Sunday, February 27, 2011

Blaming myself..

Salam~

Rasa nak nyanyi lagu akon- Sorry, Blame it on me pulak..(^^)

Being so sensitive lately.. Mood swings and too many things to think at one time. Maybe life is more complicated nowadays and I put too much stress on myself. I can't keep myself from doing something stupid~really.. And I have to say that I'm looking for perfection for everything I do but I know somehow it can't be perceive by my own.. I need help.

Kadang-kadang kita rasa mampu untuk lakukan sesuatu perkara sendirian, tetapi kadang-kadang kita perlu terima hakikat kita perlukan manusia sekeliling kita untuk bantu menyempurnakan lagi perkara tersebut.


We are absolutely imperfect, but everyone surely searching for the perfection. And when we can't keep it, we would blame ourselves for being such and such. And that's me. I really can't help myself. While others can do it perfectly, I'm blaming myself for not. When others could endure something, I'm blaming myself for being so weak. It really hurts me. And I put so much thought upon it. I know, I am hurting myself. But I keep asking why, why, and why? Nevertheless, the answer is simply..........

Because everything has a limit.

It's all about capacity. Sometimes I can measure and calculate it, sometimes I'm not. But most of the time I'm not clear with it-how far and to what extend. And I keep myself doing something by my own until the time that I feel I'm lost and can't continue, then I knew my capacity. So, I think that one should not blame me for not ask a help at first as I really don't have any idea about my capacity and I'm not going to bother the others when I don't have to.

Somehow, I think I got the trait of my late father. I learnt from him, for not bother anyone when you can endure it. He was quiet but dedicated man in his own way. While being sicked, he never ask for anyone's help. He kept everything by his own- his medicines, his pain, his reports etc. We as his children never knew about it until our mother told us. Because he just doesn't want to make us worry .

He just doesn't want to make us bother about him when we have to. He put himself in a place that he as a father need not much attention like what his children do. And I felt bad when I can't help him so much when he need someone because for one reason, I was too young to share for (as I'm the youngest in my family) and for second, he treated me as a small child because physically, yes I'm smaller and I believe he doesn't trust me( eg: dari tadika hingga tingkatan 3 antar pergi sekolah naik motor, tak bagi naik motor atas jalan raya sampai umur 15tahun tp dengan syarat pakai topi keledar-sebab motor kriss hijau tu berat, + takde lesen , nak keluar dengan kawan nek motor pun kdg2 tak boleh kalau jauh2 kecuali cakap dengan mak..hehe, dan selalu je la ade restrict2 tu.. maybe sebab nampak innocent and naive kan waktu tu..)

And yes, I learnt it from him. But I realized that this is not practical for all the time. Sometimes we need to talk n express the feeling so that we know our mistakes and give a chance for others to help. And I'm still learning in improving myself.

Hurm, biasa la tu kan bila kadang-kadang kita rasa tak perlukan bantuan orang lain, kadang-kadang rasa tak tahu pun nak buat ape, just do everything until once exhausted and felt like- takde orang nak tolong ker? And then, kadang-kadang feeling like tak ada kuasa pun nak suruh-suruh orang buat itu ini tambah-tambah lagi antara senior dan junior ( among friends pun, still rasa tak ade kuasa nak menyuruh apa2). dan kadang-kadang rasa malu nak mintak tolong tu lebih tebal daripada penatnya buat kerja sampaikan rela buat kerja tu daripada mintak tolong orang...

but it will end-up to sakit hati, marah, emosional, geram, sedih, stress, hypertension..

Lastly, kita juga yang merana. Kita juga yang merosakkan perasaan kita, kita juga yang akan meracuni ukhwah yang terbina. Kita sendiri yang akan hilang keikhlasan hati kita. Kita sendiri yang akan merosakkan semua.

Sebab itu aku teringat dalam satu talk kuliah online yang provided by masaf online tentang pentingnya dalam ukhwah ini, 3 konsep: iaitu tafahum, ta'awun dan takaful.

