Life is not measured by the number of breath we take,but by the moments that take our breath away~
Alhamdulillah, syukur kepada Allah~ Senyum.
Kalau hari tu baru post tentang membuat keputusan, sebenarnya semalam aku telahpun membuat satu keputusan. Agak besar, agak mencabar.
Haha. Okey, kalau tak rasa besar pun, cuba fahami jiwa aku yang tengah merasai perkara tersebut adalah sesuatu yang besar. Dan susah. :)
Takpelah, just nak cakap, baru je semalam drop tarikh exam. :) (besar tak?) Dan buat masa nie memang takde tarikh yang available lagi sekarang. Sepatutnya ambil hari selasa, tapi tak berjaya melakukannya. Seriously kecewa. Terkilan. Sebab tak mencapai matlamat. Takpelah, Allah lebih tahu.
Mungkin besar sebab tak pernah buat sebelum nie. Padahal bagi orang lain, keciikk je la perkara tu. Ikutlah kan..
Hurm, subhanallah, kerana keputusan tu, aku 'temui' kembali kakakku. For the first time ( eh, yeke?) rasa ke 'sisterhood' an itu ada.. She's my crying shoulder at that time. (tengok, seriously aku cakap aku benar2 kecewa dan terkilan~sampai menangis tau..;P)
- Noraatun: yoleh
- Noraatun: slow2 jela
- Noraatun: wat awal2 pon xbsedia wat pe
- Noraatun: tgu la bln 7
- Noraatun: pastikan lulus ok?
- Noraatun: leh tlg mak wat kuih ry..
- Noraatun: huhuhuu
And that time, I felt very comfortable. Rasa cam tak percaya je kakak sorang nie berjaya menenangkan hati yang gundah gelana time tu.. kalau Allah nak bagi comfort, melalui sesiapa je pun boleh kan..alhamdulillah~
Akak, I love and miss you, okey. Rindu nak gaduh2, nak cakar2..haha~
Hurm, sekarang nie bertawakkal sahaja..Moga Allah beri yang terbaik. Apa-apapun yang terbaik, insyaALLAH..
"faiza azamta fatawakkal a'lallah"
maka jika kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah..
Dan milik-Nyalah segala apa yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dialah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
(al-An'am; 13)
Kena yakin! Go,go, kella~ you can do it! :)
Permudahkanlah Ya Allah~
p/s; nie lah duduk diperantauan. kena berdikari lebih dari biasa, kena survive sorang diri, kena tahan dengan segala macam ujian disini~ sapa nak rasa, meh, free2 je boleh bagi.. ^^,
No comments:
Post a Comment