Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah!

Assalamualaikum warah matullahi wabaraktuh,


Bangun pagi selepas tidur yang lena dan panjang, rasa syukur sangat Allah kejutkan di pagi hari untuk teruskan kehidupan.


Terfikir jugak kalau Allah tak pulangkan nyawa, bagaimana agaknya perasaan bila bangun2 dalam kubur. Astaghfirullahal A'zim. Terasa dosa semalam tak termaafkan lagi, rasa pahala semalam tak cukup lagi, rasa diri masih kekurangan serba serbi. Untuk menghadap Allah, pasti kaki masih belum teguh berdiri.

Tapi itulah hakikat. Kita selalu lupa dan sering terbuai dengan kealpaan kita.

'Kita Lupa Dia Akan Marah'. Satu tajuk dalam buku Batu-Bata Kehidupan karangan Hilal Asyraf.
Rasa tergerak hati nak kongsi bersama.


Kita seronok dengan kehidupan sehari-hari kita. Rasa setiap hari berlalu dan esok pasti datang. Yakin sungguh akan datangnya hari esok lalu sempat merancang bermacam perkara. Tak salah merancang bahkan kita digalakkan membuat perancangan. Tapi ada satu hakikat yang kita jarang perhatikan. Nyawa kita untuk esok hari, masih adakah?


Dosa semalam masih belum terpadam, dan kita cipta dosa pada hari ini. Luka semalam masih belum kita rawat tapi kita tambahkan lagi luka di hati pada hari baru ini. Kita yakin Allah akan ampunkan kita kerana Dia Maha Pengampun. Tapi sempatkah kita meminta ampunan dariNya?

Kita lupa akan sampai pada satu ketika Allah akan melepaskan kemarahanNya tanpa tertahan-tahan.

Hari Dia akan memalingkan wajahNya.

Dan hari itu mulut kita terkunci untuk berkata-kata.

" Pada hari, ketika ruh dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadaNya oleh Tuhan Yang Maha Pengasih dan dia hanya mengatakan yang benar." 79:38


Itulah hari yang mana kita akan dihisab. Hari akhirat. Hari yang orang ingkar padaNya berkata alangkah baiknya mereka jadi tanah.

"Sesungguhnya Kami telah peringatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, ' Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah.'



Alhamdulillah, hari ini masih ada untuk memperbaiki amalan semalam. Alhamdulillah jugak, hari ini hari baru tahun baru untuk umat Islam, 1 Muharram 1433H..

Hari terus berlalu, meninggalkan kita. Tapi apa yang telah kita lakukan untuk kita persembahkan kepadaNya?


Jom, niatkan yang terbaik pada Tahun baru ini!

Penghijrahan itu menuntut pengorbanan!
Dan berkorbanlah!

:)

kella~


Thursday, November 17, 2011

KeredhaanMu



Salam alaik,


Redha. Bila sebut tentang redha, apa yang anda fikirkan? Apa yang bermain dalam fikiran? Bagiku pengertian redha itu sangat luas. Ia bukan sekadar pasrah. Bukan juga berserah. Bahkan ia lebih daripada itu.

Mari kita lihat maksudnya dari sudut istilah;

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. ~quoted~


Redha itu bila kita terima sesuatu dengan seikhlas jiwa. Tiada terpaksa, tiada dipaksa. Tiada rasa gundah, tiada rasa payah. Terima dengan ikhlas. Seikhlas hati.

Ia adalah rasa tunduk dan patuh pada Qada' dan qadar Allah dengan segala kelapangan dada. Dengan segala kelapangan jiwa. Merasa senang dan gembira menerima syariat yang ditetapkan oleh Allah, walaupun susah dan payah untuk dilakukan.

Kerana redha itu adalah manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan menandakan kepatuhan kepada Allah. Ia lahir daripada rasa cinta kepada Allah, pancaran daripada makrifatullah.

Bila kenal Allah, kita akan rasa cintaNya. Bila kita dikurniakan cintaNya, maka kita akan menyerah segala baik buruk kepada Allah semata. Kerana rasa cinta yang lahir itu membuatkan kita terima dan berserah. Kita akan merelakan apa sahaja yang Allah lakukan untuk kita.


Ia adalah penyerahan yang bersungguh-sungguh.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )


"Mereka tidak dipandang beriman.. sehingga mereka menyerah dengan bersungguh-sungguh"..

MasyaAllah~

Redha itu hanya ada pada orang yang beriman. Redha itu hanya dirasai oleh orang yang benar-benar yakin akan qada' dan qadar Allah. Ia hanya wujud dalam hati orang-orang yang merasai cinta Allah. Lalu satu persoalan mucul. Adakah kita tergolong dalam lingkungan itu?


Ada orang yang selalu redha apa yang berlaku ke atasnya. Ada orang yang redhanya datang selepas habis sumpah seranah keluar. Ada juga yang redhanya lambat sedikit, hanya datang setelah memaksa diri untuk redha.

Jadi kita digolongan yang mana?


Mungkinlah orang kata, redha itu payah. (Yes, memang payah).
Mungkin juga ada yang kata 'cakap senang la tapi nak terima susah.' (Yes, memang susah)

Tapi kita kena selalu ingat,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." Al-ankabut ;2-3


Kena selalu hadam,

Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah semesta Alam.


Kita berbeza, tapi fitrah kita sama. Dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )


Tahu redha itu payah. Tapi kerana kepayahannya, Allah kurniakan syurga. Bukan semua orang boleh redha, tapi sedar tak sedar, bila kita redha, kita takkanrasa sakit dah.

