Thursday, April 21, 2011

Penasaran..



Salam alaik~(peace be upon u)

Hari ni rasa terganggu sangat-sangat pemikiranku. Aish.. tengok, nak describe apa yang mengganggu pun payah.

Hari ni terasa sangat-sangat dengan Dr. M (huhu, nama dirahsiakan) yang ajar group aku praktikal internal medicine. Terasa sangat-sangat lah. Even dah tulis kegeraman dalam diary pun still rasa tak cukup. Tu yang sambung tulis dalam nie..hurm, semua perasaan bercampur gaul menjadi satu.

Geram.

Ok, aku tak boleh marah, aku tahu tu. Tapi aku tak leh nak simpan lagi. Dia boleh cakap apa-apa pasal diri aku atau kami yang ada dalam group tu.(ada 5 orang dan semua gurls)
Dia dibenarkan komen tuk tudung kami yang serabut bila nak pakai stetoskop yang kena lalu bawah tudung before masuk telinga, lambat dan leceh. okey, itu kami gelak je kalau dia buat muka tiap2 kali kena pakai stetoskop tu. dah lali, biar la dia.

Dia dibenarkan tuk komen atau marah(of course) bila kami ni asyik tak dapat jawab soalan dia sebab terlupa atau tak ingat atau tak baca. itu memang salah kami, so, accepted.

Dia dibenarkan komen kami nie lambat jalan, tak fast macam dia jalan, jalan cam terhegeh2 etc. tu memang sifat semulajadi kami suka jalan sambil sembang, so memang akan jadi lambat la. dan kaki kami pun pendek tak macam kaki dia. so accepted.

Dia dibenarkan komen kami pekak bila tak dapat differentiate heart sounds, murmur,gallops, crackles, dll bunyi yang ade dalam heart atau lung patients. tu memang process pembelajaran dan kami memang kalau tak dengar heart sound tu terus je cakap tak dengar. Takde dalih, so, accepted. kena marah pun marahla asal nanti dapat jadi doktor yang baik.

Tapi........


Dia TAK dibenarkan untuk mempersendakan agama yang aku anuti.

Dia TAK dibenarkan mempersendakan amalan-amalan kita contoh seperti solat, puasa, dan lain2.

dan,
Dia TAK dibenarkan untuk mengatakan saudara2ku yang kat Palestine tu terrorist!

That's all.

Okey, fine, dia memang tak tahu atau misunderstood about apa yang berlaku. Fine, dia ada pandangan dia tentang itu dan ini. Fine. Tapi sometimes, dia kena ada limit. Dan dia perlu sedar tu.

Tapi nak cakapnya nie lah. aku terasa hati. *hurt*. Sakit. Tak perlu nak cerita kot apa yang dia cakap sebab cam benda tu memalukan. Rasanya dia tak patut cakap camtu pun.
Rasa memang nak balas atau nak jawab je kat dia. Tapi cam masa belum sampai lagi kot. Tunggulah, kot kalau meletup nanti tengoklah.

He should learn the history.

That's all. Lepas geram dah berakhir. Moga pintu hidayah Allah masih terbuka luas utk orang-orang macam dia. Walaupun dia ada negative perception pasal Islam, atau pasal agama, sebab orang2 sini kebanyakannya atheis, moga2 negative perception tu lah yang akan membuka matanya. Bagaimana? Wallahua'lam...

Maafkanlah, dan doakan bagi mereka..( cane la nak terapkan peribadi Rasulullah nie..~ tiba-tiba rindu kat Rasulullah...)

No comments: