Monday, May 31, 2010

Ya Allah...





Ya Allah, bantulah mereka.. sesungguhnya bantuanMu yang terbaik!

bendera putih dah dikibarkan tetapi serangan terhadap anak kapal konvoi tak dihentikan! kalau nak jumpe makhluk yang sekejam-kejam makhluk silala bertemu dengan rejim nie.
dalam al-Quran pun dah disebut, mereka takkan pernah redha dengan kita( orang Islam). tapi secara keseluruhannya, zions tak pernah berbaik dengan bangsa mana-mana pun!

doa dan teruskan berdoa~
rakyat malaysia yang ada dalam kapal belum diketahui nasib mereka.. dan sekarang korban semakin meningkat hampir 20 orang. ya Allah, bantulah..

militarian versus civillians? nonsense!!

Allahuakhbar!
pertolongan Allah itu dekat, doa dan terus berdoa!

Sunday, May 30, 2010

Teruskan perjuangan!

Salam alaik..



Walaupun dikatakan disabotaj dengan 3 buah kapal daripada Greece tak dapat berlayar, semangat konvoi lifeline 4 Gaza tak terhenti disitu.. bahkan ade back up plan lagi! memang kuat keazaman depa nie.. Alhamdulillah.. sehingga hari ini, mereka masih tak sampai lagi di perairan Gaza tetapi insyaAllah, mereka akan sampai hari ini.. Sekarang ade 7 buah kapal yang sedang menuju ke Gaza. Back up plan tu dengan 1 kapal tambahan daripada Sweeden. So daripada 6 buah yang tinggal jadi 7 buah balik..so, still banyak..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Diri sendiri rasa tak mahu terlepas peluang mengikuti perlayaran mereka. Rasa setiap detik nak update di blog nie. tapi apakan daya(^^).. exam minggu depan -oral czech.. hurm, so, juz follow perlayaran depa kat dalam twitter je.. twitter tu pun mana la reti guna sebenarnye.. post je sesuka hati..huhu.. hai, kella, sopan skit..

Pelayaran nie boleh dikatakan la diketuai oleh kapal Mavi Marmara (sedapkan nama dia..^^) dalam kapal tu, ade 11 orang rakyat Malaysia yang join.. tapi tak tahu silap kat mana, akhbar kat Malaysia satu pun tak cerita tentang pelayaran nie.. sepi je padahal nie international punyer cerita.. kat mana salah nie..hurm..

Buat yang da mengetahui, silala memberitahu pada mereka yang tak mengetahui.. kita perlukan doa mereka2 nie.. kita doakan mudah-mudahan lifeline 4 gaza nie berjaya sampai ke Gaza dan meneruskan misi kemanusiaan mereka.. benda nie bukan main-main..

akhir kata,(untuk mavi marmara dan kella?) teruskan perjuangan!!!

^^
kella~

Thursday, May 27, 2010

Pertolongan Ilahi

Cerita tentang semangat konvoi yang hendak menyalurkan bantuan kepada Gaza memang telah membuka mata hampir seluruh dunia terutama sekali membuka mata rejim zionis yang tak pernah puas bermandi darah di sana. Dan semua rancangan konvoi nie bukan tiba-tiba je muncul tapi sudah lama dirancang rapi lagi. So, kalau ade orang yang cakap benda nie main-main, stop thinking like that and give support.

Sekarang nie hampir semua mata sedang menanti apa yang bakal berlaku setibanya kapal-kapal konvoi itu di perairan Gaza. Mereka akan berlepas petang nie kul 5 petang waktu Turki dari pelabuhan Altanya. dan insyaAllah dijangka sampai kul 11.00 pagi esok, Jumaat. Dan sesungguhnya pada Allah kita bertawakal.. Kalau Allah membenarkan Gaza mendapat bantuan, sekelip mata pun Allah boleh buat tapi Allah nak memberi kita pahala dengan membuat benda itu terjadi.

Masya Allah, hebatnya mereka-mereka yang terlibat dalam konvoi itu. Hebatnya semangat mereka tak kira agama; ada yang Islam, ada non-muslim dan ada juga paderi, semua bersatu atas nama kemanusiaan. Semua nie kerana juz nak bagitahu zionis tu yang mereka datang bantu bukan kerana agama tetapi atas nama KEMANUSIAAN. kemanusiaan yang terhakis kerana adanya manusia yang bergelar rejim Zion-s.


Sambil tu teringat satu lagu nasyid yang da terlalu lama rasanya. lagu nie bila cari kat internet pun xjumpe. Tajuk pun tak ingat da.. nie je lirik yang dapat dikongsi bersama. Lagu nie zaman sekolah rendah lagi tapi alhamdulillah still ingat..


Jangan kau angankan daulat
Islam akan berdiri megah
Subur bak bumi madinah
Dilembayuan Rasulullah..
Jangan kau angankan kibaran
Bendera tanda kemenangan
Ditiup bayu keadilan
Di naungan ketaqwaan
Tanpa membuka minda akalmu
Dari belenggu yang membalutmu
Dalam ketebalan desakan nafsu
Meronta rasa saling bantu membantu
Oh, berjuang ku rela kemenangan
Carilah silapmu dimana
Bukan hanya memandang dan kecewa
Keluhanmu takkan sampai kemana
Buang yang keruh
Pilih yang jernih
Diiring tujui didalam satu hati
Sama dipikul sama dijunjung
Pasti Islam akan gemilang lagi
Berat sama dipikul
Islam pastikan unggul
Ringan sama dijunjung
Islam pastikan unggul~
Hati berdebar menanti apa yang bakal berlaku.. ya Allah, BANTULAH MEREKA.. Ya Allah, bantulah Palestin.. Ya Allah, padaMu kami bertawakal.. sama-sama lah kita berdoa~
Allahumma unsurul Islama walmuslimin~
maklumat lanjut boleh layari di sini: http://www.lifeline4gaza.org

Tuesday, May 25, 2010

Oh...

Oo,degil tu sombong..
keras kepala pun sepupu sepapat sombong..
jadi, kalau kita degil....
maknanya, kita.....sombong!

Nauzubillah!!
-saakella jangan degil!!!!!-

Thursday, May 20, 2010

Here I am

Today 20th May 2010 but not much people really cares about it. However for those who celebrates today as "Draw Muhammad Day", this my response for you! whoever you are, wherever you go, you will NEVER EVER meet such a person like our Prophet Muhammad (PBUH).. Dia kekasih Allah~

Watch it and open your eyes. He is the BEST creature that Allah ever made. And Allah is the BEST creator.. Subhanallah!

Sunday, May 16, 2010

Dalam hati.....

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, mata ini celik lagi untuk hari ini. Dan rugilah diri andai hari yang diberi percuma ini tidak digunakan pada tempatnya. Badan ini meminta haknya, hati menjerit meminta haknya, dan akal mendesak jua meminta haknya. Dan aku masih belum berjaya memenuhi hak-hak mereka...

Lemah, itu yang dapat kukatakan. Lelah, itu yang dapat kusimpulkan. Namun aku tak dapat nak memberi gambaran apa yang melemahkan aku dan apa yang melelahkan aku. Aku tanya pada hati, apa pinta nya. Ia menjawab kosong tak berisi. Aku tanya akal, apa kehendaknya. Ia jawab tiada yang difikirkannya. Dan aku kembali berteleku mencari satu jawapan..

Jauhkah aku daripada Allah? Ada hijabkah antara aku dengan Tuhan? Mana yang kurang aku ingin perbetulkan..

dan Allah itu dekat pertolonganNya...






Ulasannya bersahaja, tapi tajam menikam jiwa.
Kata-katanya biasa tapi dalam ertinya.
Sama ada tertusuk, menusuk atau tajam menikam,
yang pasti Allah ingin menyedarkan aku..

Astagfirullah, astagfirullah,astaghfirullah..

yang sombong itu aku,
yang ego itu aku,
yang sombong dan ego itu aku
ya Allah, ampunilah aku...
ya Ghaffar, faghfirli..faghfirli..



