Friday, October 18, 2013

Tak Layak 2


"Kan aku da cakap aku tak layak.. tengok, apa jadi sekarang? Semua masalah muncul.." Iman mengetap bibirnya. Ditahan-tahan nafas yang keluar dari hidungnya. Ditepuknya katil dengan tapak tangan, melepaskan kegeraman. Seketika bilik itu sunyi. Kawan-kawan serumahnya tidak ada hari tu. Tinggal dirinya bersendirian.

Iman seperti mahu menangis. Dia berbaring memandang siling bilik itu. Masalah muncul satu-persatu diruang matanya.

"Astaghfirullahal ad'zim..." kalimah itu tiba-tiba dilafazkan. Iman mengusap mukanya. Seperti tersedar dengan kata-katanya sebelum ini. Jangan mengeluh, Iman! Semua ini kan takdir.. Kenapa salahkan takdir? Fikirannya yang waras berkata-kata.

Iman memejamkan mata. Aku tak kuat ya Allah.. Lalu setitis air jernih mengalir dari kelopak matanya. Hati dan mindanya berceramuk. Aku sungguh tak kuat ya Allah.. Rintihan hatinya hanya dapat diterjemahkan dengan air mata yang kini mengalir deras.

****


"Hidup ni, kita tak buat benda yang kita suka saja.." Mukadimah usrah dari Sang Murabbi itu terkena tepat pada jantungnya.

"Kadang - kadang kita akan buat benda yang kita tak pernah terfikir untuk buat selama ini. Something extraordinary. Dan kita akan buat benda tu selalunya for the sake of somebody we love so much.." Yana menyambung ayatnya lagi.

"Kita boleh je hidup seperti orang lain. Makan, minum, travel sana-sini, hujung minggu berehat kat rumah dengan family, kerja cari duit macam biasa. Tak payah pening-pening fikir pasal orang lain, pasal umat, tak payah sibuk pergi program sana-sini, pergi usrah, pergi daurah. Pening-pening fikir pasal mutarabbi etc. Hidup bahagia je. " Yana mengambil nafas.

"Tapi tulah.. Nilai hidup yang biasa-biasa tu, yang hanya untuk keperluan diri-sendiri tu, nilainya kecil saje la.." Berhati-hati Yana menuturkan ayat itu. Bukan mahu melecehkan kehidupan orang yang seperti itu, tapi mahu membezakan nilai kehidupan yang sebenar yang kita cari di dunia ini.

Yana memandang satu persatu wajah anak usrahnya yang tekun mendengar.

"Kita hidup for the sake of akhirah. Kita bermatlamatkan hari akhirat yang kat situ dikumpulkan segala ganjaran atas apa yang kita lakukan didunia. Dunia ni adalah ladang amal utk ganjaran pahala yang banyak disana. Kita mahukan hidup kita besar nilainya. Bukan hidup yang simple2 - makan minum nikah mati.."

Yana menarik nafas lagi. Matanya memandang Iman yang dari tadi merenung lantai.

"Dan semua ini menuntut pengorbanan yang bukan calang-calang. Tapi yakinlah, ada ganjaran hebat yang Allah sediakan untuk mereka2 ni.. Yakinlah, Allah takkan sia-siakan amal mereka ini. Yang penting niat for the sake of Allah.. "

Iman mengangkat wajahnya. Matanya bertemu dengan mata sang murabbi tercinta. Yana mengukirkan senyuman manis buat mutarabbi yang dikasihinya.


****


Dakwah itu adalah cinta..
Cinta hamba kepada Penciptanya..

Matanya menatap kata-kata yang terukir pada satu gambar berlatarbelakangkan bunga mawar. Indah. Iman menarik senyum.

Cinta. Allah.

 "Kadang - kadang kita akan buat benda yang kita tak pernah terfikir untuk buat selama ini. Something extraordinary. Dan kita akan buat benda tu selalunya for the sake of somebody we love so much.."

Kata-kata naqibahnya kembali kedengaran. Buat kerana cinta.

Cinta..
Tapi, persoalannya, setinggi mana cintaku pada Allah? Hati Iman berdialog.



No comments:

Photobucket