Tuesday, December 10, 2013

Sabar

Salam Alaik,

Kisah Musa Dan Khidir

Satu yang Allah nak beritahu.
Ilmu Allah adalah ilmu yang sama sekali tak sama dengan ilmu manusia.
Ilmu Allah yang diilhamkan kepada Khidir. Dan Khidir telah diprogramkan untuk menciptakan kisah ini.

Allah buat sesuatu. Boleh jadi buruk pada pandangan manusia.
Seperti membuat lubang merosakkan perahu buruk,atau membunuh anak yang disayangi oleh ibubapanya.
Boleh jadi juga sesuatu yang tidak buruk - hanya membetulkan dinding yang hampir roboh.

Tapi kesemuanya ada sebabnya. Ada asbabnya. Ada kebaikannya.
Langsung tiada kesalahan atas segala perbuatan Khidir.
Kerana ketinggian ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya saat itu.

Kerana perahu buruk itu akhirnya terlepas dari rampasan sang raja yang zalim.
Membuatkan kecacatan itu kadangkala membawa kebaikan, dan juga mengatakan bahawa kesempurnaan itu terkadang mengundang bahaya.

Dan si anak kecil akhirnya tidak merosakkan iman kedua orang tuanya.
Memberi makna bahawa 'membunuh' bibit kerosakan ketika ia baru bercambah adalah satu pilihan yang baik. Antara salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hambanya.

Namun wataknya Musa- hanya manusia biasa.
Langsung tak tega melihat kerosakan didepan mata.
Kesabarannya terhakis lantas terlupa janji.
Keterbatasan ilmunya membuatkan dia tidak tega.
Dan jadilah ia seorang yang rugi.

Hikmah agung yang Allah mahu ajar kita.
SABAR.

Bersabarlah dengan keputusan-keputusan Allah.
Musibah-musibah yang melanda kita hakikatnya ia baik untuk kita
Jangan gopoh bertanya.
Jangan gelojoh menanti jawapannya.

Segala keputusan Allah itu dibuat berdasarkan neracaNya yang Maha Tinggi.
Dan manusia yang tidak sabar itu adalah manusia yang rugi.
Seperti ruginya Musa tatkala dia terpaksa meninggalkan Khidir.
Dan berkatalah Rasulullah, "Jika Musa mampu bersabar, banyak lagi yang kita pelajari.."

Sabar,
dan kuatkan kesabaranmu!


No comments:

Photobucket