Ego and arrogant
these are diseases..
this problem nobody can realized it..
who knows it? YOU, JUZ YOU

and lastly, nak share kata-kata ini..




KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya


Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.


Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.
*******************************************

Kita hanya sebagai hambaNya.. Kelibat kita dibumi hampir tidak kelihatan tapi mengapa kita masih sombong dengan Allah?

Monday, May 10, 2010

Told me to be strong...

Ya Allah,
I need support,
From my friends,
From my family,
And from people around me.
Ya Allah,
I need support,
For what i've done,
For what i've planned,
And for what i'm going through..
Juz told me ya Allah..
I really need it..
For what i'm going to do,
For what i'm going to plan,
Juz told me ya Allah
Told me to be strong...

Friday, May 7, 2010

Pada lelaki, bukanku benci....

salam alaik....~


Pada lelaki, bukan kubenci
Jika permata itu yang kau cintai
Bawalah dia mencari redha Ilahi.

Pada lelaki, bukan kubenci
Jika permata itu yang kau temui,
Jagalah dia sepenuh hati.
Bukan belaian tapi penghormatan yang patut diberi.

Pada lelaki, bukan kubenci
Jika permata itu yang kau cari,
Simpan dia di tempat yang rapi.
Jangan tayangnya situ sini.

Pada lelaki, bukan kubenci
Bukan juga mengajarmu untuk berdiri
Cuma aku meminta engkau mengerti
Kami ini hanya tercipta dari rusuk kiri
Tak boleh lentur tak boleh dikasari.

Pada lelaki, bukan kubenci
Tapi bukan hanya perempuan perlu menjaga diri
Lelaki perlu lebih memahami
Tanggungjawabmu mendidik kami
Pasakkan iman dihati kami.

Pada lelaki, bukan kubenci
Engkau bakal bergelar suami
Pemimpin keluarga satu hari nanti.
Meneraju Negara yang bakal diwarisi
Jangan musnahkan harapan kami.

Pada lelaki, bukan kubenci
Kutahu tanggungjawabmu berat sekali
Dan aku tak pernah mahu membebani
Cuma untuk memperingati
Kelak dihadapan Tuhan kau bakal diadili
Empat tarikan sudahpun pasti
Ibumu, saudara perempuanmu, anak perempuanmu dan juga isteri
Engkau bukan hidup didunia seorang diri.

Pada lelaki, bukan kubenci
Kupesan padamu dan juga diri
Sama-sama kita peringati
Sama-sama kita menjaga diri.
Kita hidup hanya sekali....




EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


wallahua'lam..

:post ini hanyalah perkongsian fikiran dan perasaan saya, yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. tiada langsung kaitan dengan mana-mana pihak..

ku hanya mencari redhaNya~

Tuesday, May 4, 2010

selamat berAMAL!






Salam alaik...


Hari nie nak share skit pasal sumthing yang baru je berkongsi dengan baitul-raudah. Amat simple tajuknya tapi insyaAllah memberi manfaat kepada kita.

Topiknya: Tips membuat keputusan.

Ya betul! ^^, kerana musim exam bakal menjelma, pastilah kita2 di sini (yang berada di HK, olomouc, dan Prague) di Czech Republik nie sedang giat memikirkan tarikh-tarikh exam yang sesuai untuk dipilih.. bagi yang sedang menggaru-garu kepala memikirkan masalah ini, ape kata kita tengok dulu cara-caranya..=p

Hurm, membuat keputusan bukanlah satu perkara yang senang.. silap2 haribulan keputusan itu akan memakan diri sendiri. Jadi untuk membuat pilihan yang terbaik, pertama sekali kita perlu dalam keadaan concious, tenang dan tidak berserabut. Keadaan yang begini sangat2lah penting sebab pemikiran kita perlu berada dalam keadaan yang baik supaya dapat memikirkan masalah dengan rasionalnya.


