Friday, October 30, 2009

Degil..

Degil tu lawannyer patuh
Keras kepala tu lawannyer taat
Ketegaq tu lawannyer baekk
sombong tu lawannyer humble

Degil tau dia nie.
Keras kepala betul.
ketegaq!

takpe la, lagi seminggu stop la...
janganlah mara....

Mana orang tak marah?
yang sakit diri sendiri.
karang sapa yang susah?

rileks la..
jangan la mara...xelok tau..

Tengok tu..
degil tau dia nie.
orang cakap xmahu dengar
biarkan..
biar dia rasakan..

-when mama-in-keyla talks~

keyla^^

Wednesday, October 28, 2009

Perpisahan itu pahit.

Sayu. Itu saja yang dapat aku rasai sekarang. Pahit. Memang pahit dugaan itu. Kalau berlaku padaku, aku mungkin tak dapat hadapinya. Mungkin sebab itu Allah tak timpa dugaan itu padaku. Nauzubillah.

Tenang. Tenang wajahnya menghadapi situasi yang menggetirkan. Diulang kata, kalau berlaku pada aku, aku tak mungkin setabah itu. Mungkin aku tak sekuat dia. Dia yang masih dapat tersenyum disebalik kata-katanya. Menyembunyikan sesuatu yang aku sendiri tak dapat bayangkan. Mungkin sedih hatinya. Aku tak tahu. Dan tak dapat agak.


Sedih. Kerana aku pernah rapat dengan dia. Mungkin tak serapat mana, tapi perkataan kawan itu menerangkan. Bila disebut kawan, perasaan itu terasa dekat. Walaupun terpisah beribu batu. Perasaan 'kebersamaan' itu ada. Susah senang ingin dikongsi. Itulah kawan.


Ingin sekali mengatakan 'selamat jalan', tapi lidah terasa kelu. Ingin sekali mengucapkan rindu tapi hati jadi sayu. Diulang kata, kalau berlaku padaku, aku tak mungkin dapat hadapinya.
Duhai sahabat, ujian itu memang pahit. Tapi pasti pahit itu akan digantikan dengan manisnya kenangan. Akan ada kemanisan yang menyusul.Dan aku harap sangat kemanisan itu segera datang. Agar pahit itu tak terlalu lama kau telan.

Percayalah dan yakinlah padaNya. Akan ada cahaya dihujung terowong yang gelap. InsyaAllah.


Semoga kau tabah hadapi.


keyla


Wednesday, October 21, 2009

Bila rahmatNya memayungi...

"your temporomandibular joint has a problem..."

ya Allah!

"it cause the spasm that envelope the muscle to be contracted..."

masya Allah!

"so there is inflamation on your sterocleidomastoid muscle.."

air liur ditelan berkali-kali.

"that's why u felt pain everytimes u have to chew.."

correct.

******************************

ingatkan sakit gusi biasa. ingatkan sakit telinga aku yang menyebabkan bengkak tu. ingatkan gigi bongsu nak tumbuh. rupa-rupanya...

******************************


"so you have to follow my advice. ..

1. hav a 'soft diet'
2. do not eat the chewing gum
3. hav an exercise for your mouth 20 minutes per day
4. hav the supplement-get from pharmacy
5. do place sum heat on the TMJ part by using light or else

please, do it for 14 days...."


************************

wow..
sabtu nie nak buat open house.. tadi baru je rasa nak makan doner or durum.. nasi xboleh ke?
ai, takkan makan bubur je 2minggu nie?



"dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian rahmat itu kami cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tak berterima kasih..."
surah Hud:9

nauzubillah!

hati marah diri sendiri. kufur nikmat! cakap main sedap mulut. tak pernah fikir natijah lepas bercakap. mulut tengah sakit pun ada hati nak cakap lagi. tengok, Allah da tegur dalam ayat-ayat cintaNya. tak berterima kasih tau. nie baru xboleh makan makanan yang keras, belum lagi xboleh makan terus.....haih, jaga mulut!


###########################

bersama ujian, ada rahmat
bersama kesunyian ada Pemerhati
bersama kesakitan, ada penawar
bersama kesedihan, ada Pendengar..


"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?..."


keyla




Friday, October 16, 2009

DenDa

Oh, malas eh?

nah amek nie!
tak boleh tengok youtube sampai minggu depan!
jangan gatal-gatal nak bukak lagu sampai nak tido pun kena ade lagu!
tu, buku kat sebelah tu tengah menunggu suh dibaca.
jangan nak ngada-ngada stay up sebab nak tgk legasi 43 karat ke, matahari ke.

tu, biochem xpenah abis bace
physio tu dah tukar tajuk baru dah pun. revise!
czech minggu depan nak test, pandai sangat dah ke?

amboi-amboi-amboi...
rileks sgt eh 2nd year nie?
jangan esok, dah hujan baru nak cari payung
karang menyesal xsudah!
sapa yang susah?

study!!!

