Monday, February 7, 2011

Sujud kemerdekaan..


Sujud itu menundukkan dahi,
tetapi
memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih kepadaNya..

si jahil menyangka ia adalah belenggu ke atas hamba,
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
meruntuhkan syirik,was-was dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujud kepada ALLAH dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
terhapuslah setiap penzalim yang sombong

barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya..

~al-muntalaq~





Sujud.

Bagi seorang muslim, tempat sujudnya hanya kepada Allah. Bukan kepada benda selain dariNya.

Tapi adakah pengertian sujud itu hanya perbuatan meletakkan dahi ke lantai atau ke bumi?
adakah sujud itu hanya berlaku tatkala solat dilakukan?
atau tatkala ayat-ayat AQ dialunkan lalu bertemu dengan ayat sajadah?


itukah sujud?



mungkin itu adalah sujud dari istilah perbuatan,

tapi hakikatnya pengertian sujud itu lebih besar daripada meletakkan dahi ke lantai,
lebih tinggi maknanya tatkala tubuh dijatuhkan untuk sujud padaNya,
lebih harum mewangi maksudnya daripada mencium debu-debu tanah tatkala sujud dilaksanakan..

ia lebih daripada itu..


kerana sujud itu adalah tanda penghambaan kita kepada Tuhan yang satu,
sujud itu melepaskan ikatan-ikatan syaitan yang membelenggu,
ikatan-ikatan jahiliyah yang kita lakukan saban waktu,
serta ikatan-ikatan nafsu yang selalu memburu.

kita mengiktiraf Allah sebagai Sang Pencipta, Sang Raja, Sang Perkasa.

kepada Dialah tempat kita meminta,
dan kepada Dialah kita akan dikembalikan.

Tatkala sujud itu dilakukan,
sang hamba sedang merdekakan dirinya daripada segala belenggu yang membaluti diri,

dia sedang meletakkan pemujaannya hanya kepada Yang Esa,
dia sedang meletakkan pengharapan dan ketakutannya pada Tuhan semesta Alam
dia tahu dan dia akur akan perintah Tuhannya
dia sedar akan hakikat dirinya
hanya seorang hamba yang lemah tak berdaya


maka tatkala itu, sujud menjadikannya seorang yang merdeka.

Merdeka daripada ikutan nafsu dan syaitan
merdeka daripada perasaan ego, sombong dan bongkak,
merdeka daripada peraturan dunia yang memenatkan,
merdeka daripada kejahilan dirinya sendiri

dan merdeka dari segala-galanya..
kerana dia tahu, sujud itu hanya layak untuk Tuhannya

dan dia takkan sujud pada selainNYA,
sebagaimana dia takkan sujud pada peraturan selain peraturan Allah,
Dia takkan tunduk pada bisikan-bisikan syaitan,
dia takkan sesekali akur dengan kehendak nafsu,
dan dia takkan sesekali mencampur-adukkan kebenaran dengan kejahilan..

kerana sujudnya itu takkan sesekali membenarkan jahiliyah dan Islam bersatu.


dan itulah sujud.

dan dia takkan pernah sesekali pun redha jika sujudnya itu dicemari...


oleh itu,
ayuh, perbaharui sujud kita~!






No comments:

Photobucket