Bila dah tenang, barulah kita boleh memikirkan masalah-masalah yang kita hadapi dalam membuat keputusan itu. Senaraikan masalah2 tersebut supaya jelas dan kita peka dengan keadaan sekeliling. Kita perlu sedar keputusan yang hendak dibuat ini memberi kesan kepada orang lain atau tidak. Senaraikan kesan-kesannya dan ambil berat setiap aspek yang ade relationship dengan keputusan kita.


Selesai mencari masalah2 yang ada, kita baru senaraikan pilihan apa yang kita ade.. Kalau pilhan kita bercanggah dengan masalah yang ada, rasanya ape akibatnya. masa nie kita kena kaji baik buruk pilihan yang ada. Pastikan sekali lagi kita tahu kesan-kesan yang bakal berlaku terhadap orang sekeliling kita terhadap keputusan kita. Jangan pentingkan diri sendiri. Pada masa yang sama, jangan terlalu mudah mengambil pendapat ramai. Kita boleh bertanya kepada orang lain untuk mendapatkan gambaran atau pendapat tetapi kita sesuaikan dengan pendirian kita. Kerana manusia itu berlainan antara satu sama lain. Ada yang boleh apply dan ade yang tidak. Jadi disini sekali lagi kita kena memilih dengan mengkaji dan mengkaji..


Kemudian, barulah kita boleh membuat keputusan. Tetapi bagi muslim, seeloknya kita berdoa atau beristikharah sementara memilih pilihan-pilihan yang ada. Semestinya kita mahu pilihan yang terbaik kan? Jadi jangan lupa, doa dan tawakal kepada Allah itu sangat-sangatlah penting kerana hanya Allah sahaja yang tahu masa depan kita.


" Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku tidak tahu apa yang Engkau tahu, maka aturkanlah hidupku. Permudahkanlah apa yang baik dan hindarkanku dari apa yang tidak baik.."


Bila pilihan dah dibuat, kita perlu tetap dan yakin dengan keputusan kita. Masa ini andai kata ada orang yang cuba menggoyahkan keputusan kita, beritahu dia, yang ini adalah keputusanku.. kita perlu teguh pada keputusan kita supaya kita tak hilang fokus dan lemah semangat. Jangan mudah ikut kata orang sebab itu hanya akan melemahkan semangat. Bila ada dugaan dalam kita melaksanakan pilihan kita tu, kita kena sabar. Sabar dan yakin akan ketentuan Ilahi. Yakin Allah akan beri yang terbaik kepada HambaNya...




Kemudian, bila dah terlaksananya pilihan kita, kita perlu menilai semula kekurangan dan penambahan yang ada dan kesan-kesan yang berlaku akibat pilihan kita. Masa nie boleh juga dikatakan sebagai muhasabah diri kembali lah.. kita reflex diri mana yang kurang kita tambahkan dan sebaliknya.. Ingat, walau apapun keputusan anda, Allah yang menetukan. Jangan menyesal dengan keputusan yang dibuat tapi ambil pengajaran yang tersirat. InsyaAllah itu adalah proses kita memahami kehidupan dengan lebih bermakna..




wallahua'lam. (selamat beramal!!)


nota kaki: exam final dah nak bermula. Cz-biochemie-physiologie~ all the best buat semua di HK, OLO,PRG.. moga semua sukses insyaAllah.!! -bila exam period bermula, saksikanlah tentera2 ini bergerak~ 'amal jamaie jom! ^^

maan najah semua.. selamat membuat keputusan memilih tarikh! moga Allah berikan kita yang terbaik! Insya Allah.. DOA-USAHA-TAWAKAL

Allah yang berhak tentukan~ fisabilillah!



dipetik dari: http://ibnismail.wordpress.com/2008/03/12/tip-membuat-keputusan-dan-pilihan-yang-tepat/







Monday, May 3, 2010

Peringatan..

