Tuesday, September 22, 2015

Yes, I am Puan :)


Salam alaik,

Macam mimpi pegang title tu 25 hari lepas. Macam tak sangka dah ada suami. Macam tak sangka. Memang tak sangka.

We are strangers before. Kenal hanya melalui borang. Kenal dengan tujuh kali perjumpaan yang singkat selama setahun empat bulan -  berteman. Paling kurang ajak anak buah teman. Keluar pun atas tujuan nak setelkan hal-hal perkahwinan. Nothing much.

Berhubung melalui whatsapp dan gmail bersama dengan dua peneman. Not even a smiling face emoticon pernah keluar dalam whatsapp tu. Dan whatsapp tu pun hanya berfungsi bila diperlukan. Bukan setiap hari. Bukan setiap masa dan ketika.

Bercinta? Katanya dia dah jatuh cinta dalam pertemuan ketiga. Aku? Hehe.. Mana boleh buka rahsia! Tapi kalau tak cinta, masakan aku boleh terima dia? Cheewah.

Perkenalan yang sekejap ni memang mengundang banyak persepsi. Positif dan juga negatif. Tak dinafikan, hati ni pun berbolak balik. Ragu-ragu? Usah kira berapa kali hinggap kat ruang rasa. Tapi satu saja yang aku yakin, kalau benar dia untukku, memang dia akan jadi milik aku. Kalau usaha yang aku lakukan hanya 10%, maka yang selebihnya aku serah pada Allah bulat-bulat. Tawakal. Sebab Dia yang mengaturkan hubungan. Bukan atas sebab usaha kami. Dia yang menyatukan hati-hati. Dia. Hanya Dia. Allah.

Teringat kata-kata yang aku pernah terima..

"Ko yakin ke dia sukakan ko? Macam tak minat je tengok.."

"Korang ni bercinta ke? Bila berjumpa cakap pun tidak.. pelik betul"

"Hari ni hari jadi ko, dia wish tak? Ade bagi hadiah?"  -(of course la tidakk >.<)

"Ko kenal ke dia ni? Pilih betul-betul la.. Nanti menyesal."


dan lain-lain..


Aku hanya pekakkan telinga dan senyum.. Jalan ini yang aku pilih kan? So kena hadap la. Kalau ade idea, aku menjawab la jugak kadang-kadang. Haha. U know me. Tapi memang setiap komen akan aku ambil kira juga. Tak pandang sebelah mata saja.

Setiap pilihan pasti ade risikonya. Pasti ade kelemahan dimana-mana. Nobody perfect, right? Aku pun ade kekurangan dan kelemahan. So, mindsetting kena betul dan jelas. Kalau dia ade kekurangan, aku pun ade kekurangan so we will complete each other to be perfect. Right?


Senyum.


Sooo, sekarang dah lepas ujian sebelum berkahwin. Sekarang kena lalui ujian dalam perkahwinan pula. Untuk keberjayaan hubungan ini, kena ade usaha dari kedua-dua pihak. Kena ade kesefahaman dan kepercayaan. Mutual understanding.

Dan kini kami masih lagi meneruskan taaruf kami yang masih banyak lagi..  Setiap hari pasti ade pertanyaan dari dia. Dan itu membuatkan aku lebih peka tentang keperluan dan kehendaknya.

Well, aku dah dapat comments dari dia.. Less expression. Hihi. Dia tak dapat nak tahu aku sedih ke, gembira ke. Sebab selalu komen aku, "ok, je.."

Hihihi.. Kalau yang kenal aku, memang tahu typical Saakella bagaimana. Less emotion. Less expressive. Cam tu je dia. Cool je.. (berlagak cool sebenarnya.. :D)

Huhu.. what to do? So lepas ni dah kena beritahu apa perasaan so that he won't assume.  :P



Dalam jangkamasa yang singkat, kami dah jadi terlalu rapat. Sampai nak berpisah pun susah. Alhamdulillah Allah masih beri peluang pada kami untuk selalu berjumpa. Sorang di Johor, sorang di Klang. memang jauhla kan..


