Bismillah
Fahami, jangan mudah menghukum.
Ada orang boleh buat perkara luarbiasa. Petik jari.
Ada orang nak buat perkara biasa pun terhegeh-hegeh. Lambat.
Ada orang lepas lari, boleh lari lagi.
Ada orang lepas lari, pengsan.
Ada orang makan banyak.
Ada orang makan sikit je. Diet.
Ada orang boleh berkerja tak henti-henti.
Ada orang nak masuk ofis pun lemah je badan.
Passion.
Ada orang baru belajar buat buku scrap.
Ada orang dah belajar bina banglo.
Maju.
Ada orang belajar sejam dah tahu.
Ada orang belajar berminggu-minggu pun tak faham.
Kepandaian.
Ada orang mudah benar terasa. Sensitif.
Ada orang kena hempap batu pun senyum lagi.
Hard-core.
Ada orang cubit tak sakit.
Ada orang pegang pun pedas.
Fahami, jangan mudah menghukum.
"Aku tang sini je aku mampu. tang tu aku surrender dah"
"Awat tak try?"
"Tak mau.. Rasa tak mampu"
"Tak cuba mana nak tahu"
"Cakap senang la..Aku tengah kumpul kekuatan ni. Bukan try guna mulut cik adik."
"Err, marah ke.."
"Jangan mudah menghukum. cuba fahami dan dalami"
Fahami, jangan mudah menghukum.
"Degil betulla.."
"Orang degil jangan dipaksa.."
" Kenapa pulak?"
"Kalau dipaksa dia lagi tak jalan. Bagi masa. Bukan dia tak tahu apa yang baik dan buruk"
"Kau macam faham je.."
"Yelah, aku pun degil jugak.."
Fahami, jangan mudah menghukum.
Kalau nak puaskan manusia, bila-bilapun kita tak mampu.
Kalau amal kerana manusia, ia tidak berharga.
Namun kalau amal adalah keranaNya, pahala berlipat ganda!
~
Berimasajangancepatmenghukum.Sesiapapuntakmahujadihipokrit.
Wallahu khairul haakimin...
Dan Allahlah sebaik-baik hakim.
No comments:
Post a Comment