Saturday, January 1, 2011

Trials and challenges



Make me strong, Ya Allah!

Perasaan yang dirasai sekarang amat berbeza.. Berbeza sekali dengan perasaan-perasaan sebelum nie. Ada banyak benda yang mengetuk pintu hati.. Ada banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Ada banyak benda yang perlu dilakukan.. Nak kata sesak, bukan. Tapi ia memenuhi segala rongga dalam diri. Nak kata tepu pun bukan. Tak ade words yang boleh describe situation sekarang..

Perasaan yang bercampur-baur.. Nak kata gembira bukan, nak kata sedih pun bukan. Nak tulis pun tak tahu nak mula dari mana, tapi rasa nak tulis something. Nak share something.

Dakwah. Daie. Rasa jauh perkataan itu nak digapai, tapi langkahan ke arah itu dengan izin Allah telah bermula. Tapi bila teroka diri, alangkah kerdil dan hinanya untuk memegang amanah dan tugas itu biarpun tahu manusia Allah ciptakan hanyalah untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi. Once kita menyebut 2 kalimah syahadah, tugas itu telah terbeban di bahu. Once kita mengaku Allah itu Tuhan yang Esa, dan Muhammad itu pesuruhNya, dakwah sudah sepatutnya menyusup dalam setiap salur darah dalam tubuh kita. Menjadi urat nadi dalam setiap detik hidup sebagai hambaNya.

Namun, tugas dakwah itu sering ditakuti oleh ramai orang. Dengar pun allergic seluruh badan. Tapi dah sebut 2 kalimah syahadah dah. Tak tahu mana silapnya, sampaikan sekularisme itu telah menjadi sebati dalam hidup masyarakat. Dakwah itu hanya tugas seorang ustaz. Camtu ker?

"Kena buktikan Islam bukan hak seorang ustaz!"

Terngiang-ngiang suara seorang ustaz masa bagi talk tentang Syahadatain (2 kalimah syahadah). Ye, Islam memang bukan hak Ustaz semata. kalau tengok sirah pun, ramai sahabat hanya dapat 2-3 surah pendek tapi boleh mengislamkan ramai orang. Boleh berdakwah kepada orang lain walaupun hanya dengan 2-3 ayat. Diulang, dengan 2-3 ayat sahaja. Belum setaraf ustaz lagi masa tu. Contoh yang boleh diberikan, Abuzar Al-Ghiffari. Walaupun dia pernah ada sejarah silam, iaitu seorang perompak tetapi lepas je peluk Islam, dia terus berdakwah dan berjaya mengislamkan kampungnya. Bahkan walaupun baru masuk Islam, dia dengan beraninya pergi ke masjidilharam dan terus berteriak "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah" ditengah-tengah manusia yang tengah menyembah berhala masa itu. MasyaAllah, hebatnya para sahabat..

Kita ada missing something bila kita ucap 2 kalimah syahadah. Kita missing 'kefahaman' tentang kalimah yang diucapkan itu. Kefahaman yang mana sahabat2 nabi dapat bila mengucapkan kalimah syahadah. Kefahaman yang membuatkan mereka terus nak berdakwah kepada manusia lain, menyebarkan kebenaran bagi melenyapkan kebatilan. Mereka dapat kefahaman selepas kalimah lailahaillallah itu disebut. Allahu akhbar.. Dimana silapnya kita bila kini disebut dakwah, seluruh badan gatal2, allergic teramat, pandang sebelah mata, buat donno, acuh tak acuh, geli, dan macam-macam lagi. Dimana silapnya?

Dakwah itu cinta.. terus-terang, diri sendiri masih baru mengenal erti dakwah dan tarbiyah. Kalau orang kata itu pelik, kerana belajar dakwah dan tarbiyah di negara bekas jajahan komunis, maka peliklah ia. Tapi hidayah Allah sampai kat mana-mana je. Kat kutub utara ke, kat kutub selatan ke, kat rumah orang ke, kat rumah sendiri ker, kat mana-mana je. Allah kata "Jadi," maka jadilah ia. Tiada yang mustahil..

Kerana masih baru, maka benih-benih cinta itu baru saja disemai.. Tp sepanjang proses pertumbuhan cinta itu, pasti banyak dugaan yang datang.. Jadi benih semaian ini kuperlu jaga dengan rapi, agar menjadi dan tumbuh dengan sempurna. Banyak lagi yang perlu aku belajar untuk menjaga semaian ini agar terus tumbuh. Dan sokongan daripada teman-teman amatlah aku harapkan agar aku terus tsabat di jalan yang baru kumulakan perjalanannya ini. Make me strong!

Dakwah bukan pelik bagi seorang muslim. Walaupun pelik dimata manusia kini, tapi bukan pelik di pandangan Allah. aku dapat tarbiyah itu disini. Tapi bagi yang belum dilanggar dengan tarbiyah, mencarilah. Carilah di majlis-majlis ilmu, di internet, di mana-mana sahaja. Marilah kita kenali diri sebagai hambaNya.

' Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal'
Al-Imran:190

Aku bersyukur dilanggar hidayah disini. Setiap orang lain-lain cara dia dilanggar. Tapi yang penting, selalu benarkan diri dilanggar dengan hidayah. Jangan menyorok. Sebab kebaikan itu kadang-kadanng hanya datang sekali. Dan aku sangat-sangat yakin setiap manusia nie sukakan kebaikan. Sejahat manapun dia, still dalam hatinya ade sikit rasa benci dengan kejahatan dan sukakan kebaikan. Percayalah. Just kita merelakan diri kita nie untuk merasakan kemanisan iman yang sekarang nie dilitupi dengan debu-debu dosa akibat kejahilan kita. Carilah.

Carilah erti hidup sebenar. Allah tak perlukan kita, tapi kitalah yang perlukan Allah. Allah boleh tukar sekelip mata je kaum yang menderhakai-Nya, dan gantikan dengan kaum yang taat dan patuh kepadaNya. Boleh je.Allah Maha Kuasa. Macam kita bagi kereta mercedes kat orang. Kalau orang tu taknak, bagi kat orang lain. Macam tu lah.

Surah Muhammad ayat 37: bermaksud: "Ingatlah! kamulah orang-orang yang diajak membelanjakan harta pada jalan Allah, tetapi ada antara kamu orang-orang yang bakhil, sedangkan barangsiapa yang bakhil, maka tidaklah ia bakhil melainkan terhadap dirinya sendiri, dan Allah itu kaya (tidak perlu kepada kamu), tetapi kamulah yang miskin (memerlukan kepadanya) dan jika kamu berpaling (dari agama Allah)akan Allah gantikan satu kaum yang lain dri kamu, kemudian mereka tidak (derhaka) seperti kamu"

Jangan nafikan hakikat. Jangan degil. Jangan keras kepala. Grab peluang nie. Ingat, hidup hanya sekali. Jangan jadi orang yang rugi dikemudian hari. Yang Allah sebut dalam AQ, mereka merayu pada Allah agar dikembalikan ke dunia walaupun untuk sehari agar dapat berbuat amal kebajikan. Jangan jadi orang yang rugi. Peringatan yang paling penting terutama untuk diri sendiri yang sedia terkenal dengan kedegilannya~

Wallahu'alam~ make me strong, ya Allah!
Mencarilah!

No comments:

Photobucket