Sunday, October 11, 2009

jauh berjalan...


Kadang-kadang
kita tak tahupun
esok,
cerah atau mendung
berawan atau hujan..

Walaupun ada ramalan kaji cuaca
itukan semua ramalan..

Jadi,
kadang-kadang
ada orang yang bawa payung
ada juga yang tidak
bagi yang tidak,
ada yang jumpa tempat berteduh
ada jugak yang tidak...

Bagi yang kebasahan,
mungkin ini bukan hari mereka
siapa yang mahu kebasahan begitu
hanya kanak-kanak kecil sahaja yang suka

Basah bukan sebab nasib yang tak begitu baik
tapi satu ketentuan
satu bentuk pengajaran
mendidik dan menceritakan
tentang makna kehidupan...

Bukan kecil dunia ini
bukan besar benda yang dicari
mencari makna kehidupan
bukan sesaat dua boleh jumpe
bukan sehari semalam bersengkang mata
seumur hidup belum tentu akan temui
jawapan pasti

Jadi,
kebasahan itu bukan satu kesalahan
basah tak bererti kalah
basah bukan jenayah
basah bukan pasrah..

~KEYLA~




2 comments:

Fathin Aina said...

basah mengajar erti sabar
basah mendidik hati tabah
basah hari ni..mengingatkan kt utk bawa payung pada masa akan dtg!!

sama ke analogi kt?? hehe

keyLa said...

hehe..

masuk la fatin!!!
pandai ko menafsir..
syabash2

Photobucket