Tuesday, March 24, 2009

siapa kamu?
manusia
kenapa kamu disini(dunia)?
aku tak tahu
siapa yang menciptakan kamu?
ALLAH
jadi untuk apa ALLAH cipta kamu?
aku dengar dari Al-Quran, untuk beribadah kepadaNya
itu saja?
dan untuk tadbir bumi..
habis tu, kamu buat apa atas bumi ini?
aku hidup seperti manusia lain
bagaimana manusia lain tu?
makan, minum, kahwin,kerja,belajar
kamu beribadah atau tidak?
ya, aku beribadah
apa yang kamu kerjakan?
aku solat, aku puasa, aku bayar zakat,dan insyaALLAH aku akan pergi menunaikan haji
sempurnakah?
aku tidak tahu
adakah solat itu mencegah kamu drp perbuatan mungkar?
aku tidak rasa begitu
kenapa?
aku masih lagi lalai
apa yang kamu lalaikan?
aku masih gelak ketawa padahal aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: barangsiapa yang banyak ketawanya di dunia, akan banyak menangis di akhirat..
aku masih bersuka-ria padahal siang malam berganti dan umurku semakin pendek dan
aku lupe untuk berpesan-pesan kepada rakan2,keluarga kearah kebaikan..
aku banyak mengisi masaku dengan perkara yang melalaikan padahal masa itu hak ALLAH..dan setiap detik itu aku berhutang dengan ALLAH andai aku tidak mengingatiNya sedangkan ALLAH tidak pernah lupakan aku...
aku menggunakan lidah ciptaan ALLAH ini untuk mempersendakan orang lain padahal ALLAH ciptakan bgku mulut untuk aku berzikir mengingatiNya
aku telah menggunakan mata ini untuk melihat keburukan orang lain padahal ALLAH ciptakan mata ini untuk belajar alamNya
aku gunakan akal untuk menipu manusia padahal ALLAH ciptakn untuk aku berfikir tentang kebesaranNya..
dan banyak lagi yang aku lakukan sampai tak tertulis rasanya..
jadi, apa yang ALLAH lakukan kepada kamu?
ALLAH tak lakukan apa-apa pun padaku
maksudmu?
ALLAH tak pernah denda aku, ALLAH tidak tarik nikmat mata, lidah dan akal daripadaku
habis tu, apa yang kamu takutkan?
azab ALLAH
maksudmu?
aku takut, bila ALLAH tak denda aku didunia, ALLAH akan denda aku di akhirat
bagaimana kamu tahu?
ALLAH berfirman"maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan dapat balasannya..dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan lihat balasannya"
jadi kenapa kamu tak lakukan yang disuruh, tinggalkan yang dilarang?
aku manusia lemah
adakah RASULULLAH itu manusia?
ya
jadi adakah Rasulullah itu lemah?
tidak
pernahkah kamu mendengar Rasulullah s.a.w dijanjikan syurga?
ya
adakah Rasulullah s.a.w duduk diam selepas itu?
tidak, baginda beribadat sehingga pecah tumit kakinya..
dan baginda tak henti-henti berdakwah menyeru manusia supaya mentaati ALLAH
jadi kamu siapa?
kenapa kamu tidak contohi Rasulullah?
bukankah kamu khalifah?
bukankah kamu juga ade tugas seperti Rasul?
bukankah kamu akan disoal didepan ALLAH nanti akan tanggungjwab kamu?
jadi, apa yang hendak kamu katakan?
apa yang kamu hendak belakan?
apa yang kamu hendak suarakan?
apa yang kamu hendak katakan?
apa...
*******************************
terjaga aku drp tidur yang lena
tiba-tiba bahuku terasa berat
berat yang aku sendiri tak dapat tafsirkan
aku teringat akan tanggungjawabku yang belum terlaksana...
berat...
dakwah itu berat...
siapa kata senang?
ALLAH turunkan Al-Quran pada gunung
nescaya gunung itu pecah berderai kerana takutkan ayat2 ALLAH
inikan aku, manusia yang kecil..lemah..
tapi
Allah ciptakan aku sebagai manusia
pasti ada sebabnya
sebab yang aku sendiri tak tahu
kerana aku rasakan diri aku ini tidak layak dilahirkan sebagai manusia
alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan langsung
kerana aku tak mampu pegang beban dakwah ini
aku betul-betul tak mampu..
ya ALLAH..
aku takut akan hari pembalasan nanti
aku takut aku akn disoal akan amalnku di dunia
apa yang aku hendak katakan?
apa yang aku hendak belakan?
aku tak tahu..
dan akhirnya api nerakalah yang akan menyaluti badan aku beratus-ratus tahun..
ya ALLAH, aku takut..
antara syurga dan neraka
aku perlu laksanakan misi kehidupanku
ya ALLAH, Kau ciptakan aku pasti kerana Kau tahu aku mampu pegang
tanggungjawab ini..
kerana Kau tidak pernah bebankan manusia dengan bebanan yang tidak dapat kami tanggung
andai beban dakwah itu dapat ku tanggung,
yakinkan aku ya ALLAH..
yakinkan aku ya ALLAH..
yakin kan aku...
ya Rabbul Izzati,
jangan Kau palingkan hati ini
setelah Kau beri hidayah kepadaku
tetapkan aku pada jalanMu
kerana jalan ini jalan hidupku....
*wahai orang yang berselimut, bangunlah dan beri peringatan*

Monday, March 9, 2009

Selamat hari jadi~



hurm...rini hari jadi kakakku-suraya

rindulah kat dy..

macam tak percaya kakak aku nie dah kahwin.

padahal, dulu jarak umur dekat je..dah la tu, nak dapat baby pulak!

aish...


kami kembar dalam rumah.aku dan dia je yang pakai spek. dan tinggi pon nak dekat je..hehe..kire sama tinggi gak la..


dan hari nie juga adalah maulid nabi!

selawat la banyak2..moga kita mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W

di akhirat kelk, insyaALLAH..


moga abah bertambah sihat..~

Friday, March 6, 2009

Abah

dadaku sesak dgn berita yg aku terima.
sesak dgn pelbagai perasaan.

abah.
abah sakit.
kaki abah bengkak.
2kali cucuk tapi xjuga sembuh.

mak.
mak susah hati.
mak suruh kakak aku semua jangan bagitahu aku.
mak taknak aku susah hati.
mak.......

aku.
aku sedih.
aku sedih sangat-sangat.
kakakku yang beritahu.
mengharapkan secebis doa drp ku.

aku takde dekat dengan mereka.
aku sudah semakin rindu.
aku hanya ade ALLAH nak sampaikan berita
yaALLAH bantulah...

abah.
aku sayang abah.
sangat-sangat.
ketahuilah abah, ala sayang abah.
ala sayang sangat2.
sayang sangat-sangat
sayang sangat...

mak.
ketahuilah, ala sayang mak juga.
cinta dan kasih mak penuh dalam dada ni.
ala rindu mak.
mak yang terbaik.
kasih sayangmu tak terperi luasnya.
ala sayang sangat2.
sayang sangat-sangat
sayang sangat...

ya ALLAH,
ketahuilah, aku hanya ada KAU disini.
aku bertawakkal kepadaMU.
KAU lah yang mengatur perjalanan hidup manusia dengan kebijaksanaanMU
aku berserah kepadaMU.
sembuhlah abahku.
tenangkanlah ibuku.

dan tenangkanlah hatiku...

Monday, March 2, 2009

kuat keLLa, kuat!!

untuk menegakkan yg hak..
untuk mengalahkan yg batil..
aku mencari redhaMu ~
Photobucket