Thursday, June 28, 2012

Rela



Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih dihidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya..

Kau Yang Maha Mendengar
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat
Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyayang

Kau Yang Maha Pelindung
PadaMy semua bergantung
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
hidupkan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan
Andai bisaku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisaku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

Tuesday, June 26, 2012

Allah suruh Lihat



Lihatlah!
Langit yang luas membiru
Berawan putih berarak laju
Tiada tiang yang memangku
Tapi teguh berdiri tanpa ragu

Lihatlah!
Bumi luas terhampar hijau
Permaidani alam berduri beranjau
Pepohon melambai burung berkicau
Tidak terlepas dari mata Sang Peninjau


Lihatlah!
Alam yang terbentang dihadapanmu
Semua terjaga tertata rapi penuh mutu
Langsung tidak tertinggal barang persatu
Masakan Dia mencipta lalu meninggalkanmu?

Lihatlah!
Seluruh alam bertasbih memujiNya
Mengagungkan kebesaran diriNya
Dan sungguh, Dia Maha Mendengar
Mana bisa suara hatimu terlepas dari PendengaranNya?

Lihatlah!
Mereka yang diuji itu
Mereka diuji atas satu asbab yang jitu
Asbab yang hanya Allah sahaja yang tahu
Bukan untuk meremehkan jiwa-jiwa yang mahu
Tapi untuk mempersiapkan jiwa itu
Bagi menghadapi sesuatu yang baru.

Wahai jiwa,
Untuk apa bersedih tatkala diuji
Allah sedang meningkatkan sesuatu untuk diri
Terima dengan rela pasrahkan hati
Selagi belum tunduk kau tak berserah lagi
Bukan dulu ayat2 itu kau ucapkan hari-hari?


I do forget. I do mistakes. I'm not perfect.
Do remember me.




Monday, June 25, 2012

Hey, you!


hey, you!
think positive la~

simple je ni..
apa yang bagai nak rak sangat tu..

dunia tak terbalik lagi la..

:)))

yakin. serah. tunduk.
redha.




*sayang Allah*
*air mata, jangan mengalir lagi kalau bukan keranaNya okey*



Sunday, June 24, 2012

Bismillah,

I can choose not to walk.
I can choose not to choose.

Can I? Can't I?

I want to walk.
I want to have a step ahead.
But I'm scared.
Scared enough that I can't do it.
It's too dark ahead.
I could not see anything to hold on to.

I could not.

Just can't. Sigh.

What's destined for me, Allah?
Why it's so clueless?
I want to put my trust in You.
I want to walk with Your guidance.
But now I don't know what to do.
Please, help me Allah.
I need You.

I really don't know what to do.
T.T

Really don't know what to do..



Friday, June 22, 2012

Bye2 4th Year!

Salam alaik,

Did I tell you that I had finished my exam?
No?

Ohho, so I would like to mention here :).. Alhamdulillah, I've already passed my exams on last friday. Alhamdulillah~But I am not enroll for fifth year yet as I still have to fulfill 2 summer practices (about 1 month period) and just after that I would call myself a-fifth-year-student.. ;))

Ni kenapa lidah speaking tetiba nie? hihi


Seperti Lina, daku pun nak jugak meletakkan perasaan dan pengalaman bersama peperiksaan 4th year nie. Tak sangka ya Allah, dah lepas dah exams yang berturut-turut tu.. Dah lepas dah exams yang bertubi-tubi tu..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah~

Here we go!

Dentistry- 1st exam, written test.Buat pertama kali belajar subjek dentistry dengan sedetail yang mungkin. Banyakkkknyer penyakit bahagian kepala sahaja! OMA(oh My Allah)! Dan kerana itu jugaklah aku jadi hypochondriac sebentar lalu pergi mendapatkan rawatan gigi percuma daripada international student, Sunny. Padahal takde apa-apapun.. malu saja.. tapi Sunny then become my friend tau. ;) She's from Taiwan and she's very nice.. ^^,

Dan sejak itu juga aku mula menitik beratkan penjagaan gigi..hehe

Radiology and Nuclear Medicine - 2nd exam, oral. Atas kelalaian dan kurangnya mengambil berat akan subjek ni, aku rasa down sekali bila apa yang disoal oleh doktor aku xdapat jawab dengan baik. Bertubi-tubi Dr tu tanya, ~waa, sedih3.. mungkin aku baca detail sangat, tapi kurang ambil berat tentang basic thingy (details la sgt~;P).. sepatutnya basic tu la kena master dulu..sekali dapat doktor yang tanya soalan2 basic, haa, kaw2 kena tang tu.. Tapi aku rasa, aku suka mencari abnormalities kat X-rays dan CT.. cuma kalau ultrasound, aku memang surrender dulu.. totally xnampak hapa!

