Wednesday, March 30, 2011

Dia tidak apa-apa



Dia tidak apa-apa,
Kalau kita lalai mengingatiNya.

Dia tidak apa-apa,
Kalau kita lari dariNya,

Dia tidak apa-apa,
Kalau kita jauh dariNya.


Dan Dia tidak akan pernah apa-apa,
Kalau kita tak ikut perintahNya.


Kerana Dia Maha Besar dan Maha Kaya,
Untuk rasa terhina dengan kelalaian kita.

Dia Maha Kuat dan Maha Bijaksana,
Untuk rasa lemah tanpa adanya kita.

Dia Maha Agung dan Maha Abadi
Untuk rasa terluka dengan perbuatan kita.


Tapi kita? Bagaimana?


TanpaNya, kita bukan siapa-siapa.
TanpaNya, kita boleh jatuh bila-bila masa.
TanpaNya, kita ibarat daun yang ditiup angin kemana-mana.

Siapa kita tanpa DIA?

Manusiakah kita?
Doktorkah kita?
Professorkah kita?

Siapa kita tanpaNya?

Dia tak perlukan kita,
Tapi kita perlukanNya!

Dia tak pernah perlukan kita,
Tapi kita pasti perlukanNya!


Kita perlukan Dia,

Kita perlukan agamaNya,

Kita perlukan petunjukNya..

Kita perlukan DIA, Tuhan yang Maha Agung

Kita perlukan Allah..



Jadi, mengapa begitu bongkak padaNya?
Mengapa begitu lalai mentaatiNya?
Mengapa begitu berani mengingkari perintahNya?

Kita perlukan Dia...

Dia tak pernah perlukan kita..


Jadi, kenapa masih lagi bertangguh?
Mampukah kita menahan pintu taubat tatkala ia akan ditutup?




Sunday, March 27, 2011

OH, SO MUSLIM!


" Sedap makan McD, minum air Coke?"
" Sedap la time lapar-lapar nie"
"Yeke? tak ade bau apa-apa?"
" Bau ape? bau aroma ayam ade la.."

"Owh, tak terbau eh.. Bau darah orang Palestin.."

"..."


"Ubat gigi, oh ubat gigi! wei, pinjam skit ubat gigi"
"ambillah. ade kat dalam cawan sinki"
" Yang mana satu?"
"colgate tu lah, aku tak gune jenama lain.."
"owh, colgate ke........"
"awat?"

"aku tak gune colgate. rasa cam cuci dengan pasir dari tanah Palestin pulak.. kesian orang Palestin takde pasir.."

"..."


"Suke coklat tak?"
" Suke giler.. nak bagi aku hadiah coklat ker?"
" Hihihi.. So, ko nak coklat jenama ape?"
" Apa-apa selain nestle"
" Awatnye? nestle sedap ape.."

"Owh, walaupun sedap aku tak sanggup nak makan. Loya tekak teringat orang Palestin... ko nak beli peluru untuk bunuh dyorang ker?"

"hah?" gulp!


" Lawa baju? beli kat mana?"
" Thanx! beli kat Mark n Spencer.. murah gile"
"Owh, aku tarik balik la kata-kata aku tadi.."
"eh, awat pulak?"

" aku paling benci semua benda yang ada kaitan dengan makhluk zions tu.. ko ade kaitan dengan dyorang tak?"

"err..."
"kalau tak, baguslah. kalau ye, dengan sekali-kali kau aku benci.."

gulp!




Mungkinlah orang kata memboikot itu leceh dan not efficient.
Tapi dalam ketidak 'efficient' dia, inilah perkara yang paling ditakuti oleh orang sana.
Sebab ekonomi yang dia pegang semua bergantung kepada pengguna seperti kita.
Yang majoriti adalah muslim (tapi leka!)

Mungkinlah orang kata dah lama dah gune term boikot nie.
Dah tak valid dah sebab macam tak berkesan apa-apa.
Tapi sedar atau tidak itu bukan soalnya.
Soalnya sekarang duit kita tu ke mana?
Nanti Allah tanya, kita nak jawab apa?

