Friday, February 11, 2011

Ibuku..


Salam alaik,


Kalau ada manusia yang sangat rapat denganku,
Dia semestinya ibuku,

Jika ada manusia yang sangat kasihkan daku,
Dia semestinya bondaku.

Andai ada manusia yang sangat-sangat memahamiku,
Pastinya dia ummiku..


Kerana dialah manusia yang pertama-tama menjagaku,
Dialah manusia yang akan sanggup bersengkang mata keranaku,

Dia ibu yang takkan sekali-kali membiarkan aku kesedihan tanpa peneman,
dan dialah yang tak pernah jemu mengirimkan doa buatku tanpa paksaan..



Kerana kasihnya seorang IBU,
Penat lelahnya tersembunyi disebalik senyuman,

Kerana cintanya seorang IBU,
Takkan pernah meminta balasan..

dan kerana rindunya sang Ibu,
Diselindungnya nasihat buat bekalan..

Ibu, aku ingin kau tahu
Aku terlalu menyayangi dirimu
Jasamu padaku tak dapat kuperhitung satu persatu
Kasihku padamu harum mewangi saban waktu
dan aku bersyukur menjadi anakmu.

Namun ibu, kukesal kan diriku,
yang sering menyusahkanmu,
sering mengadu dukaku,
yang memusnahkan ketenangan malammu,
lalu di akhir waktu, kau berdoa untukku,
Namun, sedikitpun engkau tak mengadu.

Pengorbananmu ibu, memahalkan jasa yang perlu kubalas
Kasih sayangmu ibu, membesarkanku sehingga puas
Namun takkan setitikpun peluhmu dapat kubalas walaupun ku berhempas pulas
Kerana kasih sayang dan pengorbananmu itu tak diukur dengan emas
Tapi kupasti kejayaanku akan membuatkan kau puas
Maka tunggulah ibu, nantikan kejayaan anakmu tanpa was-was!


Mak, wo ai ni.. I luv u.. and i miss u to0.. Selamat hari jadi mak! ala sayang mak banyak-banyak~!

10 Feb 2011~











4 comments:

Ainul Arina Madhiah said...

happy birthday, makcik!~ hehe

keyLa said...

hehe..mekacih ainul!

lah said...

bismillah

hepi bufday mkcik!barakillah
doakn sy blh smpai jgk umah mkcik nnti..
uhu..lame dh trigin!
Allahumma yusahhil

sy de badar =))

keyLa said...

jemput2 la kerumah, mak saya jawab =)