Thursday, October 28, 2010

Autumn~

Salam,

Alhamdulillah~bernafas lagi ya Allah! Subhanallah3..

Hati terusik dengan kejadian alam. Allah Maha melakukan segala sesuatu. Subhanallah!.Hari tu baru je mempersoalkan satu perkara yang kalau difikirkan balik, sebenarnya tak de niat pun nak mempersoalkannya. Hanya lintasan perasaan yang digambarkan dalam bentuk kata protes.Dan serasanya Allah dah menjawab persoalan itu, lalu mengundang rasa malu pada diri sendiri.. malunya!

Persoalan itu lebih kurang macam nie lah~

"Tak logik langsung lah. Ni dah winter ke belom nie? Daun hijau lagi, tapi sejuk dan frost dah terus ada dah.. pelik betullah.."

Dan Allah jawab lebih kurang 3 hari seterusnya. Dedaunan menguning dengan pantas sekali sampai aku tak sedar bila dia berubah warna. Macam seharian atau lagi cepat, semalaman je..
subhanallah..

Kecik dan kerdilnya rasa diri.. Mempersoalkan sesuatu yang bukan dalam pengetahuan aku..

'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda(kebesaran Kami), kemudian Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang benderang, agar kamu dapat mencari kurnia dari Tuhanmu dan agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas'
Surah Al-Isra':12

Aduh, mulut oh mulut! Hati oh hati! Bila lah nak dapat kawal perasaan sendiri nie?
Kalau fikir, memang sangat2 betul. Allah boleh buat sekelip mata je autumn tu.. Seharian, bahkan sesaat pun boleh. Ni kan semua kuasa Allah? Aku nie lah.. jaga mulut lenkali!

Nak rasa sangat autumn ye? dah, sekarang rasa puas2.. =p
Subhanallah~ chanteknyer!! Jatuh cinta lagi~

Rasa nak buat projek la..autumn tahun lepas da buat projek dah, tapi nie cam mega skit. hihi. Saja suka2. padahal takde lah free sangat. Cuma kena pandai cari waktulah.. Hurm, insyaAllah~
Projek-projek juga kella, belajar dan tarbiyah jangan lupa.. taw?

Baekk..(nie ape kes soal jawab sorang diri nie..hehe)


Apepun, banyak lagi benda yang perlu dibuat. Kerja lebih masa, jadi jangan leka! Terlalu banyak lagi yang aku masih nak baiki. ya Allah, malunya pada diri sendiri. Kerja banyak tapi selalu goyang kaki. Astaghfirullah~ kella, kuatt!!!

Autumn, cantiknya..
Allah, indahnya
Ingin kurakamkan segala keindahan ini
Namunku yakin sehebat mana kamera dicipta
Masih belum mampu merakamkan ciptaan Tuhan yang Maha Esa

Autumn, cantiknya..
Allah, indahnya
Kalau dibumi hanya seperatus nikmatNya
Tak dapat kugambarkan bayangan syurga
Kalau dibumi aku sudah berkali jatuh cinta
Tak dapat ku agak cintaku di sana..

Subhanallah!

keyla_raudhah

Saturday, October 23, 2010

Dia.



Muhasabah~

Sungguh, aku hanya manusia yang selalu leka.
Moga dalam hati ini tak putus asa mencariNya.

ya Allah..

Wednesday, October 20, 2010

Prasangka

Salam alaik~


Pelik lihat kawan sorang nie.. Nak tegur tapi tak tahu mana nak mula. Ke aku saja yang berprasangka?

'Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Tentulah kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang'

al-Hujurat:12

Naudzubillah..tapi sungguh aku tak mencari kesalahan dia. Cuma dia kelihatan pelik dimataku..

Moga itu hanya sangkaanku..
astaghfirullah al-azim~


Wednesday, October 13, 2010

Teruji lagi

Salam alaik.

Pathophysiology, pathoanatomy..Pathos~ diseases.. disorders.. penyakit. Teruji disitu. Hati, kuatlah!!
Moga ingatan ini bukan kelemahanku, tapi kekuatanku. Ciptakan kekuatan dari kelemahan.
InsyaAllah, Dia tahu..

Rindunya hanya Allah yang tahu. Kerana rindu itu aku terus melangkah. Kerana rindu itu aku kuatkan diri. Biar asyik teringat, kerana tak pernah mahu lupa. Tapi selalu ingatkan diri 'jangan itu jadikan alasan untuk mengalah'. Jangan itu jadikan alasan untuk terleka. Buat hanya kerana Dia.. dan keduanya dia..

Biar rindu terus memburu.. Kerana rindu, kuberdoa selalu.

Friday, October 8, 2010

Bumi Cinta

Salam alaik.

Alhamdulillah, pujian kebesaranNya. Berpijak lagi dibumi ini. Bumi cinta? Mungkin ya. Dan ingin sekali kujadikan bumi ini bumi cinta..

Kenapa Bumi cinta? Ada apa dengan Bumi Cinta? Buat yang sudah tahu, aku tanpa segan silu menyatakan aku sudah jatuh cinta pada Bumi Cinta. Bukan cinta biasa. Bukan biasa-biasa. Dan ini bukan kali pertama aku jatuh cinta dengan karya Habiburrahman El-Shirazi. Ya, aku sudah jatuh cinta pada Bumi Cinta karya penulis hebat itu.

Bukan kali pertama. Aku menyanjung tinggi bakat penulis ini. Beliau berjaya mengetengahkan novel-novel islamik yang membangun jiwa. Jadi jangan pandang sebelah mata bila terlihat nota kecil di muka hadapan novel yang menulis 'sebuah novel yang membangun jiwa' yang selalu tercetak pada novel-novel beliau. Kerana bukunya memang membangun jiwa. Aku sangat yakin.

