Monday, June 27, 2011

Sunyi.


...


Psss..,ade dengar bunyi apa-apa tak?


...


tak dengar? ce dengar sekali lagi..


...


tak de jugak?


.....


daku pun tak dengar ape2.. sunyi sangat nie..


...



sunyinye blog nie...




=p

Sunday, June 12, 2011





Pesanan Muhammad Ali buat wanita...

Ramai orang tanya soalan kenapa perempuan muslim kena bertudung dengan purdah atau Hijab.. Dan ini adalah jawapan yang terbaik untuk memahami kepentingan hijab. Ikuti nasihat Muhammad Ali berikut mengenai tentang kepentingannya...

:: Peninju Muhammad Ali menasihati anaknya ::
...
Kejadian berikut berlaku apabila puteri Muhammad Ali pulang ke rumah dengan berpakaian yang kurang sopan. Berikut adalah cerita yang diberitahu oleh salah seorang anaknya:

Apabila akhirnya kami sampai dirumah ayah dengan di bantu oleh pemandu menghantar saya dan adik bongsu saya Laila. Seperti kebiasaan ayah akan bersembunyi di belakang pintu untuk mengejutkan kami. Kami akan berpelukan dan menukar-nukar ciuman dengan ayah semesranya seakan kami tidak berpeluang lagi.

Ayah memandang kami dengan penuh makna. Kemudian ia menyuruhku duduk di pangkuannya dan berkata sesuatu yang tidak pernah kulupakan. Ayah memandang mata kami dengan penuh pergertian dan berkata:

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Dimana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”

Ayah merenung tajam ke arah mata kami dengan berkata serius.

“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”

Petikan dari buku : More Than A hero : Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

Friday, June 10, 2011

Segalanya mudah bagiNya..

Salam alaik~


Hari khamis semalam. Ada repeat test for surgery yang berlangsung pukul 2 petang. Pukul 1 petang baru diri ini berjaga dari tidur. Tidur untuk menghilangkan sakit yang bermaharajalela lewat pagi itu. Padahal awal-awal subuh semangat untuk belajar itu membara namun kerana sakit pelik disekitar abdomen memaksa diri untuk terbaring dalam berbagai cara. Lalu tertidur.

Terbangunnya diri saat itu, dua pilihan menjelma. Sama ada pergi buat test dan failed atau tak payah pergi dan tunggu next repeat. Namun, pilihan pertama lebih menerjah ruang fikiran berbanding yang kedua kerana salah satu sebabnya, tak mahu menunda-nunda. Nanti entah bila pulak akan amek test tu.. Kacau..Banyak lagi benda nak buat nie. Tapi pilihan pertama bukanlah yang terbaik sebenarnya kerana pergi untuk failed memang tak payah pergi langsung pun tak pe. Tengah sakit-sakit nie, memang fikir nak duduk setempat je.

Fikir punya fikir, biarlah. Mana tahu jalan-jalan nie sakit tu hilang sikit. Daripada duduk terperap kat rumah. Sakit badan tidur lama-lama.

So, pergilah. Memang cakap kat anis, aku pergi untuk failed nie. Memang tak bace ape. Baru nak bukak notes setengah jam tadi. So, Anis pun tanya-tanya la aku soalan along the way nak sampai ke EC tu.. Jauh plak EC dengan bus stop. Menguji ketabahan aku nie.

Then sampai2, masuk. Dan redha je. Sambil dalam hati kata " Ya Allah, demi kesakitan yang aku alami 2 hari lepas ini, bagilah aku lepas surgery test kali ni".

Just itu doa yang aku ucapkan.

Then, aku lepas.

Yes, aku lepas dengan minimum errors. Subhanallah.

Tak payah puji aku lah. Aku tak bace apa. Aku tak usaha apa. Aku usaha untuk datang je.

Itu Allah yang buat semua. Aku tak sure sama ada doa tadi dimakbulkan atau doa orang sakit itu makbul.

Tapi aku rasa aku tak perlu hairan.

Doa pada Sang Pemakbul, manakan tak termakbul?

Subhanallah~ Allah, padaMu diletakkan segala urusan..


Moral of the story: Jangan tak usaha dulu sebelum bertawakal.. hanya kalau terdesak saja ok? usaha x=x succes.. Allah itu Maha Luas pemerhatianNya~

Wednesday, June 8, 2011

Sakit..


Sakit itu penghapus dosa kan?


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".


Bertahan lah....

Tuesday, June 7, 2011

Lapangkan jiwamu


Sana sini orang bergaduh.

Jangan bergaduh!

Aishh, macam cakap kat diri sendiri pulak, kan..=p

Tapi, betul, jangan bergaduh. Dunia tak aman kalau bergaduh. Lainlah bergaduh atas benda yang hak dan batil kan.
Aku tak suka bergaduh. Tapi kadang-kadang kesabaran tu diuji benar dan aku tak nafikan aku memang mudah marah. Even bagi sesetengah orang benda tu simple je tapi maybe aku akan marah. Dan aku jenis berterus-terang juga. Bila aku marah aku gtaw aku marah. Sekarang nie pun tengah berterus-terang la nie.=p

Jangan bergaduh la. Kebanyakan kita bergaduh sebab kita selalu mentafsir. Apa yang selalu kita lihat itulah yang kita selalu nilai. Kita kena sedar la kadang-kadang tafsiran kita bukan selalu 'kena' atau betul pun. Majoriti kita suka memerhati, tapi awas ya, pemerhatian kita kadang-kadang tak selalunya cerah. Kalau yang pakai spek tu kena lap-lap skit kanta mata tu. Kalau yang tak pakai pulak, still kena gosok2 mata skit supaya habuk tak mengkaburkan pandangan.

