Sunday, November 25, 2012

Topik femes diusia ini...err (-.-')

Bismillah~

(err, saja post puisi ni.. sedap!)

Pernah tengok cerita KCB? Cerita yang membawa mesej bahawa jodoh itu walaubagaimanapun, walau banyak halangannya, banyak ranjaunya akan sampai kepada orang yang sepatutnya juga.

Berlapang dadalah. Terimalah. Seadanya. Jodoh akan hadir bila tiba masanya. Akan. Pasti.


Soal jodoh ni sering menyerabutkan kepala. Pada akhirnya, last-last tak mengubah apa-apa.

Ia sudah tertulis. Titik. Buatlah gaya kuak renang ke, tertunggang terbalik ke, apa ke, last-last ia akan berakhir dengan apa yang telah tertulis.


 Di Luh Mahfuz.

Kenapa Allah tak bagitahu? Yelah, kan senang kalau Allah bagitahu siap-siap sapa pasangan kita. Jadinya tak payah susah-susah cari, tak perlu buat keputusan apa-apa, tak payah bercinta dengan orang yang salah, etc,etc..

Tapi hakikatnya, ia termasuk antara perkara yang Allah rahsiakan. Rezeki, jodoh, umur dan ajal telah siap-siap ditulis tetapi dirahsiakan. Kenapa?

Hurm, pernah tengok movie? Apa perasaan bila sebenarnya kita dah tahu dah ending dia camna. Kita dah ready dah apa yang akan berlaku kat hujung. Mestilah movie tu jadi tak best bagi kita, kan? Buatlah horror camne pun, epik gaya apa pun, plot tinggi mana pun, tapi sebab kita dah tahu hujung cerita nanti gaya ni, so end-up movie tu tak bererti pun pada kita. Kita akan rasa bosan, boring. Sebab dah tahu hujung pangkal cerita. Last-last yang ujian tak nampak cam ujian. Hidup dan mati dah tahu, jadi boleh buat preparation apa semua.

Jadi tak tercapailah apa yang Allah berfirman dalam ayat ni:

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya."
-Al-Mulk: 2

Jadi manusia itu akan terus terleka. Tiada booster nak beramal dengan kebaikan kalau dia tahu 80 tahun lagi dia akan meninggalkan bumi. Takde inisiatif nak belajar atau berusaha kalau dia tahu apa-apapun nanti 20 tahun akan datang dia akan jadi milionaire. Atau bila dia dah tahu jodoh dia yang ni, dia nak jugak main kayu tiga. atau lain-lain halnya.

Perkara-perkara yang Allah rahsiakan ni juga sebenarnya nak bina erti 'Tawakkal tu a'lallah'. Rasa kebergantungan kepada Allah. Rasa kehambaan kepada Allah. Rasa ketaksempurnaan kita sebagai hamba, sebagai manusia. Allah sebenarnya nak lihat usaha. Allah tak tengok sangat result kita. Kalau tidak mesti Allah marah Nabi bila hanya sedikit saja yang beriman lepas 13 tahun berdakwah di Makkah al-Mukarramah. Mesti Allah hukum Nabi Musa bila tak berjaya mengIslamkan firaun. Mesti Allah azab semua hamba-Nya bila tak berjaya buat ustaziyatul- alam, menegakkan kalimahNya dimuka bumi.

Tapi tidak, kan? Sebab Allah Maha Adil. Dan segala keadilan-Nya itu tertakluk dalam pengetahuanNya yang Maha Bijaksana. Walaupun kita rasa kita dah usaha dah, tapi tak dapat juga. Mungkin ada something special yang kita tak tahu apa, yang menunggu dihujung sana atas reward segala susah payah kita. Mungkin saja.

Dan ini pula membuka hati kita untuk menerapkan nilai 'Husnuzhon' dengan Allah. Bersangka baik. Allah berfirman dalam Hadith riwayat Abu Hurairah r.a " Aku adalah berdasarkan sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu..." (dan seterusnya. Hadis ni panjang sedikit. Just nak crop part ni je. :))

Jadi apa yang kita sangkakan kepada Allah, itulah yang akan kita dapat. So, sangkalah yang baik-baik saja ye. Supaya hasilnya baik-baik juga.. Ye tak? Hilangkanlah kegundahan yang melanda hati sebab itu akan jadi kunci hasutan syaithanirrajim. Naudzubillah wa astahfirullah.


Kunci kebahagiaan itu ada pada Dia. Jadi untuk bahagia, maka mendekatlah padaNya. Bukannya pada manusia.

Wallahualam,~



p/s: err, topik ni dah seringkali muncul menghiasi blog aku nampaknya. Adakah pemikiranku telah terdoktrin dengan perkara ni? owh, tidaakk!

ni adalah hasil cetusan idea setelah mendapat berita bahawa anak buah cam ade ura-ura nak bernikah. oh, my!

Terkeluar terus kata-kata: Ini bukan pengaruh rakan sebaya, ini pengaruh anak sedara! Uish. =P


2 comments:

Fathin Aina said...

"topik femes di usia ini"

ok, tajuk tu mmg x thn..hahhahaha

suka part kt x tau sbb Allah nk ajar kt tawakal :)

keyLa said...

haha..
agak catchy tak tajuk tu? kikikiki...


~byk perkara yg Allah nak ajar kita.. alhamdulillah.baru kita boleh menghargainya ye tak.. ^^,

Photobucket