Mungkinlah orang kata semua itu barang harian.
Susah nak hentikan pembelian.
Tapi pernah tak terfikir, boleh mati ke kalau tak makan?


Mungkinlah orang tak yakin dengan memboikot ini akan melumpuhkan ekonomi.
Mungkin sebab dia rasa dia seorang diri.
Tapi kalau boikot ramai-ramai dan secara berterusan.
Yang mustahil akan benar-benar terjadi.
Seperti mana revolusi Mesir yang menjatuhkan Hosni.
Jatuhkah dia kalau seorang je yang berdemonstrasi?

Rakyat Palestin makin menderita sehari-hari.
Padahal kita sedap makan tidur golek atas katil sendiri.
Kata kita muslim yang bersaudara,
Mana pengorbanan untuk saudara sendiri?


Teruskan boikot kite. Kita bukan sorang diri! link

Thursday, March 24, 2011

krisis

Salam alaik~

Lately, blog nie asyik dapat title post yang agak emosional je kan. Hoho, mungkin sebab utamanya puan blog tu sendiri yang 'unstable' dan 'fragile' sangat kot..=))

Hurm, krisis..


Banyak betul krisis yang berlaku. Pasal study la, pasal diri la, pasal keluarga, etc, etc.. kadang-kadang masalah yang takde kaitan dengan diri pun tumpang sibuk memenuhi fikiran.. aduhai~ fikir banyak sangat nie..


So, sekarang nie kuhanya fikir positive tuk apa-apapun. Rasa penat fikir benda yang bukan-bukan ni. Rasa dah taknak bagi peluang kat diri tuk berfikir. Just do whatever you want to do!
Sebab sebelum nie banyak habiskan masa untuk fikirkan perkara yang boleh di selesaikan dengan satu 'klik' saja. Mudah tapi dirumitkan.

So, strive for the best!!!



Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung.
(al-Maidah: 35)


Mencari 'idealism'...


Wednesday, March 16, 2011

Perang jiwa~


Di satu sudut...

'J' jeling-jeling..
membisikkan bisikan halus..

"Pandang-pandanglah"

"Lihat-lihatlah"

"Dengar-dengarlah"

" Ala, tak mengapa, sikit aje"



Di saat itu juga..

'I' berdehem kuat..

" Jangan!"

"Tahan lah!"

"Sabar!"

"Kuatkan hati!"


Mata dipejam rapat2.
Bibir diketap.
Telinga tertahan dari mendengar.

Ya Allah....



~manusia itu diuji pada titik kelemahan yang dia ada~
ayat itu melantun-lantun keluar dari kotak fikiran..


Payahnya melawan 'Jahiliyah' dalam diri..
Sukarnya nak lari dari pautan nafsu sendiri..

Kerdilnya bila tentera akal dah makin lemah mempertahankan logik..
Lalu tentera syaitan dah tersengih bangga.
Melihat musuh akan kecundang depan mata..

Lalu Iman bersuara..
Walau makin lemah diasak jahiliyah..
'Jangan pernah lupa pada Allah'

' Jika kau yakin Allah melihat apa yang kau perbuat, kau telah berlaku lancang terhadapNya.
Kau telah berlaku lancang terhadapNya.
Kau telah berlaku lancang terhadapNya.


Namun jika kau tak yakin Allah melihat perbuatanmu itu, kau telah terkeluar darinya'.


Astaghfirullah.
Solatlah.
Zikirlah.
Puasalah.
dan berdoalah.


Makin kita kuat, makin tinggi darjat syaitan yang mengampu.
Tapi sungguh dari Allah sahaja perlindungan itu diraih.

maka,

Solatlah.
Zikirlah.
Puasalah.
dan berdoalah.


Moga hati kita tak kecundang dalam perebutan antara tentera syaitan dan malaikat.
Antara jahiliyah dan iman.


"Allahumma ahyina bil iiman, wa amitna bil iiman, wa adkhilna jannata ma'al iiman.."