Tafahum- bila kita saling kenal mengenal yang bukan setakat kenal tapi saling memahami antara satu sama lain, saling faham-memahami..... saling faham memahami... (susah kan? tapi dengan setelnya part nie, baru level seterusnya muncul~)

Iaitu Ta'awun - bantu membantu.. baru boleh wujudnya bantu membantu antara kita. Baru dapat rasa manisnya ukhwah yang terbina dan ini tahap yang me'level'kan adakah ukhwah kita ini berkekalan atau separuh jalan.

Dan Takaful- tanggung- menanggung. mungkin nampak lebih kurang sama je dengan ta'awun, tapi ini lebih extra lagi..

So, just nak remind myself and others yang unsur tafahum itu sangat-sangat lah penting dalam ukhwah kerana boleh jadi ukhwah itu akan jadi 'masam' bila tafahum itu tak dapat nak apply antara kita. Jadi, be aware!

Teringat khutbah last Nabi yang menyebut:

" Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil."

Perkara- perkara yang kecil itu boleh jadi halangan2 ini yang boleh merosakkan ukhwah antara kita dan memusnahkan kekuatan yang kita ada.

wallahualam~



p/s: This entry is in english and malay version as I want to improve my english and currently use english in conversation, so the feeling is more expressive than usual plus the emotional state(=p) is swinging~=p.. part of it is in malay as I can't express it in english due to my verbal problems..haha


~I am sorry and you can put the blame on me~

Saturday, February 19, 2011

Baik.




“Agree.” Minn angguk. “So, apa dia punya definition of ‘baik’? Kerusi ditarik sebelum dia duduk.

“Definition dia mudah je. Sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’.”

Dahi Minn sedikit berkerut. “Maksud?”

Jasmin meluruskan telunjuk kanannya. “Lepas tu dia tanya balik, ‘beriman dengan Allah tu macam mana?”. Dia kata ‘apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Dia larang, tu baru namanya ‘baik’.”

“Amar makruf nahi mungkar.” Minn menyambung.

“Betul.” Jasmin menganggukkan kepada. “Kiranya kat situ dia emphasize yang untuk jadi baik ni memang kena secara holistik la gitu. Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tu la definisi ‘baik’ tu tak tercapai lagi.”

“Contoh?”

“Hmm…” Jasmin menggosok dagu cuba mengingat. “Ingat al-Baqarah 208?” Dia memandang Minn.

“Masuklah ke dalam Islam secara seluruhnya.”

Spontan Minn menjawab. Memang ingat ayat tu. Sebab selalu disebut dalam waktu sesi-sesi perkongsian.

###############################################################################



“Addin.” Minn sengih.

“Tau tak pe.” Jasmin turut mengukir sengih. “Addin tu way of life. Cara hidup. Maka…”

“Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi…” Minn membuat kesimpulan.

“Dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi…” Jasmin menyambung. “pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup balik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana pulak kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher, nampak anak rambut. Tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu.”

“Hmm…” Minn memutar sudu di tangan.

“Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vouge fashion terkini lawan dengan hujah hukum kut.”

“True.” Minn mengiakan.

“It’s not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It’s about masuk ke dalam Islam secara total. Then THAT is ‘baik.” Jasmin mengangguk.

Minn melepas nafas perlahan dengan senyum tawar. “Tapi tu la. Definisi ‘baik’ di Malaysia, lain.”


(petikan dari Novel ‘Versus’ oleh Hlovate)






....

Tuesday, February 15, 2011

For him, the beloved one..



The stone pebble and the soil under his feet gentle

Grateful, delighting in every moment treaded.

To the cave of light, soul eager as he retreated:

Read! The Arch Angel commanded.

In the name of thy Lord, read!


The stone pebble and the soil under his feet gentle

To all the world a mercy

Never for a moment severe

The rowdy with mildness he did amend.