Bila kita redha, kita tak sedih dah.
Bila kita redha, kita tak sakit hati dah.
Bila kita redha, kita tak risau dah.

Hanya bila redha itu datang, kita rasa tenang~


Redha itu sifat orang mukmin. Orang yang Allah kurniakan iman. Kerana iman itu bukan hanya cita-cita dan harapan, tapi iman itu adalah keyakinan. Keyakinan yang diiringi dengan amalan. Dan redha merupakan salah satu manifestasi keyakinan, satu bentuk kepatuhan.

Maka beruntunglah orang-orang yang redha dan saling meredhai itu!

Berdoalah, moga kita semua dianugerahkan rasa cinta dan rasa manisnya redha ata ketentuan Ilahi.. insyaAllah!




Ya ALLAH, ajarkan aku erti redha.


p/s: selalu nak Allah redha, tapi adakah diri selalu redha? *sigh*

Isu (^^)v




Salam alaik,

Orang bertanya, mood apa blog aku sekarang nie.
Aku hanya tersenyum. Mengerti akan maksud yang tersembunyi.


Hanya dengan 2 post yang lepas (kalau ada yang perasan), timbul berbagai spekulasi. Padahal aku copy and paste je dua-dua tu. Just ada la tambah dua tiga ayat untuk menggambarkan situasi. Dan, as a result, persoalan timbul.

Jatuh cintakah kella nie?

(-.-')

err, what should I say?


Mungkin blog nie tak pernah ada gaya mood camtu lagi kot? sebab tu nampak pelik?


Aku tengok blog yang aku copy paste nie macam biasa-biasa je reaction orang yang membaca. Cam takde pulak orang tanya dia, dia jatuh cinta ker?

Ke sebab tulisan dia banyak sangat tentang cinta. Sampaikan orang tak pelik? Dan blog aku nie langsung tak menyentuh tentang hal tu. Jadi bila aku letakkan soal nie, jadi kotroversi lah yer?


^^,

Apa-apalah.. Aku terima apa adanya~




Jazakillah sebab ambil berat! ^^


p/s: Andai cinta itu telah hadir, aku pinta doa kalian ~

Monday, November 14, 2011

A little bit sharing.. for u and me


Salam alaik~

Terjumpa satu pengisian hati yang tersangat mengusik jiwa..
Lalu terasa ingin berkongsi bersama~
Moga Allah redha, dan aku juga..



***************

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..




Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan




Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)




Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.

Dan suatu jalan yang buruk."

(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,


Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,


namun kau tahu cintamu tak terbalas


Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu



Cukup cintai dalam diam

bukan kerana membenci hadirnya

tetapi menjaga kesuciannya

bukan kerana menghindari dunia

tetapi meraih syurga-NYA

bukan kerana lemah untuk menghadapinya

tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup




Cukup cintai dari kejauhan

kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian

kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan

kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga




Cukup cintai dengan kesederhanaan

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan

menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan




Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati

tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )



Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,


kelak ada insan yang bakal dilukai,


Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,


nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,


gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,


nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,


kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri




Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan

mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan

serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya

biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."

(Umar Bin Khattab ra)





“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”

(HR. Al-Hakim)


Cukuplah Allah bagiku..


Copy and paste from: this blog



Sunday, November 13, 2011

Mereka



MEREKA


Mereka pergi seorang demi seorang

Beratur menunggu giliran

Tiada gentar mengisi dihati

Tiada sendu meninggalkan dunia yang fana ini

Bahkan tidak sabar mendapatkan kebahagiaan hakiki

Kebahagiaan bertemu denganNya, Sang Abadi

Lalu rindu dan cinta turut sama bersemadi.




Mereka itu, jangan pernah kau hairan

Dunia dan syurga terlalu jauh untuk dibandingkan

Jalan yang dipilih bukan sebarang jalan

Jalan para rasul ikutan umat sepanjang zaman.




Walau tentangan hadir memusnahkan impian,

Kaki kan tetap teguh mengukir tapak,

Walau nyawa bakal jadi taruhan,

Yakin janji Allah pasti akan tertegak.




Walau dunia menyepi,

Keyakinan tak pernah pergi,

Walau tetap bersendiri,

Iman yakin Allah kan sentiasa menemani.




Tanah anbiya’ itu kian berlumuran darah

Namun mulut dunia seakan terkunci melontar suara amarah

Adakah tiada perasaan bersalah?

Padahal kita semua ada pertalian darah

Namun cukup mereka sahajakah yang bertabah?




Kita dan mereka satu, tiada dua

Derita mereka derita kita

Tanah mereka tanah kita

Masjid mereka masjid kita

Lalu dimanakah kita?




Darah yang ditumpahkan bukan meminta balasan ihsan

Bukan juga meraih simpati insan

Namun cukuplah dengan mengerti akan kezaliman

Yang bermaharajalela siang dan malam

Justeru ia memanggil kita untuk tegakkan keadilan!




Suara siapakah yang bakal mencipta sejarah?

“Palestin, jangan pernah mengalah!”

“Kita, jangan pernah berserah!”


Palestin, jangan pernah kita lupakan.

Monday, November 7, 2011

Istikharah

Salam alaik~



Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta


~^^~


Cinta padaNya.

Kerana CintaNya, aku hidup.

Dan itu sudah cukup.


Alhamdulillah!

Ya Allah, dakap aku dalam kasih sayangMu..