Saturday, February 19, 2011

Baik.




“Agree.” Minn angguk. “So, apa dia punya definition of ‘baik’? Kerusi ditarik sebelum dia duduk.

“Definition dia mudah je. Sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’.”

Dahi Minn sedikit berkerut. “Maksud?”

Jasmin meluruskan telunjuk kanannya. “Lepas tu dia tanya balik, ‘beriman dengan Allah tu macam mana?”. Dia kata ‘apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Dia larang, tu baru namanya ‘baik’.”

“Amar makruf nahi mungkar.” Minn menyambung.

“Betul.” Jasmin menganggukkan kepada. “Kiranya kat situ dia emphasize yang untuk jadi baik ni memang kena secara holistik la gitu. Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tu la definisi ‘baik’ tu tak tercapai lagi.”

“Contoh?”

“Hmm…” Jasmin menggosok dagu cuba mengingat. “Ingat al-Baqarah 208?” Dia memandang Minn.

“Masuklah ke dalam Islam secara seluruhnya.”

Spontan Minn menjawab. Memang ingat ayat tu. Sebab selalu disebut dalam waktu sesi-sesi perkongsian.

###############################################################################



“Addin.” Minn sengih.

“Tau tak pe.” Jasmin turut mengukir sengih. “Addin tu way of life. Cara hidup. Maka…”

“Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi…” Minn membuat kesimpulan.

“Dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi…” Jasmin menyambung. “pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup balik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana pulak kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher, nampak anak rambut. Tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu.”

“Hmm…” Minn memutar sudu di tangan.

“Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vouge fashion terkini lawan dengan hujah hukum kut.”

“True.” Minn mengiakan.

“It’s not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It’s about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is ‘baik.” Jasmin mengangguk.

Minn melepas nafas perlahan dengan senyum tawar. “Tapi tu la. Definisi ‘baik’ di Malaysia, lain.”


(petikan dari Novel ‘Versus’ oleh Hlovate)






....

6 comments:

fathinaina said...

love that definition! always~~ huhuuuu...
p/s: nape lps bc entry ko nih, mood ak sentimental balik? kikiki =p

cik zetty penjaja bijan said...

i wrote exactly the same thing a week ago. dalam Versus, ni part paling best. tapi sayang sebab tak semua orang baca buku tu "dapat" point yg sama.

keyLa said...

fathin: huhu... aku bace pun rase sentimental...rase nak cri blik buku tu..huuhu

cik zetty: aah kan.. kdg2 bace tuk dpt mood jiwang tu je.. *rindu hlovate*

rsmra said...

sy pon suka part nih...<3<3

keyLa said...

raje: aah~ mmg berkesan!

Si Mambang Angin. said...

love it like always...manthopp!!!