Sunday, December 5, 2010
Terngiang-ngiang..
Saturday, December 4, 2010
Dia Maha Segala Kekuatan
Thursday, November 25, 2010
Ke'serabai'an..
Salam alaik~
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya
Sunday, November 21, 2010
Menyusuri pelangi..
Friday, November 19, 2010
Cinta itu hebat jika....
Wednesday, November 10, 2010
10 Zulhijjah~ jom grab!
Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Ada apa dengan hari sebelum hari raya aidil adha nie? hurm, let's check it out~!
Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. (07.11.10) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah pada tahun ini. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith.
Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3:
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”
Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandnagan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,
“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj:
“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi:
“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)
JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA
1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :
Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,
Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai.
Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu
“[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“.
Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).
5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.
7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”
dan di dalam riwayat lain :
“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :
“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.
Selamat beramal! please share to others~ let's grab these 10 days together..
Moga Allah redha ^^
Thursday, October 28, 2010
Autumn~
Alhamdulillah~bernafas lagi ya Allah! Subhanallah3..
Saturday, October 23, 2010
Dia.
Wednesday, October 20, 2010
Prasangka
Wednesday, October 13, 2010
Teruji lagi
Friday, October 8, 2010
Bumi Cinta
Thursday, September 30, 2010
Saya sudah 3rd year!
Sunday, September 19, 2010
Kurang upaya..
Syukur masih bernafas di bumi yang indah ini.. Cuma kurang upaya sedikit. Hasil virus batuk daripada saudara terdekat (=p) plus percutianku ke terengganu dengan menaiki bas ber'air-cond' selama lebih 13 jam.... akhirnya sistem imunisasiku lumpuh. Demam? yezza~~
Batuk ni nampaknya tak mahu surut. habis air asam jawa aku telan, plus with the real asam jawa.. tak juga2 mahu surut.. Tapi maybe salah diri sendiri jugak la kan.. Orang degil memang selalu camni. Orang tak minum air ais, dia hentam jugak.. Jadi jangan tanya la kenapa tak sembuh-sembuh..(-.-')
Alahai, lagi seminggu lagi di malaysia nie.. Jangan lah demam nie berpanjangan..cukup2lah sehari dua.. jangan pulak bawak ke czech.. haila...tak sanggup..
Tuesday, September 14, 2010
iMpiAn di HaRi RaYa~
Segala puji-pujian kepada Allah..
Aku kini boleh bernafas lega.. Lega dengan 'percutian' ku disini.. Alhamdulillah, syukur kepadaNya..
Hari nie hari raya kelima. Cepatnye masa berlalu. Femly semua ke penang, tinggal aku, iwan dan kak atun. Mulanya nak ikut, tapi tengok takut pulak clash dengan plan aku nak ke terengganu nie. So, aku x ikut la.. Lagipun dyorang pegi bersama kaki-kaki pancing(abang ipar aku). takkan pergi hanya sehari dua.. mau tidak 2-3 malam kat sana.. orang pancing la katakan..
Tapi, alahai... lamanya tak ke penang! rindunyerr... hurm, takpelah..maybe rezki tahun nie xde.. lenkali la pulak~
Alhamdulillah sekali lagi, aku bersyukur.. banyak juga impian aku tahun ini, raya ini terlaksana.. Solat terawih, solat hari raya, zakat, kubur.. Nak tau siapa bayar zakat tuk aku? Selalunye abang sulung, tapi kali ni for the first time, adik lelaki aku yang bongsu tu melaksanakan tugasnya wakil kepada emak dan aku.. hehe.. sekali nak tergelak pun ade.. macamanalah dia duk depan Tok yang kutip zakat tu..huhu.. bagus2.. tarbiyah dia sikit.
Jumpe sudah anak-anak buah aku yang tak berkesempatan tengok dulu.. Adam Haziq, dan Nursyazwani Zulfa.. Comey3! Haila, aku dah mula sukakan budak-budak! Hurm, kena keep yang ni up sikit lah.. Penting untuk masa depan..hehe. Berlatih untuk mendidik anak sendiri satu hari nanti, chewah! (kella~lambat lagi wokey?=p)
Ya Allah, ramainyer anak buah! matilah aku nak bagi duit raya sorang satu.. Sekarang leh la escape2, sebab belajar lagi..tapi nanti? aduhaii..............................
Tu belum kira adik beradik, makcik pakcik~ ramai3.. hurm, kena belajar rajin-rajin kella!