-when mama keyla talks-

Wednesday, October 14, 2009

MaaF, perlukah?

"Kau siapa nak mintak maaf dengan aku?"

"Kau ingat senang ke aku nak maafkan kau?"

"Apa maaf-maaf? sorry naik lorry la.."


Semua tu antara ayat2 yang bakal keluar apabila maaf dipinta dari seseorang.
Payah nak memaafkan..
Tak semua orang sebaik ini untuk memaafkan...

"Takpe lah, aku da tak ingat da.."

"aku dah maafkan semuanya...takde pape yang perlu dirisaukan"

....

Dalam kes yang selalu kita perasan, maaf itu sering menggunakan contoh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengatakan..

"sedangkan Nabi pun maafkan ummatnya..inikan kita.. maafkan lah"

dan jawapan bagi mereka yang keras hatinya..

"aku bukan Nabi.. aku bukan sebaik Nabi.."


hurm..payah kes nie. kes maaf memaafi kadang-kadang boleh berlarutan sampai bertahun-tahun. paling tragis, sampai meninggal pun masih nak menyimpan dendam..! nauzubillah.



Maaf, sukar untuk diluahkan. Sukar juga untuk diterima.
Ada apa dengan maaf sebenarnye?

adakah dengan memaafkan, kita sudah kalah?
adakah dengan memaafkan, kita hilang maruah?
adakah dengan memaafkan, kita sudah kecundang?

dan,

adakah dengan meminta maaf pula, semua akan jadi normal kembali?
adakah dengan meminta maaf, boleh kembalikan nyawa?
adakah dengan meminta maaf, perkara boleh diselesaikan?

payah...memang payah..

Kadang-kadang, kita mudah memaafkan orang. Tapi perasaan sakit hati itu masih ada.
Macamana pulak tu?


Definisi maaf; membebaskan seseorang daripada tuntutan kesalahan; mengampuni.
Dari maksud yang diberi, maaf hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati. dengan setulus hati nurani..


'jika kamu masih juga berasa sakit hati, padahal dia sudahpun meminta maaf, itu tandanya kamu belum benar-benar memaafkannya..'

salah satu ciri kita apabila sudah tulus adalah, apabila memaafkan orang lain, tiada lagi sakit hati kita oleh perbuatannya itu. dengan memaafkan, mampu mengurai belenggu-belenggu sakit hati itu..

Memaafkan,
mampu membuang segala kebencian, dan merupakan
satu bentuk kekuatan yang boleh menghancurkan sikap suka mementingkan diri sendiri..'

(dipetik dr novel ketika cinta bertasbih)

Memaafkan adalah kekuatan yang dapat membuang segala kebencian.
Memaafkan juga menjadi satu kekuatan yang dapat menghancurkan rasa mementingkan diri sendiri!

Jadi, siapa kata dengan memaafkan, kita menjadi lebih rendah?
siapa kata dengan memaafkan kita telah kalah?
sebaliknya, kita telah menang, dan mungkin martabat kita lebih tinggi daripada yang disangkakan..


Masakan tidak, dengan memaafkan, Rasulullah dapat mengembangkan Islam.
Ramai yang memeluk Islam lantaran tertarik dengan sikap pemaaf Rasulullah S.A.W.
Contoh di depan mata, masihkah ingin berdusta?


"susahnya nak maafkan dia.. tengoklah apa yang dia lakukan pada aku.."

Susah nak maafkan? Cuba kita fikirkan kembali.. siapa yang sempurna di dunia nie? tiada siapa melainkan Nabi. Jadi kesalahan yang berlaku pasti disebabkan ketidaksempurnaan yang ada. Dan mungkin kesalahan yang berlaku menjadikan si fulan sebagai perantaraan. Jadi, adakah dia bersalah kerana ketidaksempurnaan yang dia ada?

Kita sendiri pun tak cukup sempurna. Cuba kita tempatkan diri kita ditempat orang yang bersalah itu.. sebagai manusia kita pun ingin dimaafi. kita berharap sangat agar maaf kita diterima. Jadi, samalah kita dengan mereka yang meminta kemaafan dari kita..