Tak kenal maka tak cinta. Buat yang pernah membaca buku beliau, pasti sudah merasa kekuatan penyampainya. Bagi aku yang baru mengenali beliau melalui 5 buah karyanya, sudah cukup kukatakan beliau sangat-sangat hebat dalam menyentuh hati pembaca. Aku sendiri sudah beberapa kali terkesan dengan kata-katanya dalam novel sampai boleh membuatkan aku berubah persepsi tentang banyak perkara. Subhanallah! Sesungguhnya Allah-lah yang mengetuk pintu hatiku untuk melakukan perubahan positif. Dan novel beliau ini menjadi perantaraannya.. Allahua'lam.

Bermula dengan Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1&2, Di atas sejadah cinta, dan kini Bumi Cinta cukup membuatkan aku tak putus-putus bersyukur kerana diberi kesempatan membaca ceritanya. Bukan setakat berilmiah, islamik, tapi banyak nilai-nilai dan motivasi yang dilakarkan dalam novelnya. Sebab itulah novelnya dipanggil novel pembangun jiwa. Memang dibukukan untuk membangun jiwa-jiwa insan yang sedia maklum sentiasa lemah dan mudah berputus asa. Subhanallah!

Sebuah karya agungnya, Bumi Cinta telah berjaya kutamatkan hari ini. Kerana terlalu banyaknya perkara baru yang aku dapat membuatkan tangan ini terus bekerja untuk berkongsi sedikit sebanyak input yang aku terima dalam novel Bumi Cinta ini.

Dahsyat. Kali ini aku rasakan ini novel yang paling2 superb lah! Dari novel ini diceritakan bagaimana Tuan Habiburrahman ini mendapat idea novel-novelnya hanya melalui tadabbur al-quran. Dahsyat! sungguh dahsyat. Baru kutahu novel sebelum2 ini juga berpandukan ayat2 Al-Quran seperti Ayat-ayat Cinta daripada tadabbur surah Az-zukhruf ayat 67, KCB 1&2 dari surah At-Taubah ayat 105 dan Bumi Cinta ini dari Surah Al-Anfal ayat 45-47. Dari situ beliau kembangkan ceritanya yang sampai menjadi Best-seller dan di'panggung-wayang'kan.. MasyaAllah..

Muhammad Ayyas yang menyambung pelajarannya ke Rusia menjadi watak utama dalam novel nie. Dia ingin membuat tesis berkenaan sejarah Islam di Rusia. Dan kehidupannya selama hampir 5 bulan di negara sejuk itu benar-benar menguji imannya sebagai orang Islam. Tapi sebab dia pernah berkuliah di Madinah, masalah2nya hanya dapat dipatahkan dengan meyakini bahawa Allah selalu ada dengannya, membimbing sepanjang masa. Namun, nafsu itu kadangkala susah untuk dipatahkan. Tapi ada satu sajak yang terkesan dalam hati..

Kuatkan ikatan tekad,
angkat tinggi-tinggi bendera harapan
berjalanlah menuju Allah
dengan sungguh-sungguh, tanpa lelah
jika rasa lemah menyerangmu
isi jiwamu dengan kekuatan Al-Quran
libas nafsumu, jangan kasi ampun
nafsu selalu mengajakmu menuju kebinasaan..

Nahwal Ma aali~ Syaikh Muhammad Ahmad Al-Rasyid.

Libas nafsumu,jangan kasi ampun. Gaya bahasa, lenggok bicara Ayyas memang kalau didengar, boleh memukau. Banyak kata-kata hikmat yang disisipkan oleh penulis yang mencuit rasa, bermotivasi dan ilmiah. Sudahlah, terlalu banyak rasanya aku memuji penulis ini sampai takut jugak pandangan orang lain terhadapnya mungkin berbeza. Namun bagiku, ia cukup sempurna. Asam garam kehidupan, sifat2 kemanusiaan sempurna diadun dalam setiap karya beliau. Dan Bumi Cinta ini membuat aku jatuh cinta. Tapi sering penulis ingatkan dalam novel2nya, jangan pernah mengatakan jatuh cinta, tapi katakan 'membangunkan cinta'. Satu lagi ayat yang aku tak pernah lupa.

Mungkin ada yang tengok novel ini akan berpendapat 'tebalnya', 'best ke', 'berbaloi ker' dan lain-lain.. Dan bagi aku, belum cuba belum tahu kan? Cubalah dulu, anda akan rasa terlebih berbaloi dan tak rugi langsung. InsyaAllah. Buku ini terlampau banyak benda yang dapat belajar terutamanya perkara-perkara asas dalam Islam, pertanyaan yang sering berlegar di kepala non-muslim, pendapat dyorang bila tengok org Islam, etc,etc.. terrlalu banyak sampai tak dapat nak cerita satu persatu dalam nie.

Bacalah, sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu. Dan membaca Bumi Cinta takkan pernah rasa rugi..Dengan izin Allah. Selamat membaca!

Bagi orang yg beriman, di manapun dia dpt rukuk dan sujud kpd Allah,maka dia telah menemukan bumi cintanya. Lantaran itu, sesungguhnya dunia ini adalah bumi cinta bg para pencinta Allah Taala. Bumi cinta ini yg akan m'hantar mereka ke bumi cinta yg lebih kekal abadi dan lebih mulia iaitu syurga Allah...
Habiburrahman El Shirazi, Bumi Cinta.

Wallahua'lam.
Keyla
2.04 8TH OCT
Bilik tercinta~HK