Tuesday, June 30, 2009

je t'aime...not me

its not for me..
dan dia juga bukan untukku...


hav faith in Allah!!
aku ada Allah...

Wednesday, June 24, 2009

AHLAN YA REJAB~

ahlan,ahlan..
mari masuk rumah hamba..
ahlan,ahlan..

marilah menghidupkan bulan rejab.. bersama kita melakukan amalan2 sunat yang insyaALLAH besar ganjarannya disisi Allah..

ambilah waktu untuk belajar
kerana itu sumber kebijaksanaan

ambillah waktu untuk ketawa
itulah muzik yang menggetarkan hati

ambillah waktu untuk bekerja
itu adalah nili keberhasilan

ambillah masa untuk bermain
itu adalah rahsia masa muda yang abadi

ambillah masa untuk berdoa
itu adalah sumber ketenangan


ambillah masa untuk beribadah
itu adalah kunci menuju syurga...

**di 'edit' dari post sebelum ini mengenai amalan-amalan bulan rejab. moga yang dicari adalah keredhaan Allah dan bukan kerana fadhilatnya..insyaAllah.


Monday, June 22, 2009

ku SAYANG Allah..INSYAALLAH!

"ya ALLAH, arini histo!" jam da pukul 2 pagi. aku bergegas bangun dari katil. dari tadi fathin kejutkan aku, tapi memang liat nak bangun sebab kepenatan hari-hari yang lalu. "ya Allah, banyaknye lagi..." aku merenung kertas bertaburan atas mejaku. sampai tiada ruang untuk meletakkan buku. aku ketepikan semua cepat2. lalu ingin memulakan pembacaan.

"eh, subuh da masuk ke belum nie" .hajat ingin membaca aku ketepikan dulu. aku kemudian bergegas menuju bilik air dan berwudhu'.. semuanya berlaku pantas. namun aku rasakan detik yang berlalu seakan memberi ruang kepada aku untuk mengulangkaji buat kali terakhir.. atau mungkinkah kerana terlalu cuak, akhirnya aku membaca dengan speed 100 kali ganda per second?..Allah knows..

aku bukak 'predict' soalan untuk slide histo.. hurm.. even satu-satu aku baca dengan sabar, aku dapat habiskan dalam satu jam..subhanallah!
aku mencuri masa yang ade kemudian untuk mengulang embryologi yang lama ditinggalkan. satu-satu. namun aku terpaksa berhenti seketika untuk mandi kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. kemudian aku terpaksa mengambil masa lagi untuk meng'iron' baju..kali nie memang membazir waktu yang ade. 'lenkali kalo nak exam, iron la bju awal2..' hati menasihati. namun aku sabar seketika melihat dugaan ini. pukul 7 mula hampir..aku bergegas turun. aku diiringi dengan doa rakan-rakan seperjuangan yang memang xputus-putus memberi semangat.

"alamak! bas number 18!" aku hanya memandang sepi bas yang lalu didepan mata.huhu... terlepas jugak bas nie. xpe, mesti ade bas lagi. aku mempercepatkan ayunan langkahan.
mata aku masih belum terlepas dari buku. namun sebab bas yang ditunggu belum jugak menampakkan hidung, aku semakin cuak. aku segera melihat jadual bas. 'ade lagi nie..sabar2' kemudian datang sebuah bas yang aku lihat dari jauh. aku hanya memandang sekilas kerana
mengagak itulah bas yang ditunggu-tunggu.. kemudian aku melangkah masuk. mataku melilau mencari tempat duduk yang kosong. alhamdulillah, ade! terus aku menyambung pembacaan.

beberapa minit berlalu. kemudian aku mendengar " moravske predmesti jedna". 'ape tu..' mata memandang kiri kanan..'kat mana aku nie'.. nie bas number pe nie'.. soalan bertalu-talu menanya diri yang blur nie. 'ya Allah, bas 28!. camne leh salah tengok nie.astagfirullah..' dalam kekalutan aku sempat berzikir memohon pertolongan Allah. camne leh terlepas pandang .bas nie bukan bas yang aku selalu aku naik untuk ke fakulti. 'waa..' hati menjerit dalam diam. 'saakella ape yang ko buat? ade salah ape-ape ke?' aku menanya diri. namun tiada jawapan pasti.