Takut juga kalau pandangan kita ni dikaburkan dengan pandangan dari pihak ketiga.
Siapa? Musuh utama la. Yang suka membisik-bisik tu.. Syaithan. Naudzubillah.



Husnuzhon. Bersangka baik atau berbaik sangka (ada beza ker?=p) walaupun kita tahu keadaan pihak sana yang salah. Bersangka baik walaupun hakikatnya perit. Bersangka baik kerana kita tahu Allah yang pegang hati orang sana. Kita tak tahu dan kita tak boleh nak agak. Hanya Allah saja yang Tahu.

Kita selalu memilih untuk berfikir negative dahulu sebelum positive. Memang sukar untuk berhusnuzhon, tapi kenapa kita kena selalu berusaha elakkannya? simply, kerana Sang Pencipta tak menyukainya.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” (Surah Al-Hujurat:ayat 12)
Bila Allah menegur, pasti perkara itu tak baik untuk manusiakan?
Sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Walaupun kadang-kadang kita rasa agakan kita betul, tapi hati-hati, kerana sebahagiannya mungkin adalah dosa. Kalau betul, tidak mengapa, tapi kalau salah, dapat dosa. Walau hanya dengan sangkaan. Senangnya dosa mengisi kan?


oh, hati...


Kenapa bincang pasal husnuzhon nie? Sebab nie point untuk mengelak daripada bergaduh. Sebab bila husnuzhon tiada, maka perasaan negatif itu senang mengisi.. Lalu mencetuskan api-api dalam hati. 'Sparks' yang membawa kepada tercetusnya 'perang dunia' antara kita.

Bergaduh.


Lapangkan jiwamu. Jiwa itu bukan hati ye. Hati yang dimaksudkan disini ialah 'liver'. Susah guna perkataan Melayu untuk 2 objek nie. Sebab 'heart' untuk jantung, 'liver' untuk hati. Tapi tak pelah. Yang nak dikatakan disini, jiwa manusia itu bukanlah sekecil 'liver' yang selalu tengok dalam gambar ke, dalam lab anatomy ke, etc,etc. Tapi jiwa nie Allah ciptakan sesuatu yang tak dilihat.

Objek ghaib. Boleh jadi ia kecil, boleh jadi ia besar, bergantung kepada cara kita memikirkannya. Bergantung kepada kita men'didik'nya.

Dan orang Islam itu shud be jiwanya besar. Menarik tak bila dikatakan jiwa Muslim (or shud I called mukmin?) itu Allah jadikan besar? Sebab Allah didik kita untuk mendidik jiwa kita. Allah bagi ujian yang kita terima ia sebagai satu level untuk menaikkan darjat kita disisiNya, dan Allah kurniakan nikmat untuk mengetahui siapa antara kita adalah golongan bersyukur. Dua benda ini sebenarnya sama. Bala atau nikmat, dua-dua itu adalah ujian. Dan bila kita boleh 'cope' dengan dua benda nie, insyaAllah, jiwa yang besar itu milik kita.


Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)


Jiwa itu boleh dididik. Kalau tak dapat lagi, insyaAllah boleh lagi dididik dalam diri. Masih belum terlewat untuk menjadikan jiwa kita besar seperti jiwa mukmin yang dalam hadis ini.

Lepas jadi Muslim, mestilah mahu jadi mukmin, kan? ^^ insyaAllah.

After bergaduh mesti nak bermaafan pulak kan..

Susah nak maafkan, I know. Kutahu. Lebih-lebih lagi manusia yang ada ego tinggi. Lebih-lebih lagi orang yang jenisnya memang susah nak maafkan. Haha. (eh, boleh tak gelak..? Sebab yang dirujuknya adalah diri sendiri, so kalau orang lain terasa diri macam tu jugak, maaf, bukan anda yang diketawakan.=p )

Belajar. Didik. Semai. Buka minda dan lapangkan jiwa. Jiwa kita kan besar? So, nak maafkan seseorang is simple buat jiwa yang besar itu. Take it dengan jiwa yang besar umpama air telaga yang tak rosak kesegarannya dan kesedapannya hanya kerana segenggam garam berbanding air dalam gelas yang terus jadi masin automatically sebab garam yang sama.

Take it as your tarbiyah. Apa-apapun yang kita lalui is tarbiyah kan. Allah nak didik. Bukan senang nak dapat tu.

life is...


Tapi kalau nak senang dan mudahnya untuk memaafkan nie, berbalik yang atas tadi la. Tak payah la bergaduh, so tak de la perlu maaf2 nie kan.. hehe. In case kalau dah 'ter' gaduh, memang kena bukak la pintu kemaafan.

Yang paling penting, don't judge first la. Manusia lain-lain, even struktur rambut pun lain, inikan organ dalam, kan. (heh..)

Dan Kami tidak mengutuskan rasul-rasul sebelummu (Muhammad) melainkan mereka pasti memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan Kami jadikan sebahagian kamu sebagai cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan Tuhanmu Maha Melihat (25:20)


Allah soal tu, mahukah kita bersabar?
Tepuk dada, tanya iman.


~post-pathophysiology.. Alhamdulillah~