Friday, October 26, 2012

Korban

Bismillahirrahmaniirahim~

Salam alaik,

Alhamdulillah wa syukrulillah~ datangnya lebaran sebenar umat Islam di penghujung bulan Oktober ni. Menyaksikan Hari Raya AidilAdha "Akhbar" yang bermaksud hari raya besar-besaran kerana jatuhnya 10 Zulhijjah pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Allahu Akhbar!

Sangat-sangat best bagi mereka yang menjadi pengunjung Baitullah atau Masjidil- Haram sebagai jemaah haji tahun ini. Bila lagi nak merasa hari raya akhbar gini. Nak kena tunggu berpuluh-puluh tahun lagi rasanya untuk jatuhnya 10 Zulhijjah pada hari jumaat. Wah, sungguh jeles! Teringat ade seorang mak cik kenalanku yang terpilih untuk jadi jemaah haji tahun ni masa aku di Malaysia lagi. Seronoknya Mak cik Wah tu! Untungnya rasa.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar walillahilhamd.

Pengertian korban bagi aku akan sentiasa berubah setiap tahun. Orang kata daripada tak tahu jadi tahu, dan terus tahu. Dulu mungkin aku tahu kisah Nabi Ibrahim saja, tapi sekarang dah complete sampai Siti Hajar dan Ismail serta isterinya satu lagi pun aku tahu.Alhamdulillah.Itu namanya Allah nak tinggikan kefahaman dalam menghayati seerah. Dan juga mengambil pengajaran2 yang tersirat.

Ibadah korban memang tak asing bila tiba hari raya aidiladha ni. Nama pun raya korban kan. Hari tu pun mak aku dah tanya nak berkorban ke tak tahun ni. Betapa ibadah ni sangat popular dan menarik ramai antara kita untuk mengerjakannya.

Tapi ada satu sudut yang kurang kelihatan disitu. Aku tertarik dengan satu talk Dr Asri mengenai ibadah korban ini. Kita tahukan kisahnya bermula apabila Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail. Sungguh jelas disitu pengorbanan seorang ayah serta pengorbanan seorang anak semata-mata kerana ingin mentaati perintah Sang Pencipta.

Ya, kisah gantian Nabi Ismail dengan seekor domba inilah yang menyebabkan kambing dan lembu menjadi haiwan yang dikorbankan bila tiba aidiladha.

 Kisah gantian ini juga yang menyebabkan kita juga berkorban seperti mana Nabi Ibrahim berkorban.

Tapi itu hanya refleksi. Refleksi kisah pengorbanan Nabi Ibrahim bila Allah tuntut pengorbanan dari baginda.
Tapi ada satu lagi yang tersirat. Ada sesuatu yang tak terlihat. Sebelum pengorbanan itu dilakukan, Nabi Ibrahim telah dahulu mengorbankan perasaannya. Anak yang satu ketika dulu dinanti penuh harap, tapi kemudiannya harus ditinggalkan di tanah yang gersang, kering kontang dan seterusnya diperintahkan untuk menyembelih anak itu- apakah yang lebih hebat selain perasaan yang melanda jiwa Nabi Khalilullah ini?

MasyaAllah. Sungguh, kekuatan jiwa itu ada pada baginda.

Korban perasaan. Itu yang Allah mahu kita hayati. Kalau korban binatang korban dan wang ringgit, adakah sama dengan mengorbankan sebuah perasaan kasih seorang ayah kepada anaknya? Adakah sama nilaiannya? Tidak, takkan sama. Takkan pernah sama.

Ibadah korban seharusnya memberi kita makna sebenar hakikat perngorbanan. Bukan setakat melemparkan wang ringgit untuk belanja korban. Bukan, ia lebih daripada itu. Ia umpama melepaskan sesuatu yang paling,sangat-sangat kita cinta,sayang dan kasih hanya kerana Dia.

Itulah korban yang dimaksudkan. Subhanallah. Aku berllindung daripada segala sesuatu yang aku lebihkan melebihi cintaku kepada Allah..T.T

Sungguh, luas pengertiannya. Luas pemahamannya. Dan tinggal kita untuk sedar dan cungkil segala yang tersirat itu..


Selamat Hari Raya Aidil Adha!
Kullu a'min wa antum bikhair!
Taqabbalallahu minna wa minkum, ^^,
~
kita maka rendang kambing tahun ni.. ;)

No comments:

Photobucket