'takpe, Allah nak uji nie. sebab tadi cam senang je nak masuk benda yang aku baca. ALLAH nak uji nie.. takpe2..sabar..' hati memujuk. aku turun di perhentian fakulti nemocnice B. bas yang akan datang lagi sepuluh minit. aku mengambil masa yang ade mengingati Allah, minta ditenangkan fikiran yang bercelaru..

dari fakulti nemocnice B, aku ke hotel garni. dan kemudian bus 18 datang untuk membawa aku ke fakulti. Alhamdulillah. aku sempat menghabiskan pembacaan di muka surat yang terakhir.
sesi memilih soalan dimulakan. aku hanya ingat Allah. soalan 1 untuk cytology, 18 untuk microscopy anat dan... 10 untuk embryo! 'Allah, aku xigt la soalan nie..'

xpe, cuba je. sesi slide histo aku dengan prof Mraz. satu slide salah teka. padahal slide tu yang aku confirm and nak terangkan. tapi gall bladder yang aku tak ingat tu pulak betul.. xpe, Allah ade! aku mulakan dengan lactating mammary gland. aku dapat jawab soalan dengan baik namun banyak dibantu oleh prof Mraz. atau lebih afdhalnya aku cakap, dia banyak bagi klu.. contoh- before milk production, what secreted first? aku lupe. berfikir..berfikir..berfikir.." co.....colo..." prof memberi kata klu.

"colostrum!" aku menjawab pantas. 'eh, betul ke?' aku nampak dia senyum je. bantai la. betul la kot. sungguh aku lupe!

kemudian slide yang betul2 aku xde idea nak terangkan-gall bladder. "ya ALLAH, mati la aku kali nie'..sume soalan main teka.
"smooth muscle tissue?"
"no, no.."
"erm..."
"fibromuscular..."
"yes..ano.."
padahal aku xabeh cakap lagi..
dan seterusnya..

tapi alhamdulillah! aku dapat 3!. memang nak fail kalo boleh. tapi aku tak sure sebenarnye..aku lepas ke tak nie. 3! bukan xlepas ke..ntah la. aku tanya secretory tu dia kata prof Mraz kata kat dia, aku lepas. dan tadi pun Prof kata dia tak tahu sapa akan examine aku. either prof Mokry or Mazurova..maksudnya aku lepas la.." ya Allah, bagilah yg terbaik"

aku mencari mood nak present. nape la aku nie. blur sungguh! dari tadi cam xde semangat nak exam. 'ya ALLAH, bagilah kekuatan.. tapi andai aku tak boleh teruskan, aku redha yaALLAH.. aku redha ya ALLAH...' secretory tu tinggalkan aku sebentar dalam bilik. aku melafazkan kuat zikir memenangkan hati..bergaung gak la bilik tu. 'alhamdulillah, moga turun rahmat dalah bilik nie..nanti mesti secretory tu suke duduk sini..^^' sempat lagii...

pastu Has datang nak tukar tarikh. aku senyum je kat dia. dalam hati..'has, tolong la..' tapi memang mustahil la pun..hmm, xpe la..cuba je la..

pastu ade seorang pelajar keluar dari bilik Profesor Mokry. terus dia pilih tarikh. dalam hati 'dia kena repeat kot. aduh...ade rezki ke nie..' takpe2..sabar..
nampaknya aku kena dengan Prof Mokry la.. ape la nasib aku hari nie.. secretory tu ajak masuk. aku terus masuk and senyum. "hello, Sir"..dan seterusnya.....


soalan 1 dan 18 memang aku dapat present dengan baik. even languange barrier tu memang ade, tapi aku dapat la present ape yang aku faham.alhamdulillah.. aku present laju gile. bila da sampai kat soalan embryo tu, aku tukar speed. slow2 aku present. alhamdulillah, Prof nie tak detail sangat tanya soalan untuk embryo..maybe bukan bidang dia. syukur sgt xdapat soalan nervous system hari nie..alhamdulillah.. tapi memang ade la soalan dia pasal embryo tu yang aku xdapat jawab..tak ingat langsung!

kemudian Prof tu nak buat conclusion. 'waaa...detik yang menakutkan'
"allright, its seem like you have study all detail the theory. eventhough there are several mistakes... but i'll make you pass"

SYUKUR!!!!

macam mimpi..macam baru tadi aku nak fail dengan Mraz. alhamdulillah333x... Allah lembutkan hati mereka..aku tak sayang Mokry or Mraz. tapi aku sayang Allah!

