Salam alaik,
Kadang-kadang kita clueless dalam mencari erti hidup. Kita tak tahu kenapa kita diposisikan dalam sesuatu tugas atau tanggungjawab.
Kita rasa diri tak cukup sempurna, tak cukup layak untuk menggalasnya. Takkan mampu untuk mencorakkan atau mencurahkan tenaga.
Lalu kita akan bertanya kepada orang disekeliling kita. Naqibah kita, ustaz atau ustazah, Ibu bapa kita, teman-teman rapat yang mengenali diri kita. 'Kenapa dan kenapa?' Masing-masing akan memberi hujah mereka. Mengatakan kita layak, hanya kita menafikannya. Mengatakan bahawa Allah lebih tahu hakikatnya, etc, etc.
Dan kemudian kita bertanya kepada Sang Pencipta diri, 'Kenapa ya Allah?' Kenapa aku ditempatkan pada tmpat yang bukan aku layak mendudukinya? Adakah ini istidraj? Nikmat apakah yang Kau cuba berikan padaku? Mampukah aku melalui ujian ini? Mampukah jiwaku bertahan dengan ujian sebegini? Mampukah?
Dan Allah menjawab
' Laayukallifullahu nafsan illa wus' aha. Laha ma katsabat wa a'laiha maktatsabat..' Al-Baqarah:286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.
Setiap orang akan dihidangkan dengan ujian yang berlainan. Ada yang diuji dengan harta, ada pula dengan masa, keluarga, pangkat, perasaan dan bermacam jenis lagi ujian yang ada.
Dan kerana ujian yang berlainan itu, setiap antara kita dihisab berasingan. Kerana ujian yang berlainan itu, kita tak digalakkan untuk membanding2kan antara satu sama lain.
'Allah treats us differently so do not compare yourself with others'.
Kadang-kadang kita rasa Allah lebih tahu diri kita, lebih tahu kita ni banyak keburukannya daripada pengetahuan orang lain. Banyak aibnya, banyak maksiatnya. Hanya kerana Allah tutup daripada penglihatan manusia saja yang menyebabkan manusia hanya nampak baik-baik saja.
Tapi Allah masih tempatkan kita pada posisi yang kita rasa terlalu mulia untuk mengambilnya. Terlalu tinggi martabatnya dan kedudukannya. Terlalu suci untuk dinodakan dengan dosa dan aib kita. Allah dengan kudrat dan iradatNya, masih memilih kita untuk menggalasnya.
Great power comes with great responsibility.
Kerana semua yang dihidangkan dihadapan kita adalah ujian. Hanya cara pandang kita sahaja yang perlu diubah.
Tiada yang mulia melainkan Allah yang mengangkatnya jadi mulia, jadi kemuliaan bukan pada pangkat atau amal. Ia anugerah Allah yang bersamanya ada ujian.
Menjadi muslim, daie, sebenarnya bukanlah pilihan yang memuliakan manusia (walaupun of course, jadi muslim tu dah memang mulia) tetapi ia lebih kepada tanggungjawab dan apa yang kita lakukan dengan darjat tersebut.
Mulia saja tak ada guna kerana dunia ni hanyalah permainan dan sementara. Boleh jadi kita didunia mulia, tetapi diakhirat sana mungkin kita tergolong dengan mereka yang hina dina. Naudzubillahimin zalik! Jadi benarlah, tugas yang besar datang bersamanya tanggungjawab yang berat. Hanya kita yang mencorakkan arahnya ke mana..
--Shaykh Abdal Hakim Murad
No comments:
Post a Comment