Bismillah,
'Kak keyla, ayah Ika meninggal..'
Aku terpana mendengar sebaris ayat yang keluar dari handphone yang baru sesaat Anis hulurkan padaku.
Sesaat, dua.. otak mendigest berita yang didengari. Ayah?Ika?
'Ya Allah!' Lagi sekali!
Air liur yang ditelan terasa pahit.. terlupa seketika menuturkan innalillahi wainna ilaihi raajiun..
Suara Nina dari corong handphone membawaku kembali berpijak di bumi yang nyata.
'Innalillahi wa inna ilaihi raajiunn.. 'kata dilepaskan dengan keluhan berat.
Doa yang pernah aku tuturkan dulu nampaknya masih belum dimakbulkan. Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu aku atau kami untuk mengambil pengajarannya..
.................................................................
Dia kelihatan tabah sekali.. membuatkan aku kagum sejenak..Jauh beda aku dan dia.. MasyaAllah. Dia tak seperti aku tatkala menerima berita itu. Rasanya satu Palacova riuh dengar jeritan histeriaku..
Kata-kata yang sampai sekarang terngiang-ngiang dalam kepala.
"Ala nak cakap dengan abahhhh!!!..."
Sekuat hati aku menjerit tatkala itu. Ramai yang tak tahu kenapa teruk sangat aku time tu. Remuk sangat hati tatkala menerima insan yang aku sayang pergi jauh buat selama-lamanya.
Ada satu sebab. Dan kerana sebab itu aku sering menyalahkan diri. Merasakan diri anak yang berdosa. Melukakan hati seorang bapa.
Imbas 4 tahun lalu...
Seharian aku cuba mendail telefon rumah, dan telefon kakak hanya untuk berbicara dengan abah. Kuat betul perasaan untuk bercakap dan berbual dengan abah haritu sampai aku sanggup topup handphone untuk call. Selalunya guna internet saja, jimat.
Tapi kali ni, benar-benar aku mahu mendengar suara abah. Walaupun kutahu abah akan keluar hospital hari ni. Berganti-ganti aku menelefon dan menghantar mesej. Namun, bila panggilan diterima, kakakku baru usai balik kerumah. Dan akan digantikan dengan kakak yang lain untuk menjaga abah. Aku menyabarkan diri untuk menelefon.Hari tu jadual pack dari pagi sampai ke petang. Perbezaan masa czech dengan Malaysia lagi melimitkan masa aku untuk menelefon.
Ditambah pula dengan bateri handphone yang cepat habis, aku hanya berjaya meninggalkan pesanan ringkas pada kakakku, supaya beritahu bila dia melawat abah kerana aku ingin bercakap dengannya.
Bateri habis dipertengahan kelas. Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali menunggu waktu pulang dan mengecasnya kembali. Waktu petang yang merangkak ke malam tidak membenarkan aku untuk menelefon kerana semestinya disana sudah malam. Dan sudah tentu aku tak mahu mengganggu tidur abahku. Lalu kuterus menyabarkan diri. Esok, sudahku tanam azam untuk telefon awal pagi! Mesti!
Seusai salam solat maghrib handphoneku berbunyi. Bila melihat nombor Malaysia, aku teruja. Tak pernah keluargaku menelefon, kerana selalunya aku saja yang telefon. Mahal..
Dengan senyuman kuangkat telefon, lalu kedengaran suara Andak, kakakku.
'Andak, awalnya telefon(anggaranku, disana baru 4 pagi). Abah ade? Abah dah bangun ke?
Ala nak cakap dengan abah, boleh?'
'Kila, kila sabar ye.. abah dah takde..'
Lambat aku menangkap makna ayat itu.
'Eh, andak ni memain pulak.. cepatlah, ala nak cakap dengan abah..'
'Kila, betul kila.. abah dah takde...' esakan dihujung ayat itu membuat aku mendigest ayat itu sepenuhnya. Lemah badan terasa..
And the rest is history..
Ya, aku tak dapat bercakap dengan abah. Tak dapat melihat muka dan menciumnya. Tak dapat mandikan dan solatkan untuk arwah. Tak dapat berbuat apa-apa kerana jarak yang jauh membataskan..
Namun yang lebih terkilan dalam hati ini ialah, aku tak dapat langsung bercakap dengannya walaupun usahaku waktu itu sangat bersungguh2..
Benar, rasa terkilan itu kadang2 mengganggu aku. Tapi aku tahu dan terima dengan yakin , aturan Allah itu terhadapku. Pasti ada sesuatu yang Allah nak aku belajar dari situ.
Yang hanya dapat kulakukan ialah membacakan surah yasin kepadanya. Kutanam dalam hati biarlah aku tak dapat bercakap dengannya, tapi kuharap bacaan yasinku ini adalah bacaan yang pertama untuk arwah tanda cinta dan sayang yang tak pernah kuberjaya ucapkan.
***********************************
Kehilangan itu menyakitkan. Dan rasanya masih pahit sampai sekarang.
Cukup pahit untuk ditelan, sampai kuberdoa agar tiada lagi insan yang merasakan sedemikian.
Namun, nampaknya doa itu masih belum dimakbulkan. Ya, mungkin saja ada perancangan yang lebih baik yang Allah sedang laksanakan.. yang kita sendiri tak tahu, apa yang terbaik untuk kita..
Namun bila terjadi sebegini, aku sendiri clueless untuk bertindak. Perasaan bercampur baur. Walau kutanam dalam hati, jangan menangis bila bertemu dengan ika, namun air mata meleleh juga.
Dan walaupun aku menutup rongga-rongga ingatan memori luka, ia tetap berputar jua..
Allahua'lam.. Allah saja yang mengetahui..
Aku memohon ampun kepadaNya atas segala kesalahanku dan keluh kesahku..
Masih terlalu banyak lubang2 yang perlu kubaiki dalam diri.
Namun hanya satu yang benar2 aku tanamkan dalam hati,
Walau apapun yang berlaku, pasti..pasti ada saja yang Allah mahu kita pelajari..
Allahua'lam..
No comments:
Post a Comment