Tapi, alhamdulillah a'la kulli haal. Perpisahan itu memberi ruang kepada kami untuk adjust kehidupan baru kami. Nak stabilkan kehidupan dengan tuntutan-tuntutan yang ada.. Kerjaya, tanggungjawab dengan keluarga, sebagai suami isteri, dan lain2.


Aku sangat bersyukur dengan ade suami seperti dia. Harapnya dia pun begitu. Masih banyak lagi yang kena belajar untuk jayakan hubungan ini sampai syurga. Ya, sampai syurga. Sebab matlamatnya disitu, insyaAllah.


Sekarang tengah basah dengan hujan cinta. Opss..

Bercinta selepas nikah itu indah, tahu? Semuanya adalah pahala!
So, say a BIG NO to couple!

coupling2 ni hanya dosa je yang mengalir.. rugi~ Hanya bezanya akad saja..
So, cepat2kan akad nikah. Yang perempuan mudahkan, yang lelaki usahakan.
Lepas tu dah boleh bercinta sampai syurga~


~Solemnization Athir & Kella~


Di hati ini, Hanya Tuhan yang tahu~ :P

Athir <3 kella="" p="">

29/8/2015 --->till syurga insyaAllah




Ya Allah, berkatilah hubungan kami..


*****


"So, kenapa Surah Al-Qalam?" Soal dia selepas beberapa hari kahwin. Aku baru teringat pernah memintanya hafal satu surah untukku. Dan surah pilihanku ialah Al-Qalam.

"Oh.." Aku tersenyum.
"Untuk ingatkan saya bahawa bukan satu kegilaan la bila kita ni tak bercinta sebelum kahwin. Tak seperti yang orang biasakan, couple, dating, calling2 semua tu... Dan... untuk ingatkan  kerja sebenar kita, matlamat sebenar perkahwinan kita.."

Aku pandang dia. Senyum.









Wednesday, April 15, 2015

Primum Non nocere


Salam alaik,

Hi!!


Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menjalani hidup bekerja. Now, I am a houseman. >.< Dah sebulan dua minggu. Fuhh.. cepatnya masa berlalu.. Tapi gaji masih tak dapat. Hehe. (Rasanya aku asyik mengeluh bila kerja tapi gaji tak dapat. Teruk lah Saakella ni. Ikhlas skit ok bila bekerja tu. :P )


Bila bekerja ni banyaklah benda yang aku belajar. Banyak yang diperhatikan. Sebab aku ni jenis pemerhati. Bila jumpa ramai jenis manusia dalam hospital ni kita kena banyak bersabar. Bukan semua manusia sama perangainya.


Primum non nocere = first, no harm. Perkataan ni umpama falsafah la dalam perubatan. Yang mana, prinsipnya kita tak berikan kemudaratan pada pesakit. Tapi, masalahnya yang aku lihat adalah sebaliknya. Ambil darah setiap hari, pesakit tak dapat tidur dengan baik, dilayan dengan agak kasar juga oleh nurse (of course not all the nurse la), dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Macamana pesakit nak sembuh?


Ok, sebagai houseman aku pun memang masih baru dan masih kurang skill mengambil darah, memasukkan branula, mengurangkan kesakitan dan lain-lain. Aku sendiri mengaku yang aku pun ade juga me'rosak'kan tangan pesakit sebab tak dapat cucuk dengan baik. Pardon me ;( . But aku cuba perbaiki everyday. Sebab aku kalau boleh tak mahu menyakitkan lagi pesakit yang sudah sakit.

Tapi kadang-kadang aku tak berapa setuju juga dengan sistem disini. Yang mana semua pesakit buah pinggang perlu diambil darah SETIAP HARI. Tu belum termasuk darah yang diorder atau yang direject oleh lab. Sehari boleh jadi dua tiga kali ambil darah dyorang. Dan, sememangnya pesakit nephro ni memang terkenal dengan susahnya nak ambil darah dyorang. Dah clear nampak blood vesssel, tapi cucuk2 tak dapat.. mahu menangis kita yang mengambil darah. Pesakit nephro sampai dah redha dah tangan dyorang jadi bahan experimen kami. Pardon me.