- Jihad yang sebenar ialah jihad melawan hawa nafsu-
Hasan al-basri.


wallahualam~

Thursday, March 10, 2011

Rejuvenation



Salam alaik~


Sistem immunisasi kalah lagi. Perubahan musim sejuk ke musim bunga memang selalu membawa gejala-gejala seperti demam, selesema, batuk dan lain-lain. Mungkin pada pandangan saintifiknya begitu, namun hakikatnya semua itu adalah kifarah~~ betul tak?




Tapi bukan nak bicara pasal itu~ =)


Baru-baru nie asyik terketuk saje. Mungkin Allah nak ketuk hati yang degil ni.. Terasa seperti doh yang diuli masa nak buat roti canai. Diramas, dihentak, ditepuk2, ditumbuk2, di baling2, dilenyek2 dan dilambung-lambung.. Sakit.


Tapi tuk ape sebenarnye?


Kalau ikut istilah doh tu, supaya doh tu jadi lembut la.. nanti kuih pun naik cantik, gebu, lembut dan sedap dimakan. Hurm, tak sia-sia dihempuk2 masa uli kan?

Kalau difikirkan, cam tu lah hati aku baru-baru ni.
Sakit.
Sakit bila kena tegur.

Sapa kata tak sakit bila kena tegur direct. Sapa kata tak terluka bila terang-terang betul hakikat yang kita nak nafikan. Sapa yang tak sakit? sapa yang tak terluka? Lagi perit lagi ada. Ganas penangan yang berterusan ni. Rasa cam doh tadi la.. ditumbuk2 di muka, dilenyek2 dan dihempuk2.. Ganas~


Berturut2 diketuk. Kalau tak berturut mungkin akanku pandang sepi. Tapi hakikatnya tak. Sebab Allah memang nak aku sedar. Dan siapa lagi yang sebaik-baik pemberi tarbiyah kalau bukan Allah? Siapa lagi yang lebih mengetahui isi hati hambaNya kalau bukan Allah? Dan yang paling penting teguran siapa lagi yang aku boleh terima kalau bukan teguran Allah?

kan..


Ya, manusia ada ego. dan aku pun ada. Kadang-kadang bila kita kena tegur for the 1st time atas kesalahan kita, ego datang dulu. Beri 1000 macam alasan.

Bila masuk 2nd time kena tegur topik yang sama. Ego sakit. Tapi still nak jugak tegakkan benang yang basah. bagi alasan kat diri- takpe, tak pe.. relax dulu..cuba untuk buat endah tak endah lagi.

Tapi bila masuk 3rd time, ketukan tu terlalu sakit untuk aku terima. Pedihnya, hanya Allah saja yang tahu. dulu suka sikap ignorance. biarlah, biarlah.. tapi bila sekarang nie nak biarkan, dah tak jadi dah.

Dah rasa kena respon untuk bukak pintu yang diketuk2 tadi. Sakit yang rasa ; Ya Allah, sakitnya! dan saat itu aku rasa aku kena respon.

~
(any clues what i'm talking about? sorry, no clues..fikir sendiri la~=p)


.............................................................................................................................



Akhlak dan ukhwah bukanlah soal baru. Bukan juga soal yang remeh-temeh. Ia isu semasa, kat mana-mana. Jadi topiknya luas dan general. Kerana keluasan dan ke'general'an akhlak tadilah isu ini kena diulang-ulang dan ditekankan dalam hidup seharian. Tanpa akhlak, hidup akan binasa. tak de kesefahaman, takde toleransi, takde kerjasama.

Rasulullah s.a.w pun diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. dan baginda sendiri adalah cermin kepada Al-Quran. Subhanallah, tak dapat nak bayangkan camne Rasulullah s.a.w.
Hebat sungguh.


.............................................................................................................................


Allah ketuk sebab tak ada siapa lagi yang berani nak ketuk.
Allah tegur sebab takkan ada yang nak tegur.
Allah tarbiyah sebab dari Allah saja hati yang degil ini patuh.


