Monday, June 15, 2009

kecewa..

kecewa dengan diri sendiri..
kecewa dengan diri orang lain juga..
kecewa bila xdapat nak tarik mereka..

tatkala panggilan Allah datang
untuk menyempurnakan fardu ain..
bilik itu lengang tidak berorang

orangnya telah memenuhi bilik yang lain..
yang penuh dengan alatan canggih

masa terus berjalan..
aku menunggu lagi..
harapkan bayang-bayang manusia menjelma
mengimamkan solat yang makin tertangguh..

dan akhirnya datang mereka yang terbuka hatinya
alhamdulillah, syukur padaMu..


usai pekerjaan, aku ke bilik peralatan canggih
manusia memenuhi ruang
nampaknya tiada rezeki untuk hari ini..

tidak mengapa kerana aku ada banyak lagi perkara yang boleh dibuat
tapi hati masih lagi kecewa..
bukan kecewa tak dapat tempat..
tapi kecewa kerana kawan yang belum sempat tunaikan solat..

peperiksaan..
aku mula benci dengan peperiksaan..
membuatkan manusia terputus silaturrahim
membuatkan manusia terlupa pekerjaan hakiki

entahlah..
tapi aku mula membenci peperiksaan..

1 comment:

lynawan said...

yea,me too.benci peperiksaan sbb buatkn manusia tak boleh mengeratkn silaturrahim