Kerana episode itu, aku dengan rela hati membeli buku radiology daripada seniors..;P

Pharmacology -  3rd exam, oral. Inilah exam yang aku rasa aku tak pernah rasa cmtu.(apa punya ayatla) Yang pada hari nak exam tu rasa macam 'Hapekabenda ni???!' , yang rasa tak mahu pergi exam pagi tu, yang rasa macam tak tahu apa-apa, yang rasa cam ~~apekah??.. Dahsyat. Exam ini juga yang membuatkan aku xboleh pakai stoking dikala winter ini (dalam rumah la) kerana sympatetic system bekerja begitu hebat sekali..lalu aku asyik berpeluh saja di kaki..=.=' kerana symptoms tu aku tahu, aku stress. walaupun aku nampak cool..ehe ;)

Alhamdulillah, aku lepas.. cuma peristiwa melarikan diri daripada lecturer Gersl kepada Sterba memang tak boleh lupa la..;P

Neurology - 4th exam, oral. Aku tak nafikan aku sangat suka CNS, dan aku memang bercadang kalau ade rezeki, aku nak jadi neurologist (in case gyneacology dah cukup orang la or my bloodsickness tak pulih2;) TAPI! bila aku bukak je neurology nie, masyaAllah, banyaknye~~~ syndrome! subhanallah.. err, tapi itu still tak patahkan semangat aku nak jadi neurologist..hihi

walaupun aku ambil exams ni lewat sedikit daripada tarikh sebenar (dan rasanya ni 2nd time aku drop tarikh selepas physiology dulu), walaupun aku rasa sedih, tapi alhamdulillah, Allah bagi aku tarikh dan kekuatan untuk buat exam nie..

Sport Medicine -  5th exam, oral. Subjek nie sangat memotivasikan diri untuk selalu bersenam..(^^,).. dan aku sangat sukakan kelebihan 'stretching'. dimana otot-otot kita mudah memendek (baca=shortened) kerana aktiviti2 yang kita buat seperti berjalan, berlari dll.  sebab itu bila stretching dia umpama memanjangkan kembali otot2 tu~ menarik kan? ;))

kerana itu, aku dah buat trip ke sungai bercabang setiap hari ahad untuk berjoging. malangnya hanya bertahan selama 2 minggu sahaja..hehe.. i'll do it again, insyaAllah..;P

Anesthesiology -  6th exam, written. subhanallah, aku baca je semua presentation yang ada. dan before menjawab soalan tu, aku sempat revise yang aku tulis saja, but then semua tu ada dalam soalan.. alhamdulillah.. anesthesio ni sangat menarik, dan kerana subjek ini juga aku berpeluang melihat open-heart surgery!! (ade dlm post lepas) best2.. tapi bosan menunggu~sebab kerjanya hanya awal dan akhir operation je selalu..between that hanya monitor saja..

subjek ini memantapkan balik pharmacology yang dolu2 tu~ takde la lama sgt kan..

Dermatology - 7th exam- the last, written.. Dah la yang last, written pulak..so, memang rasa malas yang sangat hebat tu sampai menjerit2 marah kat diri sendiri.. tapi alhamdulillah, memang baca sehabis baik la..cumanya past year yang ada je yang sangat2 membantu, bace sendiri tak jumpe pulak perkataan2 aneh tu.. buku mana agaknya doktor guna ntah..;/  musykil jugak.. tapi dermatology nie memang banyak la.. then asyik teringat kat ude je.. ude ade penyakit kulit yang agak misteri, sbb doktor tak tahu apa puncanya.

Ude jadi my booster untuk belajar dermato dengan baik, sebab nanti nak try diagnose apekebendanya penyakit ude nie..hurm~

That's all! alhamdulillah, all praise to Allah! memang pahit payau la kan musim2 exam tu, cuma usaha, pergantungan pada Allah sahaja yang buatkan kaki masih mampu melangkah.