Modest traveler for whom this world

a place of sacrifice sufficed

While the world under his feet pined

His own shoes he mended.


Piety he wore

Poverty with pride chose

In His Name!

In His Name!

He gave up himself

And all he had.


In His Name! In His Name!

All night long, supplicating

All night long, supplicating

All night long, in the Lord's way, a servant.


This son of Makka did ascend

To the Heavens in person did ascend;

An eye-witness to a glory awesome

Yet on earth moved he gentle.


The exalted character the Majesty crowned

The hand of God a spirit perfected.

Beloved of the Loving One

And all those that walk upright.


The souls he stirred

With happiness shined

The ideal nation did evolve

Under this builder of the hearts.


Let the ignorant say what may

It's lack of nearness,

Not knowledge

That feeds on lies promulgated.


Know him, you shall love him

The most praised

Between heaven and earth

His name's daily repeated:

Muhammad!

Mohamoud!

Ahmed!

Yaa Mustafa!


Your name's with the Lord's joined;

A celebration in the Heavens echoed.

From minarets and on mountain tops

In deep valleys and on the sailing ships

In needy hearts

And wherever the Lord resides

Your name's praised, Yaa Ahmed!


At the heights of fame and power

His tears of compassion

The lowest on heavenly wings

To the Heavens soared.

Proud protector of women

Orphaned child and baby-girl…

A community of justice for all he founded

Slave and master in fellowship joined

Under his care all hearts rejoiced.


In the way of God he marched

Liberator of the sinner

In shinning armor fought he evil, relentless

In the face of corrupting forces, undaunted.

Those who find fault with Ahmed

Far removed are they

From the person praised.


Sad indeed is the soul that disregards or

distances itself from this lamp of God.


------------------------------

(Copyright: Safi Abdi 2003, edited 2008)



Allahumma salli A'la Muhammad, Ya Rabbi solli A'laihi wasallim...

Pengalaman bersama microbiology..


Salam alaik....

(Warning: Entry kali nie umpama luahan perasaan, jadi sila abaikan atau anda akan kehilangan masa anda~) ;)


Puji-pujian kepadaNya, Tuhan seluruh alam.. segala puji untukNya yang Maha Mengetahui keadaan setiap makhluknya.. Maha Besar Engkau, Ya Rab, Ya Allah.. Maka masukkanlah aku dalam golongan hambaMu yang bersyukur padaMu..aminn..


Satu episod telah selamat berlalu dalam hidupku. Yang kunamakan 'pengalaman bersama microbe/microbiology'..(cam rancangan tv pulak~) Dan episod kali ini sangat-sangatlah berharga bagiku dalam mencari perjalanan mencari makna kehidupan terutamanya penat lelahku dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor, insyaAllah.. Sebab itu nama blogku ini ~Perjalanan Si Dhaif~ yang mana aku cuba sebanyak mungkin untuk merekodkan segala peristiwa yang berlaku sepanjang aku mengejar cita-cita di bumi Tuhan ini. Kalau nak rindu-rindu dan nak imbau balik pengalaman belajar time kerja nanti, boleh je la jenguk-jenguk blog nie kan.. (hehe~ boleh juga la aku tahu camne progress kematanganku berlaku..=p)


So, kali ni nak cerita pasal microbe. Honestly, inilah exam final yang aku rasa sangat-sangatlah restless, rasa teruji benar keimanan dan ketaqwaan, rasa sangat-sangatlah tak mampu, payah, susah, banyak, sangat-sangatlah besar, broad, dan lain-lain perasaan yang sewaktu dengannya.

Mungkinlah bagi orang lain, microbe in KECIL besar semut je berbanding subjek lain. Mungkinlah jugak ade yang tengah baca nie rasa sangat-sangatlah tak logik cik kella nie mengatakan sedemikian..

Tapi ketahuilah, itu hakikat yang berlaku padaku.. Itulah perasaan yang aku nampak dan rasa time belajar microbe nie. bukanlah aku katakan subjek cam anatomy, physiology tu tak susah.. Bahkan majoriti tanya orang len pun sume akan angguk punyer kalau tanya susah ke tak.