Kadang-kadang aku cuba positifkan diri. Memang perlu ambil darah dyorang sebab nak monitor perkembangan buah pinggang semua. Sebab itu je caranya. Kita nampak luar elok semua tapi kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan. Nak 'communicate' dengan sistem dalam badan, memang kena guna darah, urine, atau sometimes stool. Sputum atau kahak pun jadi bahan komunikasi tau. Jangan tak tahu. Kesimpulannya memang semua yang dikumuh, atau yang mengalir dalam badan adalah bahan yang menjadi modal untuk kami para doktor mengenali jenis penyakit pesakit.

Bukan tak pernah aku jumpa pesakit yang refused untuk dimasukkan branula. Bukan tak pernah aku jumpe pesakit yang AOR - keluar ward atas risiko sendiri. Belum kira pesakit yang merungut-rungut sebab tangan dan bengkak2 semua. Ramai..
Bukan sorang dua.


Semuanya sebab dah fobia dengan hospital. Tangan dari tak bengkak jadi bengkak. Dari sakit biasa di diagnosed sampai jadi sakit lain pulak. Ngeri.

Sebab tu jugaklah family aku semua tak mahu pergi hospital bila sakit. Huhu.. Aku je yang pergi hospital setiap hari. >.< (tp of course la bukan sebab sakit).


Hurm, sebenarnya aku bukan tak setuju seratus peratus dengan sistem yang ada. Ya, actually, kami para doktor nak membantu untuk sembuhkan pesakit. Bukan tak pernah ade pesakit yang masuk dalam keadaan yang teruk tapi pulang dengan keadaan yang sangat baik, alhamdulillah. Memang niat murni kami adalah nak membantu sembuhkan penyakit. Cuma kadang-kadang yelah, kita manusia. Tak perfect. Pasti je ada kelemahan. Dan nak katanya, takdir orang lain, rezeki orang lain bukan ditangan kami la. Kalau rezekinya bertambah sakit, tanpa ade penyebab pun dia akan sakit juga.

Sometimes kita tak boleh nak control semua. Aku penah jumpe seorang makcik yang refused dimasukkan branula dan juga ambil darah. Pesakit nephro. Sebabnya simple je. Sebab tangan dia bengkak bila dimasukkan air tanpa pengawasan sesiapa dan pesakit tu tidur. Dia dudk dikatil belakang pula tu. Sedar-sedar tahu tangan dah bengkak dan sakit. Nurse pula xde nak tengokkan. Huhu.. aku yang tengah penat dan baru je ade masa nak masukkan branula mak cik ni termangu sekejap. Rasa bersalah sebab tak menjenguk pun pesakit-pesakit kat belakang ward ni. Huhu. Tangan tak cukup weyy.. Memang busy turun naik ward hantar darah etc.. Mana ade masa nak say hi bye kat semua. Makan pun tak sempat tau. Huhu.. Sedih.

Tapi sedih juga dengan keadaan camtu. Nurse ramai, doktor pun ramai juga waktu pejabat. Tapi masih juga tak dapat nak entertain keperluan setiap pesakit. Tak tahu juga sebab apa. Tak mahu salah kan sesiapa. Dia macam kena masing-masing tahu peranan masing-masing. Pesakit tak boleh banyak demand, doktor dan nurse pula kena peka dengan keadaan pesakit. Kena saling give and take.


Primum non nocere. Prinsip ni aku cuba untuk serapkan dalam minda dan perbuatan. Dan aku harap semua doktor dan kakitangan hospital kena serap juga prinsip ni. Kita yang doktor ke, specialist ke bukan tak akan jatuh sakit. Kita pun akan jadi pesakit juga satu hari nanti. Seperti mana kita buat pada orang lain, satu hari kita pasti dapat rasa juga dari orang lain. Be kind and gentle towards others. Tak rugi pun. Sebab nanti, tanpa kita duga, akan ade hari yang orang lain akan bantu kita tanpa kita minta.


What comes around will goes around. Right?

