Sunday, June 20, 2010

Untuk dia yang kurindu...



Seumur hidupku,
Dia yang kukenal
Tak banyak kata
Tak banyak sandiwara
Dan tak banyak gurau senda...

Tapi darinya,
Kubelajar erti memerhati
Kubelajar erti menguasai diri
Kubelajar erti berdikari..

Dia tak pernah membuka cerita kisahnya
Tak ingin memberitahu kisah perit hidupnya
Membesarkan kami sekeluarga
Namun dari ibu sejarah hidupnya terbongkar
Dari kertas2 yang ditinggalkan dibilik utama
Kertas-kertas itu seolah berbicara
Mencatat segala peristiwa
Yang pernah menemani tidur malamnya..

Terlalu banyak kenangan dengannya
Kerana diamnya abah akulah yang berbicara
Kerana sunyinya abah akulah cuba ceria
Kerana susahnya abah aku belajar berusaha
Kerana tabahnya abah aku tak pernah putus asa
Tempiasnya bermain dilubuk jiwa
Wahai abah, terlalu banyak yang ingin aku teroka


Namun,dia pergi tiada pengganti
Perginya jauh tak dapat ditemui
Kalau dahulu kelibatnya sering disisi
Tapi kini dunia sepi tanpanya menemani
Dia mengajar aku berdikari
Supaya perginya dia, aku boleh berdiri sendiri..
Wahai abah, cinta ini tak pernah basi


Ya Ilahi,
Tempatkan dia disisiMu
Kasihanilah dia sepertimana dia kasihaniku sejak kecil..

Sekalung doa dan rindu buat ayahanda Mohamad Nor Bin Mat Yunus..
Dia abahku..






No comments:

Photobucket