Friday, May 7, 2010

Pada lelaki, bukanku benci....

salam alaik....~


Pada lelaki, bukan kubenci
Jika permata itu yang kau cintai
Bawalah dia mencari redha Ilahi.

Pada lelaki, bukan kubenci
Jika permata itu yang kau temui,
Jagalah dia sepenuh hati.
Bukan belaian tapi penghormatan yang patut diberi.

Pada lelaki, bukan kubenci
Jika permata itu yang kau cari,
Simpan dia di tempat yang rapi.
Jangan tayangnya situ sini.

Pada lelaki, bukan kubenci
Bukan juga mengajarmu untuk berdiri
Cuma aku meminta engkau mengerti
Kami ini hanya tercipta dari rusuk kiri
Tak boleh lentur tak boleh dikasari.

Pada lelaki, bukan kubenci
Tapi bukan hanya perempuan perlu menjaga diri
Lelaki perlu lebih memahami
Tanggungjawabmu mendidik kami
Pasakkan iman dihati kami.

Pada lelaki, bukan kubenci
Engkau bakal bergelar suami
Pemimpin keluarga satu hari nanti.
Meneraju Negara yang bakal diwarisi
Jangan musnahkan harapan kami.

Pada lelaki, bukan kubenci
Kutahu tanggungjawabmu berat sekali
Dan aku tak pernah mahu membebani
Cuma untuk memperingati
Kelak dihadapan Tuhan kau bakal diadili
Empat tarikan sudahpun pasti
Ibumu, saudara perempuanmu, anak perempuanmu dan juga isteri
Engkau bukan hidup didunia seorang diri.

Pada lelaki, bukan kubenci
Kupesan padamu dan juga diri
Sama-sama kita peringati
Sama-sama kita menjaga diri.
Kita hidup hanya sekali....




EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


wallahua'lam..

:post ini hanyalah perkongsian fikiran dan perasaan saya, yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. tiada langsung kaitan dengan mana-mana pihak..

ku hanya mencari redhaNya~

2 comments:

azreen yahaya said...

nice keyla! suke! hehe.

keyLa said...

^^v..
i loike jugak
pujian kepadaNya~ ^-^

Allah yg berhak tentukan~

Photobucket