Sunday, May 19, 2013

Afwan..

Assalamualaikum wbt,


Aku, memang takkan boleh puaskan hati semua orang. Bahkan hatiku pun jarang terpuaskan. Aku belajar dari kesilapan demi kesilapan, kesalahan demi kesalahan dan hanya mampu memejamkan mata saat ada yang mula memerli setiap langkah yang kelihatan sumbang.

Aku, manusia biasa yang melakukan kesalahan, biar kecil mahupun yang besar. Kerana itu aku belajar dari kesilapan hanya untuk mengejar sebuah kesempurnaan namun tak semuanya dapat digapai dengan mudah. Kerana Allah mahu mengajarkan aku erti perubahan yang hanya keranaNya. Tanpa memerhatikan apa pandangan manusia..

Aku pejamkan mata saat langkah yang dihayun mula terasa berat, bahkan bisa terpijak duri-duri yang berselerakan disepanjang jalan. Saat kaki mula mengalirkan darah, kesakitan sudah sampai ketulang, padahal jalan masih belum tiba ke destinasi, saat itu mataku terus terpejam, meredhai duri-duri itu terus menyucuk hujung kaki. Mengharapkan kekuatan datang dari Ilahi. Demi menamatkan perjalanan yang panjang..

Aku, tak tahu berapa lama aku bisa berjalan. Namunku tahu aku tak boleh berhenti. Aku tak bisa berhenti. Kerana aku tak mahu terputus dari jalan yang mulia ini, namun kepenatan dan kesakitan sering menghambatku malah syaithan berperanan dalam menggodaku. Aku lelah dalam mencari makna yang tersembunyi. Kalau Allah mahukan kebaikan pada hambaNya, Allah berikan kefahaman dalam beragama.. Nikmat kefahaman ni kusyukuri sepenuh hati, namun jalannya tak mudah, bahkan tanggungjawabnya besar.

Amalnya membutuhkan keikhlasan, jihadnya memerlukan pengorbanan, jiwa mahupun harta. Aku kagumi mereka yang berada dijalan ini. Lantas jiwa bertanya, mampukah aku? Sampai bila aku mampu bertahan? Aku menggelengkan kepala. Sungguh jalan ini membutuhkan hati yang suci dan ikhlas.

Ikhlas dalam beramal. Buah daripada kefahaman. Lalu membawa kepada jihad (bersungguh2) dan berkorban. Kemudiannya taat, tsabat dan tajarrud.. dan dipenghujungnya ialah tsiqah.

lalu penghujung akhirnya.... syurga.

Jauh lagi.. perjalananku.

No comments:

Photobucket