Friday, January 25, 2013

kehilangan yang berterusan..

Bismillah,


'Kak keyla, ayah Ika meninggal..'

Aku terpana mendengar sebaris ayat yang keluar dari handphone yang baru sesaat Anis hulurkan padaku.

Sesaat, dua.. otak mendigest berita yang didengari. Ayah?Ika?

'Ya Allah!' Lagi sekali!

Air liur yang ditelan terasa pahit.. terlupa seketika menuturkan innalillahi wainna ilaihi raajiun..

Suara Nina dari corong handphone membawaku kembali berpijak di bumi yang nyata.

'Innalillahi wa inna ilaihi raajiunn.. 'kata dilepaskan dengan keluhan berat.

Doa yang pernah aku tuturkan dulu nampaknya masih belum dimakbulkan. Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu aku atau kami untuk mengambil pengajarannya..

.................................................................

Dia kelihatan tabah sekali.. membuatkan aku kagum sejenak..Jauh beda aku dan dia.. MasyaAllah. Dia tak seperti aku tatkala menerima berita itu. Rasanya satu Palacova riuh dengar jeritan histeriaku..

Kata-kata yang sampai sekarang terngiang-ngiang dalam kepala.

"Ala nak cakap dengan abahhhh!!!..."

Sekuat hati aku menjerit tatkala itu. Ramai yang tak tahu kenapa teruk sangat aku time tu. Remuk sangat hati tatkala menerima insan yang aku sayang pergi jauh buat selama-lamanya.

Ada satu sebab. Dan kerana sebab itu aku sering menyalahkan diri. Merasakan diri anak yang berdosa. Melukakan hati seorang bapa.

Imbas 4 tahun lalu...

Seharian aku cuba mendail telefon rumah, dan telefon kakak hanya untuk berbicara dengan abah. Kuat betul perasaan untuk bercakap dan berbual dengan abah haritu sampai aku sanggup topup handphone untuk call. Selalunya guna internet saja, jimat.

Tapi kali ni, benar-benar aku mahu mendengar suara abah. Walaupun kutahu abah akan keluar hospital hari ni. Berganti-ganti aku menelefon dan menghantar mesej. Namun, bila panggilan diterima, kakakku baru usai balik kerumah. Dan akan digantikan dengan kakak yang lain untuk menjaga abah. Aku menyabarkan diri untuk menelefon.Hari tu jadual pack dari pagi sampai ke petang. Perbezaan masa czech dengan Malaysia lagi melimitkan masa aku untuk menelefon.

Ditambah pula dengan bateri handphone yang cepat habis, aku hanya berjaya meninggalkan pesanan ringkas pada kakakku, supaya beritahu bila dia melawat abah kerana aku ingin bercakap dengannya.

Bateri habis dipertengahan kelas. Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali menunggu waktu pulang dan mengecasnya kembali. Waktu petang yang merangkak ke malam tidak membenarkan aku untuk menelefon kerana semestinya disana sudah malam. Dan sudah tentu aku tak mahu mengganggu tidur abahku. Lalu kuterus menyabarkan diri. Esok, sudahku tanam azam untuk telefon awal pagi! Mesti!

Seusai salam solat maghrib handphoneku berbunyi. Bila melihat nombor Malaysia, aku teruja. Tak pernah keluargaku menelefon, kerana selalunya aku saja yang telefon. Mahal..

Dengan senyuman kuangkat telefon, lalu kedengaran suara Andak, kakakku.

'Andak, awalnya telefon(anggaranku, disana baru 4 pagi). Abah ade? Abah dah bangun ke?
Ala nak cakap dengan abah, boleh?'

'Kila, kila sabar ye.. abah dah takde..'
Lambat aku menangkap makna ayat itu.

'Eh, andak ni memain pulak.. cepatlah, ala nak cakap dengan abah..'
'Kila, betul kila.. abah dah takde...' esakan dihujung ayat itu membuat aku mendigest ayat itu sepenuhnya. Lemah badan terasa..

And the rest is history..

