Tuesday, June 12, 2012

Cantik

Bismillah,

Cantik.


Kalau yang gegurl, mesti suka benda2 cantik ni.
Suka kan yang cantik2
Suka menjadi cantik.

Kalau bukan gegurl pun,
Boboy(:D) pun mungkin jugak suka yang cantik2,
Suka benda yang cantik.
Suka yang cantik.

Cantik tu semua orang suka kan? Sebab cantik. :)
Sebab benda cantik ni indah.
Dan Allah sangat sukakan keindahan.

“Sesungguhnya Allah itu Indah dan menyukai keindahan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.” (HR. Muslim)

Cantik.



Definisi cantik tu sangat subjective. Ada orang suka yang cantik physically, ada yang suka cantik dalaman.
Kalau physically pulak, ada orang kata yang mata sepet tu cantik, ada juga yang kata mata besar tu cantik. (haha)

Sangat subjective kan?

Adalah fitrah untuk manusia itu menyukai yang cantik. Untuk kelihatan cantik, untuk menjadi cantik.
Kemahuan semua manusia kan?

Kalau boleh nak tampal lubang2 dan parut2 kat muka.
Kalau boleh nak jadi putih melepak macam Madhuri Dixit.
Kalau boleh nak bulu mata lentik macam Aishwarya Rai.
(eh, kenapa semua contoh heroin hindustan ni? :P)

Kalau boleh nak hidung mancung macam ...... (isi tempat kosong)
Kalau boleh nak jadi camtu,
Kalau boleh nak jadi camni..

Hurm, apa kata kita dengar dulu apa doktor ni berbicara tentang cantik..
(p/s; Dr Harlina ni popular tau.. pernah datang czech April lalu.. ;))



So, camne?

Daripada ayat 30-31 dalam surah Annur, Said Qutub telah kategorikan 2 pengertian cantik.
Iaitu kecantikan haiwaniyyah dan kecantikan insaniyyah.
Kecantikan haiwaniyyah adalah mempamerkan diri sebagai satu bentuk tarikan (lebih kepada ciri-ciri haiwan @.@ agak pedas ayatnya).Manakala kecantikan insaniyyah pula adalah daripada kesopanan, kesantunan, tatasusila dll.(ciri-ciri akhlak)

Kita kena sedar dan bezakan antara dua pengertian ini. Sebenarnya, secara tak langsung, Allah telah menetapkan kecantikan yang sebenar manusia itu adalah dari segi kecantikan insaniyyahnya - iaitu berdasarkan ciri-ciri akhlak. Kerana manusia bukanlah haiwan, dan Allah telah mengangkat manusia itu lebih daripada haiwan dengan memberinya akal untuk berfikir.

Dan Allah juga telah berfirman;

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat: 13)


Manusia sanggup berhabis duit untuk pelihara yang satu ini (kulit). Sanggup bergolok gadai untuk yang satu ini. Sanggup bergaduh untuk yang satu ini. Berlumba-lumba untuk menjadi cantik.

Tak salah. Untuk jadi cantik adalah langsung tak salah. Yang salah adalah caranya. Dan berlebih-lebihannya.
Cantik itu fitrah. Allah jadikan ia fitrah. Namun, pada masa yang sama Allah juga telah turunkan 'petunjuk' atau guidance untuk menjaga fitrah ini dengan sebaiknya iaitu al-Quran. Sebab tu turun ayat 30-31 surah an-nur ni.

Sebagai petunjuk.

Allah tak menentang fitrah kita. Tapi Allah atur fitrah ini bersesuaian dengan fitrah manusia itu. Kan Allah Maha Tahu.. ;))

Kecantikan yang ada hanya sementara. Sangat-sangat sementara. Hanya senipis kulit sahaja. Allah boleh tarik bila-bila masa.Diulang, bila-bila masa. Jadi jangan pernah berbangga dengan apa yang kita ada. Jangan pernah cemburu juga dengan apa yang orang lain ada. Allah beri ujian yang berlainan pada setiap makhluknya.

Gunalah kecantikan yang ada pada jalan yang sebenarnya. Tapi ingat, Allah tidak melihat kecantikan 'itu'- tangan pada muka, tapi kecantikan 'ini -tangan pada hati.

;D

Setiap orang ada kecantikan yang tersendiri. Tapi yang Allah suka adalah kecantikan 'hati'.. Beruntunglah bagi orang yang ada kecantikan hati tuu......^^,


p/s; melihat bermacam gambar di facebook, lalu terbitlah tajuk ini untuk dinukilkan.(plus with pengalaman belajar dermatology~ banyak penyakit kulit woo...;P) subhanallah~


 Manusia itu indah, tahu! Sebab diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Indah! :))

Allah!


No comments:

Photobucket