuk tengok kereta dari arah belakang itu?”

Jawabnya, Itu maknanya lebih utama untuk kita sentiasa memerhatikan masa depan kita berbanding masa lalu kita. Hidup kamu mesti digerakkan terus ke hadapan !”

Lanjutan kisah.


*kella, sudah2 lah tengok cermin sisi tu. Pandang kehadapan, yuk! Nanti accident pulak kereta nie kang.. :P*

Thursday, November 15, 2012

Bismillah.

Salam alaik,

Okey, ceria-ceriakan diri anda. Regang-regangkan otot badan. Anda bakal melalui hari ini. Owh, kena tambah part hujung tu. Anda bakal melalui hari ini dengan bersemangat dan yakin!

Tahun baru, permulaan baru.
Malam tadi menyaksikan ramai mujahidin di Palestin yang syahid atas serangan mendadak regim zionist. Kejam! Incredibly kejam!

Marah? ya,saya marah. Pemulaan tahun ditumpahi darah. Mujur darah syahid, bukan sebarang darah. Moga Allah tempatkan roh2 mujahidin ni di SyurgaNya yang penuh dengan kenikmatan itu. Ameen.

Try amek 4 minit untuk berdoa sebentar untuk mereka.



......................



Ameen, ya Rab.


Permulaan baru, Azam baru.

Alhamdulillah, tahun baru tiba lagi. Alhamdulillah, aku masih bernafas di muka bumi Allah ini. Entah apalah aku buat tahun yang lepas ni. Malas nak koreklah. Azam yang lepas pun tak ingat~ Macam tak ada yang best untuk dicerita. :P

Takpe, yang penting, kita masih ade future yang boleh dicipta. Ujian membuatkan jiwa lagi kuat. Alhamdulillah. Allah tahu aku boleh laluinya. Ya Allah, jagailah diriku.


Azam dah tersisip. Jiwa dah bersedia?
Jom, kita lalui lagi tahun hijrah 1434H, dengan jiwa Jihad!

Ya, Jiwa Jihad! inspirasi daripada mujahidin Palestine.
InsyaAllah.

Wednesday, November 14, 2012

Penutup Buku Lama


Dia pengejar bayang-bayang
Terus mengejar tanpa lelah
Tatkala bayang-bayang mula menghilang
Dia menyalahkan matahari yang terbenam..

Dan bila bayang-bayang sudah menghilang,
Dia tahu sudah tiba masanya untuk
dia hentikan langkahan..


behind every story written
there is a backstory hidden..

Everybody has a past.Everybody lives a present.And everybody deserves a future.

This is THE anthem.
(hlovatesays)

moga bahagia.

Na Shle.

Wednesday, November 7, 2012

The answer is~






Well I've done-done wrong and you bet I felt it

I tried to be chill but it was so hot that I melted

I fell right through the cracks

And I'm trying to get back!

Before the cool done run out

and I'll be giving it my bestest

And nothing's going to help me but divine intervention

I reckon it's again my turn...to win some or learn some!

So I won't hesitate no more, no more

This cannot wait, I'm Yours! Rabbee I'm Yours!!


Well open up your mind and see like me

Open up your plans and man, you're free!

Open up your heart and you'll find love, love, love :)

Listen to my music and maybe sing with me?

I love peaceful melodies

It's our God-forsaken right to be loved, loved, loved, loved, loved!


So I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!


I've been spending way too long checking my tongue in the mirror

And bending over backwards just to try to see it clearer

and my breath fogged up the glass

So I drew a new face and laughed :D

I guess what I be saying is there ain't no better reason,

to rid yourself of vanities and just go with the season

It's what we aim to do

Our name is our virtue!


So I won't hesitate no more, no more

This cannot wait I'm sure

There's no need to complicate

Our time is short

This is our fate, Rabbee! Rabbee! I am Yours!

Rabbee, Rabbee, I am Yours!

Rabbee, Rabbee, I am Yours!

Oh, Rabbee, Rabbee, I am Yours!




gelak~ kelakar la saakella ni.. peluh

Tuesday, November 6, 2012

Simple.

Bismillah

Fahami, jangan mudah menghukum.