"kalau mintak maaf kot ye la aku maafkan.. nie nak cakap maaf pun payah..."

belajar untuk memaafkan.. ada orang yang fikir perkara kecil tak perlukan perkataan maaf. tapi bagi orang lain, itu perlu. ada orang yang sensitiviti dia tinggi, ada juga yang rendah.
bagi yang tak tahu kita nie spesies mana, memaafkan itu lebih baik..
tapi bagi yang sedar, maaf bukan satu perkataan yang kalau diluahkan, boleh meninggal dunia..
jadi,hidup ini, kesimpulannya
kita kena berlapang dada..
tolak sana,tolak sini
marah sana, marah sini
kesudahannya
kita yang rugi..

INGAT,
Allah kurniakan kita 2 telinga, satu mulut
agar kita lebih banyak mendengar
daripada berkata-kata

dengar penjelasan sebelum menuduh
tahu hakikat sebelum berkata-kata
dan
MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK..


keyla





Sunday, October 11, 2009

jauh berjalan...


Kadang-kadang
kita tak tahupun
esok,
cerah atau mendung
berawan atau hujan..

Walaupun ada ramalan kaji cuaca
itukan semua ramalan..

Jadi,
kadang-kadang
ada orang yang bawa payung
ada juga yang tidak
bagi yang tidak,
ada yang jumpa tempat berteduh
ada jugak yang tidak...

Bagi yang kebasahan,
mungkin ini bukan hari mereka
siapa yang mahu kebasahan begitu
hanya kanak-kanak kecil sahaja yang suka

Basah bukan sebab nasib yang tak begitu baik
tapi satu ketentuan
satu bentuk pengajaran
mendidik dan menceritakan
tentang makna kehidupan...

Bukan kecil dunia ini
bukan besar benda yang dicari
mencari makna kehidupan
bukan sesaat dua boleh jumpe
bukan sehari semalam bersengkang mata
seumur hidup belum tentu akan temui
jawapan pasti

Jadi,
kebasahan itu bukan satu kesalahan
basah tak bererti kalah
basah bukan jenayah
basah bukan pasrah..

~KEYLA~




Monday, October 5, 2009

when the doctor scared of her own blood

Minggu nie baru bermula praktikal physiology. Sudah seminggu berlalu dengan lecture biochem, physio dan basic of patient care.. Dan semua itu permulaan bagi tahun kedua aku di Czech Republik.
Amat menyeramkan.. Memang seram. Tahun kedua ini, aku ade 5 subjek yang perlu diamek; Czech languange, physiology, biology, biochemistry, and basic of patient care.
Macam biase, semua kena score. Tahun ini juga aku jadi senior even rasa diri tak layak la nak dipanggil kakak ke, senior ke..tapi kerana mereka2 ni muda2 dari aku, so panggilan kakak tu xlepas la jugak..huhu

Dan, yang paling penting tahun nie, aku masuk rumah baru! dapat bilik baru,barulah syok! walaupun almari aku xberapa nak cantik, aku terima seadanya..hehe.
hurm, sebenarnye, aku nak cerita pasal kelas lab physio tadi. Agak best la sebab menu arini mengambil darah orang..hehe.. tapi aku plak yang kena 'menderma' darah, bukannya 'mengambil' darah..huhu..sebabnye, aku akan jadi mabuk kepayang kalau melihat warna merah pekat darah..
waaa, ngeri!!

tapi, alhamdulillah, tiada aksi2 pitam-pengsan seadanya.. aku hanya pening2 lalat setelah lama bersama darah tersebut.. nampaknye 'bloodsickness' aku da semakin baik! petanda baik tu..
alhamdulillah..

hurm, susah nak jadi doktor nie sebenarnye..perlukan keberanian.. mau tidak. jarum sepanjang ibu jari tangan nak cucuk kat anak orang. mahu kena parang kalau cucuk xde title doktor.. tp kalau'doktor sendiri' tu lain la cerita.. serious, tadi masa main cucuk2 tadi semua 'doktor' yang menyucuk tanya 'patient' masing2 sama ade mereka ok or not. huhu... risau la kan.. sakit jugak tau.** nie kata orang yang berpengalaman**..hehe

tapi betul la..aku still pening lagi nie penangan darah. nasib nak amek darah lagi mgu depan. kalau esok lagi, berturut2, mau pitam aku dalam kelas tu..hurm, kepada yang mabuk darah macam aku, disarankan agar jangan tengok darah tu lama2..pastu jangan bayangkan ape2..ingat cam darah ayam je. xde pape lah.. lama2 ok la tu..^^

apepun, tahun kedua nie lagi mencabar bagi aku..moga dipermudahkan..
may Allah bless~

salam alaik

Photobucket