:)






Wednesday, February 11, 2015

Motivation

Salam alaik,

Sekarang ni tengah mencari mana2 quotes yang best utk dijadikan as motivations sepanjang HO ni.. Hee.
Jadi kerja juga benda tu. Thanks to technologies skrg yang byk membantu terutama screenshot etc. Tak payah nak tulis atau salin balik. Trus snap pic saja~

Owh, sekarang tengah memotivasikan diri untuk membaca. Tak tahu lah kenapa kalau sekarang ni bukak buku laju je mata tu nak tutup. Penyakit sungguh. Pelik pun ade. Padahal dah tidur cukup dah. :(

Ni memang penyakit dulu2. Sekarang dy datang balik. Adoi. Ya Allah, cerdaskanlah akalku ini. Jauhkanlah aku dari sifat malas dan lemah~

Ameen.

Mind-setting nak HO ni sebenarnya tak habis lagi. Banyak nak dimind-setkan. Hopefully sempat setel sebelum kerja. Fuhh, semangat, datanglahh~~


ok, pepun, ni salah satu quotes yang best:



harapnya aku mampu lalui HO dengan baik.. ameen

Cabaran?


Salam alaik,

' apa cabaran bertunang?'
'Awak akan jumpa orang yang lebih baik dari tunang awak.'

Erk. Camtu eh?

So, cabaran berkahwin?

Akan jumpe orang yang lebih ideal dari pasangan yang ada?


Ini sungguh tak logik. Kalau itulah jalan kita, so itu akan tetap menjadi jalan kita.

Pernah dengar ayat ni?

What has reached you was never meant to miss you, and what has missed you was never meant to reach you.

It was from Rasulullah s.a.w.


So cabarannya bukan tentang jodoh pertemuan. Tapi cabarannya adalah pada hati, pada nafsu kita sendiri. Dan bagaimana kita mengawal hati kita dari terjerumus ke perangkap nafsu dan syaitan.

It's not about 'who' but 'how'. How we create the marriage yang Allah redha, that's matter.



:)

Na shle!


Friday, February 6, 2015

Ia bakal bermula


Salam alaik,

Lama tak tulis, aite? Busyyy.. Sejak menjadi baby sitter (yg masih belum terima gaji >.< ) aktiviti seharian aku sangat penuh. Nak keluar rumah pun kena fikir banyak kali sebab kesian kat mak.

Tapi, banyak urusan yang kena buat sebelum nak pergi kerja ni. Ohho, I'm not telling you yet kan yang I dah dapat placement?

Yup, DAH DAPAT!

Ok, sila terkejut dahulu sebelum dengar namanya.

HTAR.


Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sila sakit jantung sekarang. Tachycardia sekejap.

Tak tahu la kenapa bila dapat tu terus redha dah. Padahal bukan pilihan pun. (Ok, ade la tertulis dalam pilihan ketiga kan.. :P)

Dapat dengan dua teman seperjuangan- Aina and aini.. So sebab tu kot. Dia rasa relieve skit. Ade teman nak nangis sama2. Kalau takde, dah lama aku lari dari situ.. Huhu..

HTAR yang terkenal dengan kebusyyan dia, yang terkenal dengan ke'tough'an dia.. Fuhh, tak tahu la kenapa tak tukar. Tapi nak tukar kemana~ Tak tahu mampu ke tidak, tapi cuba je lah. Kan, kan..


ok, positip, positip. Akan memulakan episode sebagai houseman officer in less than 2 weeks now. Sekarang memang tengah pulun nak mengkhatamkan CPG2  yang berlambak ni. Tak tahuuu laa.. Banyakknyeerrr!


So, tak tahu akan sempat menulis lagi ke tak lepas ni. Kalau aku tulis maksudnya aku ok sebab ade masa nak menulis. Hehe. Kalau tak, maksudnya hidup aku tengah miserable time tu.

2 tahun.

Akan dipenuhi dengan pelbagai episode kehidupan. Moga aku terus tabah.


Zatim, Na shle!

Doktor??! Nervousnyerr! >.<

Monday, January 12, 2015

yang ke- 26


Salam alaik,


Termenung sekejap melihat angka itu. Besar benar. Benar- benar besar. Lama dah hidup rupanya.