Ya, aku tak dapat bercakap dengan abah. Tak dapat melihat muka dan menciumnya. Tak dapat mandikan dan solatkan untuk arwah. Tak dapat berbuat apa-apa kerana jarak yang jauh membataskan..

Namun yang lebih terkilan dalam hati ini ialah, aku tak dapat langsung bercakap dengannya walaupun usahaku waktu itu sangat bersungguh2..
Benar, rasa terkilan itu kadang2 mengganggu aku. Tapi aku tahu dan terima dengan yakin , aturan Allah itu terhadapku. Pasti ada sesuatu yang Allah nak aku belajar dari situ.

Yang hanya dapat kulakukan ialah membacakan surah yasin kepadanya. Kutanam dalam hati biarlah aku tak dapat bercakap dengannya, tapi kuharap bacaan yasinku ini adalah bacaan yang pertama untuk arwah tanda cinta dan sayang yang tak pernah kuberjaya ucapkan.

***********************************

Kehilangan itu menyakitkan. Dan rasanya masih pahit sampai sekarang.
Cukup pahit untuk ditelan, sampai kuberdoa agar tiada lagi insan yang merasakan sedemikian.

Namun, nampaknya doa itu masih belum dimakbulkan. Ya, mungkin saja ada perancangan yang lebih baik yang Allah sedang laksanakan.. yang kita sendiri tak tahu, apa yang terbaik untuk kita..

Namun bila terjadi sebegini, aku sendiri clueless untuk bertindak. Perasaan bercampur baur. Walau kutanam dalam hati, jangan menangis bila bertemu dengan ika, namun air mata meleleh juga.

Dan walaupun aku menutup rongga-rongga ingatan memori luka, ia tetap berputar jua..

Allahua'lam.. Allah saja yang mengetahui..
Aku memohon ampun kepadaNya atas segala kesalahanku dan keluh kesahku..
Masih terlalu banyak lubang2 yang perlu kubaiki dalam diri.

Namun hanya satu yang benar2 aku tanamkan dalam hati,
Walau apapun yang berlaku, pasti..pasti ada saja yang Allah mahu kita pelajari..

Allahua'lam..


Tuesday, January 15, 2013

Ye, saya percaya!



Salam alaik,

setiap yang berlaku, pasti ada yang Allah nak ajar.
setiap yang berlaku, pasti ada yang Allah nak tunjuk.

Setiap apa sahaja yang menimpa seseorang,
pasti ada sesuatu yang Allah nak beri...


Pasti!
Ye, saya percaya, Ya Allah.

saya percaya, ya Allah!

Saturday, January 12, 2013

Ke arah memperduapolohempatkan diri

Salam alaik,


Senyum,
Senyum di usia 24.... hey!!

Jangan ditulis-tulis number itu. Eja boleh. Duapolohempat.

Ish,ish,ish. Geleng kepala.
MasyaAllah, sister, kamu sudah duapolohempat!
Apa sumbanganmu untuk masyarakat?
Apa sumbanganmu pada kaum kerabat?
Apa perkara yang telah kau khidmat?
Apa yang telah kau usahakan utk rakyat setempat?
Apa yang telah kau buat?

 (-''''-) pheuuww~
Angin tiup sepoi-sepoi bahasa...

Err, apakah susahnya soalan2 tu?
Tanya simple-simple boleh tak? masyarakatla,rakyat setempat la, khidmat la..
Apakah besarnya pemikiran tu?

Hey, hey, hey.
Ni pemikiran usia duapolohempat okey. hahah.. *evil grin*

Okey, baeklah.
(-''''-) pheuww~
Eh, takde angin pulak tiup.

Ke arah memperduapolohempatkan diri~ so, kena
---> fikir luar kotak
---> tersusun urusannya
---> mempermultikan skill2 yang ada
---> try cope with situation sebab selalu lost..(hehe)
---> dakwah diutamakan, pelajaran jalan

Productive skit okey? Jangan nak lemau-lemau. Lemau-lemau ni bukan Islam namanya. *dush*

(-''''-) pheuwww~
Angin, tiupla..tiupla..