TAPI..... yang physiology, anatomy, biology, biochemistry, dan lain-lain ~ ada unsur-unsur metabolism, ada penerangan tentang mechanism, ada connection between satu point dengan point lain..

TAPI..... yang satu nie, dah la nama jarang-jarang jumpe,(kadang-kadang tak pernah pun) panjang dan pelik pulak tu, ditambah pula dengan nama penyakit yang ade kaitan dengan nama 'pemilik' yang menyebabkan penyakit tu tapi tak pernah diketahui kewujudannya dan connection yang boleh disambung dengan talian hayat ke,ape ke...




Okey, nak bagi contoh la... Leishmaniasis caused by Leishmania spp eg: Leishmania mexicana, Leishmania brasilensis yang menyebabkan penyakit kulit ataupun deep ulceration on skin. Other than that, Leishmania also the cause of Kala-Azar fever made by Leishmania dovolani. So, i want to ask you guys, ape pulak characteristic si 'Kala-Azar fever' nie berbanding dengan demam-demam biasa? and ape pulak bezanya ulceration by Leishmania spp than other ulcer? Camne kita nak diagnose penyakit ini dan apa pula treatment for it?

And then how we want to make sure this Leishmaniasis is about the skin, and not same to the Tularemia yang disebabkan oleh Francisella Tularensis? SEE....., nama penyakit dengan parasite lebih kurang sama tapi takde connection langsung nak cakap what it's all about...


Dan nie baru satu species.. Yang ade dalam text book tu rasenye 1/4 bumi pun tak sampai tapi berlambaknya haii... takyah nak sebutlah kan.. Kadang-kadang tak ingat pun yang mana satu protozoa, mana satu bacteria... kadang-kadang tertukar pasangan...huhu~bercampur-gaul dah sume~
(nasib tak jadi sambal belacan je~=p)


Dan yang lagi-lagi menguji keimananku ialah aku jenis yang payah benar nak menghafal. That's my weakness.. Sebab aku suke aku 'faham' benda itu berbanding aku 'hafal'.. bila kita faham kita tahu la kan camne nak connect2 nie..

DAN....... microbe 'mengajar' aku menggunakan hafalan aku yang tak berapa bagus tu.. Nie umpama part nak 'asah belakang parang' la.. dan nak asah parang tu bukannya macam peribahasa, lama-lama akan jadi tajam tu.. Yang asah lagu tu guna perkataan 'lama-lama' ~means long time period la.. tapi yang aku asah nie, memang advance punyer period.. boleh jadi 'acute' time lah.. (yang rasa otak mengembang dengan terlalu hebat tu...huhu)

Sampai ade masa time tengah study, tiba-tiba nak menjerit bila jumpe ade nama penyakit or species baru.. (Nak jerit-"cukup!!!cukup!! tak mau hafal dah!! tolonglah~~=opss, monolog dalaman dah keluar) huhu..tiba-tiba sedih dengan diri sendiri.... agaknya macamana lah microbiologist2 kat dunia nie eh.. normal je ke hidup dyorang..cam tak de pulak nampak ramai 'Albert Einstein' punyer gaya kat mana-mana kan..huhu~

Tapi aku tak nafikanlah..aku suke microbiology sebab ia interesting sangat2 walaupun penyakit dia pelik-pelik dan menggelikan.. Cam aku bayangkan ade satu kehidupan between all these microorganism yang hidupnya, makan minumnya umpama manusia.. bilangannya banyak dan lebih banyak daripada manusia..


And you know why, somehow I feel like all these microorganisms resemble us.. Human..
Ada yang jadi commensal microbes, ada yang jadi parasites.. And ada yg between this two, yang hidup tak ganggu sapa-sapa.. (dapat point tak?)