Apa-apapun, ingatlah,
sebabnya, Allah nak jadikan hati kembali lembut, hilang amarahnya, hilang prasangkanya, hilang titik hitamnya. Nak jadikannya putih berseri, dimana hanya tauhid, husnuzhon, dan kebaikan sahaja yang bertapa..masyaAllah~Ya Allah, kasih sayangMu sungguh tak bertepi..

Ya Allah, tetapkanlah hatiku atas jalanMu..



Sunday, March 6, 2011

...


Pap!


Pap! Pap!


Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!.,....,.....,.......Pap!!





Ketukan itu menunggu respon.

Thursday, March 3, 2011

Syukur..


Salam alaik~


" Sabar itu payah, tapi sebenarnya untuk mempunyai rasa bersyukur dengan apa yang ada lebih payah lagi.."


Sebab ape? sebab kita jarang untuk bersyukur bila nikmat itu kita kecapi, tapi bila dah ditarik, baru perasaan bersyukur itu hadir.

Contohnya bila kaki kita patah. Sebelum patah, tak teringat pun ada kaki. Tak teringat pun kaki ini lah yang sangat-sangat berjasa menggerakkan badan dari satu tempat ke tempat lain.. tapi bila dah ditarik, barulah kita berdoa " ya Allah, sembuhkanlah kakiku kembali..."

Terasa tak?


Kadang-kadang bila kita tak ada apa-apa keperluan yang penting contoh cam exam ker, test ke, interview ke,etc~, kita selalu meninggalkan doa.

Sebab kita rasa kita tak perlukan apa-apa.. Jadi, buat apa nak doa panjang2 cam selalu buat time exam kan?

Kita cam rasa kita dah mampu berdiri tanpa pertolongan Allah.

Dah rasa puas dah dengan apa yang ada.

Dah rasa cukup dah, dah selesa.. so rasa tak perlu mintak apa-apa dah daripada Allah..

Jadi, kita pun selalu tinggalkan doa..

dan akhirnya kita sendiri yang akan rasa jauh daripada Allah..



Tahukah kita nikmat senang itu pun adalah satu ujian?

Tahukah kita bila kita rasa tak ade apa-apa yang nak didoakan,
kita sebenarnya telah melepaskan kebergantungan kita daripada Allah?

sedarkah kita?

Mahukah kita jadi orang yang menyesal kemudian hari kerana mempersia-siakan nikmat Allah pada kita?

yang hanya menyesal bila nikmat itu ditarik balik daripadanya?

padahal masa dia terima nikmat itu tiada kalimah syukur pun pernah disebutnya?

mahukah kita jadi golongan sebegitu?

tentulah kita tidak mahu kan..



So, time kita rasa kita tak ada apa-apa yang nak didoakan,

rasa cam semua perfect dah, tak ade keperluan dah,

maka,waktu itulah kita kena sedar,

bahawa kita kena berdoa

agar Allah masukkan rasa bersyukur dalam hati kita.


Tatkala kita fikirkan kita tak perlukan apa-apa daripada Allah,

doalah supaya syukur itu mengisi hati kita.

Kerana syukur itu payah bila kita di zon selesa.

Syukur itu sukar, bila kita tak nampak perkara yang kita nak syukurkan.

Jadi mintaklah kita dikurniakan perasaan syukur itu bila-bila masa.

Menunjukkan bahawa kita masih lagi perlukan pertolongan Allah.

Iaitu perasaan bersyukur atas apa yang dikurniakan buat kita sepanjang masa.



kerana banyak kali Allah state dalam Al-Quran,

golongan yang bersyukur itu sangatlah sedikit.

Hanya sedikit sahaja manusia yang bersyukur.

Kerana syukur itu payah.

Tapi kita tak mahu jadi orang yang tak bersyukur tu kan..

Kalau ada yang sedikit itu, moga-moga kitalah antara golongan yang sedikit tu..

kalau ada 100, kitalah antara yang 100 orang itu..

kalau ada 10, moga kita still dalam 10 orang tu..

dan kalau hanya ada seorang, moga-moga kitalah yang seorang itu..



"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.."27:19



Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang bersyukur~~