Termenung lagi. 26.. uishh. Hari ni berapa kali kena gelak dengan kakak2 aku. Katanya macam tak percaya itu umur aku. Bukan dia je yang tak percaya, aku pun tak percaya!

Aku sekarang ni dilema jugaklah. Ni bukan soal muda tak muda, tua tak tua. Ni soal kematangan. Langsung tak matured kakak aku kata. Matured? Tak matured katanya aku? Haish. Dilema ni!

Hurmm. Takpe kot. Kan baru habis belajar. Kan baru lepas title student. Tak kerja lagi. Mungkin suasana la yang buat nampak tak matured. Ye tak. Ok, tu namanya ayat penyedap hati. :D

Bagaimana nak bina kematangan? Setahu aku, kematangan tu diterjemahkan dalam bentuk cara-fikir, kelakuan, dan gaya. Bukanlah sebab saiz, atau umur. Macam budak yang aku jumpe time sukarelawan banjir ritu, baru darjah empat tapi gaya cakap, macam orang besar. Ni mesti sebab banyak bergaul dengan orang yang lebih berumur dari dia.

Haa, kematangan dibina melalui pergaulan! Ok, nampaknya dah kena mula bergaul dengan orang yang lebih berusia. :D Tapi tu mungkin masalah aku juga. Aku lebih suka duduk sendiri dari berbual perkara yang tak berfaedah. Jarang aku join bersembang dengan jiran-jiran sebelah rumah mak aku ni. Bukan sombong, tapi aku tak berapa nak masuk menyembang la.. Aku ni lebih 'on' dengan anak dyorang yang berusia 7-8 tahun. Haha. Thay's whyyyy kellaaa!

Kalau tak boleh nak bergaul, kena try ubah gaya fikir. Kena fikir benda-benda besar, buka isu remeh-temeh. Mungkin boleh dapat melalui pembacaan ilmiah. Haa, yang ni aku boleh.. :D

Hurm, apa lagi nak ubah. Gaya pakaian? Ish,, malasla. Tapi aku selalu kalah dengan anak buah aku yang memang up-to-date dengan gaya-gaya sekarang. Tu gaya aku dulu. Tak adenye aku nak pakai camtu lagi.. Aku lebih suka simple2 tanpa perlu berbelit2. Dahlah panas, then aku pakai spek. So susah nak pakai shawl ke ape ke.. huhu. Dah2, fesyen, aku selesa dengan gaya aku sekarang. Cuma mungkin kena pakai baju blouse banyak skit. Urm, urm..

Tapi apepun, aku selesa dengan diri aku sekarang. Cuma kenala juga bentukkan peribadi yang dipercayai sedikit, ye tak. Ok, misi tahun ni nampaknya ialah cuba untuk mecari kematangan dalam diri. Matang, matang skit, kella.

Ke arah mematangkan diriku. InsyaAllah.

Na shle!

kek yang 'runtuh' sebab mencair.hihi, layan je la :)





Tuesday, January 6, 2015

Positif vs negatif

Salam alaik,

I'm a positive person. Bukan nak memuji diri tapi begitulah hakikatnya. Hehe. But being a positive person doesn't mean that I had never think of negative. It just only positive mind comes after that. Positive after negative. Or shall I say re-positived?

Melalui hidup ini,kita takkan terlepas dari masalah-masalah. Lepas satu, satu. Tak berhenti sampai kita mati. Tapi mati itupun bukan menamatkan semua masalah juga. Ada alam lain yang akan menggantikan kehidupan sekarang. So, melewati umurku yang sudah suku abad (and bakal lebih setahun :p ) dengan melalui ujian-ujian-nya, dapat kukatakan semua ini membina kepositifan dalam diri. Positive untuk menghadapi hidup yang mendatang.

Seperti anak-anak kecil yang baru belajar berjalan. Walau seringkali jatuh dan menangis, tetapi tetap diteruskan juga usaha sampai akhirnya dia boleh berlari.. wahh, *clap*clap*clap*. Dan masa itu dia boleh tersenyum dengan usahanya.

