Tuesday, September 9, 2014

Menyelesaikan masalah dunia

Salam alaik,

Alhamdulillah selamat sudah bfg (baca: back for good) hari rabu lepas. 3 September lalu akhirnya kakiku menjejak bumi Malaysia buat kesekian kalinya. Dan ini mungkin kali terakhir juga aku berulang-alik antara dua tanah, Republic Cezch dan Malaysia.

Tamat. 6 tahun masanya. Tak tahu juga nak kata singkat ke lama masa yang diberi. Kalau orang bercinta dah beranak pinak dah. Haha.

Alhamdulillah.. don't know what word can describe the feeling.

Alhamdulillah a'la kulli haalin.
Wa astaghfirullah min kulli zanbin.

Dalam kehidupan ni kita umpama seorang musafir. Selama manapun kita ditempatkan di satu tempat, pasti kelak kita akan meninggalkan juga tempat tersebut. Sebab kita sedar tempat tu hanya persinggahan semata. Bukan destinasi kita.

Semua yang diberi pada kita adalah nikmat-nikmat yang Allah kurniakan tanpa mengira kita layak ataupun tidak. Dan semua nikmat tu asalnya dari Dia. Dia berhak untuk menariknya bila-bila masa.

Memikirkan semua adalah kepunyaan Allah, satu perkara aku didik dalam hati. Jangan letak nikmat2 ni dalam hati. Jangan terlalu mencintai nikmat yang diberi. Tapi cintai Sang Pemberi. Semua nikmat2 ni letaknya hanya ditangan, supaya bila ia pergi, lukanya hanya disitu. Bukan di hati.

Jadi hati selamat dari luka2 dunia. :)


Soo, sekarang tengah mengisi masa2 awal ni dengan menyetelkan borang2 nak kerja. Aduhh.. memang agak leceh la isi2 borang ni.. Sangat laa leceh. Tak sukaaa..

Tapi selalu kena betulkan niat..Moga ni boleh jadi sumber pahalaku.. huhu.. sabar2.. rileks2 sajaa..

Hopefully minggu ni boleh setelkan semua.. Taknak duduk lama2 kat sini.. nak balik kampungg~~

Rindu lekir.. Really need fresh air kat rumah.. owh, syurgaku~


Ok, kella.. jom setelkan ni dengan itqan! Bersungguh-sungguh!

Ya Allah mudahkanlah~


Ragu-ragu?


"Ada ragu-ragu lagi ke?"

Aku tersentak. Ragu-ragu? Apa jenis soalan ni.


Aku terdiam. Mencari jawapan dari dalam hati. Ragu-ragu lagikah kella? Oh, nak jawab apa ni?
Astaghfirullah al azim.

Aku mengangkat wajah. Mencari nafas yang hilang dek soalan yang sangat mencabar perasaan ni.

"Tak, tak ragu dah."

Rasa nak benam muka kat tanah.