Allah~

bila dah lalu, then pusing balik belakang untuk tengok balik semua benda nie, aku hanya tersenyum~
bergelen air mata, bergaris luka, senyum dan tawa semua tersimpan menjadi memori berharga..


Allah, padaNya segala puji..

p/s; seramnya kaki nak ke fifth year.. :((

Saturday, June 16, 2012

Jumaah Barakah


"When Allah love someone, He test him/her."

Muka yang sebentar tadi tertunduk merenung lantai terangkat sedikit mendengar ayat yang baru keluar dari corong radio yang terletak di tepi tingkap.

Mata merenung lama radio tersebut sebelum mulut terkoyak sengihan yang secara tiba-tiba.

'Subhanallah..' Hati berbisik. Senyum.

"And the person who got the most test from Allah is the Messenger, The Prophet Muhammad SAW.
No other person had ever got such test and tribulations more than him.. And he is the most dearest to Allah"

Corong radio kembali bersuara. Kata-kata yang sangat bersahaja namun berjaya mengetuk hati yang mendengarnya.

Allah nak cakap ini rupanya. Geleng kepala tanpa sedar.

'Allah.. '.

Rupanya ada mesej Allah nak beritahu. Patutlah senang je kaki melangkah.

"He lost his father before his birth, and then his mother passed away when he sixth. At the age of 10, he lost his grandfather. When he got married, and become a Prophet, after a while his wife- Siti Khadijah and his uncle- Abu Talib died.."

Terlalu banyak kehilangan. Subhanallah, kuatnya Rasulullah..

"Out of all sorrows, Allah pleased him with Isra' wal Mikraj..Allah took him for a mikraj, to met Him.
Have you ever seen the sun during the midday, and then when you look surrounding, you suddenly can't see clearly?
Have you seen such light of 1000 watt, then you try to see to other place, you became unable to see?
Have you ever been experience these?

Kata-kata dari corong radio itu menerjah lagi dengan persoalan. Otak berfikir.

'Hmm, pernah. Sebab cahaya tu terang sangat sampai effect pada mata. Jadi tak clear sekejap kalau tengok tempat lain..'

We are unable to see because the light has been struck our eyes, and make us blind for a while to see our surroundings.
And that's what the Prophet SAW experienced. Allah comfort him with the meeting (mikraj) till he felt that every miserable he experienced is nothing. Nothing. All the thing he saw is just the light (Allah). Nothing else.

Owh.. Semakin menarik kupasannya. Telinga ditajamkan lagi untuk mendengar. Tak mahu terlepas satu ayat pun.

That's why we have to find the light. The light that can make us blind of all the tests and tribulations that we experienced in this dunya. And the light is to become close to Allah. The light is Allah. We have to be close to Him. Till we feel that all this dunya is nothing. Nothing to be sad off, nothing to be proud of."

Subhanallah..

Rasa hati basah. Mata juga.





Mendekatlah jiwa-jiwa yang keresahan.
Jangan resahkan akan dunia ini,
Dunia hanya sekadar persinggahan,
Persinggahan untuk menyediakan bekal,
Bekalan yang hendak dibawa ke sana.

Sana yang abadi.


Alhamdulillah, ya Allah..Untuk penenang jiwa hari ini.
Ampuni daku..




Friday, June 15, 2012

I need You

Bismillah,



syahdu pulak dengar lagu ni di waktu dinihari~
tapi lagu nie memang syahdu pun..
tup2 tahu air mata dah menakung..

sungguh la...syahdu..

k, jom, solat subuh!

p/s;Allah, be with me all the way..

Tuesday, June 12, 2012

Cantik

Bismillah,

Cantik.


Kalau yang gegurl, mesti suka benda2 cantik ni.
Suka kan yang cantik2
Suka menjadi cantik.

Kalau bukan gegurl pun,
Boboy(:D) pun mungkin jugak suka yang cantik2,
Suka benda yang cantik.
Suka yang cantik.

Cantik tu semua orang suka kan? Sebab cantik. :)
Sebab benda cantik ni indah.
Dan Allah sangat sukakan keindahan.

“Sesungguhnya Allah itu Indah dan menyukai keindahan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.” (HR. Muslim)

Cantik.