Cam manusia la, ada yang jadi perosak, suka melaga-lagakan orang, bunuh-berbunuhan antara satu sama lain, mencuri, dll..

Tapi ada juga yang baik, siap bagi benefit lagi kat orang yang 'tumpang'kan dia.. menyebarkan kebaikan, saling nasihat-menasihati dan berkasih-sayang~ bantu-membantu dll..

Dan ada juga manusia yang type 'aku-tak-ganggu-kau-so-jangan-ganggu-aku'.. dia suke hidup sorang-sorang dia.. makan minum dy suka hati la.. dan tak suka orang kacau perihal dia.. orang len nak buat baik, lantak pi lah..(lebih kurang camtulah~)

Betulkan? Perfectly resembles us.. Subhanallah!

Walaupun aku rasa nak menangis belajar microbiology ni, rasa stress yang melampau, rasa sakit tulang belakang, menghadapi pelbagai masalah seperti dehydration yang hebat berbanding selalu, turun berat badan (xcaye? dayah jadi saksi ;)), tidur tak menentu, dll,


tapi.................... ia ajar aku untuk~ fokus sepenuhnya time menghafal, guna masa sebijak-bijaknya, jadi productive, jaga mutabaah amal, keseriusan dan ketekunan, kuat semangat, dan yang paling-paling ketara~ HAFALAN!

MasyaAllah, aku boleh hafal sebenarnye.. cuma limited skills je ni..hanya wujud dalam waktu-waktu terdesak..

Tapi sekarang, tak lagi.. aku takkan gunakan hafalanku ini untuk jadi limited skills.. maybe sebab aku dah sedar akan kemampuan diri untuk menghafal (benarkah? ) melalui microbe...dan aku terasa amat-amat hipokrit bila aku boleh hafal nama-nama pelik nie tapi aku tak gune hafalan aku nie untuk hafal Al-Quran, hafal hadis etc,etc..

Rasa sangat-sangat lah hipokrit.. dulu maybe tak terasa sebab aku belajar membaca dan faham..tak guna hafalan yang hebat, just nama-nama yang penting je.. tapi Microbiology nie memang beri impak la kat aku.. beri satu perbandingan yang sangat-sangat realistik dan munasabah untuk aku improve hafalan aku dan mengutamakan ayat-ayat Allah daripada kalimah-kalimah dunia..

Nak menunjukkan aku nie masih lagi kejar dunia kah?
naudzubillah~
(selalu je teringat time tengah hafal-hafal, tiba-tiba terpandang AQ, satu rasa muncul dalam hati..waaa~ betapa aku telah hipokrit pada diri sendiri!)



Huhu..~ dan aku ada list panjang menanti~

Akhir episod: Alhamdulillah, aku telah lepas microbiology..time disoal tu, aku ditanya bertubi-tubi~! maybe sebab aku sorang je kot yang ambil exam hari tu....(time tgh jawab dan after jawab, aku still rasa nak nangis!)
dan yang paling hebat, sejak malam sebelum exam, aku rasa nak muntah..n until now, still xberubah.. hebat betul penangan microbe~

dan inilah subjek yg meninggalkan kesan padaku..

(o0.)

Friday, February 11, 2011

Ibuku..


Salam alaik,


Kalau ada manusia yang sangat rapat denganku,
Dia semestinya ibuku,

Jika ada manusia yang sangat kasihkan daku,
Dia semestinya bondaku.

Andai ada manusia yang sangat-sangat memahamiku,
Pastinya dia ummiku..


Kerana dialah manusia yang pertama-tama menjagaku,
Dialah manusia yang akan sanggup bersengkang mata keranaku,

Dia ibu yang takkan sekali-kali membiarkan aku kesedihan tanpa peneman,
dan dialah yang tak pernah jemu mengirimkan doa buatku tanpa paksaan..



Kerana kasihnya seorang IBU,
Penat lelahnya tersembunyi disebalik senyuman,

Kerana cintanya seorang IBU,
Takkan pernah meminta balasan..

dan kerana rindunya sang Ibu,
Diselindungnya nasihat buat bekalan..