Salam alaik~
ISLAM = AL-QURAN + SUNNAH

MUSLIM = PRACTICE (ISLAM)

MUSLIM = PRACTICE (AL-QURAN + SUNNAH)


Formula yang ringkas tapi mendalam maksudnya. Formula yang rasanya senang faham tapi payah untuk dilaksanakan. Ya, memang Islam itu berlandaskan AQ dan Sunnah. Dan orang Islam itu adalah orang yang mengamalkan Islam, iaitu AQ dan Sunnah. Setujukah anda?

Seperti formula diatas, Islam tidak tertegak dengan AQ saja, atau hanya sunnah.Tapi Islam merangkumi 2 perkara itu. Dalam khutbah wida' Rasulullah s.a.w ada menyatakan:

"..Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.."

Kalimah syahadah yang kita lafaz dalam solat-solat kita, yang kita alunkan tiap-tiap tahiyyat akhir kita bukanlah kalimah semata. Itu adalah lafaz agung yang menjadikan kita hambaNya. yang mengikat hati kita hanya kepadaNya danRasulNya semata.

Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasul Allah

Kalimah ini adalah kalimah yang paling berat bagi mereka yang memahaminya. Kalimah inilah yang sukar dilafazkan oleh Abu Talib ketika dia dipenghujung nyawanya. Lafaz inilah yang paling payah diucapkan oleh Abu Jahal, bapa saudara Nabi sepanjang hidupnya. Mereka tidak mampu melafazkannya kerana mereka sedar ia kalimah agung yang bukan hanya lafaz dibibir tapi beserta amanah dan tanggungjawab yang besar.

“Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..”
Al-Imran: 110


Tapi amanah itu tak setanding dengan pulangan yang kita dapat. Nak tahu Allah balas ape? Allah balas dengan syurga.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”
At-Taubah:111


Di syurga sana, akan ada pertemuan yang paling-paling istimewa. Akan ada pertemuan yang hebat sehebat-hebatnya. Akan ada pertemuan yang sangat-sangat sweet (sekali).

Iaitu pertemuan hamba dengan Penciptanya. Pertemuan perindu dengan Khaliknya. Pertemuan sang pencinta dengan Kekasihnya. Pertemuan jiwa dengan Raganya. Pertemuan yang indahnya tak terjangkau dek akal. Pertemuan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang terpilih. Yang Berjaya membeli dagangan Allah. Yang berjaya menepati syahadahnya. Ya Allah....(ingin diri ini juga terpilih tapi kerdilnya diri..)


Layakkah diri digelar Muslim?

Bila Muslim itu adalah mereka yang mempraktikkan islam. Layakkah diri digelar muslim?

“Orang-orang Arab badwi berkata ‘kami telah beriman’. Katakanlah (kepada mereka) ‘Kamu belum beriman, tetapi katakanlah ‘ Kami telah tunduk (Islam),’ kerana iman belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kpd Allah dan rasulNya,Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalmu. Sungguh Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.”49:14

Dalam AQ ada beberapa kategori yang Allah sebut, iaitu golongan muslim, mukmin, dan muttakin(orang yang bertakwa).

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal.”
Al-anfal:2

“Alif-Laam-Miim. Inilah Al Kitab (Al Quran); tidak ada sebarang keraguan didalamnya ; dan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sholat dan menafkahkan dari apa-apa yang kami rezekikan kepada mereka. (Iaitu) orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan apa-apa yang diturunkan sebelummu, dan mereka yakin dengan akhirat. Mereka itulah yang berada di atas petunjuk dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang menang.”
Al-Baqarah : 1-5

Dan mukmin dan muttaqin yang Allah memang sudah janjikan syurga..
Ya Allah..dimana diri ini letaknya..

Muslim; masih banyak yang perlu diperbaiki, mukmin; jauh dari jangkauan iman namun segalanya mungkin menjadi pasti, muttaqin; sehebat iman, mulia disisi Tuhan, siapa yang tak mahu? Cuma tanya diri, mahu atau tidak.. dan aku,.. InsyaAllah. Moga rahmat Allah sentiasa memayungi kita..

Akhir kata, formula bukan sekadar formula. Tapi formula ini formula iman...
Photobucket