Wednesday, January 12, 2011

Merenung jauh...



Salam alaik~


Arini nak 'merenung' jauh.. maybe ia akan jadi 'termenung' jauh, tapi depends on what i'm gonna to talk here..=p

Wokey, mana nak start ye.. Ehem,ehem..Tak tahu emosi nak macamana.. Perlukah rasa seronok? Bahagia? or nak berdukacita? atau biasa-biasa?..=)
..
Maybe yang terbaik, biasa-biasa je kot..kui3.. sesuai dengan keadaan semasa.. (heh)

Baeklah, wish myself Happy 22nd-year-of-older!
(wah, kella perlu ke nak state number kat situ?)
Haha, it's ok lah.. saya dah boleh terima dengan senang hati..
A year older, a year wiser~kan?

(Kella nie tiap-tiap tahun mood sambut besday dy berubah.. so tak payah wonder la kenapa dia camnie..hehe
yelah, kan tahun berubah kan~)

Walaupun number itu kelihatan cantek dipandangan mata, tapi kelihatan 'banyak' juge kan. Cam 22 lagi banyak daripada 2, ataupun 3..
Tapi itu dari segi kuantiti la.. Kalau dari segi umur, ia merujuk peningkatan la..
(nak jugak escape istilah 'tua'..=p)
It's not 'tua' kan? not REALLY la I mean..
cam sedang-sedang la kan..haha

Kalau mengimbau apa yang telah dilalui selama 22 tahun nie, memang dipanggil 'termenung' jauh la.. sebab 'merenung' jauh tu refer to the future, kan? so, better sebut pasal my future planning la kan? haha~ cam ape je..
(abes tu sapa suh buat tajuk entri camtu..)
ape-ape jela.. kalau ade yang tersebut pasal my past, takpe la kan..

Back to the topic, kalau nak dibandingkan umur dan kejayaan aku hari ini dengan kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan kembali kota Constantinople pada usia 19 tahun, dan jadi Sultan termuda time tu, memang kalah teruk la ratingku..
Kalau nak dibandingkan dengan kejayaan-kejayaan Umat Islam zaman kerajaan Abbasiyyah pula, memang jauh ketinggalan la daku.. (hafal 1 juzuk AQ pun belum berjaya lagi~)
Memang kerdil la diri yang dah sedia kerdil ini.. Dan teramat malu lah kerana belum boleh jadi sehebat umat Islam yang sebenar kan..

Tapi insyaAllah, itulah yang nak 'merenung' jauh tu.. Itulah yang nak diplanning dari sekarang, kerana itulah yang nak dikejar di atas dunia ini.. Nak kejar mardhatillah, nak kejar syurga Allah, nak kejar cinta Allah.. sebab kalau bukan kat atas dunia nie, kat mana pulak kan? kita hidup hanya sekali,dan takkan ade dah bumi tatkala sangkakala Izrafil dah ditiup..so make use of our lifetime, orang puteh kata..

Jadi, ape yang nak 'direnung'kan pulak?
(pulak dah..)
Benda yang nak 'direnung'kan~
:Diri sendiri
: Mutabaah amal
: tarbiyyah
: dakwah

Tapi, kalau ikutkan takde ikut turutan atas tu.. ia kena sekali seiring kan.. cam seiring dan sejalan lah.. seindah bunga di taman~~

Diri sendiri: Ape ye nak cakap.. basically, memang ternyata teramat banyaklah kelemahan diri yang belum ternyata bebas daripada jahiliyyah2 yang bertapak dan bersemadi kukuh dalam tubuh. Yang nyata, kekuatan imanlah yang satu-satunya dapat mengupas dan yang nak mengopak kulit2 jahiliyyah yang melekat di hati( cam kupas kulit limau tu..)
Jadi, asasnya iman~

Iman.
Pembinaan iman.
Iman itu perlu dibina.
Iman dibina berdasarkan kepercayaan dan kefahaman..
dan kefahaman yang ditekankan disini adalah kefahaman AQ dan as-sunnah..
Dekatkan diri dengan AQ, amalkan as-sunnah.
(dan aku teramat lah mementingkan kefahaman itu kerana aku rasa itu kunci utk segala perkara yang aku akan lakukan pada masa akan datang dan yang akan memastikan aku kekal di jalan ini, insyaAllah~)
Jadi, 'kunci' ini wajib kucari hingga ke lubang cacing..THE MUST!

Iman yazid wa yankus~ Iman itu naik dan turun..
Jadi, kuperlu berhati-hati kalau time iman turun jangan turun sampai negative.. risau susah nak naik balik.. nie pun the MUST!

Mutabaah amal: Pembinaan iman perlu dikuatkan dengan amal..baru complete.. insyaAllah, kali ni azam yang ada, aku minimized kan agar aku boleh istiqamah..Yang paling baik amal bukanlah yang banyak tetapi sedikit dan istiqamah..seperti dalam sabda baginda saw..

Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Istiqamah! itu yang penting..

tarbiyyah: 'didikan' ini umpama suapan-suapan nasi yang melegakan perut (terutama perut malaysian cam daku~~) yang tengah kelaparan.. dan tarbiyyah disini maksudnya makanan rohani yang mendidik jiwa.. moga hati dan jiwaku ini sentiasa kelaparan untuk ditarbiyyahkan dan insyaAllah untuk mentarbiyyah manusia lain juga..

tarbiyyah itulah yang mendekatkan aku kepadaNya.. tarbiyyah juga yang memberiku makna sebenar kehidupan yang sementara ini.. ku harap dengan tarbiyyah juga aku dapat mengejar syurga dan cintaNya..

(sering berfikir tentang tarbiyyah baginda Rasulullah saw.. bagaimana agaknya Rasulullah mendidik para sahabat sampai jadi begitu hebat.. subhanallah! )

ya Allah, jadikan hati-hati kami ini yang rindukan syurgaMu dan mati syahid dijalanMu..

semusim bersama tarbiyyah, selamanya terasa~ teringat 'theme' nie masa join 1 program ritu.. bila imbau kembali memang akan terasa sampai bila-bilalah.. dan tetibe rasa kemanisan dalam maksud tarbiyyah itu.. tarbiyyah itu mendidik jiwa aku untuk kuat.. dan Allah beri aku tarbiyyah dahulu seblum menimpa ujian kepadaku.. sungguh Allah Maha Mengetahui..

dakwah: Masih terlalu awal, dan setahun jagung dalam mengenali maksud dakwah yang sebenarnya.. buat masa ini yang boleh aku katakan, dakwah sudah mempamerkan wajahnya yang sebenar padaku.. tapi aku tak pasti wajah-wajah apakah lagi yang bakal muncul.. jadi, persiapan rapi harusku tekankan supaya aku faham dan mengerti apa yang aku bakal laksanakan..

macam yang aku katakan tadi, aku perlu mencari 'kunci' untuk membuatkan aku melangkah tanpa ragu-ragu.. Kunci yang memberi kefahaman jitu kepadaku. tetapi aku rasa kefahaman itu akan muncul satu hari nanti.. mungkin kefahaman itu wujud dalam sistem tarbiyyah itu sendiri yang perlu aku teroka untuk aku temui.. Aku yakin, jawapannya pasti ada, cuma masa yang menentukan.. but, dont take me wrong.. bukanlah maksudku sekarang aku ragu-ragu.. tapi ape orang kata, kita kadang2 perlukan satu 'hint' yang akan buat kita tak paling belakang dah.. dan 'hint' itulah yang sedang aku cari... moga2 akan kutemui..ameen!


(wah, banyaknye kella 'renung'kan!! hehe..)

alhamdulillah..

generally, yang atas nie lah.. tapi banyak je lagi sebenarnye.. tapi tu biarlah rahsia..

hurm, dah kot.. dah habis merenung dah.. insya Allah, moga2 ALLAH redha terhadapku dan aku juga redha atas ketentuanNya.. (aku redha dah 22..;) )


all the best for upcoming exam!

all the best for this new year!

all the best of very best, k!(ape punyer ayat nie..)

všechno nejlepši~moga dipermudahkan..

mode: Physical examination +microbiology~


p/s: Selama 3 tahun kat cz sambut besday, kali nie 1st time salji xde time my besday.. keciwa jugak la.. selalunye sambut dgn salji~~~tapi maybe Allah nak tarbiyyah kella nie.. salji bukan maksud besday tuk kella..hik3.. who knows? Allah knows...~^^


3 comments:

lah said...

salam kila

huhu.. bile bace entry awk ni kt pn same2 merenung jauh..
jzklh khoir dik for a reminder.. barakillah..=)
iAllah ..jalan terus..mg Allah redho tiap langkah kt iA.
Thabit qulubanaa 'ala deenik wa 'ala thoatik

p/s: hehe..snow ade sket2 lg kila..kt tepian jalan..;p

syg fillah,
ahli badar (*-^)

fathinaina said...

haha..finally, thn ni mengaku jugak nombor umur tu..lalalaa~ =p
huhu..btol2..byk amal, tp kalo x diterima pun..menakutkan jugak..istiqamah tu lg pnting..huhuuu..tang menghafal tu..*zuubbb!!* skit..huhu..

all the best keyla! dah matang nih..hehe..

p/s: ak masih menyimpan harap ade 2nd wave snow lg nnt..huhu..langit gelap spjg minggu...hehe..=pkalo x trn jugak, kite men snow dlm peti ais tu je la..haha

keyLa said...

kak lah~ (eh, dah reveal dah?)
hehe..
alhamdulillah, kila igtkan diri nie yg terutama..
insyaAllah, insyaAllah..
moga2 kita terus tsabat!,ameeennn

hehe, snow ciput sgt tuu...

fathin aina: haha...aku dah terima laa..meskipun pahit!=(
betul2.. tp susahnya nak istiqamah!

na, kalau salji dlm peti ais tu xyah ler..tu pun nak cair..sume nak cayo dah...huhu..sedih2