Sunday, October 14, 2012

Lupa lah tu!


Bismillah,

Manusia itu mudah lupakan? Kita susah nak ingat banyak benda dalam satu masa.
Kadang-kadang kita ingat satu perkara, kita lupa perkara lainnya. Kita ingat yang ini, kita lupa yang itu. Nak kata memang ada sajalah perkara yang kita lupa.

Banyak kesan akibat lupa ni. Bila kita lupa, kita terpaksa berdepan dengan situasi yang tak best. Kadang-kadang kita kena marah, kita lambat pegi kelas, dan yang paling tak best bila kita gagal  exam la. Tu kesan yang sangat menyakitkan sikit la kan. (Ehm sakit banyak kot?) So, keseluruhannya lupa ni banyak beri kerugian daripada keuntungan. (Ke memang takde untung langsung?)

Jadi untuk mengelakkan kita lupa, kita selalu try buat benda-benda yang boleh tolong ingatkan kita. Kita tulis notes, kita buat alarm lagu hard rock, kita suruh rakan kita kejutkan kita daripada tidur ganas2, kita suruh mak telefon dan lain-lain. Banyak cubaan yang kita buat untuk jadikan diri kita ni seorang yang pengingat sikit. :) (dan daripada trial2 tu ada yang  gagal ada juga yang berjaya. Kalau aku, banyak yang gagal la sebenarnya. Hehe)


Jadi, menjadi manusia yang mudah lupa ni, ada sesuatu yang jadi petunjuk kita. Allah tahu kita ni mudah lupa. Bukan Melayu je yang mudah lupa, semua manusia memang mudah lupa.. Allah Maha Adil, Dia takkan biarkan kita terkapai-kapai tanpa peringatan.

So, apa dia yang jadi petunjuk tu? (Haa, rasanya apa? Lupa lah tu? ) Jawapannya mestilah ALQURAN..Petunjuk untuk semua manusia dan juga seluruh alam.

Al-Quran ni tolong ingatkan apa? Suruh bangun pagi pergi kelas ker? Suruh jgn lupa sarapan before lecture ke? Or jangan lupa sidai baju kat ampaian? (Hoho, kalau ade ayat tu,mesti Rasulullah terkejut) ;)

AlQuran diturunkan untuk ingatkan manusia tentang tujuan hidupnya. Kenapa dia berada di dunia. Kenapa dia dilahirkan di dunia. Kenapa dia ditakdirkan untuk hidup didunia. Jawapan semua persoalan tu ada dalam Alquran. Alquran jawab semua persoalan kita. Ia ibarat pengganti Rasulullah yang telah lama meninggalkan kita(untuk zaman kita sekarang ni la.) Juga petunjuk dan wahyu kepada Rasulullah saw.


Kita lupa, kadang2 kita hidup macam esok ada. So AQ kata, tak.. esok belum tentu ada.
Kita lupa kita ni hamba, AQ kata - tak, kau ni memang hamba. Hamba kepada Allah. Kita lupa bahawa kita pemakmur dunia. Kita lupa kita sebenarnya mulia menjadi hamba Allah. Mulia menjadi muslim walau berbeza dipandangan manusia.

Bila kita baca AQ ni, sebenarnya Allah nak igtkan kita..seolah2nya Allah nak kata:
Lupakah kamu manusia, Aku ni Tuhan kamu..
Lupakah kamu manusia, kamu adalah hamba saja. Tak ada kuasa.
Lupakah kamu manusia, dunia yang sedang kamu pijak ni, adalah sementara?
Lupakah kamu manusia, Aku yang beri kamu nikmat setiap masa
Lupakah kamu manusia, Aku boleh tarik nikmat2 ini bila-bila yang aku suka
Lupakah kamu manusia, masa yang kamu ada itu, Aku punya.
Lupakah kamu manusia, tiada yang abadi di dunia, kecuali Aku.
Lupakah kamu manusia, ada syurga dan neraka yg sedang menunggu disana.
Lupakah kamu manusia, dunia ni kau sepatutnya guna untuk apa?


Allah seolah-olah bertanya semua persoalan tu. Mengajak manusia berfikir tentang hakikat penciptaan diri mereka. Allah cipta persoalan yng jawapannya ada dalam AQ. Sebab semua persoalan memang berkisar tentang itu je. Kenal pencipta, kita akan kenal diri kita.
Kenal diri kita, kita boleh guna potensi kita sebaiknya. Dari situlah apa sebenarnya yang kita patut jadi. Apa yang Allah nak kita jadi.
Jadi buat diri yang pelupa ni, marilah kita rapatkan diri dengan peringatan yang satu ni. Kata -kata yang datang daripada Pencipta kita. Tersusun indah bukan hanya sebagai petunjuk, juga sebagai penenang hati tatkala keserabutan dunia melanda.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang- orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang fasik."

57: 16

Apa lagi, jom, tadabbur Al-Quran!

No comments:

Photobucket