Kata orang, kita tak boleh ubah takdir.. Takdir tu dah tertulis siap-siap di Lauh Mahfuz lagi.
Bila pena terangkat, lembaran pun sudah kering, maka itulah takdirnya.
Tapi sebenarnya pemahaman takdir itu luas. Sangat luas maknanya. Melangkaui pemikiran cetek manusia. Takdir bukan milik manusia tetapi milik Dia. Manusia takkan dapat mengawalnya. Perkara ghaib ini Allah sahaja yang tahu. Ia sangat misteri. Jadi apa yang berlaku sebagai takdir, adalah di bawah ilmu dan pengetahuan Yang Maha Esa. Ilmu-Nya yang tersangat luas.. Tak tergapai dengan ilmu manusia yang setitis cuma.
Takdir, perkara aqidah. Termaktub dalam rukun Iman yang ke-enam. Di bawah qada' dan qadar Allah..
Qada = pelaksanaan
Qadar = sukatan
Dan ia terbahagi kepada 2 bahagian; Qada Muallaq, Qada Mubram.
Qada Mubram = perkara yang kita tak mungkin akan ubah. Ia pasti berlaku dan akan berlaku, tanpa halangan. contohnya mati. Semua manusia akan mati kan?
Qada Muallaq = ketentuan yang tak semestinya berlaku dan ia bergantung kepada sesuatu.
Seperti dalam Hadis Nabi s.a.w.;
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa, Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik keada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Rad; 11)
Wallahualam, soal qada dan qadar ni Rasulullah sendiri tidak menggalakkan para sahabat untuk memanjangkan perbincangan. Sebab perkara ghaib ni, pengetahuan yang Allah beri sangat sedikit kepada manusia.
Tapi kenapa bicara tentang takdir?
Sebab baru habis baca novel Takdir karangan Hilal Asyraf. :) Katanya, takdir nie perkara misteri yang tak boleh dirungkaikan oleh manusia. Sebab ia urusan Allah, pemegangnya Allah.
dan suka nak quote satu ayatnya;
Takdir itu dihujung usaha hamba..
Sebab kita tak tahu takdir kita. Jadi kita semua berusaha untuk dapatkan takdir yang baik, pengakhiran yang baik. Dan yakinlah usaha kita pasti dinilai Allah, dan dibalas dengan ramat dan keredhaanNya. Jangan pernah sesekali kata ' Inilah takdirnya,' tanpa usaha dan doa!
p/s; soal rezeki, jodoh, ajal dan maut semua ditangan Allah. Kita hanya berusaha dan berdoa sebaiknya.
teringat kata-kata Dr Maza,
"Ya Allah, aku doa dah banyak kali dah untuk dapatkan dia, tapi still tak dapat jugak, kenapa ya Allah?"
-Nak dapat camana, kalau 7 orang yang lain pun doa yang sama? -
:D
No comments:
Post a Comment