Tersenyum dengan usaha itu mungkin boleh dibayangkan seusai kita meninggalkan dunia yang fana ni. Itulah senyuman kepuasan. Puas atas usaha-usaha di dunia. Dan boleh berehat di syurgaNya. Alangkah bahagianya menjadi orang yang tersenyum ketika itu.. oh..

Positive, positive! InsyaAllah. Moga Allah memilih kita semua masuk ke dalam syurgaNya.. Ameen..

Menjadi positive kadang-kadang bukan satu kelebihan, dan menjadi negative pula bukanlah satu kelemahan. ye tak? Kadang-kadang positive sangat memakan diri juga. Hasilnya kita akan kecewa bila kita tak dapat yang kita inginkan. Tapi it's the other side of positive minded la..

And being negative pun bagus juga sebab ia akan buat kita lebih berhati-hati dan tak terburu dalam judgement. Cumanya jangan berlebihan.. Sebab ingatkan dalam sepotong hadis:

Firman Allah di dalam hadith qudsi:

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

Sangkaan..

Jaga sangkaan kita. Be it positive or negative, jangan biarkan ia memakan diri. Don't rush into judgement, yang Allah tak sayang kita, kenapa Allah buat camni pada kita, etc, etc.. 

Everyone has their own path of life. The way that Allah lined up for each of us is differ. So don't compare, stay happy with your life, stay cute and live life to the fullest!! ok?! :) ok, ni mmg positive! haha.


I don't know what I'm talking about actually, just sudden ideas due to some issues i heard.
ok, tu je. Stay positive people!

Friday, January 2, 2015

Mak Keyla penat!

Salam Alaik~


Letih. Penat. Aduh..

Banyak tanggungjawab yang tergalas dibahu baru-baru ni. Adoii.. Pening mak keyla memikirkan satu-satu masalah. Rasa nak lari je tapi tak boleh. Tanggungjawab is tanggungjawab.

Tanggungjawab dengan mak. Tanggungjawab jaga kakak. Tanggungjawab jaga anak buah. Tangggungjawab menyelesaikan masalah tutt.. Semua tanggungjawab. Letihnya tak tahu la nak digambarkan. Rasa lebih rela jadi doktor ni daripada duk rumah jadi bibik yang jaga keperluan semua orang. Tapi bukan ke nanti jadi doktor jaga keperluan orang lain yang lebih ramai??

Huwaaa, penatnyaaa~

Tangan ni kalau digambarkan dah boleh jadi sotong da. Kejap pegang penyapu, kejap pegang botol susu, kejap satgi suap makanan, kejap pegang senduk pulak.. aishh.. incredible hulk pun kalah ni.

>.<

Nasib mak keyla ni awet muda. Banyak masalah pun still nampak muda.. haha. Ok, keyla stop it.

Hurm, bila la nak dapat kerja ni. Kerja sambilan masih tak menjelma. Kalau nak kerja ade je yang menghalang. Lagipun, kena la consider mamaku yang da tak larat nak jaga kakakku yang bru bersalin ni. Takkan la aku rela melihat semua keperluan kakakku mak yang sediakan.

Duit poket dah makin menipis. Tapi nampaknya memang tak dapat la aku nak kerja apa-apa.. Jadi pengasuh anak buah jela.. Tu pun kalau dapat gaji.. heuw3.


Kadang-kadang melarikan diri gi usrah, gi program, gi buat kerja sukarelawan.. Oh, Malaysia dilanda banjir yang agak teruk. Di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak antara kawasan yang terjejas. Kalau Perak, baru-baru ni banjir di Kayan, about 5-6 km dari rumah aku sebab dyorang buka ban. Hopefully, janganla banjir di batu 10 ni.. Rumah dahla rendah, setingkat pulak.. Minta jauh..

My family dah boleh terima aktiviti2 aku ni. Kira boleh keluar la, cuma kena ade kenderaan. :) Aku merempit je la sekarang ni~ so tak boleh malam la. Not allowed. No, no, no.

Alhamdulillah. Busy jugak dalam masa lapang yang ada. Bila nak prepare jadi doktor ni? huhu.

A'la kulli haal, alhamdulillah~

k, tu je nak bebel arini.

Na shle!!