Masalah lagi bile dyorang ingat mak keyla dyorang nie kaya.. mak keyla xkaya, jpa yang duk taja.. huhu..tapi alhamdulillah, setakat nie aku bagi ikut mampu aku la.. anak buah xleh lebih2.. hihi.. kena adil la kali nie..
Tapi syukur jugak bagi makcik-pakcik, abang kakak yang still bagi duit raya kat aku~ jazakumullah khairan kathira! terima kasih banyak2! jasamu semua dikenang~ sungguh, aku terharu.. moga aku dapat balas suatu hari nanti.. insyaAllah~
Mak, alhamdulillah.. sihat-sihat saja.. mudah-mudahan terus sihat sampai anaknya nie grad. Tak lama dah, tinggal 4 tahun jika Allah izinkan.. cepat masa berlalu, cepat jugak detik menjadi doktor itu.. Doktor? InsyaAllah~
Rakan-rakan lama? Seronok dapat jumpe teman-teman.. ade jugak yang tak dapat nak jumpe. padahal dekat je. masa tak mengizinkan..Tapi bila teringat jumpe-jumpe nie, banyak betul maksiat yang berlaku.. aduhai, sungguh aku manusia yang tak lepas buat kesilapan. Maksiat hati, maksiat mata.. Astaghfirullah, ampunkanlah daku ya Allah. Iman da mula sakit nie. Perlu dirawat! Harapnya aku tak lagi mengulanginya.. behave, kella.. walau dah lama tak berjumpa bukan lesen boleh buat sesuka hati. Ingat tu!
Makanan? ape lagi ye yang tak merasa? Balik hari tu pun dah hampir semua juadah buka puasa aku da try. Time raya lagilah..Hah, cume satu lagi yang aku nak tapi tak jumpe2.. Rendang tok. Feveretku.. Kalau dulu arwah abah suka masak time kenduri.. tapi sekarang da takde.. kakak aku cakap nak buat rendang tok tu lama, bagusnye gune dapur kayu..huhu.. takpe lah, jadilah dodol aku tolong mak aku buat aritu..hihi.. tukang kacau je pon..
Hurm, esok aku akan berangkat ke Kuala Terengganu, menaiki bas ke rumah kak Lah for her big day.. Waaah, masih tak percaya kakak kesayangan kami ini akan meningkat levelnya dari single kepada double, student kepada suri, daripada anak orang kepada isteri orang.. hehe.. Kak lah, wish u all the best for ur 'new world'.. insyaAllah,aku sgt2 yakin kak lah boleh jadi isteri yang baik.. insyaAllah..
Aku? Ramai duk tanya~ tak kira kawan, tak kira pakcik makcik, kakak abang.. semua duk tanya.. lailahaillallah.. muda lagi aku nie.. awat la depa duk risau.. nanti ada aku cakap la....
(haha, kot ye..)
Raya kali ni aku nak protes sikit saja.. Cerita hantu berderet! Taw la bulan puasa baru je lepas.. syaitan,hantu dah tak tertambat, kot ye pun jangan lah dari hari raya pertama hingga sekarang nie cerita hantu saje.. haila~ aku nie rindu sangat cerita cerekarama melayu. even aku peminat movie seram yang tegar, tapi takde masanya aku nak layan cerita hantu time raya nie. tak feel langsung.. huhu.. nanti balik czech nanti aku layan cerita hantu.. sini aku nak layan raya~ please, bagilah can tu..hurm..
Banyaknyer impian dah tercapai! tinggal lagi seminggu lebih aku kat sini..taknak balik!!! aduhai, kalau tak balik, sapa yang nak grad kella? hurm, kena persiapkan mental dan fizikal nih.. (fizikal dah terlebih kilo~ kena minus-minus lagi before fly sana=p)..mental, kena sedia lah.. dah xde da mood raya.. mood study je taw...huhu
oklah, last but not least, nak wish semua selamat hari raya maaf zahir batin!
Moga Allah redha kepada kita di syawal yang mulia ini.. harapnya aku dapat terus istiqamah dalam apepun yang aku lakukan, insyaAllah.. (p/s nie harapan raya tahun nie..=p)
kepada yang beraya di perantauan, jangan bersedih... tak kire dimana kita, kita masih berpijak dibumi yang sama, berbumbungkan langit yang sama, menghirup udara yang sama, meminjam sinaran matahari yang sama.. dimanapun kita, hidupkan lah semangat berhari raya tue yek?
^^
peace~..
with love