Definisi cantik tu sangat subjective. Ada orang suka yang cantik physically, ada yang suka cantik dalaman.
Kalau physically pulak, ada orang kata yang mata sepet tu cantik, ada juga yang kata mata besar tu cantik. (haha)

Sangat subjective kan?

Adalah fitrah untuk manusia itu menyukai yang cantik. Untuk kelihatan cantik, untuk menjadi cantik.
Kemahuan semua manusia kan?

Kalau boleh nak tampal lubang2 dan parut2 kat muka.
Kalau boleh nak jadi putih melepak macam Madhuri Dixit.
Kalau boleh nak bulu mata lentik macam Aishwarya Rai.
(eh, kenapa semua contoh heroin hindustan ni? :P)

Kalau boleh nak hidung mancung macam ...... (isi tempat kosong)
Kalau boleh nak jadi camtu,
Kalau boleh nak jadi camni..

Hurm, apa kata kita dengar dulu apa doktor ni berbicara tentang cantik..
(p/s; Dr Harlina ni popular tau.. pernah datang czech April lalu.. ;))



So, camne?

Daripada ayat 30-31 dalam surah Annur, Said Qutub telah kategorikan 2 pengertian cantik.
Iaitu kecantikan haiwaniyyah dan kecantikan insaniyyah.
Kecantikan haiwaniyyah adalah mempamerkan diri sebagai satu bentuk tarikan (lebih kepada ciri-ciri haiwan @.@ agak pedas ayatnya).Manakala kecantikan insaniyyah pula adalah daripada kesopanan, kesantunan, tatasusila dll.(ciri-ciri akhlak)

Kita kena sedar dan bezakan antara dua pengertian ini. Sebenarnya, secara tak langsung, Allah telah menetapkan kecantikan yang sebenar manusia itu adalah dari segi kecantikan insaniyyahnya - iaitu berdasarkan ciri-ciri akhlak. Kerana manusia bukanlah haiwan, dan Allah telah mengangkat manusia itu lebih daripada haiwan dengan memberinya akal untuk berfikir.

Dan Allah juga telah berfirman;

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat: 13)


Manusia sanggup berhabis duit untuk pelihara yang satu ini (kulit). Sanggup bergolok gadai untuk yang satu ini. Sanggup bergaduh untuk yang satu ini. Berlumba-lumba untuk menjadi cantik.

Tak salah. Untuk jadi cantik adalah langsung tak salah. Yang salah adalah caranya. Dan berlebih-lebihannya.
Cantik itu fitrah. Allah jadikan ia fitrah. Namun, pada masa yang sama Allah juga telah turunkan 'petunjuk' atau guidance untuk menjaga fitrah ini dengan sebaiknya iaitu al-Quran. Sebab tu turun ayat 30-31 surah an-nur ni.

Sebagai petunjuk.

Allah tak menentang fitrah kita. Tapi Allah atur fitrah ini bersesuaian dengan fitrah manusia itu. Kan Allah Maha Tahu.. ;))

Kecantikan yang ada hanya sementara. Sangat-sangat sementara. Hanya senipis kulit sahaja. Allah boleh tarik bila-bila masa.Diulang, bila-bila masa. Jadi jangan pernah berbangga dengan apa yang kita ada. Jangan pernah cemburu juga dengan apa yang orang lain ada. Allah beri ujian yang berlainan pada setiap makhluknya.

Gunalah kecantikan yang ada pada jalan yang sebenarnya. Tapi ingat, Allah tidak melihat kecantikan 'itu'- tangan pada muka, tapi kecantikan 'ini -tangan pada hati.

;D

Setiap orang ada kecantikan yang tersendiri. Tapi yang Allah suka adalah kecantikan 'hati'.. Beruntunglah bagi orang yang ada kecantikan hati tuu......^^,


p/s; melihat bermacam gambar di facebook, lalu terbitlah tajuk ini untuk dinukilkan.(plus with pengalaman belajar dermatology~ banyak penyakit kulit woo...;P) subhanallah~


 Manusia itu indah, tahu! Sebab diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Indah! :))

Allah!


Sunday, June 10, 2012

Ya Allah, Keyla!!!