Moga Allah redha dengan umurku,
Moga Allah ampunkan dosa-dosa yang telah lalu,
Moga Allah perbaiki setiap langkahanku,
Moga Allah cantikkan lagi akhlakku,
Moga Allah selalu bersamaku..

Ya Allah, berilah aku umur selagi mana umur itu mendekatkan diriku padaMu..~
Tetapkan aku untuk terus mensyukuri nikmatMu...

Alhamdulillah, ya Allah.
Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Senyum.
Senyum duapolohempat. =)






Sunday, January 6, 2013

Tahun baru, semuanya baru

Salam alaik,

Bismillah,


Welcome, 2013. Masa memang berlalu. Dan akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Allah dah mention dalam Surah yang famous tentang masa ni,
(Bismillahirrahmanirrahim)

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran" 103:1-3

Yang kalau ditranslatekan kepada english:

By time, Indeed, mankind is in loss. Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.

Kita akan berterusan dalam kerugian, sampailah kita menjadi mereka yang disebut dalam ayat ketiga itu.

Dakwah. Menyampaikan, menyeru.
Kita menyeru manusia kepada perkara yang benar. Kita seru mereka kepada Allah. Kepada perkara-perkara yang mereka lalaikan kerana dunia.

Dan dalam menyeru itu, kita bersabar. Dalam menarik manusia kepada Allah itu sangat memerlukan kesabaran. Kerana kita seru mereka kepada sesuatu yang bertentangan dengan nafsu mereka. Dan of course, nafsu kita juga. Dan itu memerlukan kesabaran.

Jalannya jauh, jalannya berliku. Sunnatullahnya begitu.
Tak ramai yang boleh sampai kehujung. Tak ramai. Kerana jauhnya perjalanan dakwah ni, ramai daie rasa penat. Lalu tersungkur, dan mungkin terus berlalu pergi.

Naudzubillah... Bila fikirkan perkara ni, aku jadi takut. Kerana aku tak tahu apa yang ada pada aku yang boleh membuatkan aku tsabat. Aku tak tahu. Tapi aku tak mahu tersungkur, malah aku tak mahu berlalu pergi.

Walaupun aku tahu, aku tak diperlukan dalam dakwah ni, tapi aku memerlukannya. Aku tahu aku tak diperlukan. Kalau aku tiada pun, dakwah ni masih boleh berjalan dengan usaha orang-orang lain yang mencari CintaNya. Dakwah masih boleh berlaku, tanpa aku hadir disitu. Aku tahu itu. Sebab itu aku tanamkan dalam hati, aku perlukan dakwah ni, biarpun aku tak diperlukan.

Aku perlukannya. Kerana aku mahu syurga. Heh, tak logikkan? Tak perlu jadi daie, jadi syahid pun dah boleh dapat syurgalah! Hurm, sorry.. Syurga yang kumahu pergi ialah syurga yang tertinggi. Yang jadi tempat tinggal para Nabi. Dan perkara yang mereka buat didunia ialah menyebarkan dakwah. Jadi Daie.

Rantai yang mengikat kami ialah jalan ini. Biarlah orang kata tak logik pun. Tapi aku yakin jalan yang aku pilih. Cuma...

Aku takut. Mampukah aku tsabat? sekali lagi aku tanya diri, apa yang ada dalam diri aku yang membuatkan aku boleh tsabat?

Tapi jawapannya masih , aku tak tahu. (-.-)

Bolehkah aku tsabat ya Allah? Mereka2 yang pernah lalu jalan ni, lagi hebat dariku pun boleh tersungkur, jadi apa yang ada pada diri aku yang aku rasa aku boleh tsabat? Allah...

Aku nak apa sebenarnya dengan dakwah ni?
Apa kepentingan aku untuk dakwah ni sebenarnya?
Adakah aku benar-benar memerlukannya?

Persoalan-persoalan yang perlu dicari jawapannya!

Ya Muqallibal Qulub, tsabbit qulubana ala deenik..
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tsabatkan hati kami pada agamaMu..

tsabat: tetap/ teguh