Ibu, aku ingin kau tahu
Aku terlalu menyayangi dirimu
Jasamu padaku tak dapat kuperhitung satu persatu
Kasihku padamu harum mewangi saban waktu
dan aku bersyukur menjadi anakmu.

Namun ibu, kukesal kan diriku,
yang sering menyusahkanmu,
sering mengadu dukaku,
yang memusnahkan ketenangan malammu,
lalu di akhir waktu, kau berdoa untukku,
Namun, sedikitpun engkau tak mengadu.

Pengorbananmu ibu, memahalkan jasa yang perlu kubalas
Kasih sayangmu ibu, membesarkanku sehingga puas
Namun takkan setitikpun peluhmu dapat kubalas walaupun ku berhempas pulas
Kerana kasih sayang dan pengorbananmu itu tak diukur dengan emas
Tapi kupasti kejayaanku akan membuatkan kau puas
Maka tunggulah ibu, nantikan kejayaan anakmu tanpa was-was!


Mak, wo ai ni.. I luv u.. and i miss u to0.. Selamat hari jadi mak! ala sayang mak banyak-banyak~!

10 Feb 2011~











Monday, February 7, 2011

Sujud kemerdekaan..


Sujud itu menundukkan dahi,
tetapi
memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih kepadaNya..

si jahil menyangka ia adalah belenggu ke atas hamba,
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
meruntuhkan syirik,was-was dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujud kepada ALLAH dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
terhapuslah setiap penzalim yang sombong

barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya..

~al-muntalaq~





Sujud.

Bagi seorang muslim, tempat sujudnya hanya kepada Allah. Bukan kepada benda selain dariNya.

Tapi adakah pengertian sujud itu hanya perbuatan meletakkan dahi ke lantai atau ke bumi?
adakah sujud itu hanya berlaku tatkala solat dilakukan?
atau tatkala ayat-ayat AQ dialunkan lalu bertemu dengan ayat sajadah?


itukah sujud?



mungkin itu adalah sujud dari istilah perbuatan,

tapi hakikatnya pengertian sujud itu lebih besar daripada meletakkan dahi ke lantai,
lebih tinggi maknanya tatkala tubuh dijatuhkan untuk sujud padaNya,
lebih harum mewangi maksudnya daripada mencium debu-debu tanah tatkala sujud dilaksanakan..

ia lebih daripada itu..


kerana sujud itu adalah tanda penghambaan kita kepada Tuhan yang satu,
sujud itu melepaskan ikatan-ikatan syaitan yang membelenggu,
ikatan-ikatan jahiliyah yang kita lakukan saban waktu,
serta ikatan-ikatan nafsu yang selalu memburu.

kita mengiktiraf Allah sebagai Sang Pencipta, Sang Raja, Sang Perkasa.

kepada Dialah tempat kita meminta,
dan kepada Dialah kita akan dikembalikan.

Tatkala sujud itu dilakukan,
sang hamba sedang merdekakan dirinya daripada segala belenggu yang membaluti diri,

dia sedang meletakkan pemujaannya hanya kepada Yang Esa,
dia sedang meletakkan pengharapan dan ketakutannya pada Tuhan semesta Alam
dia tahu dan dia akur akan perintah Tuhannya
dia sedar akan hakikat dirinya
hanya seorang hamba yang lemah tak berdaya


maka tatkala itu, sujud menjadikannya seorang yang merdeka.