'wa as aluka hubbaka
wa hubba mayyuhibbuk
wa hubba kulla amalin allazi yuballighuni hubbaka...'

"aku memohon cinta dari Mu..
dan cinta orang yang mencintaiMU
dan cinta kepada malan yang menyampaikan aku kepadaMu.."

masyaALLAH..
indah cinta dengan Allah..
dan indah cinta dengan orang yang mencintai ALLAH..
masyaALLAH..





Thursday, June 18, 2009

alhamdulillah~alhamdulillah..

alhamdulillah..hati berzikir memuji Allah..
lepas da czech..skrg nak baca histo pun da xmasuk..

"mood" histo yg terperam 2hari xkuar2..adui la..masalah nie.
xpe, kell..teruskan usaha!

maan najah!

Monday, June 15, 2009

kecewa..

kecewa dengan diri sendiri..
kecewa dengan diri orang lain juga..
kecewa bila xdapat nak tarik mereka..

tatkala panggilan Allah datang
untuk menyempurnakan fardu ain..
bilik itu lengang tidak berorang

orangnya telah memenuhi bilik yang lain..
yang penuh dengan alatan canggih

masa terus berjalan..
aku menunggu lagi..
harapkan bayang-bayang manusia menjelma
mengimamkan solat yang makin tertangguh..

dan akhirnya datang mereka yang terbuka hatinya
alhamdulillah, syukur padaMu..


usai pekerjaan, aku ke bilik peralatan canggih
manusia memenuhi ruang
nampaknya tiada rezeki untuk hari ini..

tidak mengapa kerana aku ada banyak lagi perkara yang boleh dibuat
tapi hati masih lagi kecewa..
bukan kecewa tak dapat tempat..
tapi kecewa kerana kawan yang belum sempat tunaikan solat..

peperiksaan..
aku mula benci dengan peperiksaan..
membuatkan manusia terputus silaturrahim
membuatkan manusia terlupa pekerjaan hakiki

entahlah..
tapi aku mula membenci peperiksaan..

Thursday, June 11, 2009

pada suatu hari yang redup...

aku berjalan-jalan...
sampai ke satu stesyen bernama zimni stadion, aku berhenti melangkah(naik bas sebenarnye..)


dan aku turun..


lalu melangkah lagi..

sampai di satu pintu gerbang.. kaki terhenti langkahan..




tapi kemudian kaki aku tanpa rasa ragu-ragu..terus melangkah masuk..
perkataan pertama, subhanallah!



perkataan seterusnya...'cantek bangat niehh!!!'





kegilaan pada bunga menerpa tanpa dipaksa..ya Allah, maha BesarMu ya Allah!!
cantiknyer!! tak tergambar aku dibuatnye..sampai abes betri la tangkap gambar..waduh2..bisa gawat nie..mulut xhenti sengih sorang-sorang..makruh taw.. tapi memang xleh nak cover da..




nie belum masuk part blakang lagi nie..ni baru laman depan tamn nie je..









geramnyer..cantik bangat nie..subhanallah tak lekang dari bibir...



rasa cam nak makan!!! nyum3

nak kunyah2 biar hancur..eii, geramnyerr...






pastu peristiwa yang xdiingini berlaku...waa, betri habes.. belum masuk part belakang lg nie...




dan akhirnya aku hanya menyimpan memori di dalam otak..kecantikan,keindahan bunga-bunga ini membuatkan aku hilang arah tujuan..sebenarnya aku datang sini nak belajar..dah tu, ralit dengan bunga-bunga nie sume buat aku xbukak buku sejak sampai..sibuk merayau mencari tempat nak bergambar..padan muka..da abeh betri maksudnye kena bukak buku la pulak!


tapi aku stil merayau-rayau lagi..macam taman nie taman aku yang punyer..hehe.


nasib la xde orang..aku memang sengih tara ingat punyer..nie bukan calang-calang bunga..bunga ros tau..mawar tau..kalau sebelum nie dapat tengok berapa kerat je dalam bunga yang selalu orang kirim time2 bercinta, kali nie dpt tengok satu taman!