Ada orang boleh buat perkara luarbiasa. Petik jari.
Ada orang nak buat perkara biasa pun terhegeh-hegeh. Lambat.

Ada orang lepas lari, boleh lari lagi.
Ada orang lepas lari, pengsan.

Ada orang makan banyak.
Ada orang makan sikit je. Diet.

Ada orang boleh berkerja tak henti-henti.
Ada orang nak masuk ofis pun lemah je badan.
Passion.

Ada orang baru belajar buat buku scrap.
Ada orang dah belajar bina banglo.
Maju.

Ada orang belajar sejam dah tahu.
Ada orang belajar berminggu-minggu pun tak faham.
Kepandaian.

Ada orang mudah benar terasa. Sensitif.
Ada orang kena hempap batu pun senyum lagi.
Hard-core.

Ada orang cubit tak sakit.
Ada orang pegang pun pedas.

Fahami, jangan mudah menghukum.

"Aku tang sini je aku mampu. tang tu aku surrender dah"
"Awat tak try?"
"Tak mau.. Rasa tak mampu"
"Tak cuba mana nak tahu"
"Cakap senang la..Aku tengah kumpul kekuatan ni. Bukan try guna mulut cik adik."

"Err, marah ke.."
"Jangan mudah menghukum. cuba fahami dan dalami"


Fahami, jangan mudah menghukum.

"Degil betulla.."
"Orang degil jangan dipaksa.."
" Kenapa pulak?"
"Kalau dipaksa dia lagi tak jalan. Bagi masa. Bukan dia tak tahu apa yang baik dan buruk"
"Kau macam faham je.."
"Yelah, aku pun degil jugak.."

Fahami, jangan mudah menghukum.

Kalau nak puaskan manusia, bila-bilapun kita tak mampu.

Kalau amal kerana manusia, ia tidak berharga.
Namun kalau amal adalah keranaNya, pahala berlipat ganda!


~
Berimasajangancepatmenghukum.Sesiapapuntakmahujadihipokrit.

Wallahu khairul haakimin...
Dan Allahlah sebaik-baik hakim.

Sunday, November 4, 2012

Saya rasa saya nak pengsan sekejap, boleh?


Naqibah saya kata kalau nak menangis, 5 minit je.
Kalau nak serabut, 10 minit.

Tapi tak kata pula kalau nak pengsan boleh berapa lama.

Maybe sehari? or, dua?

But I'm promise,
I'll wake up.
Soon. I hope.

Friday, November 2, 2012

Just. Do. It.

Bismillah,

Kewajiban seorang muslim itu ialah pertamanya dia perlu beriman.
Kemudian baru baca Al-Quran.

(Mustafa Masyhur)

Allah tak suruh baca Quran dulu. Khatam bab haji, bab makanan, bab solat, bab zina, bab hudud, rukun iman, rukun Islam segala - baru jadi Muslim. TAK.

Allah kata kamu beriman tak dengan Aku? Percaya tidak akan kewujudan Aku? Percaya tidak pada Rasulku? Percaya dah?

Then, you're Muslim now.

Now, I give you the order. Nah ambil Al-Quran sebijik. Buat.

Do! Just do them! Because you're the believer! you believe in Allah, you believe in Rasul. So, sekarang, buat apa yang Allah dan Rasul suruh. Buat.

Kenapa tak buat? Kamu belum beriman lagi ke? Kamu tak yakin ke? Kamu rasa tak mampu? Kenapa rasa macam tu?

Allah kata: Kan Aku dah beritahu, Aku ada. Aku dengar. Aku tahu kamu mampu. Just do them! natijahnya Aku akan uruskan. Kamu buat part kamu, Aku akan selesaikan yang akhirnya.

Yakin tak?

Kita patut jawab: "sami'na wa ata'na ya Rabbana" - kami dengar dan kami patuh, wahai Tuhan kami~


~

that's why para sahabat bila dengar saja ayat minum arak turun- dyorang pecahkan semua botol2 arak sampai banjir madinah. Bila turun ayat hijab - para wanita bertempiaran lari nak tutup rambut sampai cari pelepah kurma. ini natijah daripada keimanan.

kita?
- rileks dulu bro...~ ??

menangis.