Monday, October 8, 2012
Surprise!
Bismillah,
Hidup ini penuh dengan kejutan, kan?. Setiap hari pasti ada saja yang baru. Hari-hari yang dilalui takkan pernah sama. Pasti ada saja yang berlaku mengubah kesamaan itu.
Sama jugak seperti aku. Tak menyangka terlalu banyak kejutan yang diterima sejak menjejak kaki ke Czech ni. Bukan lama mana pun, baru je seminggu. Tapi kejutan demi kejutan datang menerpa ibarat angin monsoon yang datang tiba-tiba. Tiada expectation, tiada preparation. Terkejut.
Nak taknak hati bertanya, atas sebab apa, mengapa dan bagaimana boleh terjadi. Sungguh tiada jawapan. Bertanya hati pada Sang Pencipta. Atas sebab apa diri ini dipertanggungjawabkan sedemikian. Soal mampu dijadikan persoalan utama. Kelayakan bagai tiada, bahkan baru mahu dibina. Tapi kepala geleng tanda tidak bersetuju dengan pertanyaan hati.
Allah tahu sesuatu yang kamu tidak ada pengetahuan tentang itu..
Tunduk. Benar, aku tidak tahu. Benar-benar tidak tahu. Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu aku terima. Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu beritahu.
Hidup penuh dengan ujian, kan? Kalau takda ujian, bukan namanya kehidupan, ye tak? Ujian, ujian.. Menentukan kita mampu ke tahap seterusnya atau tidak. Lulus atau gagal. Gagal atau lulus.
Menakutkan. Takut untuk gagal. Kecuali kalau sudah bermati-matian berusaha. Baru tak kisah kalau gagal sekalipun. Cuma masih risaukan tentang usaha pula.. Setinggi mana usaha aku dapat berikan?
Moga dengan ujian, Allah berikan kekuatan..
Moga dengan tanggungjawab, Allah kurniakan kebijaksanaan..
Moga dengan nikmat, Allah hamparkan kesyukuran..
Allahumma yusahhil lana..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment