Monday, June 22, 2009

ku SAYANG Allah..INSYAALLAH!

"ya ALLAH, arini histo!" jam da pukul 2 pagi. aku bergegas bangun dari katil. dari tadi fathin kejutkan aku, tapi memang liat nak bangun sebab kepenatan hari-hari yang lalu. "ya Allah, banyaknye lagi..." aku merenung kertas bertaburan atas mejaku. sampai tiada ruang untuk meletakkan buku. aku ketepikan semua cepat2. lalu ingin memulakan pembacaan.

"eh, subuh da masuk ke belum nie" .hajat ingin membaca aku ketepikan dulu. aku kemudian bergegas menuju bilik air dan berwudhu'.. semuanya berlaku pantas. namun aku rasakan detik yang berlalu seakan memberi ruang kepada aku untuk mengulangkaji buat kali terakhir.. atau mungkinkah kerana terlalu cuak, akhirnya aku membaca dengan speed 100 kali ganda per second?..Allah knows..

aku bukak 'predict' soalan untuk slide histo.. hurm.. even satu-satu aku baca dengan sabar, aku dapat habiskan dalam satu jam..subhanallah!
aku mencuri masa yang ade kemudian untuk mengulang embryologi yang lama ditinggalkan. satu-satu. namun aku terpaksa berhenti seketika untuk mandi kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. kemudian aku terpaksa mengambil masa lagi untuk meng'iron' baju..kali nie memang membazir waktu yang ade. 'lenkali kalo nak exam, iron la bju awal2..' hati menasihati. namun aku sabar seketika melihat dugaan ini. pukul 7 mula hampir..aku bergegas turun. aku diiringi dengan doa rakan-rakan seperjuangan yang memang xputus-putus memberi semangat.

"alamak! bas number 18!" aku hanya memandang sepi bas yang lalu didepan mata.huhu... terlepas jugak bas nie. xpe, mesti ade bas lagi. aku mempercepatkan ayunan langkahan.
mata aku masih belum terlepas dari buku. namun sebab bas yang ditunggu belum jugak menampakkan hidung, aku semakin cuak. aku segera melihat jadual bas. 'ade lagi nie..sabar2' kemudian datang sebuah bas yang aku lihat dari jauh. aku hanya memandang sekilas kerana
mengagak itulah bas yang ditunggu-tunggu.. kemudian aku melangkah masuk. mataku melilau mencari tempat duduk yang kosong. alhamdulillah, ade! terus aku menyambung pembacaan.

beberapa minit berlalu. kemudian aku mendengar " moravske predmesti jedna". 'ape tu..' mata memandang kiri kanan..'kat mana aku nie'.. nie bas number pe nie'.. soalan bertalu-talu menanya diri yang blur nie. 'ya Allah, bas 28!. camne leh salah tengok nie.astagfirullah..' dalam kekalutan aku sempat berzikir memohon pertolongan Allah. camne leh terlepas pandang .bas nie bukan bas yang aku selalu aku naik untuk ke fakulti. 'waa..' hati menjerit dalam diam. 'saakella ape yang ko buat? ade salah ape-ape ke?' aku menanya diri. namun tiada jawapan pasti.

'takpe, Allah nak uji nie. sebab tadi cam senang je nak masuk benda yang aku baca. ALLAH nak uji nie.. takpe2..sabar..' hati memujuk. aku turun di perhentian fakulti nemocnice B. bas yang akan datang lagi sepuluh minit. aku mengambil masa yang ade mengingati Allah, minta ditenangkan fikiran yang bercelaru..

dari fakulti nemocnice B, aku ke hotel garni. dan kemudian bus 18 datang untuk membawa aku ke fakulti. Alhamdulillah. aku sempat menghabiskan pembacaan di muka surat yang terakhir.
sesi memilih soalan dimulakan. aku hanya ingat Allah. soalan 1 untuk cytology, 18 untuk microscopy anat dan... 10 untuk embryo! 'Allah, aku xigt la soalan nie..'

xpe, cuba je. sesi slide histo aku dengan prof Mraz. satu slide salah teka. padahal slide tu yang aku confirm and nak terangkan. tapi gall bladder yang aku tak ingat tu pulak betul.. xpe, Allah ade! aku mulakan dengan lactating mammary gland. aku dapat jawab soalan dengan baik namun banyak dibantu oleh prof Mraz. atau lebih afdhalnya aku cakap, dia banyak bagi klu.. contoh- before milk production, what secreted first? aku lupe. berfikir..berfikir..berfikir.." co.....colo..." prof memberi kata klu.