sapa tak teruja! aku nie bukan lemah sgt bab-bab bunga tapi kalau da satu taman nie bunga mawar macam-macam kaler, aku pun boleh cair cm air tengok..

subhanallah..hati tak henti-henti memuji Allah..benarlah, dengan memerhatikan kejadian alam, kita akn selalu mengingati ALLAH..



dan milik ALLAH lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. cukuplah Allah sebagai pemelihara..'
(4;132)



aku jalan sekeliling bahagian sambil 'menyapa' sume bunga-bunga ros yang aku nampak..aku bagi salam sebab aku tahu diorang sume muslim..hampir semua la aku cuit dan bertanya kabar pun ade... biar la, aku nie nnti diorang kenal sebab pernah lawat dyorang..hahha.. naseb aku xbagi nama setiap bunga yang aku nampak..aku suka bagi nama tau..kiki


dah penat berjalan..aku akhirnya terduduk..mulut masih tak henti sengih..macam kena serangan angau..aku pun tak tahu..dahsyat penangan bunga rupanya kat aku.. dalam, hati tiba-tiba sebut,

'ya Allah, kurniakanlah aku taman ini..hadiahkanlah aku taman ini...'

lintasan hati yang tak dapat dikawal..kemudian aku terdiam..


****************************

'dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2...'



'..dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam syurga2 yang mengalir dibwhnya sungai2...'(3:195)


'dan selain dr 2 syurga itu ada 2 syurga lagi..maka nikmat Tuhanmu yg mnakah yg kmu dustakan? kedua syurga itu hijau tua warnanya..'(55:62-64)




'dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang2 yang beriman dan berbuat kebajikan , bahwa untuk mereka(disediakan) syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai2..'(2:25)



*********************************


ini baru taman kat dunia..
taman syurga nanti siap ade sungai yang mengalir kat bawah dia lagi..
lagi dahsyat..

lagi terliur nak tengok..
taman kat dunia nie buat pe..
esok-esok layu dan mati semua
tinggal rumput je nanti..

Maha Besar Allah..
aku inginkan syurgaMU!

........................................................

lepas tu, aku dengan rasa insafnya membuka buku..histo byk lg xhabes baca..leh lak dia melaram gambar..ish3..

tapi mata xlepas-lepas pandang pemandangan kat depan nie..
nak lukis memang da lukis da..hee..puas hati..tapi still nak tangkap gambar lagi..try jugak bukak hp yg da mati..







akhirnya berjaya!! last shot for the day..kemudian aku ke fakulti meneruskan perjuanagn yang belum selesai...

permudahkanlah ya Allah..

Monday, June 8, 2009

Oh, histologie!~

pelik kan aku..
org kalau bz ngan exam la xsentuh blog..
aku nie, makin busy, makin nak menulis plak..
pelik2..

tapi tu la aku. yelah, buat blog ni pun matlamatnye nak mengurangkan sakit kat otak..akibat penuh dengan segala ilmu dunia yang tak abeh2 nie.. makin dicari makin bodoh rasa diri..dengan segala penciptaan langit dan bumi..subhanallah! x terdaya dan x ade kudrat nak mempertikaikan ilmu Allah.. terlalu banyak dan tak terkira hebatnya...


hebat,
penciptaan cell sgt menakjubkan..
macam mana la ade benda hidup berukuran 100 nanometer or micrometer yang cukup sifat sempurna semuanya?..bila fikirkan analogi, cam manusia dikecikkan, dan dimampatkan, dan di vacumkan dengan dahsyat sekali...subhanallah!

hebat,
bila manusia dijadikan daripada cell2 tadi..
umpama benda hidup dalam benda hidup, lalu menjadi hidup!..atau manusia ditindih dan menindih lalu tertindih dan menjadi manusia yang teramat besar sekali..Allahuakhbar!
(manusia tercipta dari 35x10^12 cells)

hebat,
bila manusia yang ini boleh berfikir dan mempunyai pusat pemikiran yang terletak ditempat paling tinggi dalam badan serta dapat bergabung kuasa dengan saraf-saraf yang berselirat membelit diri tanpa ade satu pun tersimpul mati..

subhanallah..

maha suci Allah..

