Monday, August 13, 2012

Nukilan hamba

Bismillah..

Dia
Selalu dalam ingatan
Dekat bersama hembusan nafas
Nama agung yang sering membasahi lidah
Hati turut berbicara seia teringat
Jiwa kerdil lantas berharap
Masihkah ada esok untuk bertaubat.

Dia
Kuseru pagi dan petang
Tanpa rasa lelah atau kecewa
PadaNya semua makhluk berharap
Kerana hamba sifatnya tak sempurna
Lalu rahmatNya diminta, redhaNya dipohon
Menginginkan syurga yang tak terlihat.

Dia
Kusembah siang dan malam
Menyampaikan seribu rasa dalam diam
Kerana Dia sja tahu akan isi hati
Penat lelah jerih payah dunia
dengan itu kekuatan diminta
Untuk menangkis serangan syaitan durjana.

Dia
Aku sembah kerana cinta
Aku taat kerana sayang
Aku kassihkan Tuhanku
Dia Memberi tatkala aku meminta
Dia menegur tika aku terleka
Dia hadiahkan aku kehidupan
Untuk aku gunaan pada jalanNya
Alhamdulillah ya Allah..
kekalkan aku dalam hidayahMu