Merdeka daripada ikutan nafsu dan syaitan
merdeka daripada perasaan ego, sombong dan bongkak,
merdeka daripada peraturan dunia yang memenatkan,
merdeka daripada kejahilan dirinya sendiri

dan merdeka dari segala-galanya..
kerana dia tahu, sujud itu hanya layak untuk Tuhannya

dan dia takkan sujud pada selainNYA,
sebagaimana dia takkan sujud pada peraturan selain peraturan Allah,
Dia takkan tunduk pada bisikan-bisikan syaitan,
dia takkan sesekali akur dengan kehendak nafsu,
dan dia takkan sesekali mencampur-adukkan kebenaran dengan kejahilan..

kerana sujudnya itu takkan sesekali membenarkan jahiliyah dan Islam bersatu.


dan itulah sujud.

dan dia takkan pernah sesekali pun redha jika sujudnya itu dicemari...


oleh itu,
ayuh, perbaharui sujud kita~!






Sunday, February 6, 2011

Don't worry..






Worry Ends


Don’t be saddened by what you see
By all the lies and treachery
Life is cruel but don’t worry
In your heart lies the key
To unwind all the secrets
Of this life we see

When you feel you’ve lost it all
When you don’t know who’s your friend or foe
You wonder why you’re so alone
Worry ends when faith begins


Don’t be sad by what you see
It’s true life has its miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins


Don’t be saddened by what you see
I know life can be crazy
A showcase of hypocrisy
In the form of piety
It’s just one big mystery


For you and me

I found my peace deep within
Calling inside
Follow what you feel is right
So trust your heart go ahead
Don’t lose sight


Follow that voice deep inside
When you feel you’ve lost it all
When you don’t know who’s your friend or foe
You wonder what you’re so alone
Worry ends when faith begins

Don’t be sad by what you see
It’s true life has it’s miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins

If you’re weak it’s not a crime

Don’t you know it’s blessing in disguise
To know who’s honest and who spread lies
Worry ends when faith begins
Don’t be sad by what you see
It’s true life has it’s miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins~


~Sami yusuf~

Wednesday, February 2, 2011

InsyaAllah, ada jalannya..

Salam alaik~

Lagu terbitan Awakening yang mengubah lirik lagu 'InsyaAllah' daripada English kepada Malay version umpama satu bentuk penghargaan dan penghormatan Maher Zain buat peminat-peminat beliau di tanah airku yang tercinta, Malaysia~ bangganye rasa...

Wah, rasa cam terharu sangat-sangat bila dengar lagu insyaAllah versi melayu dan bila bayangkan bagaimana Maher Zain berusaha untuk menyanyikan lagu tersebut tanpa ade ke'pelat'an sikit pun..=p

Aku sebagai salah seorang peminatnya sangat2 lah rasa terharu~ bukan senang tau.. cam aku bayangkan aku nyanyi lagu Czech dengan sepenuh hati..aduh, bagai mimpi di alam lain..~! (macam susah je nak jadi benda tu..=p)

Layan~



Bagiku, aku suka je lagu nie.. cam comey la lirik dia~
paling suka part nie..

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu..

Dan yang best bila dia nyanyi..

insyaAllah, ada jalannya.....

Rasa 'ye, betul... ade jalannya..'..(^^,) pasti ada jalannya..!


Hurm, dan lagu nie mucul time Egypt tengah dilanda gelombang politik. bergelora sekejap. Tetamu yang nak datang ke Cz nie pun tertunda dan akhirnya tak dapat nak datang sini.. Kesian dyorang.. teman Igop sangat2lah ramai di Mesir.. harapnya mereka baek-baek aje.. ya Allah, bantulah mereka..

Dan lagu nie khas ditujukan tuk mereka.. InsyaAllah ada jalannya~~



p/s: Second wave salji dah turun, tp tak tebal~ tapi at least dy turun pun jadilah~
Alhamdulillah, warga Cz dapat lagi seorang permata hati, kali nie girl!!! namanya Khaulah Dania~ hurm, indahnya.. sweet2.. besday dy time snow..~

Hurm, tetiba blank sekejap~sebab bila tetamu xdapat datang sini, may be ade hikmahnya tuk dyorang tapi hikmahnye tuk aku bagaimana pulak?~ (o0.)
oh, microbe~~~




Photobucket