Hey!!


oh, tidak... kenapa begini? kufur nikmat nie.. astaghfirullah..
ya Allah, ujiannya nak habiskan yang terakhir nie!

benci,benci.. kenapa kemalasan bermaharajalela nie? 
benciiii....


Keylaa, saaabbbaaarrrr!!!!
jihad!! sikit lagi nie!!!

jihadddddddd!!!

Alllaaahhh!!!

-pre-dermatology~
Allah, ampuni dosaku. T.T

Monday, June 4, 2012

Takdir

Bismillah,





Takdir..
Kata orang, kita tak boleh ubah takdir.. Takdir tu dah tertulis siap-siap di Lauh Mahfuz lagi.
Bila pena terangkat, lembaran pun sudah kering, maka itulah takdirnya.

Tapi sebenarnya pemahaman takdir itu luas. Sangat luas maknanya. Melangkaui pemikiran cetek manusia. Takdir bukan milik manusia tetapi milik Dia. Manusia takkan dapat mengawalnya. Perkara ghaib ini Allah sahaja yang tahu. Ia sangat misteri. Jadi apa yang berlaku sebagai takdir, adalah di bawah ilmu dan pengetahuan Yang Maha Esa. Ilmu-Nya yang tersangat luas.. Tak tergapai dengan ilmu manusia yang setitis cuma.


Takdir, perkara aqidah. Termaktub dalam rukun Iman yang ke-enam. Di bawah qada' dan qadar Allah..

Qada = pelaksanaan
Qadar = sukatan

Dan ia terbahagi kepada 2 bahagian; Qada Muallaq, Qada Mubram.

Qada Mubram =  perkara yang kita tak mungkin akan ubah. Ia pasti berlaku dan akan berlaku, tanpa halangan. contohnya mati. Semua manusia akan mati kan?

Qada Muallaq = ketentuan yang tak semestinya berlaku dan ia bergantung kepada sesuatu.
Seperti dalam Hadis Nabi s.a.w.;

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa, Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik keada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)

Doa dan usaha adalah 2 benda yang boleh mengubah takdir. Tapi perubahan tersebut masih lagi tertakluk dibawah pengetahuan Allah Azza wajalla. Allah akan ubah mengikut ilmuNya.. Manusia hanya boleh berdoa dan berusaha, natijahnya Allah sahaja yang menentukan.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Rad; 11)


Wallahualam, soal qada dan qadar ni Rasulullah sendiri tidak menggalakkan para sahabat untuk memanjangkan perbincangan. Sebab perkara ghaib ni, pengetahuan yang Allah beri sangat sedikit kepada manusia.

Tapi kenapa bicara tentang takdir?
Sebab baru habis baca novel Takdir karangan Hilal Asyraf.  :) Katanya, takdir nie perkara misteri yang tak boleh dirungkaikan oleh manusia. Sebab ia urusan Allah, pemegangnya Allah.

dan suka nak quote satu ayatnya;

Takdir itu dihujung usaha hamba..

Sebab kita tak tahu takdir kita. Jadi kita semua berusaha untuk dapatkan takdir yang baik, pengakhiran yang baik. Dan yakinlah usaha kita pasti dinilai Allah, dan dibalas dengan ramat dan keredhaanNya. Jangan pernah sesekali kata ' Inilah takdirnya,' tanpa usaha dan doa!


p/s; soal rezeki, jodoh, ajal dan maut semua ditangan Allah. Kita hanya berusaha dan berdoa sebaiknya.
teringat kata-kata Dr Maza,

"Ya Allah, aku doa dah banyak kali dah untuk dapatkan dia, tapi still tak dapat jugak, kenapa ya Allah?"
-Nak dapat camana, kalau 7 orang  yang lain pun doa yang sama? -

:D



Saturday, June 2, 2012

Bismillah,


"Mak, ala merajuk dengan mak sebab gi bandung~ ala nak mintak jalan kat Malaysia 10 hari nanti.. kui3"

Err, boleh ke merajuk gaya gitu? ;D


Padahal mak aku tak salah pun~ mestilah yang mengajaknya abang dan kakakku.. heee~

Halallah.. mak, terima okey, ala punyer proposal nie...;P


peace, yow!

p/s; idea di pagi hari, fikir cne nak kuar rumah 10 hari di awal bulan puasa~
tp rasanya pusat reakreasi mana2 pun tutup bulan ramadhan kan? eh.