"colostrum!" aku menjawab pantas. 'eh, betul ke?' aku nampak dia senyum je. bantai la. betul la kot. sungguh aku lupe!

kemudian slide yang betul2 aku xde idea nak terangkan-gall bladder. "ya ALLAH, mati la aku kali nie'..sume soalan main teka.
"smooth muscle tissue?"
"no, no.."
"erm..."
"fibromuscular..."
"yes..ano.."
padahal aku xabeh cakap lagi..
dan seterusnya..

tapi alhamdulillah! aku dapat 3!. memang nak fail kalo boleh. tapi aku tak sure sebenarnye..aku lepas ke tak nie. 3! bukan xlepas ke..ntah la. aku tanya secretory tu dia kata prof Mraz kata kat dia, aku lepas. dan tadi pun Prof kata dia tak tahu sapa akan examine aku. either prof Mokry or Mazurova..maksudnya aku lepas la.." ya Allah, bagilah yg terbaik"

aku mencari mood nak present. nape la aku nie. blur sungguh! dari tadi cam xde semangat nak exam. 'ya ALLAH, bagilah kekuatan.. tapi andai aku tak boleh teruskan, aku redha yaALLAH.. aku redha ya ALLAH...' secretory tu tinggalkan aku sebentar dalam bilik. aku melafazkan kuat zikir memenangkan hati..bergaung gak la bilik tu. 'alhamdulillah, moga turun rahmat dalah bilik nie..nanti mesti secretory tu suke duduk sini..^^' sempat lagii...

pastu Has datang nak tukar tarikh. aku senyum je kat dia. dalam hati..'has, tolong la..' tapi memang mustahil la pun..hmm, xpe la..cuba je la..

pastu ade seorang pelajar keluar dari bilik Profesor Mokry. terus dia pilih tarikh. dalam hati 'dia kena repeat kot. aduh...ade rezki ke nie..' takpe2..sabar..
nampaknya aku kena dengan Prof Mokry la.. ape la nasib aku hari nie.. secretory tu ajak masuk. aku terus masuk and senyum. "hello, Sir"..dan seterusnya.....


soalan 1 dan 18 memang aku dapat present dengan baik. even languange barrier tu memang ade, tapi aku dapat la present ape yang aku faham.alhamdulillah.. aku present laju gile. bila da sampai kat soalan embryo tu, aku tukar speed. slow2 aku present. alhamdulillah, Prof nie tak detail sangat tanya soalan untuk embryo..maybe bukan bidang dia. syukur sgt xdapat soalan nervous system hari nie..alhamdulillah.. tapi memang ade la soalan dia pasal embryo tu yang aku xdapat jawab..tak ingat langsung!

kemudian Prof tu nak buat conclusion. 'waaa...detik yang menakutkan'
"allright, its seem like you have study all detail the theory. eventhough there are several mistakes... but i'll make you pass"

SYUKUR!!!!

macam mimpi..macam baru tadi aku nak fail dengan Mraz. alhamdulillah333x... Allah lembutkan hati mereka..aku tak sayang Mokry or Mraz. tapi aku sayang Allah!

'wa as aluka hubbaka
wa hubba mayyuhibbuk
wa hubba kulla amalin allazi yuballighuni hubbaka...'

"aku memohon cinta dari Mu..
dan cinta orang yang mencintaiMU
dan cinta kepada malan yang menyampaikan aku kepadaMu.."

masyaALLAH..
indah cinta dengan Allah..
dan indah cinta dengan orang yang mencintai ALLAH..
masyaALLAH..





10 comments:

lynawan said...

Now u experienced that feeling too sister.the feeling of passing when 1 hour before u r 90% ready to fail.but selagi kita bpegang kuat dgn harapan kita n igt kt Allah,insyaallah semua ok.
sy skrg sdg mengalami sindron anat.cuak!

keyLa said...

cayalah lina..
aku experienced the similar situation wif you. subhanallah!

aku nie lagi cuak.belum nak bukak silat lagi nie..haha..insyaALLAH dipermudahkan.

SupeR HoLky-HOOD said...

Salam alaik keyla..

alhamdulillah..subhanallah, allahuakbar!!!
Gratuluju moje sestra!
1 more to go inshaAllah..
Mg Allah permudahkn urusan kt sume iA..

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." (94:7-8)

Selamat bermujahadah utk anat plak! Mujahadah kt x akn selesai smpai bile2 hinggalah giliran kt dipanggilNYA iA..

Jg diri jg iman iA.

Uhibbuki fillah ukht,
OrgbaitulmusabB02

p/s: pozor!! sile tgk no bus berhati2 sblm nek..kiki..(*-*)

MissNico said...

huhu..Alhamdulillah..:)
Seronok!!!pr

keyLa said...

dekuju..dekuju.dekujuu!!!

syukur.syukur.syukur.


alhamdulillah.alhamdulillah.
alhamdulillah

axvist said...

"'wa as aluka hubbaka
wa hubba mayyuhibbuk
wa hubba kulla amalin allazi yuballighuni hubbaka...'

"aku memohon cinta dari Mu..
dan cinta orang yang mencintaiMU
dan cinta kepada malan yang menyampaikan aku kepadaMu.."

masyaALLAH..
indah cinta dengan Allah..
dan indah cinta dengan orang yang mencintai ALLAH..
masyaALLAH.."

ckin suka ayat ni...
:D
tahniah keyla~

keyLa said...

thanx ckin..dapat ayat nie dr ceramah ust. asri..

mari sma2 praktikkan!

axvist said...

hehe..ye mari! :D

muhammad noor ismail said...

salam.. terbace entry nih.. interesting :-) alhamdulillah, congratz, n moga Allah permudahkan urusan-urusan yang lain..

keyLa said...

terima kasih..^^
insyaALLAH..