Wednesday, August 6, 2014

Hijrah Cinta


Hijrah Cinta

Pada hari bulan tahun
Detik menit diriku bernafas
Ada gelombang mengerah
Memaksaku menghentikan semua

Kuhentikan kegilaan hidup
Denganmu jiwa ini terisi
Aku mencintai engkau
Begitu besar tak terbandingi

Namun bila saatnya aku harus pergi juga
Tinggalkan engkau tinggalkan semua

Hijrah cintaku menguatkan alasanku
Untuk menjadi manusia lebih baik
Namun saat sinarnya datang
Menjemputku mana mungkin aku berlari

Aku harus meninggalkan semua cinta ini
Dan bila nanti bertemu Dia kumohonkan
Kembalikanlah kami satukanlah lagi
Di surgamu ya Allah


Segunung kepingan dinar
Tak bisa mengalahkan kilau cintaku
Bahagiaku melihatmu
Mampu tersenyum kalahkan getir

Rossa~


Bila saatnya kita sedari setiap yang kita sayang diambil kembali, kita tahu bahawa cinta itu harus dipindahkan. 

Cinta itu bukan untuk ciptaan-Nya, tapi untuk Dia.

Dia yang kekal. Dia yang selayaknya dicintai.

Mungkin kerana cintaku padaNya masih belum sempurna. Kerana aku masih mencintai ciptaanNya lebih dari Dia. Kerana itu, Dia tarik orang yang aku cinta jauh.. Jauh dariku..

Kerana cinta itu harus dipindahkan.. Kepada Dia.
Untuk Dia.


Friday, August 1, 2014

Jika

Jika aku menyinta
Aku tak menyapa
Kubiar mata bertanya
Dalam jelingan tanpa kata

Jika aku menyayang
Aku tak pandang
Kubiar jiwa berdendang
Dengan suara sumbang

Jika aku jatuh hati
Aku tak berani
Dekat terasa duri
Semua tak kena serba serbi

Kerana itu
Aku masih sendiri
Bahasaku tak dimengerti
Istilah menjaga sudah dilupai

~
1 Ogos 2014
12.13 am
Raudhah