bila penat belajar, selalu fikir..
nape kena belajar benda ini..nape benda tu pun kena tahu..nape itu, nape ini..nape, nape n nape...
sampai soalan tu xleh nak kuarkan da..sebab da tahu memang kena belajar..



tapi dari segi mental dan logiknya,kita belajar untuk ape.
kembali kepada sunnatullah.. manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir..
sudah cantik dan indah penciptaan akal manusia, apa gunanya jika x digunakan?

seperti, sudah penat berpeluh-peluh mencipta kapal layar, takkan nak buat perhiasan saja?

cam tu jugaklah akal manusia..sudah lengkap diciptakan oleh Allah dengan segala jalinan yang istimewa, indah, x berselirat yang mengkusutkan..jadi takkan nak disimpan dalam rangka tengkorak nie saja?



mestilah ia perlu dikeluarkan dan diterjemahkan..disusuli dengan perbuatan..dan akhirnya penciptaan Allah itu tidak sia-sia..

jadi, kenapa penat belajar? sedangkan otak ini cume perlu digunakan sahaja..bukan disuruh merekacipta..tapi disuruh guna..

jadi, gunakanlah sepenuhnya..insyaAllah..

(harap x merepek terlalu banyak..maaf jika merunsingkan..tapi diri ini yang terlalu hebat runsing lalu menjadi seperti ini...natijah histologie..^^)

Friday, June 5, 2009

bolehkah begini...

hati bertanya...
bolehkah begini..
bila berdua dalam bilik belajar ini?

bolehkah begini..
jika aku dan dia studi?

bolehkah begini...
bila aku dan dia terhalang dari pandangan almari..

bolehkah begini...
bila hanya aku dan dia berdua belajar sendiri?

bolehkah begini..
jika aku dan dia tidak bertegur sapa fokus studi?

bolehkah begini..
bila aku tak diiringi muhrim?

bolehkah begini..
bila aku cari tempat lain, selesa hilang sama sekali.?

bolehkah begini..
tatkala mengingati fitnah bakal mengunjungi diri?

bolehkah begini??

terlintas...'perempuan yang baik, tidakkan pernah berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim...'

nauzubillahi min zalik..
apa yang telah aku buat ini???

Thursday, June 4, 2009

Allahu Akhbar..

alhamdulillah..
aku masih dalam pemerhatian Allah..
^^

syukur..


next week
czech -2nd trial~^^

moga dipermudahkan insyaAllah~

Wednesday, June 3, 2009

subhanallah~

penat, exhausted, capek bangat nie..
kepenatan exam period sudah bermula..aku suda merasakan tubuh badan mula lemah oleh asakan yang telah diterima oleh otak..bertubi-tubi membuatkan aku kepenatan akhirnya.. studi memang penat..sapa kata guna otak je xpenat..penat tau.. lagi dahsyat rasanye daripada pak pemotong kayu balak..waaa, penatnyer...


tiba-tiba terlintas
' ingatlah ketika kamu penat melakukan kebaikan, sesungguhnya kebaikan itu akan berterusan tapi kepenatanmu akan hilang...'

tak tahu mana datang ayat nie..rasa pernah baca tapi tak tahu dimana..kalau ade sesapa tahu sila beritahu ye.. sejuk skit hati ni bila ingat ayat nie..satu pengiktirafan bagi sesapa yang penat melakukan kebaikan...syukur~

petang nie nak masak la pulak. huhu, penat ini belum berakhir..esok kredit czech 2-grammar dan medicine, belum habis bace lagi.. nak harap malam nie bace, macam mengharap padi tumbuh xde air..(peribahasa mana nie)..waaa, kepenatan ini masih belum berakhir...

terlintas lagi..
'zikir itu pengubat hati yang penat...'

hmm, zikir..insyaALLAH, segala dipermudahkan.. serahkan segala urusan kepada ALLAH..usah memberati fikiran dengan perbagai persoalan yang tak mungkin dapat dijawab melainkan dengan bertawakal kepada Allah..Allah Maha Mendengar..

kepenatan ini akan berakhir..tapi pastikan ia berakhir dengan kejayaan yang ingin kau kecapi..itu adalah penawar segala penat lelahmu..

berusaha!!
innalah maa'na..

bersihkanlah hati dari segala noda~^^
may Allah bless..
Photobucket