Thursday, June 17, 2010

.Ya Rab..



Katakanlah (Muhammad), "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah, "Allah,"...
34:24



Ya Allah, usaha aku yang tak seberapa ini Kau balas dengan kebesaran nikmatMu. Di saat aku tidak teguh pendirian, Kau kuatkan aku. Nikmat apa lagi ya Allah yang aku nak dustakan? Maka jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur...


Biochem berlalu dengan kisahnya yang tersendiri. Yang tak pernah terfikir dan yang tak pernah dirancang. Dan, Allah lah sebaik-baik perancang.

Czech oral yang first trial failed. Membuatkan aku terus study biochem sebab dah masuk June. Seminggu study Biochem, aku berhenti sehari untuk buat Czech second trial keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah luluskan aku untuk membuatkan aku harus melangkah menyambut biochem. Tapi antara masa-masa itu aku berdepan dengan konflik jiwa sama ada nak buat awal atau akhir. Ditambah pulak dengan peristiwa salah kertas soalan (-.-') yang baru sedar 4hari sebelum itu... ya Allah.. Tapi bila fikirkan pathway aku berbeza dengan kawan-kawan yang lain yang ambil Physio dulu, nampaknya nak atau tidak, by hook or by crook, aku kena mencuba. Tak cuba tak tahu kan?

Subhanallah, semangat itu daripada Allah. Daya usaha itu daripada Allah. Nak atau tidak je. Tak tahulah kenapa, aku selalu terbayangkan exam histology aku tahun lepas. Banyak yang boleh aku kaitkan dengan keadaan aku menghadapi biochem.. Dan bagaimana aku menghadapi anatomy jugak memberi gambaran positif yang mengatakan "insyaAllah, aku boleh!". Dan orang kata bila kita bayangkan benda-benda yang positif, ia akan memberi semangat kan? Alhamdulillah, semangat itulah yang membawa aku ke final biochem arini 17 June 2010.


Katakanlah, "Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya(bg siapa yang Dia kehendaki), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
34:36

Subhanallah! Allahuakhbar! Alhamdulillah! usaha aku yang secoet itu Allah kurniakan kejayaan. Aku bersyukur sangat-sangat. Tapi pada masa yang sama, aku terharu campur sedih. Kerana dengan akalku yang tak sehebat mana ini, aku berfikir bahawa Allah tahu dan hendak memberitahu bahawa aku mampu. Allah kurniakan aku kejayaan untuk aku teruskan perjuangan physio pulak dalam masa terdekat ini!. subhanallah.. ya Allah, Kau tahu aku mampu, tapi aku bimbang diri aku ini yang tak mahu..


Jangan pernah putus asa singgah dalam hati.....


Ya Allah, kau telah kotakan apa yang telah kau janjikan kepada hambaMu. Tinggal aku untuk mengotakan apa yang aku janjikan pula...


Katakanlah, "Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya." Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.
34:39


Allah pemberi rezeki terbaik untuk manusia..

Jangan pernah takut kepada manusia tapi takutlah kepada Allah, Tuhan segala manusia...



Hanya kepadaMu aku bertawakal..

No comments:

Photobucket