Friday, June 5, 2009

bolehkah begini...

hati bertanya...
bolehkah begini..
bila berdua dalam bilik belajar ini?

bolehkah begini..
jika aku dan dia studi?

bolehkah begini...
bila aku dan dia terhalang dari pandangan almari..

bolehkah begini...
bila hanya aku dan dia berdua belajar sendiri?

bolehkah begini..
jika aku dan dia tidak bertegur sapa fokus studi?

bolehkah begini..
bila aku tak diiringi muhrim?

bolehkah begini..
bila aku cari tempat lain, selesa hilang sama sekali.?

bolehkah begini..
tatkala mengingati fitnah bakal mengunjungi diri?

bolehkah begini??

terlintas...'perempuan yang baik, tidakkan pernah berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim...'

nauzubillahi min zalik..
apa yang telah aku buat ini???

8 comments:

Saif Shah =) said...

"Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya."

-Al Fudhail bin Iyaadh-

Barakallahufik...

keyLa said...

salam, saif..
xfaham la..^^
cuba terangkan..

Saif Shah =) said...
This comment has been removed by the author.
Saif Shah =) said...

wslm...

maaf delete yg atas...
erm, fudhail bin Iyaadh ni scr mudahnya nak ckp, kita ni rs malu pada manusia tu lebih dr kita rs malu pada Allah SWt sendiri.

cthnya; kita nak wat salah depan org kita malu, tp bile org xnampak kita rs xmalu pun nak wat benda tu... sdgkan Allah Melihat & Memerhatikan kita spjg masa...

Gtu laa lbh krg.. itu mengikut kemampuan sy bg menerangkan... maaf kalo xsmp maksudnya... skdr ingatan bersama.. =)
wallahu'alam...

keyLa said...

o0o0...
berita sampai..

hmm,perbuatan sy tu jelas salah la kan..

Saif Shah =) said...

“Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram jiwa padanya, dan tenteram pula dalam hati. Dan dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa, dan ragu-ragu dalam hati, meski orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.”

(HR Muslim)

p/s : Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berHakimkan hati. (^_^)

MissNico said...

tanya iman pasti ada jawapan..

keyLa said...

salam, kak wanie..

iman senipis kulit bwg ini selalu salah congak la k wani..

mohon petunjukNya~